Friday 26 July 2013

SOP #31

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------



Suamiku Orang Popular #31



Tok Aba senyum pada Iffa. Dipandang wajah cucunya dengan penuh rasa kasih dan sayang.

“Iffa bahagia tak?” Tok Aba bertanya lembut. Iffa mengangguk.

“Iffa bahagia sangat-sangat Tok Aba. Bahagia sangat. Bahagia yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Hanya hati yang dapat merasakannya. Iffa bersyukur. Sebab, Sekarang Iffa dah ada dua lelaki yang sayang pada Iffa. Iffa ada Tok Aba, dan Iffa ada dia.” Mendengarkan jawapan itu, makin lebar senyumnya. Tangan tuanya mengusap lembut kepala cucu tunggalnya, kemudian dipeluknya erat. Gaya seperti tak mahu dilepaskan.

“Baguslah kalau Iffa bahagia. Senang hati Tok Aba. Takdelah Tok Aba risau dengan Iffa lagi.” Haji Sharef bersyukur. Doanya selama ini dimakbulkan Tuhan. Memastikan Iffa bahagia dan gembira. Pada mulanya, dia turut risau mahu menyerahkan tanggungjawab menjaga Iffa kepada orang lain. Sebab dia tak percayakan sesiapa. Dia tak percaya ada orang lain yang mampu menjaga dan menyayangi Iffa sebagaimana dia buat. Namun, dia tiada pilihan. Dia harus menyerahkan Iffa kepada pasangannya. Sebab dia sendiri tahu, dia takkan selamanya boleh menjaga dan menyayangi anak gadis itu. Alhamdulillah. Sekali lagi dia bersyukur, kerana pilihan tepat yang dibuat. Iffa disayangi, dijaga dan dilindungi sebaiknya sebagaimana yang dia harapkan. Sungguh, dia bahagia bila cucunya pun bahagia.

“Tok Aba, boleh lemas Iffa tau kalau peluk kuat sangat macam ni.” Iffa merengek manja pada orang tua itu.

“Tok Aba nak peluk kamu puas-puas. Lepas ni susah nak peluk dah.” Perlahan saja Tok Aba berkata. Di usap lembut kepala cucu kesayangan itu. Iffa mendongak pabila mendengarkan kata-kata Tok Aba tadi.

“Kenapa nak susah pulak?" Iffa bertanya lurus.

“Tak boleh, cu. Susah.” Tok Aba tetap dengan pendiriannya tadi.

“Kenapa Tok Aba cakap macam tu?” dia bertanya. Pelik.

“Kamukan dah jadi tanggungjawab orang lain. Dah lupa ke?” Iffa sekadar menyengih, nak tutup malu sendiri. “Dah jadik bini orang, takkan asik nak melekat dengan Tok Aba je.” Pelukannya dileraikan. Mata cucunya itu ditatap, dalam dan sayu.

“Tok Aba jangan risau. Atok tetap priority Iffa yang nombor satu. And, it will never change.” Bangga sekali dia menuturkannya.

“Iffa, Iffa kan dah ada suami. Iffa kena sayang dan hormat suami. Bila dah bersuami, dia adalah keutamaan Iffa. Dia yang patut jadi nombor satu dalam segala hal. Bukan Tok Aba dah. Lepas dia terima akad Iffa, Tok Aba automatic jatuh bertangga-tangga tau.” Tok Aba sempat bergurau. Iffa perlu difahamkan, dan diingatkan. Memang dia dah besar, tapi ada benda yang dia perlu jelas. Tentang tanggungjawab baru dia, sebagai seorang isteri.

“Tapi, Iffa sayang Tok Aba. Pedulilah dengan orang lain.” Nada suara perlahan membalas. Tangan Tok Aba diraih dan digenggam kemas.

“Iffa. Tak boleh macam tu, cu. Iffa kan dah ada suami. Iffa kena lah dengar cakap suami.”

“Tapi, Iffa lagi sayang Tok Aba!”

