Sunday 2 March 2014

SOP #42


janji itu amanah. berat terasa di bahu ni kalau suka-suka berjanji.
bertambah berat bila dah janji namun tak ditepati.
sebab itu saya tak suka berjanji tapi saya akan cuba
'cos I'm a person of my words.

diri ini akan cuba keep track dan sehabis baik yang boleh mengupdate SOP
upload new entry for my reader yang nyata punya tahap kesabaran yang melampau!
anda hebat! *tepuk tangan untuk diri sendiri*

__________________________________________________________________



Suamiku Orang Popular #42




Fana sibuk mengangkat begnya untuk dimasukkan ke dalam kereta. Dia akan bertolak balik ke KL malam ni. Flight sudah pun ditempah. Sepatutnya Iffa pun ikut balik sama, tapi dia berkeras nak stay di sini untuk sehari dua lagi.

“Fa, kau betul ke nak stay sini ni?” Fana bertanya. Sungguh dia tak yakin dengan keputusan kawan dia tu memandangkan dia tahu Iffa belum ‘sihat’ sepenuhnya.

“Betul.” Iffa mengangguk. Dia perlukan masa. Masa untuk berfikir. Masa untuk muhasabah diri. Masa untuk betul-betul menenangkan diri. Bukan senang nak pulihkan perasaan, lagi-lagi akibat perpisahan. Perpisahan abadi. Perpisahan dengan insan yang paling disayangi.

“Kalau kau tak sure aku boleh cancel flight, aku stay dengan kau sampai aku yakin kau betul-betul dah okey.”

“Aku okey. Kau jangan risau. Aku boleh jaga diri.” Iffa cuba meyakinkan. Dia pandang dalam wajah sahabatnya. Beruntung Iffa kerana memiliki sahabat yang benar-benar menyayangi. Sahabat yang benar-benar memahami. Seorang sahabat sejati.

Iffa lihat wajah Fana, seperti tak yakin dengan keputusan dia.

“Fana, kau baliklah. Dah lama sangat kau tinggalkan kedai kau tu.” Fana memandang Iffa dengan wajah tak pasti.

“Aku tahu kau busy, ada banyak order. Aku dengar kau call kedai. Sorry, terdengar. Aku tahu kau risau, dengan aku kat sini, pasal kedai kau kat sana. Sampaikan terpaksa ambil part-timer sebab order banyak. Bisnes kau makin nak berkembang, Fana. Rezeki Allah bagi. Kau patut suka. Ingat janji masa mula-mula nak bukak bisnes dulu? Tanggungjawab. Tok Aba pesan kan, jadi manusia biar yang bertanggungjawab.” Fana masih berdiam diri. Ada betulnya cakap Iffa, tapi dia masih ragu-ragu nak tinggalkan Iffa kat sini, sendirian. Melainkan....

“Kau jangan risau, Fana. Aku temankan dia.” Luthfi tiba-tiba bersuara.

Berpusing Faris dibuatnya mendengarkan kata-kata Luthfi tu.

“Bro! Kau dah lupa ......” Luthfi mendiamkan Faris sebelum sempat dia berkata apa-apa. Iffa pandang tajam wajah mamat tu. Manakala Fana pula dah mengukir senyum.

“Kau baliklah, dengan perasaan tenang. Percaya kat aku. Aku akan tolong jaga dia baik punya.” Bersungguh sekali Luthfi berjanji. Iffa dah mula tayang muka tak puas hati. Fana mengangguk, siap senyum lebar.

“Ok! Kalau laki kau ade temankan sekali, aku percaya. Takdelah nak risau sangat.” Fana seakan memberi green light. Lega sikit hati. Luthfi yang mendengar senyum suka. Ada back up besarlah katakan.

“Saya dah besar dan saya boleh jaga diri saya sendiri. Awak tak payahlah nak menyusahkan diri nak stay kat sini.” Iffa membantah. Idea gila. Apa aku nak buat berdua je dengan dia kat sini. Ditinggalkan lima minit pun dia dah rasa rimas.

