Sunday 28 July 2013

SOP #33

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------



Suamiku Orang Popular #33



“Hello?”

Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.

“Hello! Assalamualaikum ya habibi?”

“Heellloooooo~!” Luthfi setia menunggu. Sengaja dipanjangkan hellonya. Senyap lagi? Apahal pulak ni? Rasanya tadi dah berjawab? Aku salah dail ke? Dipandang lagi skrin Iphone nya. Nombor dah betul. Masa berjalan, maksudnya call memang dah bersambung. Tapi, apahal senyap je?

Kembang mekar bunga yang ditanam di taman hatinya sejurus mendapat mesej dari Fana tadi. Katanya:

‘Di sini ada yang merindu (bukan aku OK!). Cuba teka siapa? Mohon dihubunginya segera. Kasihan hati ini melihatnya. (T.T)’

Memang, ayat dalam mesej yang digunapakai sangat pujangga. Takdelah pujangga mana, tapi sangatlah bagi manusia yang tak pandai nak bersastera, dan pengguna setia bahasa kayu macam aku ni. Kalau empunya badan yang menghantar orang lain dan bukan Farhana, dah selamat di’delete’ mesej tu tadi. Dan, segera akan dia arahkan Faris untuk mendapatkan nombor baru. Well, L.Hakeem famous dan stalker adalah satu persamaan linear yang tidak asing lagi dalam dunia glamour Malaysia.

Namun, disebabkan mesej tadi dari seseorang yang dikenali. Seseorang yang mengenali orang yang ingin dikenalinya. Seseorang yang ikhlas dan jujur nak membantu dia mengenali seseorang yang patut dia kenali dan kenal dia, dia tak berfikir panjang dan tidak teragak-agak. Hanya wajah seseorang yang terbayang di binar mata. Minah tu! Sengih terukir sendiri tanpa dia menyedari. Perlahan-lahan melebar hingga membentuk senyuman dan akhirnya meluahkan tawa kecil dan perlahan. Amboi! Syoknya hati!

Dia masih menunggu dan menunggu. Aku takkan letak selagi dia tak jawab! Tekad! Berkobar-kobar rasa hati. Rindu saya ye? Saya pun rindu awak jugak! Rindu nak menyakat, rindu nak bertemu. Rindu serindu-rindunya nak tengok muka kelat awak!

Luthfi tak tahu sejak bila perasaan pelik tu datang bertandang.

Masa mereka mula-mula berjumpa? --> Time tu pun, belum bertentang mata pun dah start bertekak.

Masa malam dia nampak wifey nangis sebab nak disatukan dengan dia? --> Dia sendiri pun mamai malam tu.

Masa dia terima akad dari Tok Aba, di hari pernikahan mereka? --> rasa berdebar lagi kuat time ni.

Masa dia cium dahi wifey waktu upacara batalkan air sembahyang? --> Waktu tu, perasaannya lebih kepada terasa beratnya tanggungjawab yang bakal dia galas.

Takpun masa nak kena bergambar? First time pegang, siap peluk lagi gadis tu. Extra, kiss di pipi. Jujur dia mengatakan, laju jantung dia bekerja saat itu. Dia tak terniat pun nak cium pipi. Things just happened. Spontaneous. Macam tu je. Dia sendiri tak sedar (kot!) tapi dia suka. Hehehe.

Atau mungkin, masa dia text wifey for the first time hari tu? Bila wifey tiba-tiba tanya dan kata tak kenal siapa dia?! Serius, dia terasa hati. Kecewa sangat. Tapi dia taknak mengaku bila Faris tanya. Tu dah carik penyakit, kejar bala namanya. Faris tu kadang-kadang tak boleh dipakai sangat.

Luthfi teringatkan saat sebelum mereka dinikahkan. Seminggu sebelumnya, mereka banyak menghabiskan masa bersama. Menyudahkan segala persiapan untuk hari pertunangan yang tiba-tiba bertukar jadik pernikahan tanpa pengetahuan gadis tu. Luthfi hanya akur, bila Tok Aba buat permintaan itu pada dia. Tak perlukan masa untuk berfikir, langsung terus dia setuju. Dia memang dah tahu awal-awal yang majlis pertunangan mereka dibatalkan, dan sebaliknya pernikahan yang akan dilangsungkan. Rasa bersalah tiba-tiba kembali kerana dia seperti dah menganiayai hati gadis tu.

Sedang elok dia berangan, mengimbau kenangan, dan khayal dalam perasaan, terdengar bunyi di talian sebelah sana. Rasa seronok dan bahagia datang lagi. Dah macam iklan Tora, mainan zaman muda-mudi dulu pulak.

Yes! Luthfi bersorak riang, sukanya hati. Berjawab jugak. Akan selalu ada hasilnya buat orang yang sabar. Cewah! Bertazkirah bagai pulak dia. Terus dia lupa pada rasa bersalahnya tadi. Sekejap je insafnya. Memang tak boleh pakai lah dia ni.

Lebih menggembirakan hati dia, tatkala terdengar suara itu. Suara yang tergagap-gagap cuba untuk berbicara. Tak tahu apa yang lucu tapi gagapnya menggeletek sanubari insan bernama Luthfi Hakeem ni. Ni yang buat dia lagi nak menyakat minah tu ni.

“Hee.. Hee.. Hello?” Iffa cuba menjawab, berlagak tenang. Ni akibat pakai braces dulu lah ni. Simple hello pun dah susah nak sebut dah.

“HELLO!” suaranya dikuatkan sedikit.

“Assalamualaikum!” salam pula diberi. Salam tu wajib dijawab, kalau tak jawab dosa. Iffa membebel sorang-sorang.

Apehal senyap pulak ni? Krik krik krik. Macam terdengar-dengar bunyi cengkerik pulak. Sepi. Tapi dalam hati, iffa rasa lega gila! Please lah hung up!

“Hello going once!” takde bunyi

“Hello going twice!” senyap lagi. Bibir dah nak menguntum senyum.

“Heeeeeeeeeeeello sold!” ceria suara menyebut ayat terakhir tu! “Yeay, selamat aku dari malaun tu!” Iffa baru nak tarik jauh Nexusnya dari telinga bila dia terdengar.....,

“Hello wifey~!” nada ceria menyambut bicara. Meletus tawanya. Kuat pulak tu.

Iffa berdiri keras. Telefon dilekap kembali ke telinga. Mengamati gelak sumbang di sebelah sana. Laju ditepuk dahi! Memang sah! Malaun-yang-kini-pakcik! Hidup lagi kau rupanya!

Habislah aku! Masalah melanda!


******************

“Wifey~!” lembut dan gedik sekali bunyinya.

