Sunday, 20 January 2013

SOP #9


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

--------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #9


Malam ni, aku dan tok aba akan tidur disini. Di rumah ayah man dan ibu. rumah malaun tu. Aku dah agak dah ada something wrong somewhere. Patut la tadi, masa aku nak drive sendiri, beria-ria tok aba halang. Kata takpelah, nanti penatlah. Penat amendanya pun aku tak tau. Bukannya aku ni puasa pun. Padahal, Shah Alam dengan Subang, tak jauh mana lah.

Sewaktu Ibu Ja memujuk aku supaya tidur sini, berjuta-juta alasan yang aku bagi.

è Baju takde nak pakailah.
è Aku nak kena pergi kedai awal besoklah.
è Nak kena tolong bakeri Farhana, best friend aku lah.

Dan, yang paling kritikal, bila aku kata:

è Iffa kan tengah sakit orang perempuan, susahlah ibu, tak selesa.

Tapi itu semua bukan masalah bagi Ibu Ja. Dia bagaikan dah bersedia menerima kehadiran kami di sini. Katanya, tak payah risau. Tu semua masalah kecil aje. ‘Kejap lagi ibu teman Iffa pergi beli. Ibu belanja.’ Siap nak belanja sekali. Hamboih, nak menginap kat sini satu malam je pun, abes segala keperluan aku kena beli baru. Bersungguh-sungguh betul diorang ni. Tok Aba muka redha je. Tak peduli apa. Sukalah dia tu.

Jadi, kesimpulannya, sewaktu kaum-kaum adam tu pergi menunaikan solat terawih, aku dan Ibu Ja pergi membeli barangan keperluan peribadi aku. termasuklah yang ‘adik-adik’ tu sekali. Sepanjang perjalanan (aku yang drive by the way), Ibu Ja sibuk bercerita tentang itu dan ini. Perihal suaminya, anak sulungnya, perihal cucunya dan yang paling penting, perihal malaun tu! 

Yang peliknya, kisah pasal malaun tu lagi banyak di’highlight’kan dari kisah-kisah yang lain.  balik-balik; Luthfi tu…., Luthfi ni….., Luthfi suka.. Luthfi memang… dan bla bla bla ….. Disebabkan aku dah sayang dan hormatkan Ibu Ja ni, aku layankan aje lah. Karang, ada pulak yang kecik hati nanti. Melepas aku nak dapatkan resepi kangkung goreng belacan tu.

Waktu kami pulang, golongan-golongan lelaki tadi pun dah selamat pulang ke rumah. Tengok? Betapa lamanya kami keluar bershopping. Hajat di hati nak beli barang keperluan aje, sekali, hamek ko! Berbungkus-bungkus beg plastic yang ikut kitorang balik. Ayah Man yang menyambut kepulangan kami hanya mampu menggeleng.

‘Ibu, kalau dah dapat shopping, selagi tak penuh but kereta tu tak sah kan.’ Tegur Ayah Man. Aku senyum pada Ayah Man dan pandang pada Ibu Ja. Muka masih neutral. ‘barang-barang’ keperluan aku, aku keluarkan dan asingkan siap-siap. Karang, kalau salah angkut ni, kes naya je.

‘Ibu beli sekali dengan barang rumah lah, ayah. Besok tak payah nak shopping dah. Tinggal nak kena pergi pasar je. Beli lauk.’ Terang ibu. Bukan selalu dapat keluar dengan Iffa, nak jalan-jalan dan luangkan masa bersama. Alang-alang dah dapat peluang ni, manfaatkanlah sebaik mungkin. Kata nak buat menantu!

Ayah Man menggeleng sebelum kembali masuk ke dalam. Luthfi yang hanya mendengar dari tadi, turut bergerak ke depan. Biasalah, busybody!

‘Wow! Apasal ibu tak angkot satu Carrefour tu balik bu. Tak cukup ni!’ Luthfi perli ibu. banyaknya barang. Malam-malam pun boleh sempat shopping banyak macam ni. Kalau dah nama perempuan tu, memang perempuan jugak lah kan.

Iffa yang dari tadi hanya membisu, tergelak. Mendongak ibu memandangnya (kan aku ni tinggi) cepat-cepat dia senyap.

‘Sorry bu, tergelak pulak, tak sengaja. Jangan sentap ye,’ aku pujuk sambil terus membantu ibu mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang. Ibu hanya mendengus. ‘Baguslah, budak bertuah dua orang ni. Perangai lebih kurang. Memang sesuai sangatlah kan. Memang tak silap pilihan aku’ 
kemudian tersenyum. Aku yang melihatkan senyuman ibu tu pun pelik. Namun aku diamkan.

Reti gelak rupanya minah ni. Desis hati Luthfi. 
Kan manis kaalu senyum macam tu, ni tak asyik nak tayang muka macam lala dah expired je. 
Katanya dalam hati lagi, dia tak sedar yang bibirnya turut menguntum senyum

'Hai, dah berkenan ke?’ mati terus senyumannya. Luthfi berpusing, berpaling. Dia memandang keliling mencari dari mana datangnya arah suara. Namun tiada. Kemudian, baru dia tersedar, suara tadi adalah suara hatinya sendiri. Bukan main kuat lagi hati aku ni bersuara. Kepalanya digeleng-geleng, cuba menidakkan perasaan.

Ibu Ja dan Iffa sekadar memerhati. Pening dia dengan perilaku anaknya itu.

‘Yang kamu ni abang, dah kenapa pulak?’ ibu bertanya.

Luthfi yang sedang asyik head banging dari tadi serta-merta berhenti. ‘Aduh, pening kepala aku!’ Dia senyum. Cuba menutup malunya sendiri.

‘Takde apa-apa. Takde apa-apa. Abang OK?’ katanya sambil memandang ibunya sebelum pandangan mata beralih pula kepada gadis yang berdiri berhampiran dengan ibunya.

‘Apa senyum-senyum?’ sergahnya. Eh, yang aku tiba-tiba nak marah ni apahal pulak?

Iffa menjeling. Ingat aku nak sangat senyum kat kau.

‘Gila!’ itu yang aku balas padanya. Ibu Ja pun turut mengangguk. Bersetuju dengan pilihan kosa kata aku. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah bersama dengan barang-barang yang dibeli tadi. Buang masa je layan malaun sakit otak tu.

 ‘Eh, sesedap rasa je kata aku gila. Ibu tengok dia tu!’ dia mengadu pada ibu.

‘Ibu dah tengok dah, dah berkenan dah pun!’ selamba ibu membalas. Langkah ibu mula menghala ke dalam rumah. Sempat dia berpesan pada anak terunanya,‘tu nak masuk tu, tolong bawak sekali beras dengan botol minyak tu. Letak kat dapur.’sebelum dia menghilang ke dalam rumah.

Luthfi masih kaku di pendiriannya. Kata-kata ibunya tadi terngiang-ngiang dalam kepala. ‘Berkenan?’ tanyanya sendiri. Kenan dengan apa. Apa teruk sangat Bahasa Melayu ibu ni? Tak faham la. Dia tercegat di situ seketika. Blur. Dipandangnya sekampit beras sepuluh kilo dengan sebotol besar minyak masak. Kedua-dua barang tadi diangkat masuk ke dalam rumah. ‘Pening la asyik nak main teka-teki je. Lantaklah.’ Getus dia sendirian.

No comments:

Post a Comment