“Tok Aba tahu, Iffa sayang Tok Aba. Dah lama Tok Aba tahu. Tok Aba pun sayang Iffa. Tak salah pun rasa sayang tu. Dari Iffa kecil sampai dah besar panjang macam ni, Tok Aba yang bela, Tok Aba yang jaga. Tapi, Iffa masih kena ingat, syurga Iffa ada bawah kaki suami.” Iffa diam, dia tak pedulikan semua tu. Pegangan tangannya masih kuat menggenggam tangan tua Tok aba. Ibarat tak kan dilepaskan. Matanya mula bergenang, hati dah rasa sayu. Suara sendu mula nak keluar.

“Tok Aba dah tak sayang dekat Iffa, kan?” dia bertanya dengan suara sendunya. Pecah jugak empangan air mata.

“Patutlah tiba-tiba Tok Aba kahwinkan Iffa, sebab Tok Aba dah tak sanggup nak jaga Iffa lagi!” sayu bunyi suara kedengaran. Esakan yang pada mulanya perlahan, mula kedengaran.

“Iffa, janganlah macam ni. Susah Tok Aba nanti. Macam mana Tok Aba nak pergi kalau kamu macam ni? Kalau Tok Aba dah pergi, mesti kamu sedih.” Mendayu-dayu suara Tok Aba memujuk.

“Tok Aba nak tinggalkan Iffa?” kepalanya mendongak melihat lelaki tua itu. Satu persatu titis air matanya mengalir.

“Iffa dah agak. Tok Aba memang dah tak sayangkan Iffa. Sampai hati Tok Aba nak buang Iffa.” Air matanya makin menderu laju, turun membasahi pipi. Dia benci Tok Aba. Dia benci! Hatinya menjerit. Namun genggaman tangan tua tu masih tak dilepaskan, sebaliknya semakin erat digenggam. Dia tak mahu lepaskan. Dia takut Tok Aba tinggalkan dia.

“Iffa. Tok Aba sayang Iffa. Sungguh!” Tok Aba turut teresak sama. “Kalau boleh, Tok Aba pun tak mahu tinggalkan Iffa.” Air mata cucu kesayangan diusap lembut dengan jari tuanya.

“Tapi, kita hanya manusia Iffa. Hamba ALLAH yang hina. Tiada yang akan kekal selamanya atas muka bumi ni. Dari DIA kita datang, pada DIA juga kita akan kembali. Dah tiba masa untuk Tok Aba pergi.” Sendu Iffa yang kuat tadi serta-merta berhenti. Hatinya mula tak senang. Dia dah mula syak sesuatu. Makin kuat pegangannya pada tangan tua itu.

“Tok Aba nak pergi mana?” dia bertanya teragak-agak.

“Tok Aba nak pergi sana.”

“Sana tu mana?”

“Sana tu jauh! Iffa tak boleh ikut.” Dengan tenang dia membalas pertanyaan cucunya itu.

“Tapi Iffa nak ikut jugak. Iffa taknak jauh dari Tok Aba!”

“Tak boleh, cu. Iffa tak boleh ikut.” Nada suara Tok Aba kedengaran tenang, tapi tetap ada getarnya.

“Taknak! Iffa nak ikut jugak! Iffa taknak tinggalkan Tok Aba. Tok Aba pun  jangan tinggalkan Iffa!!” dia bersuara keras.

“Tak boleh Iffa. Iffa jangan terus berperangai macam ni. Susah hati Tok Aba nanti.”

“Tok aba jangan tinggalkan Iffa!” dia mengulang lagi. Masih dengan degilnya. Air mata Iffa mula berlinangan lagi di pipi. Pandangan matanya kabur dek air mata. Tok Aba dirasakan makin jauh daripadanya. Pegangan tangan yang digengggam erat tadi tiba-tiba terasa makin longgar.

“Kenapa Iffa tak boleh ikut?” Iffa separa merayu. Dia tak sanggup berjauhan dengan lelaki tua itu. Tenaganya makin hilang. Airmatanya tak putus-putus mengalir. Dia dah penat.

Tok Aba menggeleng mendengar pertanyaan itu.

“Tak boleh. Iffa tak boleh ikut.” Tegas suaranya, syahdu rasa hatinya. Melihat cucu kesayangannya begitu.