“Assalamualaikum!” salam bunyi tak ikhlas diberikan. Malas nak melayan gedik pakcik ni. Dalam hati dia menyumpah seranah, menyalahkan diri sendiri. Apasal lah aku tak letak je tadi! Dah satu hal nak kena melayan pakcik ni. Aduh! Kenapalah aku ni lembut dan baik hati sangat? Haih! Mengeluh lagi. Sabar, fa. Sabar. Ingat suami, ingat syurga, ingat janji kau. Hati cuba mengingatkan.

Luthfi menyengih. Terkena lagi aku. Salam isterinya dijawab. Terasa sejuk hati, dapat juga dengar suara emas kesayangannya tu. Kesayangan kau! Inilah akibatnya bila hati tengah berbunga-bunga. Bahasa nak pujangga saja walaupun sedar diri ni tak pandai nak bermadah bagai.

Keadaan sunyi lagi. Luthfi tak tahu nak cakap apa. Bila berjauhan dan hanya panggilan telefon yang menjadi perantaraan perbualan, dia speechless tiba-tiba. Rasa tak puas kalau sekadar nak berbual di telefon je. Tak dapat dia nak menyakat, nak tengok muka dengan dahi berkerut mega kesayangannya. Rindu pulak dia rasa.

“Ni nak apa tiba-tiba call orang ni?” Iffa bertanya masih dengan nada tak ikhlas. Call tapi taknak cakap. Aku ni dah lah memang tak tahu nak berkomunikasi apa benda dengan pakcik ni. Takde subjek menarik pun yang nak dibincangkan. Dia belum bersedia. Kalau nak bertekak tu, memang tak payah cakaplah. Modal nak buat gaduh sentiasa ada.

“Takde apa. Saja. Tadi carik nombor telefon beruk tak jumpa. Jumpa nombor orang ni je.” Luthfi membalas. Kalau ditanya apa yang dia rasa sekarang ni, rasa macam nak masuk je kat dalam telefon dan dihadap muka kesayangannya tu. Comelnya dia rasa bila kesayangannya membahasakan dirinya ‘orang’.

Bibir Iffa dah terherot-herot nak melawan. Geram. Suka carik pasal. Aku tak kacau dia pun, hormat dia sebagai ‘suami’ kononnya. Ni bila aku baru nak tunjuk solehah sikit, dia yang buat hal.

‘Habis tu kau ingat, cakap kasar-kasar dengan suami kau, dengan suara style tak ikhlas tu solehah sangatlah?’ suara hati bertanya. ‘Ish! Yang tu tak disengajakan. Nak berubah kena perlahan-lahan. Ni lagilah aku nak kena terima seorang yang asing, yang muncul entah dari mana, tiba-tiba masuk dalam hidup aku. Perlahan-lahan, paham?’ dia menjawab soalan suara hatinya.

“Awak nak apa sebenarnya ni?”

“Takde apa. Saja call. Nak tanya khabar. Awak sihat?”

“Sihat je. Hidup lagi. Alhamdulillah. Allah panjangkan umur saya. Lagi nak apa?”

“Awak taknak tanya khabar saya?”

“Tak payah tanya, tahu awak sihat. Kalau tak, takdelah awak buang tebiat tiba-tiba nak call ni kan.” Dia cuba control nada suara dia. Taknak nampak sangat yang dia kekok dan tak suka bila pakcik tu tiba-tiba call macam ni. Perlahan-lahan kan.

“Tak sangka awak pun ambil berat pasal saya, walaupun bunyinya tak dengar macam awak concern langsung.Anyway, terharu kita, thanks!”

Dus! Sebijik kena kat batang hidung aku sendiri. Amboi, dia pakat ayat makan dalam pulak!

“Apa-apa jelah. Nanti kena cop isteri derhaka pulak. Kena tazkirah lagi dengan Fana. Tak sanggup nak dengar dah.” Iffa merungut, ke mengadu? Tercerita pulak dekat pakcik ni. Perlahan-lahan. Dia ingatkan dirinya sendiri.

Luthfi senyum lagi. Dia mengaku dia isteri aku! Oh, indahnya dunia kurasa!

“Okaylah tu. Tu tandanya kawan awak tu sayang dekat awak. Macam saya sayang awak.”

Iffa terkedu. Dia ni dah kenapa? Sengaja nak kenakan aku lah ni. Ke dia serious talk ni? Yalah, kan dia dah ada amanah baru, yakni aku. Susah betul nak hadam cakap dia ni kadang-kadang. Kalau abaikan buat sementara waktu ni, boleh tak? Serabutlah kalau nak fikir.

“Awak nak apa sebenarnya call saya ni?” Iffa abaikan madah sayang pakcik Luthfi. Tak nak terbawak-bawak sangat. Rimas pulak dia rasa.

“Saya rindu.”

Pause lagi. Ni apahal ni? Ada sesiapa yang boleh explainkan tak? Apa masalah mamat ni sebenarnya? Tadi sayang, sekarang rindu, lepas ni cinta? Oh my! Not yet! Perlahan-lahan!!

“Awak kalau takde apa-apa, jangan kacau sayalah! Saya busy. Bye!”

Klik! Pantas panggilan itu ditamatkan. Luthfi yang sedang bahagia tersenyum sumbing, terpinga-pinga.

“Hello?”

“Hello?”

“Helloooo?! Ooo ooooo oooooo!” berlagu sekali hellonya, siap bunyi Tarzan lagi. Senyap. Negatif. Takde respon. Ditelek skrin iPhonenya, lagi sekali. Memang sah, dah putus dah pun. Hampeh! Orang baru nak beramah-mesra, macam ni dia buat kat kita?


**********


Duduk Iffa tak keruan. Hatinya resah. Biadap ke dia tadi? Rasanya tak. Tapi, macam ya pun ada. Tapi, dia dah bagitahu yang dia busy. Korang sendiri saksi kan. Fana kata dia bagi 5 minit je, untuk dia bergerak dan bersedia di bakeri sebelah. Tapi, dia tak tunggu pun pakcik tu balas. Main terus letak je. Tapi, ……………. Aaaah! Banyak pulak tapi-tapinya.

Nexusnya diambil, ditenung gadget mahal tu. Gigi mula menggigit bibir bawah. Habit Iffa bila hati dia tak tenteram. Nexus diletak balik atas meja. Di pandang lagi gadget tu. Dia mula bangun, mundar-mandir. Nexus di atas meja diambil semula, dipegang kejap. Kemudian keluar keluhan keras. Berat bunyinya. Iffa dah mula menghantuk kepala ke dinding. Memaksa otak untuk bekerja lebih keras. Entah kenapa dirasakan, cara ini mungkin membantu. Dah puas head banging, di lihat kembali Nexusnya. Senyap. Tiada panggilan yang masuk. Pakcik tu tak telefon balik. Sah lah! Dia dah merajuk. Ini firasat hati. Sebab kan selalunya, bila dia dah hang up on the first call, mesti ada kesinambungannya, second call. Tapi kali ni takde. Rasa bersalah pulak. Teringat dulu, kata-kata dia sendiri, ‘perlahan-lahan’.