“Dengar tu, bro. Iffa sendiri kata dia boleh jaga diri dia.  Kau dah lupa ke dengan ........” sekali lagi Luthfi memotong kata-kata Faris. Siap dengan pandangan amaran, dan wajah kesian ditayangkan memohon pemahaman. Tapi, Faris yang slow ni memang susah nak faham. Lambat!

“Apa kau ni. Kelip-kelip, kenyit-kenyit mata pulak. Ingat aku faham ke bahasa alien kau tu? Cakap jelah.”

Luthfi dah mula nak naik angin dan tayang muka bengang. Apa ke bengap bebenar PA aku ni! Nasib baiklah member hoi! Kalau tak, memang tak lamalah hayat kau! 'Kecik besar je dia ni aku tengok!' sampaikan hatinya pun turut sama naik geramnya.

Fana yang seperti dapat menangkap ‘sesuatu’ segera menarik baju Faris dah membawa dia jauh dari mereka. Lama mereka berdebat. Iffa dan Luthfi menjadi pemerhati dari jarak jauh. Luthfi senyap-senyap doa dalam hati, moga-moga Fana berjaya brainwash kan PA dia tu. Lama mereka ‘berbincang’ sebelum akhirnya Faris kembali dengan muka ketat dan kata dua. Wow, baru menyerlah karisma dia! 
Lain benar Faris yang ni, dengan Faris yang dia kenal. Kalau tak selama ni, asyik kena bahan je. Serius betul muka.

“Okey! Aku tolong kau deal dengan benda tu. Tapi, kali ni je. Aku bagi dua hari. Lepas tu aku nak kau balik KL cepat dan settlekan.”

Luthfi sengih lebar-lebar mendengarkan ayat yang pertama tapi mula nak membantah bila dengan pernyataan yang seterusnya. Dua hari? Mana cukup!

“Take it or leave it! Jangan nak nego-nego. Ingat sikit diri kau tu siapa.” Begitu keras peringatan yang diberikan. Luthfi sekadar akur. Bila datang sifat misteri Faris yang satu ni, Luthfi takde pilihan selain setuju. Tak berani dia nak melawan. Beg Fana yang ada di tangga chalet diangkut Faris tanpa disuruh ke teksi yang sedia menunggu. Langsung tak cakap ‘Bye Bye’, Faris blah macam tu je. 'Cool'lah konon.

Sekarang turn Fana pulak nak tergopoh-gopoh. Takut jugak dia masa ‘berbincang’ dengan Faris tadi. Baru nampak aura PA yang sebenar, kalau tak selama ni slow je. Asyik kena buli dengan diorang bertiga dengan muka Faris yang redha terima kutukan. Muka pasrah. Segera dia mengucapkan selamat tinggal kepada Iffa. Dan untuk Luthfi, pelbagai kata-kata amanat disampaikan. Naik kebaslah jugak telinga yang mendengar.


**************************


Pintu chalet dikunci. Nafasnya perlahan dihela menghirup damai udara pagi di sini. Bismillah-hir-rahman-nir-rahim. Hari ini, dia nak ‘cuba’ tenangkan fikiran. Menikmati keindahan negeri Terengganu ni. Macam yang Fana cakap, bukan selalu kita boleh datang Terengganu.  Jauh perjalanan,luas pemandangan. Itu pepatah Melayu yang selalu dia guna dalam karangan Bahasa Melayu masa sekolah dulu. Sia-sia dia di sini kalau sekadar nak merintih kesedihan hati. Meratapi pemergian yang telah tiada. Iffa kena terima bahawa ini semua adalah ujian dari-Nya.

Tulisan penulis blog yang dibaca pagi tadi bagaikan memukul dirinya sendiri. Satu kesedaran menyuntik jiwanya. Jangan terlalu bersedih dengan kesusahan kecil yang kita alami, kerana di luar sana ada ramai lagi yang menderita. Mungkin lebih teruk kalau nak dibandingkan dengan penderitaan kita.

‘I cried because I had  no shoes until I met someone who had no feet’.

