Saturday 9 March 2013

SOP #18

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #18



Usai menunaikan solat Maghrib di surau yang disediakan, topic serius yang ingin dibincangkan kini bermula. Dia perlu beritahu Iffa mengenai keputusan yang dia dah buat tu. Iffa perlu tahu dan dia berhak untuk tahu. Tak tahulah macam mana penerimaan dia nanti. Tadi, dia sempat panjatkan doa, semoga Iffa dapat menerima berita itu dengan tenang. Semoga tiada peristiwa berdarah yang berlaku di restoran ini. Amin.

‘Awak, hari Khamis ni saya nak buat press conference. Pasal kita.’ Luthfi memulakan bicara. Iffa yang tadinya ralit bergurau senda dengan Fana, terdiam. Semua di meja itu diam. Kan tengah serius sekarang ni.
Iffa pandang Luthfi, minta penjelasan. Siap tayang muka ‘obvious-blur’ dia lagi.

‘Awak cakap apa ni?’ sumpah dia tak faham.

‘Saya nak umumkan tentang hal kita. Saya rasa ada baiknya benda ni diumumkan, kan. Supaya orang luar tak fikir bukan-bukan. Kan mencegah itu lebih baik.’ Luthfi dengan penuh berhemat menerangkan.

‘Tapi kalau kita tak bagitahu orang, takkan ada orang yang tahu, dan takkan ada orang yang nak fikir bukan-bukan sebab dorang tak tahu, kan?!’ turn Iffa pulak untuk menyampaikan hujah-hujahnya.

‘Tak boleh macam tu Iffa. Kau dengan luthfi tak sama. Dia public figure. Kau pun tahu tu kan. Kalau tiba-tiba keluar gossip cerita pasal benda ni, susah nanti. Rekod dia ni bersih kontroversi. Peminat percaya dekat dia. Aku rasa baik benda ni keluar dari mulut dia sendiri daripada orang lain buat cerita bukan-bukan. Lagipun, ni untuk kebaikan kau jugak fa.’

‘apa yang baiknya akan berlaku kalau korang buat press conference ni?’ soalannya bersuara perlahan, tapi tegas bunyinya. Malaun ni memang betullah. Suka buat benda yang bukan-bukan! Bila hati aku ni dah mula belajar nak pasrah terima dia, he crash everything! Macam mane lah perasaan tu nak terbentuk!

Faris merasakan tugas dia sebagai pengurus Luthfi sangat-sangat diperlukan di saat ini. Dia cuba memastikan setiap patah kata yang bakal dikeluarkan sekejap lagi, mudah untuk dihadam oleh gadis dua orang ini, tanpa sebarang pertumpahan darah (mintak simpang).

“ok. Macam ni. Kau bayangkan eh. Kalau kitorang tak buat press ni, tapi cerita L.Hakeem bertunang tiba-tiba tersebar, ni boleh jadi hot story kau tau. Effect dia lagi hebat dan boleh menjatuhkan reputasi dia sekarang ni. Mungkin ada pihak yang boleh terima, tapi untuk pihak yang tak boleh nak terima tu?! Kita nak kena fikir jugak. He’s the number one hero Malaya tau. Bukannye kau tak tahu. Sebagai seorang pelakon, lagi-lagi spesies famous macam si L.Hakeem ni, kami tak boleh nak membelakangkan peminat tau. Sebab diorang lah sumber kekuatan dan punca kuasa famous nya bakal tunang kau ni.”

Fana mengangguk-angguk bersetuju. Ada gaya kepimpinan kawan si malaun ni . bagus. Dia berangan pulak. Pandangannya ditumpukan semula pada si Iffa. Namun sahabatnya itu masih menunduk diam. Langsung tak bersuara dari tadi. Iffa?! Dia tak tahu nak fikir apa. Bila dirasakan masalah makin selesai, benda makin rumit pulak jadinya. Serabut lah macam ni. Nak tunang pun banyak hal. Tu lah, orang da cakap, tak mahu kahwin lagi, degil! Bila da serabut complicated macam ni, aku jugak yang gila

Dia dah tak tahu nak menuding jari menyalahkan siapa dah. Tok Aba? Dah puas lelaki tua itu disalahkannya hingga tak mahu bertegur sapa. Ibu Ja dan Ayah Man?! Sebab setuju dengan idea gila Tok Aba untuk bermenantukan dia? Atau malaun depan mata dia ni?! Yang redha terima jodoh dia dengan aku? Takkan nak salahkan takdir?! Gila! aku masih ada agama. ‘aku nak nangis! Stress!’ dia bersuara dalam hati.

Melihatkan suasana yang senyap, sunyi, sepi  dengan reponseless oleh ketiga-tiga manusia yang ada bersama dia dikala ini, faris meneruskan lagi penerangannya yang panjang lebar tu.

“Macam yang wartawan selalu cakap, kalau benda baik kenapa nak sorok. Sebab tu kitorang deal nak buat PC ni. Supaya takkan ada cakap-cakap belakang, kontroversi, cerita sensasi, fitnah semua tu. don’t worry! We try not to reveal who you are. You are a mystery. Kau pun mesti pernah baca berita hiburan kan? So, kau sendiri, from the fan point of view, mesti faham. Betul tak?” dihirup air honeydew juice tu. banyak sangat cakap, sampai naik kering tekak.

Iffa berusaha menghadamkan penjelasan Faris tadi, tapi dia tak boleh. Bila rasa amarah menguasai minda, langsung dah tak boleh nak berfikiran waras.