“Sekali ni aje, aku melayan!” dia tarik nafas dalam, dan hembus semula keluar, kuat. Cuba mengumpul kekuatan. Macam nak pergi bergusti pulak rasa.

Nexus ditekan, paparan mesej dibuka. Tangannya mula laju menaip. Dia taknak call, tak betah duduknya nanti. Boleh berpeluh telinga. Tak terkeluar bicara. Mati kata dibuatnya. Tapi kalau texting, tak rasa semua tu. Takdelah dia rasa malu sangat, lagi senang nak faham kalau baca kan? Lebih jelas. Betul tak?

‘Sorry! Saya memang betul busy. Nak kene bake cupcake untuk delivery order petang ni. Doesn’t mean to hang up on you. Really. Sorry again.’

Segera butang send ditekan, sebelum sebuah karangan 360 patah perkataan yang dia hantar. Entah kenapa dia rasa macam perlu explain semua. Cubaan memujuk? Entah!

Mesej tadi dah dihantar. Dah! Settle! Apologise sent! Now, I can breathe. Phew! Lega~. Hatinya bersuara.



Saturday 27 July 2013

SOP #32

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------



Suamiku Orang Popular #32



Fana menjeling Iffa. Sangat tak puas hati dirasa! Sakannya makcik ni bergelak ketawa, bergurau senda. Sesekali Iffa memandangnya, Fana tunjuk muka bengang. Tapi dibuat dek je! Melampau!

“Iffa!” dia menjerkah. Geram.

“Kejap lah, kejap lagi aku buat!” Iffa membalas sambil lewa.

Fana sekadar mendengus. Ini tak boleh jadi. Langkah kaki laju diatur ke arah sahabatnya dan pantas gadget mahal yang setia melekap di telinga Iffa dirampas. Iffa tercengang, kemudian dia pun sama naik geram.

“Fana!” Iffa menyeru nama sahabatnya kuat. Bengang!

“Assalamualaikum Tok Aba! Fana ni.” Fana buat bodoh je. Langsung tak gertak. Setakat Iffa nak jerit-jerit macam tu, takde nak hairan sangatlah. Iffa mengejar Fana yang dah menculik telefon bimbitnya.

“Bagi balik gadget mahal aku tu!” Fana buat dek. Kau tak layan aku tadikan. Sekarang rasakan.

Tok Aba di talian sebelah sana dah rungsing. Dah boleh agak apa yang terjadi. Banyak kali dah. ‘Hailah cucu berdua aku ni.” Katanya perlahan. Dia menggeleng sambil setia mendengar keriuhan di sebelah sana. Tersenyum sendiri dibuatnya.

“Fana! Bagi balik Nexus aku!” Iffa mengejar Fana yang dah berlari ke kedainya di sebelah dengan gadget mahal dia. Fana berlari tawaf kedai buku, mengelakkan diri dari Iffa. Mulutnya sibuk berbicara dengan Tok Aba. Entah apa yang fana gebangkan dengan atoknya, dia tak tahu. Yang penting, Iffa still maintain bengang. Syah, Tal, Nani dan Kiri yang sedang berkumpul dan sibuk bekerja di tingkat  bawah memandang pelik. Mereka sekadar berpandangan dan dah malas nak ambil tahu. Dah faham sangat dah dengan perangai akak dua orang ni.

Pengunjung kedai buku memerhati dengan rasa ingin tahu. Adegan kejar-mengejar yang jarang dapat disaksikan mereka. Budak-budak di kedai tu menenangkan mereka dengan mengatakan:

‘Takde apa-apa. Jangan risau. Benda ni normal bagi kami. Just enjoy the chase!’

Kiri berlagak bagai jurucakap kedai.Syah, Tal dan Nani mengangguk tanda mengiyakan. Pengunjung kedai dah tersenyum dan ada yang dah menggeleng kepala. Mesti dia orang ingat kedai tu, sebuah kedai buku yang pelik. Lantaklah! Nasib tak ramai yang datang. Dalam 5-6 orang je. Belum tengah hari pun, baru pukul 11 lebih. Orang yang bekerja belum lunch break dan budak-budak pun belum habis sekolah. Terselamat lagi nama baik kedai buku tu.

Iffa dah mengejar Fana hingga ke tingkat atas. Fana berhenti termengah-mengah, dan duduk di kerusi yang ada di dalam pantry. Lari tak seberapa, tapi penatnya melampau. Nampaknya aku ni memang nak kena start balik rutin jogging aku ni. Dia berbicara penat dalam hati. Stamina dah hilang. Iffa menyusul dan muncul di muka pintu. Muka bengang tak habis lagi.  Gadget mahal Iffa diletak di atas meja. Muka tak bersalah yang lebih menjurus kepada tak puas hati, Fana hadiahkan.

“Nexus aku!” Iffa bersuara geram.

“Tu. Ambil lah balik. Takde aku teringin nya lah!” Fana mencebik.

Iffa laju mengambil gadget mahalnya. Ditelek skrin. Wallpaper gambar babymilo nya.

“Tok Aba?” dia bertanya pada Fana.

“Dah hang-up lah. Berapa lama kau nak Tok Aba on-hold?” Selamba Fana bersuara. Kemudian dia menjelir lidah. Tanda kemenangan. Iffa tenung Fana dan hadiahkan jelingan membunuhnya. Muka dah nak merajuk. Kerusi di depan mata kasar ditarik. Dia duduk menghadap Fana.

“Dengki! Orang baru nak melepas rindu! Tu pun tak boleh!” bersuara perlahan. Sah! Dah merajuk dah kawan aku ni. Manja yang amat. Menyampah pulak kadang-kadang. Tak padan dengan usia. Harapkan badan je melangit tingginya, tapi perangai, tak pernah nak berubah!.

“Bukan tak boleh, tapi agak-agak lah. Dari kau masuk jejak kaki kat bakeri aku, sampai 10 minit yang lepas tadi, takkan tak habis-habis lagi kot! Kau dah janji nak tolong aku kan.” Fana membela diri. Malas nak dilayan rajuk sahabatnya tu. Dah banyak kali melayan, kadang-kadang dia pun kena lah bersikap tegas.