Ingatannya melayang pada satu gambar yang pernah dilihat di Facebook. Gambar yang amat mendalam maksudnya. Dia harus bersyukur dengan segala yang dia ada. Allah sedang menguji berapa besar kadar ketawakalan dia pada-Nya. Dalam Al-Quran sendiri ada mengatakan:

"Allah tidak akan membebani seseorang (hamba-Nya) melainkan sesuai dengan kemampuannya." (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Tiada sebab lagi untuk dia terus menangis dan meratap. Itu semua tak mungkin akan mengembalikan Tok Aba kepada dia. Yang pergi tetap akan pergi. Dia tidak sepatutnya berputus asa di kala ini. Dia harus kuat. Harus menerima apa pun yang telah menjadi ketetapan, suratan yang telah lama tertulis untuk dia. Terima segalanya dengan penuh keredhaan dan keikhlasan.

At times we may think everything is going wrong yet we don’t realize that Allah is setting everything right.

Sekali lagi dia rasa malu dengan dirinya sendiri. Segala yang tertulis itu rahsia Allah. Sesungguhnya, Allah adalah perancang yang terbaik dan Dia yang lebih mengetahui. Allah ambil orang yang dia sayang, bawa jauh dari sisi dia. Dan Allah telah pun menggantikannya dengan seseorang yang menyayanginya. Yang kini ada di sisinya. Dan mungkin ini adalah petunjuk agar dia belajar menerima kehadiran insan itu. Kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami.


***************************


Luthfi tak boleh nak duduk diam. Duduk, bangun, baring, terlentang. Semua dia dah buat. Risaunya bertambah-tambah bila memikirkan perihal wifey. Wifey okay ke tak? Menangis lagi ke? Tengah buat apa? Boleh percaya ke kalau tinggalkan dia berseorangan macam ni? Wifey takkan buat kerja bodohkan? Dia merenung siling. Lama dia bersoaljawab dengan dirinya sendiri sebelum Iphone, wallet dan raybannya dicapai dan dia bergerak meninggalkan biliknya.

Langkah kaki Luthfi makin laju menuju ke kawasan chalet kesayangannya. Mulutnya tak henti-henti membebel seorang diri. Betul punya risau ni. Dia tiba-tiba ‘brek’ mengejut apabila ternampak kelibat kesayangannya keluar dari perkarangan chalet penginapannya. Segera dia menyembunyikan diri. Taknak kehadirannya diperasan. Tapi wifey bukannya sedar pun dia ada di situ. Jalannya menonong je. Langsung tak pandang kiri kanan walaupun wifey sebenarnya baru sahaja melintasi tempat ‘persembunyian’ di mana dia berada.

Ni yang buat aku risau ni. Tu nak ke manalah tu? --> Dia bertanya sendiri sambil memerhatikan wifey dari jauh.

Termenung je jalannya. Sleep walking ke apa? --> terjengah-jengah kepalanya mengintai. Tak sedar yang orang keliling dah pandang pelik.

Macam tak logik pula kalau nak kata sleepwalking, sebab lawa je aku tengok. Tapi, wifey memang sentiasa cantik di mata dia. --> Eh, bergurau pulak! Sempat lagi.

'Aku rasa yang bermasalah sekarang ni bukannya wifey kau tu, tapi kau! Gila apa cakap sorang-sorang dekat tengah-tengah public.’

Terus tegak berdiri Luthfi dibuatnya bila suara hatinya tiba-tiba mengingatkan. Kuat semacam je bunyiknya. Macam real. Kepalanya segera melihat keliling. Ada lah dalam 5-6 orang dekat jalan ni. Semua pakat pandang pelik, pakej berbisik-bisik lagi (mengumpatlah tu) dekat dia yang dilihat terhendap-hendap dari tadi.

‘Yang aku pergi berdiri dekat belakang tiang letrik ni, kenapa?’ marahnya pada diri sendiri. Dia kemudiannya keluar dari tempat ‘persembunyian’nya tadi. Berdehem sekali. Senyum plastic di tampal di muka. Tangannya diangkat dan dengan sengih kerang busuknya mengucapkan selamat pagi kepada ‘penonton’ yang ada di situ. Nak cover punya pasal. Mata mereka semua tak lepas dari memandangnya. Agak-agak diorang tahu tak yang aku ni actor hot in Malaya ni? Sempat lagi nak bangga diri. Dibiarkan persoalan tadi. Bukan masa yang baik untuk berangan sekarang ni. Kena blah cepat dari sini, sebelum macam-macam cerita yang bukan-bukan timbul.