“Ni mesti sebab Iffa degil sangat kan? Sebab tu Tok Aba taknak bawak Iffa, kan?” Tok Aba sekadar menggeleng sebagai jawapan. “Iffa tak boleh ikut.” Ayat itu yang diulang-ulangnya.

“Okey! Iffa janji Iffa tak degil, Iffa janji. Serius janji. Janji pengakap lagi. Tengok.” Tiga jarinya diangkat, dengan ibu jari dan jari kelingking dilekatkan bersama. Gaya pengakap berikrar. 

Tok Aba tetap menggeleng. “Iffa tak boleh ikut.” Diulang lagi ayat yang sama.

“I swear to God that, I’ll be a good girl that you’ve ever met! Please, just bring me along!” dah separa merayu. Cakap pakai BM tak boleh, dia try pakai BI pulak. Iffa dah melutut memegang kaki Tok Aba. Air matanya mengalir lagi. “Don’t leave me!”

Tok Aba masih setia menggeleng. “Iffa tak boleh ikut.” Ayat itu lagi. Mata Tok Aba turut dibasahi air mata. Sedih hatinya bagaikan disiat-siat melihat anak gadis yang ditatang bagai minyak yang penuh, tersedu-sedan di kakinya.

“Tapi, Iffa nak sama-sama dengan Tok Aba!” makin deras air matanya mengalir. Makin lemah Iffa rasa. Kudratnya makin menghilang. Tok Aba dah makin menjauh. Dia tak sedar bila Tok Aba jauh daripadanya. Dia cuba mengejar, tapi kakinya berat. Seperti melekat. Iffa dah tak berdaya, berusaha melepaskan dirinya, tapi hampa. Iffa mula meraung, hanya itu yang mampu dilakukannya. Tangisnya makin kuat.

“TOK ABA!!!!!!!!!!! Jangan tinggalkan Iffa!!! Iffa nak ikut!!!” laungannya tidak bersambut. Tok Aba yang makin menjauh hanya senyum memandangnya. Iffa berteriak lagi. Memanggil lelaki tua itu. Badannya terbongkok-bongkok sambil tangannya menarik kaki sendiri, cuba melepaskan ‘ikatan’ yang tidak membenarkan dia bergerak dari diriannya.

“Tok Aba!!! Iffa nak ikut!! Jangan tinggalkan Iffa!!!” Iffa bagaikan orang gila di situ. Suasana keliling yang gelap dan sepi menggerunkan lagi hatinya. Terdengar suara Tok Aba sayup-sayup dari jauh.

“Iffa kena ingat selalu, yang Tok Aba sayangkan Iffa.” Suara itu berbunyi perlahan, tapi Iffa dapat mendengarnya dengan jelas. Begitu jelas sekali setiap bait kata yang keluar.

“Tok Aba!! Tok Aba!! Tok Aba!!” dia menjerit memanggil Tok Aba. Tapi, panggilan tidak diendahkan. Tok Aba sekadar senyum dan melambai padanya sebelum hilang dari pandangan.

Berada keseorangan di tempat yang senyap dan sunyi begini. Mulutnya tak henti-henti menyeru nama Tok Aba. Tapi, tiada tanda lelaki itu berada di sini. Tenaganya mula hilang, dirasakan seperti kudratnya melayang secara tiba-tiba. Iffa terduduk! Kakinya longlai. Dia dah penat! Dia tak daya. Dirasakan dirinya terlalu lemah tika ini. Tangisannya tak henti. Makin kuat. Rentak nafasnya tidak sekata dengan linangan air mata. Dia takut! Sungguh dia takut!

Matanya mencelik! Dahinya memercik dengan peluh.

“Astagfirullah al azim!” Iffa beristighfar panjang. Dia bangun dari pembaringan. Dikeleng jam di tangan. 10.20 malam. “Aku tertidur rupanya.” Tangannya meraup muka. Masih terasa basah air mata di pipi. Aku menangis ke tadi? dia bertanya pada dirinya sendiri. Dia bingkas bangkit. Menarik bantal tidurnya tadi, nyata ada kesan basah air mata disitu. Hati rasa tak tenang.  Tangannya laju menyeka sisa-sisa air mata. Dahinya disapu dengan hujung lengan baju. Mengeringkan peluh sejuk yang datang entah dari mana. Beristighfar lagi dia.