“Yelah. Aku tahu. Bukannya aku taknak tolong. Tadi aku ingat nak call Tok Aba tu kejap je, nak tahu Tok Aba tu sihat ke tak? Tengah buat apa? Dah makan ke belum? Adatlah kalau dah lama tak jumpa. an boleh rindu jadinya tu. Macam kau tak pernah kena. Lagipun, manalah aku nak tau yang aku boleh tersangkut berjam lamanya.” Iffa masih tak sedar diri dan terus cuba membela diri. Padahal, Dah memang salah dia kan, Spesies menegakkan benang yang berair sungguh!

Dia tahu yang dia dah janji nak tolong Fana siapkan order dia. Bulan ni saja ada banyak order baru. Makin galak pulak manusia buat open house dan sebagainya. Namun dia tetap bersyukur, Alhamdulillah atas rezeki Allah bagi. Kalau semalam untuk majlis pertunangan, hari ni punya untuk majlis keraian di pejabat. 150 Red Velvet cupcakes with cream cheese topping. Memang tak banyak dari semalam punya order, dan memang senang nak buat, tapi order ni perlu disiapkan sebelum jam 3 petang. Sebab pelanggan sendiri akan datang ambil tempahan cupcakes tu di bakeri Fana. Sekarang nak dekat tengah hari. Maknanya hanya ada beberapa jam sahaja sebelum klien datang. Fana dah memang style punctual, tak suka melewatkan kerja. Biasalah, kalau dah bisnes dia jenis kena berurusan dengan orang. Walaupun bakeri kecil tu dah ada dua orang pekerja, tapi mereka pun punya tugas sendiri. Fana lebih kepada cupcakes, sebab ordernya selalu dalam kuantiti yang banyak, dan perlukan penelitian yang tinggi bila berdekorasi. Lagipun, Fana memang gila cupcakes. Jadi benda tu tak jadi masalah bagi dia. Bahagian  kek dan pastry diserahkan kepada dua orang pekerjanya. Mereka akan merujuk kepada dia bila perlu. Kadang-kadang Iffa turut datang membantu atau lebih tepat lagi, datang menyibuk.

“Pernah pulak kau berborak dengan Tok Aba kurang dari berjam lamanya kan?” Fana membidas. Sengih saja sebagai jawapan. Memang tak pernah pun. Rasanya untuk rekod, tadi tu lah panggilan paling pendek dia pernah buat. Kurang dari 2 jam. Bila dikira-kira lagi, dia menjejakkan kaki ke kedai Fana jam 10.20 pagi. Sebab pagi tadi, dia sendiri sibuk nak bersedia untuk buka kedai bukunya. Kemudian, mengagihkan tugas kepada budak-budak dalam kedai tu dan check senarai  tempahan buku pelanggan. Mana buku yang dah ada, disuruh Kiri dan Syah packaging kan dan hantar pada customer. Tal diarahkan untuk menjaga kaunter dan Nani masih dengan pekerjaan kegemaran dia, menyusun buku. Ex-librarian sekolah dulu la katakan.

Kemudian dia masuk ke kedai Fana, cari-cari owner kedai takde. Lepas tu, teringat nak call Tok Aba, bertanya khabar dan sampailah 10 minit yang lepas tadi, yakni jam 11.35 pagi baru panggilan ditamatkan. Tu pun atas paksaan dan tanpa kerelaan. So, lepas dah ditambah tolak darab dan bahagi, tempoh panggilan dia dengan Tok Aba ialah selama 1 jam 15 minit. Sekejap je pun! Tu pun nak berkira! Tiba-tiba rasa geram dia muncul balik.

“Satu jam lima belas minit je pun! Itu pun nak berkira.” Diluahkan jugak rasa tak puas hatinya. Fana sekadar menjeling. Tangannya dah bermain dengan BB.

"Satu jam lima belas minit kau tu, kau kisahkan. Yang satu ratus lima puluh Red Velvet aku tu, pernah pulak kau nak peduli?" Fana terus menagih janji Iffa nak tolong dia.

“Aku ni tengah menanggung rindu menggunung tau. Baru nak bercintan-cintun. Kau dah potong line! Dengki!” penyakit gedik, nak merajuk minta simpati dengan Fana dah muncul. Tapi, kalau tengok dari gaya, macam tak berkesan je kali ni.

“Memang aku berkira pun. Kawan tak kawan, janji tetap janji. Bukannya kau baru kenal aku kejap tadi. Kalau kau sendiri selalu busy, aku pun reti busy lah.” Iffa diam. Tak berani nak menjawab. Fana macam marah semacam je dengan dia. Tapi mulut gatalnya tetap nak bersuara.

“Tapi aku rindu dengan Tok Aba. Nak buat macam mana.” Suara kesian kononnya.

“Tok Aba je yang kau rindu, yang lagi sorang patut kau rindu tu, kau tak rindu pulak?”

Heh? Apa benda Fana tengah cakap ni? Tak pahamlah. Banyak sangat perkataan rindu. Macam tongue twister pulak. rasanya otak dia yang dah tertwist sekarang ni.

Tok Aba je yang kau rindu? Ã  memang pun. Rindu yang membara lagi.

Lagi sorang yang patut kau rindu? Ã  siapa? Siapakah insan yang layak dirindui aku tu?

Kau tak rindu? Ã  nyatakan dulu siapa dia, baru aku timbang tara nak rindu ke taknak.

“Hoi!” Fana bertepuk tangan depan muka aku. Terkebil-kebil mata aku dibuatnya. Terberangan pulak.

“Aku tahu lima minit dari sekarang kau dah berapron dekat kitchen aku!” Fana berdiri, arahannya dah dikeluarkan. BB nya terus disimpan dalam poket seluar jeans nya. Fana menyengih. Lain macam. Seperti ada muslihat.

“Tadi aku dah bagitau Tok Aba, kau main tipu, bergayut sakan taknak tolong aku settle order. Tok Aba kata, dia paham. Dia bagitahu nanti dia telefon balik.” Fana menjelaskan, kesian pulak tengok muka tak siap kawan dia ni. Sememeh je rupa bila merajuknya. Dia dah bangun dan menolak semula kerusi ke dalam meja. 

Iffa menarik nafas lega. Senyum sumbing dia. ‘Tak baik aku ni, berprasangka pada sahabat aku yang baik hati, memahami dan sweet-sweet perangai nya.’ dia bersuara dalam hati.

“Aku ni takdelah kejam mana. Sweet kan?” dia mengenyit mata kepada Iffa. Iffa terdiam. Lantas dia berpura-pura buat aksi konon-konon nak muntah. I'm straight okay!