Langkahnya perlahan-lahan diatur. Setapak, dua tapak, tiga tapak sebelum ianya makin laju dan dia berjaya keluar dari kawasan tu. Dah macam masuk pertandingan jogathon. Laju sungguh jalannya. Sampai menunduk tak angkat muka. Malunya aku rasa!

Luthfi berjalan hingga ke hujung simpang. Kepalanya melilau melihat kanan dan kiri. Mencari kelibat kesayangannya. ‘Manalah wifey ni? Rasanya tadi dia ikut sini. Ke aku yang salah jalan ni? Tapi ini je lah jalan yang ada pun.’ Dah berdebat pulak dalam hati. Perjalanannya diteruskan sambil otaknya ligat berfikir sebelum dia tiba-tiba berhenti di tengah jalan. ‘Brek’ mengejut lagi!

‘Entah-entah dia pergi hujung pantai lagi? Sorang-sorang? Macam hari tu? Termenung dan menangis? Lepas tu..lepas tu... lepas tu terjun laut?’

“Terjun laut!” Luthfi tiba-tiba menjerit. Orang keliling kemudian memandangnya pelik (lagi sekali). Langsung dia abaikan.

“Oh, no! No! No! No!” dia menjerit lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala. Wifey takkan bunuh diri kan? Tapi...... tapi, bila kita dah kehilangan orang yang kita sayang, orang yang sangat kita sayang, orang yang paling kita sayang, macam-macam boleh jadi! Tapi, wifey….. pergi laut….. pagi, air pasang… bunuh diri?

Jangan wifey, jangan! Saya tak boleh kehilangan awak! Please don’t do anything stupid. Terus dia memecut berlari mencari kesayangannya. Dengan pelbagai andaian buruk bermain di minda. Dia berdoa dalam hati. Janganlah ada apa-apa yang buruk terjadi pada isterinya.

“Kesian. Muda-muda dah gila. Muka hensem tapi sayang, mental tak sihat.” Kata makcik yang kebetulan berada di situ. Tak filtered langsung ayat. Luthfi buat tak endah je tapi terkesan jugaklah sikit. Tu dah bukan mengumpat dah tu, memang niat nak mengata pun. Kena sebijik kat batang hidung sendiri. Tapi, lantaklah! Takde masa nak layan benda-benda ni. Diorang bukan tahu pun apa masalah aku sekarang ni. Ada benda yang lagi penting dari melayan semua tu.

Matanya terus melilau melihat kiri dan kanan. Wajah Luthfi yang resah jelas kelihatan. Pelancong yang lalu lalang semua memandang. Pelik melihat perilaku dia yang bagaikan kucing hilang anak. Ni bukan kucing hilang anak dah ni, ni laki hilang bini! Gila tak gelabah. Pandangan mata dia kemudiannya terhenti pada seorang gadis yang berada tak jauh di hadapannya. Luthfi yakin itu kelibat isterinya. Kesayangannya.

“Wifey!” Dia menjerit. Tapi, Iffa tak dengar.

“Wifey!” dia mencuba sekali lagi. Kenderaan yang lalu lalang di jalan besar telah menghalang perjalanan Luthfi nak mengejar Iffa.

“Iffa!” kali ni dia menjerit lebih kuat dari tadi. Tapi Iffa dilihat terus melintas jalan menuju ke… pantai! Langsung tak berpaling memandang dia yang memanggil tadi. Luthfi dah tak betah. Banyak pulak kereta time macam ni. Iffa dilihat terus berjalan menuju ke arah hujung pantai. Betullah wifey nak pergi sana. Ke tempat yang dia sangkakan tadi. Ke tempat dia jumpa wifey yang hilang semalam. Ke hujung pantai. Dan andai kata telahannya dia betul, wifey nak bunuh diri? BUNUH DIRI! Tak! No! Tak mungkin! Tak Boleh!

Laju dia berlari mengejar dan mendapatkan Iffa. Dia takkan izinkan kesayangannya itu melakukan kerja-kerja bodoh. Tidak sama sekali. Apabila semakin menghampiri, kuat direntap tangan gadis di depannya. Menyebabkan si dia berpaling menghadap Luthfi.