Teruknya mimpi tadi. Astagfirullah al azim! Dia berkata pada dirinya sendiri. Banyak-banyak dia beristigfar. Kepalanya digeleng laju dan kuat. Cuba memadamkan ingatan tadi. Dipandang lagi jam di sisi katil. ‘Besoklah call Tok Aba, mesti sekarang dia dah tidur.’ Dia berbisik sendiri. Sungguh hatinya tak tenang. Gundah-gulana. Hura-hara dirasakan jiwanya.

Dicapai tuala yang tersangkut di ampaian baju dalam bilik itu. Balik terus landing atas katil, kan dah tertidur! Kaki tak berbasuh. Dengan tak mandinya. Isyak ke mana. Tu lah, buat lagi kerja tak berfaedah fikir bukan-bukan. Kan dah mimpi yang bukan-bukan! Dia membebel, marah dengan diri sendiri. Dalam hati dia doa pada Allah SWT minta dijauhkan musibah daripada orang-orang yang disayanginya. Minta simpang.

Langkahnya mula diatur keluar dari bilik. Lampu ruang tamu memang sengaja dibiar terpasang. Maklumlah, dua orang perempuan tinggal dalam rumah ni. Dua-dua pun ‘ayam’ (chicken). Penakut!

 Tiba-tiba, terdengar bunyi grill ditarik perlahan dari luar. Langkah Iffa terhenti. Matanya terus tertancap pada pintu. Dia dah rasa tak sedap hati. Mimpi tadi masih terbayang-bayang difikirannya.

Pintu dikuak perlahan setelah kunci dimasukkan. Terpacul wajah Fana. Terserlah keletihannya. 

“Subhanallah! Kau rupanya!” dia bersuara perlahan. Baru cerita pasal betapa ‘ayam’nya orang dalam rumah ini. Nasib baik bukan orang jahat. Mimpi tadi masih menghantui fikirannya, tapi Iffa sedaya upaya cuba untuk tak melayan.

“Assalamualaikum.” Tak bermaya bunyi suara kedengaran. Salam Fana dijawab.

“Waalaikumsalam. Lambatnya kau balik.” Iffa terus menegur Fana yang dah macam bila-bila masa je boleh tumbang. Kesian kawan aku ni, macam teruk sangat kerjanya.

“Lambatnya kau mandi.” Fana mendongak memandang Iffa yang bergantungan towel kuning dilehernya.

“Aku nak mandi la ni. Tertidurlah tadi. Penat! Tahan pulak hidung mancung aku ni dengan badan yang berbau coklat. Melengaslah rasa. Panas je.” Dikibas-kibas t-shirt yang di pakai tadi. Fana sekadar memandang dengan mata kuyunya. Langsung takde perasaan nak ambil tahu. Pintu grill dan pintu depan dikunci kembali. Dia bergerak menuju ke biliknya.

“Ok. Aku tidur dulu, eh. Penat giler babas ni.” Handbagnya dicampak selamba ke atas sofa di ruang tamu. Pintu biliknya dibuka.

“Kau tak nak mandi dulu ke?” Iffa bertanya. Tak rasa melekit ke badan dia? Seharian kot kat kitchen?

“Besok jela. Aku nak jimat air!” pintu biliknya ditutup. Iffa sekadar menggeleng.

Dia tak rasa apa yang dimimpikannya tadi harus dikisahkan pada Fana. Dia taknak bebankan Fana dengan masalah dia. Mellihatkan keadaan Fana yang dah macam sepuluh hari tak jumpa tilam, tak lelap mata, dia beri ruang untuk Fana berehat. Dia taknak menganggu. Dia yang sekadar menyibuk, membantu kadang-kadang pun tahu penatnya buat kek ni. Lagipun, mimpi tu kan mainan tidur. Tadi pun dia penat sangat, so dia tak perlu nak amek pusing pasal hal kecil macam tu. Tunggu masa sesuai aje kalau nak bercerita pun, hatinya menelah.


“Suka hati kau lah.” Iffa akhirnya bersuara membalas Fana. 

No comments:

Post a Comment