“Yucks! Sangat menggelikan. Nasib baik kau berspek mata, kalau tak dah aku cungkil biji mata kau tadi.” Iffa meluahkan dengan jujur. Fana tergelak.

Hot Chelle Rae menyanyi, dua-dua tersentak. Otak Iffa hanya memikirkan seseorang! Tok Aba! Ni baru betul sayang cucu. Betul-betul sekejap, Tok Aba dah telefon. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, pantas panggilan itu dijawab.

“Assalamualaikum, atooooooooooook~!” manja bunyi suara macam biasa. Sengihnya tak hilang. Fana perlahan-lahan bergerak ke pintu, bersiap sedia nak melarikan diri. Senyumnya masih tak mati. Iffa buat tak peduli. Panggilan rindunya lebih penting di saat ini.

“Waalaikumsalam. Wifey? Awak ke tu?” suara garau lelaki menjawab soalannya. Serta-merta terbeliak biji mata Iffa. Membulat besar. Terdiam dia. Musnah punah segala rasa rindu yang menggunung tadi. Nexusnya terluncur cantik dari pegangan. Nice landing atas meja yang ada di pantry. Bunyi berdetak gadgetnya jatuh ke atas meja menyedarkan Iffa segera, laju mata mencari kelibat Fana.

“Nak sangat bercinta tadikan. So, apa lagi. Dipersilakanlah!” Fana memberitahu dan mengekek gelak sebelum melarikan diri.

Iffa yang masih tercengang, bingkas bangun ke pintu pantry menyaksikan Fana dengan sisa tawanya berlari menuruni tangga. Dan buat kesekelian kalinya, nama kawannya dijerit buat kali entah keberapa untuk hari ini.

“NURUL FARHANA!!! KAU KEJAM!!!!”


Sementara itu, masih ada insan yang setia menunggu panggilannya untuk dijawab di talian sebelah sana

“Hello?”

Friday 26 July 2013

SOP #31

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------



Suamiku Orang Popular #31



Tok Aba senyum pada Iffa. Dipandang wajah cucunya dengan penuh rasa kasih dan sayang.

“Iffa bahagia tak?” Tok Aba bertanya lembut. Iffa mengangguk.

“Iffa bahagia sangat-sangat Tok Aba. Bahagia sangat. Bahagia yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Hanya hati yang dapat merasakannya. Iffa bersyukur. Sebab, Sekarang Iffa dah ada dua lelaki yang sayang pada Iffa. Iffa ada Tok Aba, dan Iffa ada dia.” Mendengarkan jawapan itu, makin lebar senyumnya. Tangan tuanya mengusap lembut kepala cucu tunggalnya, kemudian dipeluknya erat. Gaya seperti tak mahu dilepaskan.

“Baguslah kalau Iffa bahagia. Senang hati Tok Aba. Takdelah Tok Aba risau dengan Iffa lagi.” Haji Sharef bersyukur. Doanya selama ini dimakbulkan Tuhan. Memastikan Iffa bahagia dan gembira. Pada mulanya, dia turut risau mahu menyerahkan tanggungjawab menjaga Iffa kepada orang lain. Sebab dia tak percayakan sesiapa. Dia tak percaya ada orang lain yang mampu menjaga dan menyayangi Iffa sebagaimana dia buat. Namun, dia tiada pilihan. Dia harus menyerahkan Iffa kepada pasangannya. Sebab dia sendiri tahu, dia takkan selamanya boleh menjaga dan menyayangi anak gadis itu. Alhamdulillah. Sekali lagi dia bersyukur, kerana pilihan tepat yang dibuat. Iffa disayangi, dijaga dan dilindungi sebaiknya sebagaimana yang dia harapkan. Sungguh, dia bahagia bila cucunya pun bahagia.

“Tok Aba, boleh lemas Iffa tau kalau peluk kuat sangat macam ni.” Iffa merengek manja pada orang tua itu.

“Tok Aba nak peluk kamu puas-puas. Lepas ni susah nak peluk dah.” Perlahan saja Tok Aba berkata. Di usap lembut kepala cucu kesayangan itu. Iffa mendongak pabila mendengarkan kata-kata Tok Aba tadi.

“Kenapa nak susah pulak?" Iffa bertanya lurus.

“Tak boleh, cu. Susah.” Tok Aba tetap dengan pendiriannya tadi.

“Kenapa Tok Aba cakap macam tu?” dia bertanya. Pelik.

“Kamukan dah jadi tanggungjawab orang lain. Dah lupa ke?” Iffa sekadar menyengih, nak tutup malu sendiri. “Dah jadik bini orang, takkan asik nak melekat dengan Tok Aba je.” Pelukannya dileraikan. Mata cucunya itu ditatap, dalam dan sayu.

“Tok Aba jangan risau. Atok tetap priority Iffa yang nombor satu. And, it will never change.” Bangga sekali dia menuturkannya.

“Iffa, Iffa kan dah ada suami. Iffa kena sayang dan hormat suami. Bila dah bersuami, dia adalah keutamaan Iffa. Dia yang patut jadi nombor satu dalam segala hal. Bukan Tok Aba dah. Lepas dia terima akad Iffa, Tok Aba automatic jatuh bertangga-tangga tau.” Tok Aba sempat bergurau. Iffa perlu difahamkan, dan diingatkan. Memang dia dah besar, tapi ada benda yang dia perlu jelas. Tentang tanggungjawab baru dia, sebagai seorang isteri.

“Tapi, Iffa sayang Tok Aba. Pedulilah dengan orang lain.” Nada suara perlahan membalas. Tangan Tok Aba diraih dan digenggam kemas.

“Iffa. Tak boleh macam tu, cu. Iffa kan dah ada suami. Iffa kena lah dengar cakap suami.”

“Tapi, Iffa lagi sayang Tok Aba!”

“Tok Aba tahu, Iffa sayang Tok Aba. Dah lama Tok Aba tahu. Tok Aba pun sayang Iffa. Tak salah pun rasa sayang tu. Dari Iffa kecil sampai dah besar panjang macam ni, Tok Aba yang bela, Tok Aba yang jaga. Tapi, Iffa masih kena ingat, syurga Iffa ada bawah kaki suami.” Iffa diam, dia tak pedulikan semua tu. Pegangan tangannya masih kuat menggenggam tangan tua Tok aba. Ibarat tak kan dilepaskan. Matanya mula bergenang, hati dah rasa sayu. Suara sendu mula nak keluar.

“Tok Aba dah tak sayang dekat Iffa, kan?” dia bertanya dengan suara sendunya. Pecah jugak empangan air mata.

“Patutlah tiba-tiba Tok Aba kahwinkan Iffa, sebab Tok Aba dah tak sanggup nak jaga Iffa lagi!” sayu bunyi suara kedengaran. Esakan yang pada mulanya perlahan, mula kedengaran.