“Iffa!” Luthfi menengking. Namun, serta merta dia terdiam. Tangan sasanya yang menggenggam lengan gadis itu dilepaskan menyebabkan si dia makin terpinga-pinga.

“Sorry! Salah orang.” Luthfi meminta maaf. Gadis di depannya kemudiannya tersenyum. “Takpe."

“Orang yang saya carik pakai baju sama warna macam awak.” Luthfi menerangkan lagi. Taknak ada salah faham. Gadis tu tersenyum lagi dan mengangguk faham. Handsomenya dia ni! Puji dia dalam hati.

Kepala Luthfi terus meninjau melihat sekeliling. ‘Manalah wifey ni?’ tak keruan Luthfi dibuatnya.

“Ni memang tak sengaja salah orang kan?” tiba-tiba gadis tadi bertanya bila dilihat jejaka di depannya senyap dan seperti tak berminat nak melayan dia. 

“Sorry?” Luthfi kembali menghadap dia semula. ‘Ada lagi dia ni dekat sini? Ingatkan dah blah tadi.’ Hatinya berkata.

“Ni bukan trick nak mengorat saya kan? Buat-buat salah orang ni?” tanpa ada perasaan malu, gadis itu bertanya selamba. Senyum manis tak lekang di bibir dia. Dahi Luthfi dah berkerut. Cubaan nak mengayat ni. Spontan, sengih kacaknya terkeluar. Senyum lebar gadis tadi, bila jejaka di depannya memberi respon kepada dia. Ni yang susah bila dah handsome sangat ni.

“Apehal ni?” kedengaran suara lain pula yang bertanya. Pertanyaan dari suara itu mengejutkan Luthfi. Laju dia berpaling, ingin memandang empunya badan. Betullah itu wifey! Wifey yang kini berdiri di belakangnya. Riak lega jelas kelihatan. Syukur, Alhamdulillah! Kesayanganku kini berada di hadapanku. Langkah kaki dia mula mendekati Wifey. Ingin dipeluk kekasih hatinya itu. Iffa yang bagaikan dapat membaca apa yang akan berlaku, menolak tubuh sasa itu. Gila betullah orang tua ni! Luthfi kemudiannya tersedar. Langung tak berkecil hati bila ditolak sebegitu. Betullah ini wifey! Betullah yang ni bini aku! Ikhlas senyum yang terpancar. Leganya rasa hati hanya Tuhan yang tahu. Pandangan matanya langsung tak lekang dari memandang kesayangannya.

Si gadis yang turut serta dalam drama tadi berdehem. Mohon perhatian dari jejaka hot tadi. Tapi pandangan Luthfi lebih setia kepada kesayangannya. Sorry girl, my heart taken by this woman.

“Betullah abang ni salah orang tadi. Saya ingatkan ada orang nak mengorat saya.” Gadis tadi bersuara lagi bila terasa dirinya diabaikan. Diperhatikan wanita tinggi lampai di depannya yang berbaju sama warna macam dia. Okaylah, boleh tahan! Tapi rasanya aku lagi cantik. Terguris perasaan bila jejaka hot tadi langsung dah tak pandang muka dia dan setia menilik wajah orang yang dicarinya. Kecil hati macam ni.

“Kawan awak ni carik awak tadi. Tapi salah orang pulak ingatkan saya ni awak.” Gadis itu dengan baik hatinya memberi penjelasan. Dalam hatinya turut berdoa, minta-mintalah brader kacak tu pandang padanya. Namun, hampa!

Iffa hanya diam, tak membalas. Takde masa dia nak berteka-teki bagai ni. Bila dia tengok Iffa macam tak respon, gadis tu meneruskan kata-katanya.

“Jaga kawan awak ni baik-baik. Kalau awak taknak, saya nak.” Dengan selamba gadis itu berkata. Luthfi yang turut mendengar berpaling ke arah gadis tadi. Nak pun pandang muka aku, kata gadis itu dalam hati.



“Ni bukan kawan. Ni suami.” Iffa bersuara mendatar. Terdiam gadis tadi dibuatnya sebelum dia mengambil keputusan bijak untuk berlalu dari situ. Makin terluka perasaan nanti, berkenankan suami orang.