“Iffa, janganlah macam ni. Susah Tok Aba nanti. Macam mana Tok Aba nak pergi kalau kamu macam ni? Kalau Tok Aba dah pergi, mesti kamu sedih.” Mendayu-dayu suara Tok Aba memujuk.

“Tok Aba nak tinggalkan Iffa?” kepalanya mendongak melihat lelaki tua itu. Satu persatu titis air matanya mengalir.

“Iffa dah agak. Tok Aba memang dah tak sayangkan Iffa. Sampai hati Tok Aba nak buang Iffa.” Air matanya makin menderu laju, turun membasahi pipi. Dia benci Tok Aba. Dia benci! Hatinya menjerit. Namun genggaman tangan tua tu masih tak dilepaskan, sebaliknya semakin erat digenggam. Dia tak mahu lepaskan. Dia takut Tok Aba tinggalkan dia.

“Iffa. Tok Aba sayang Iffa. Sungguh!” Tok Aba turut teresak sama. “Kalau boleh, Tok Aba pun tak mahu tinggalkan Iffa.” Air mata cucu kesayangan diusap lembut dengan jari tuanya.

“Tapi, kita hanya manusia Iffa. Hamba ALLAH yang hina. Tiada yang akan kekal selamanya atas muka bumi ni. Dari DIA kita datang, pada DIA juga kita akan kembali. Dah tiba masa untuk Tok Aba pergi.” Sendu Iffa yang kuat tadi serta-merta berhenti. Hatinya mula tak senang. Dia dah mula syak sesuatu. Makin kuat pegangannya pada tangan tua itu.

“Tok Aba nak pergi mana?” dia bertanya teragak-agak.

“Tok Aba nak pergi sana.”

“Sana tu mana?”

“Sana tu jauh! Iffa tak boleh ikut.” Dengan tenang dia membalas pertanyaan cucunya itu.

“Tapi Iffa nak ikut jugak. Iffa taknak jauh dari Tok Aba!”

“Tak boleh, cu. Iffa tak boleh ikut.” Nada suara Tok Aba kedengaran tenang, tapi tetap ada getarnya.

“Taknak! Iffa nak ikut jugak! Iffa taknak tinggalkan Tok Aba. Tok Aba pun  jangan tinggalkan Iffa!!” dia bersuara keras.

“Tak boleh Iffa. Iffa jangan terus berperangai macam ni. Susah hati Tok Aba nanti.”

“Tok aba jangan tinggalkan Iffa!” dia mengulang lagi. Masih dengan degilnya. Air mata Iffa mula berlinangan lagi di pipi. Pandangan matanya kabur dek air mata. Tok Aba dirasakan makin jauh daripadanya. Pegangan tangan yang digengggam erat tadi tiba-tiba terasa makin longgar.

“Kenapa Iffa tak boleh ikut?” Iffa separa merayu. Dia tak sanggup berjauhan dengan lelaki tua itu. Tenaganya makin hilang. Airmatanya tak putus-putus mengalir. Dia dah penat.

Tok Aba menggeleng mendengar pertanyaan itu.

“Tak boleh. Iffa tak boleh ikut.” Tegas suaranya, syahdu rasa hatinya. Melihat cucu kesayangannya begitu.

“Ni mesti sebab Iffa degil sangat kan? Sebab tu Tok Aba taknak bawak Iffa, kan?” Tok Aba sekadar menggeleng sebagai jawapan. “Iffa tak boleh ikut.” Ayat itu yang diulang-ulangnya.

“Okey! Iffa janji Iffa tak degil, Iffa janji. Serius janji. Janji pengakap lagi. Tengok.” Tiga jarinya diangkat, dengan ibu jari dan jari kelingking dilekatkan bersama. Gaya pengakap berikrar. 

Tok Aba tetap menggeleng. “Iffa tak boleh ikut.” Diulang lagi ayat yang sama.

“I swear to God that, I’ll be a good girl that you’ve ever met! Please, just bring me along!” dah separa merayu. Cakap pakai BM tak boleh, dia try pakai BI pulak. Iffa dah melutut memegang kaki Tok Aba. Air matanya mengalir lagi. “Don’t leave me!”

Tok Aba masih setia menggeleng. “Iffa tak boleh ikut.” Ayat itu lagi. Mata Tok Aba turut dibasahi air mata. Sedih hatinya bagaikan disiat-siat melihat anak gadis yang ditatang bagai minyak yang penuh, tersedu-sedan di kakinya.

“Tapi, Iffa nak sama-sama dengan Tok Aba!” makin deras air matanya mengalir. Makin lemah Iffa rasa. Kudratnya makin menghilang. Tok Aba dah makin menjauh. Dia tak sedar bila Tok Aba jauh daripadanya. Dia cuba mengejar, tapi kakinya berat. Seperti melekat. Iffa dah tak berdaya, berusaha melepaskan dirinya, tapi hampa. Iffa mula meraung, hanya itu yang mampu dilakukannya. Tangisnya makin kuat.

“TOK ABA!!!!!!!!!!! Jangan tinggalkan Iffa!!! Iffa nak ikut!!!” laungannya tidak bersambut. Tok Aba yang makin menjauh hanya senyum memandangnya. Iffa berteriak lagi. Memanggil lelaki tua itu. Badannya terbongkok-bongkok sambil tangannya menarik kaki sendiri, cuba melepaskan ‘ikatan’ yang tidak membenarkan dia bergerak dari diriannya.

“Tok Aba!!! Iffa nak ikut!! Jangan tinggalkan Iffa!!!” Iffa bagaikan orang gila di situ. Suasana keliling yang gelap dan sepi menggerunkan lagi hatinya. Terdengar suara Tok Aba sayup-sayup dari jauh.

“Iffa kena ingat selalu, yang Tok Aba sayangkan Iffa.” Suara itu berbunyi perlahan, tapi Iffa dapat mendengarnya dengan jelas. Begitu jelas sekali setiap bait kata yang keluar.

“Tok Aba!! Tok Aba!! Tok Aba!!” dia menjerit memanggil Tok Aba. Tapi, panggilan tidak diendahkan. Tok Aba sekadar senyum dan melambai padanya sebelum hilang dari pandangan.

Berada keseorangan di tempat yang senyap dan sunyi begini. Mulutnya tak henti-henti menyeru nama Tok Aba. Tapi, tiada tanda lelaki itu berada di sini. Tenaganya mula hilang, dirasakan seperti kudratnya melayang secara tiba-tiba. Iffa terduduk! Kakinya longlai. Dia dah penat! Dia tak daya. Dirasakan dirinya terlalu lemah tika ini. Tangisannya tak henti. Makin kuat. Rentak nafasnya tidak sekata dengan linangan air mata. Dia takut! Sungguh dia takut!

Matanya mencelik! Dahinya memercik dengan peluh.

“Astagfirullah al azim!” Iffa beristighfar panjang. Dia bangun dari pembaringan. Dikeleng jam di tangan. 10.20 malam. “Aku tertidur rupanya.” Tangannya meraup muka. Masih terasa basah air mata di pipi. Aku menangis ke tadi? dia bertanya pada dirinya sendiri. Dia bingkas bangkit. Menarik bantal tidurnya tadi, nyata ada kesan basah air mata disitu. Hati rasa tak tenang.  Tangannya laju menyeka sisa-sisa air mata. Dahinya disapu dengan hujung lengan baju. Mengeringkan peluh sejuk yang datang entah dari mana. Beristighfar lagi dia.

Teruknya mimpi tadi. Astagfirullah al azim! Dia berkata pada dirinya sendiri. Banyak-banyak dia beristigfar. Kepalanya digeleng laju dan kuat. Cuba memadamkan ingatan tadi. Dipandang lagi jam di sisi katil. ‘Besoklah call Tok Aba, mesti sekarang dia dah tidur.’ Dia berbisik sendiri. Sungguh hatinya tak tenang. Gundah-gulana. Hura-hara dirasakan jiwanya.

Dicapai tuala yang tersangkut di ampaian baju dalam bilik itu. Balik terus landing atas katil, kan dah tertidur! Kaki tak berbasuh. Dengan tak mandinya. Isyak ke mana. Tu lah, buat lagi kerja tak berfaedah fikir bukan-bukan. Kan dah mimpi yang bukan-bukan! Dia membebel, marah dengan diri sendiri. Dalam hati dia doa pada Allah SWT minta dijauhkan musibah daripada orang-orang yang disayanginya. Minta simpang.

Langkahnya mula diatur keluar dari bilik. Lampu ruang tamu memang sengaja dibiar terpasang. Maklumlah, dua orang perempuan tinggal dalam rumah ni. Dua-dua pun ‘ayam’ (chicken). Penakut!

 Tiba-tiba, terdengar bunyi grill ditarik perlahan dari luar. Langkah Iffa terhenti. Matanya terus tertancap pada pintu. Dia dah rasa tak sedap hati. Mimpi tadi masih terbayang-bayang difikirannya.

Pintu dikuak perlahan setelah kunci dimasukkan. Terpacul wajah Fana. Terserlah keletihannya. 

“Subhanallah! Kau rupanya!” dia bersuara perlahan. Baru cerita pasal betapa ‘ayam’nya orang dalam rumah ini. Nasib baik bukan orang jahat. Mimpi tadi masih menghantui fikirannya, tapi Iffa sedaya upaya cuba untuk tak melayan.

“Assalamualaikum.” Tak bermaya bunyi suara kedengaran. Salam Fana dijawab.

“Waalaikumsalam. Lambatnya kau balik.” Iffa terus menegur Fana yang dah macam bila-bila masa je boleh tumbang. Kesian kawan aku ni, macam teruk sangat kerjanya.

“Lambatnya kau mandi.” Fana mendongak memandang Iffa yang bergantungan towel kuning dilehernya.

“Aku nak mandi la ni. Tertidurlah tadi. Penat! Tahan pulak hidung mancung aku ni dengan badan yang berbau coklat. Melengaslah rasa. Panas je.” Dikibas-kibas t-shirt yang di pakai tadi. Fana sekadar memandang dengan mata kuyunya. Langsung takde perasaan nak ambil tahu. Pintu grill dan pintu depan dikunci kembali. Dia bergerak menuju ke biliknya.

“Ok. Aku tidur dulu, eh. Penat giler babas ni.” Handbagnya dicampak selamba ke atas sofa di ruang tamu. Pintu biliknya dibuka.

“Kau tak nak mandi dulu ke?” Iffa bertanya. Tak rasa melekit ke badan dia? Seharian kot kat kitchen?

“Besok jela. Aku nak jimat air!” pintu biliknya ditutup. Iffa sekadar menggeleng.

Dia tak rasa apa yang dimimpikannya tadi harus dikisahkan pada Fana. Dia taknak bebankan Fana dengan masalah dia. Mellihatkan keadaan Fana yang dah macam sepuluh hari tak jumpa tilam, tak lelap mata, dia beri ruang untuk Fana berehat. Dia taknak menganggu. Dia yang sekadar menyibuk, membantu kadang-kadang pun tahu penatnya buat kek ni. Lagipun, mimpi tu kan mainan tidur. Tadi pun dia penat sangat, so dia tak perlu nak amek pusing pasal hal kecil macam tu. Tunggu masa sesuai aje kalau nak bercerita pun, hatinya menelah.


“Suka hati kau lah.” Iffa akhirnya bersuara membalas Fana. 

Monday 22 July 2013

SOP #30

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)

(n.n)v

------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #30


Badannya dilontarkan ke atas katil. Ah, sedapnya dapat baring. Tangannya diregangkan ke atas. “Leganya.” Iffa menjerit puas. Syok betul dapat menggeliat. Hari ini dia terlebih rajin nak membantu Fana menyiapkan tempahan 300 Triple Oreo Choc cupcakes untuk sebuah majlis pertunangan. Penatnya, tak payah cakaplah. Seharian dia berdiri dan membongkok sebab tolong Fana buat frosting. Berkeriuk pinggang dibuatnya. Ni pun, dah nak dekat pukul 9 malam, tapi Fana tak balik lagi. Dia nak check tempahan baru. Makcik tu nampak busy hari ni. Terpaksalah aku balik dulu, nasib Fana tak kisah.

Inilah rutinnya. Bila dia sibuk, Fana akan tolong tengokkan kedai. Bila Fana mendapat tempahan, dia akan turut membantu. Tadi pun, jenuh jugaklah dia berdiri. Bergelut di kitchen kecil Lil’ Bakeri Fana. Satu badan bau coklat. Sampai naik muak dibuatnya. Tapi dia tak kisah, memandangkan bisnes Fana pun semakin maju. Kalau dulu, bisnes bakeri ni hanya dijalankan secara online, tapi sekarang tak lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Fana dah mampu ada bakeri sendiri, dan pelanggan boleh datang sendiri ke bakeri ini untuk memilih dan mencuba rasa pelbagai jenis kek dan pastry. Walaupun bakeri ni kecil sahaja, tapi bak kata Fana, cukuplah untuk permulaan. Dan, aku sangat-sangat bersetuju dan menyokong dia. Bila orang lain happy, aku pun akan sibuk nak happy sama.

Ditambah dengan sekarang ni dah hujung-hujung bulan raya. Manusia semua sibuk nak mendirikan masjid, menambahkan umat. Orang kata jimat buat kenduri time raya. Fakta ke auta? Entahlah. Mungkinlah kot. Sebab buat kenduri kahwin + open house + time ni lah nak kumpul dan bertemu sanak saudara dan kaum kerabat yang dah lama tak jumpa. Boleh pakai lah kot statement tu. Kita K.I.V lah. Rajin pulak otak nak fikir.

Tiba-tiba teringat pasal kenduri kahwin aku sendiri. Eh, jap! Ni apehal topik pasal aku pun terheret sama dalam pemikiran aku ni? Otak aku ni memang miang tau! Suka ungkit-mengungkit. Dia tak tahu ke mata ni dah berat sangat, badan dah penat, mintak rehat? Suka nak buat O.T. Last-last aku jugak yang merana, tak lena malam. Sibuk nak berfikir je. Tapi, macam best pulak topik impromptu ni. Kalau dikira, rasa-rasanya besok dah genap sepuluh hari aku tukar status. Tapi style hidup maintain single, macam tak berlaki. Lantaklah! Belum sedia nak fikir. Bila kau sedia nak fikir fasal benda ni? Amboi hati, kau pun sama nak tuang O.T ke? Dah satu hal aku nak kena menjawab dengan diri sendiri memalam buta ni. Pedulikan.

Back to the topic. Kenduri aku? Nak dikategorikan sebagai kenduri ke? Maybe lah. Ada rupa kenduri, sebab ramai  jugak yang datang, makanan ada banyak, entah dengan sape-sape aku salam, terima ucapan tahniah. Aku iyakan aje. Go with the flow, jaga hati. Tapi, yang peliknya lepas kenduri, benda jadik senyap macam tu je. Macam tak pernah ada majlis. Aku musykil. Macam mana dia buat? Takkan takde sorang pun yang tahu. Nampak sangat tak glamour. Tapi kalau tanya pakcik google, boleh tahan banyak jugak lah story pasal dia. More to gossips and scandals. Aku fokus pada topik ni lebih. Award, drama, filem meletop kebabom, tak minat nak ambil tahu. Sebelum ni pun, bukannya kenal dia sangat. Sejak akhir-akhir ni je. Semuanya sebab terpaksa.

Pelik jugak lah kalau nak fikir balik (O.T lagi kepala otak aku ni. Banyak betul benda nak kena fikir). Macam mana lah dia boleh lepas jadik artis? Ayah Man yang tegas tu bagi pulak? Depan Ibu Ja dengan Ayah Man rupa macam baik, tapi bila aku google, masyaAllah! Dia ni yang nak dibuat laki? And, yes! Aku mengaku. Lepas dia declare dekat press pasal ‘kami’, aku jadik stalker dia! Please, bear in mind. Ini semua sebab terpaksa (again).

Tapi....... baguslah kalau tak de yang tahu kan? Bukan itu ke yang aku nak sangat selama ni? Cop! Bukan aku yang nak. Sebab aku ni tak pentingkan diri, sentiasa fikirkan pasal orang lain. Dia tu glamour (kononnya), aku ni siapa? Nak kata akak kawasan pun tak. Akak kedai buku je, cucu tunggal kesayangan Haji Sharef, best friend Farhana, orang biasa-biasa. Kalau jumpa tepi jalan, confirm orang tak tegur, tapi jeling-jeling, senyum-senyum tu wajib.

Well, aku ni boleh tahan lawa juga. Aceh! Puji diri sendiri. Bukan aku cakap, orang bagitahu. Katanya tinggi, macam model, muka bersih, senyum manis. Lesung pipit yang melubangkan pipi aku yang buat mahal tu. Sejuk mata memandang. Bikin hati tertawan. Cuma warna kulit tu, terlebih vitamin D free, ter'tinted' sikit pulak. Gelap sikit takpe, sebab hitam tu kan menawan. Tapi aku takdelah legam, hitam manis gitu. Yang penting cun! Orang cakap, bukan aku.

Bayangkanlah, kalau tiba-tiba keluar pasal kitorang dah kahwin, padahal sepatutnya tunang dulu. Macam yang malaun tu (sorry, tahu tak boleh panggil malaun dah, tapi tengah emo) pergi kecoh dekat press conference dia dulu, kan dah haru. Orang luar memang takde kerja lain. Fikir bukan-bukan je yang dorang tahu. Fitnah paling famous ialah nak kata yang aku ni dah terlanjur. Kalau bukan sebab terlanjur, sebab tak dapat restu. Apa punya cetek pemikiran? Itu je ke yang diorang tahu? Walhal, bukan tahu cerita sebenarnya pun. Balik-balik buat spekulasi. Menambah dosa je. Aku ni sendiri pun tak tahu! Kenapa elok-elok plannya nak tunang, tapi jadik nikah pulak? Awal dari tarikh lagi tu. Ini baru betul insan teraniaya. Bergelen air mata aku tumpah masa hari tu tahu tak! Baru ingat nak tunjuk perangai brutal aku time kitorang dah engaged. Puas aku merencana, memikirkan pelbagai taktik. Biar dia menyesal. Biar malaun tu  kenal siapa Iffa sebenarnya. Alih-alih bertukar pulak scene nya. Habis punah drama hidup aku!

Dia teringatkan hal dua hari lepas. Kes phone call tu. Dengan si Fana suruh buat loudspeaker lagi. Dah buat loudspeaker, boleh pulak dia biarkan aku terkontang-kanting sorang-sorang. Sibuk dengan Blackberry dia. Entah dengan siapa dia BBM entah. Disebabkan Fana pun dah tak layan dia, loudspeaker tadi ditukar kepada mode biasa. Berat betul mulut dia nak berbicara. Berat-berat pun nak dekat 20 minit jugaklah dia berbual. Bukannya bual ape pun. Banyak gaduh je. Jauh-jauh macam ni pun, mamat tu ade hati nak cari pasal dengan aku. Menyampah betul. Dan disebabkan phone call tu jugaklah, dah dihafalkan nombor telefon mamat tu. Takut kena soal dengan Fana. Minah tu pun bukannya betul.

Letih jugak membebel sorang-sorang ni, walaupun sekadar berfikir, dan terlalu banyak monolog sendiri dalam hati. Haus pulak tekak ni rasa, tapi empuk tilam mengghairahkan mata supaya segera terlelap. Penat badan yang tak terkata, memudahkan mata aku bergayut berat dan terus tutup. Alih-alih aku terlena jugak. Teruk benar kerja hari ni.