“soalan aku tadi, apa yang baiknya PC yang korang beriya-iya nak buat ni dekat aku. Yang kau jawab tu baiknya untuk kawan kau tu!” iffa tak puas hati. “kau nak cakap yang sekarang ni market dia lebih penting lah daripada perasaan aku.” Iffa membentak. Panahan matanya membara memandang Luthfi. Tapi malaun tu senyap tak berkutik langsung!

“aku tak fahamlah dengan kau ni. Apa lagi yang kau nak sebenarnya ni? Dahlah dapat mamat hot. Patutnya kau rasa bangga tau, bakal tunang kau orang popular. Orang nak bertunang ni patutnya kena suka.” Faris menggeleng. Digosok kasar kepalanya. Tak faham betul dengan si iffa ni. Kepala angin, bak kata Luthfi. Menyampah pun ada. Entah apa lagi yang tak kena, dia pun tak tahu. Bukannya diorang suruh dia datang press conference tu pun. Dan diaorang pun dah janji takkan reveal siapa dia. Tu kalau betul-betul kena datang PC tu, aku rase mau terbalik restoran ni dikerjakan dek dia. 

“Yang nak jadi suami aku nanti, Luthfi Hakeem tau! Bukannya L.Hakeem yang disanjung, dipuja orang tu. aku tak kenal siapa L.Hakeem dan aku pun bukan kenal sangat siapa Luthfi Hakeem. But at least aku cuba jugak. Dengan cara aku sendiri. Bila aku dah cuba bertolak ansur nak terima dia, yang korang bersungguh-sungguh nak spoil the moment kenapa?!” iffa mula membentak, suaranya meninggi. Fana yang alert akan bahaya yang bakal melanda cuba menenangkan sahabatnya itu. Dia pun naik pening dengan drama live depan mata ni. Dia belum di update sepenuhnya dengan the full story, jadik dia tak tahu apakah tindakan waras yang paling wajar dilakukan sekarang ni. Yang dia tahu, Iffa dah boiled up. And that is not a good sign.

“kalau tak suka cakap je yang kau tak suka, kita try cara lain. Tak payahlah nak naik angin tak tentu pasal macam ni.” Faris pun sama hilang sabar. Hilang sudah aura professional dia. Langsung tak boleh dibawak berbincang dengan minah ni.

“sekarang  ni aku tak suka! So, kau nak buat apa?” selamba dia melepaskan kata. Fana menepuk pahanya kuat. Dia buat muka tak peduli. Dah memang tak suka kan, takkan nak paksa. Luthfi memberi pandangan tajam. Wajah yang sedikit terkilan tergambar jeladi raut mukanya.

“tapi tak salahkan kalau kita declare benda ni.” Suara Faris kendur semula, dia cuba berlembut. Dia sedaya upaya cuba mengawal keadaan. Agak terkejut jugaklah dia dengar kata iffa tadi. First time dengar orang tak suka dengan L.hakeem. Dari mulut seorang perempuan pulak tu. Siap cakap depan tuan punya badan lagi. Sangat tak berperikemanusiaan betullah minah ni.

Fana turut sama menyumbang tenaga menenangkan Iffa. Rasa macam nak lada je mulut dia ni. Kawan tak kawan, kalau dah kategori biadap macam ni, memang dengan aku-aku sekali naik hantu karang. 

“Iffa, cuba kau cakap elok-elok. Jaga perasaan orang sikit. Jangan sebab nak jaga sangat hati kau, habis semua orang kau nak balun. Lidah tu pedang. Disebabkan kata-kata kau tu, boleh menyakitkan hati orang lain tau tak!” fana pulak marah. Iffa diam. Dia tahu dia salah. Dia boleh terima kalau orang lain nak tegur dia, tapi bukan dari mulut Tok Aba mahupun Fana. Kata pendapat mereka sangat memberi kesan pada hidup dia. Dia mencuri pandang pada Luthfi yang dah menutup muka dengan kedua tanganya. Tangannya ditongkatkan di atas meja. Serabut kan?! Aku ni lagi serabut. Iffa pandang fana, muka masih bengis. ‘lagi cepat benda ni boleh settle, lagi cepat aku boleh blah dari sini.’ Dia mengumam sendiri. Pandangannya dialihkan kepada Faris.

“perlu ke semua ni?” dia bertanya dengan nada yang tak sekeras tadi tapi masih tak berpuas hati.
 
“sebab perlulah kitorang nak buat.” Faris cuba meyakinkan. Kesian lu bro. Aku doa kau bahagia dengan minah ni. Dia bersuara dalam hati.

“Tapi, aku tak suka publisiti. Dia ni artis Malaysia je kot, bukannya supertar Hollywood nak ber’press conference’ bagai ni?”

“Tapi still, dia seorang artis. Artis popular tanah air. Kegilaan gadis. Orang ramai kenal dia and he belongs to public. The public has the right to know!’ Faris membela L.Hakeem yang hanya diam dari tadi. Dia ni macam pandang rendah je dengan kawan aku ni. Macam tengok sebelah mata je dengan keupayaan artis tempatan ni. Artis tempatan pun masih seorang artis jugak walaupun nama mereka tak segah aktor-aktor dari Hollywood. Langsung tak menyokong betullah dia ni.

“Tapi aku taknak terlibat.”

“We can deal with that, you don’t have to worry.”

“Tapi aku tak setuju lah kalau korang nak buat benda ni semua. Sebab aku rasa tak perlu.”

“Itu apa yang awak rasa dan bukan apa yang saya fikir. Dan saya rasa saya tak perlukan persetujuan awak sebab keputusan dah pun dibuat.” Akhirnya Luthfi bersuara. Tegas bunyinya.

“Kalau dah tahu tak perlukan persetujuan aku, nak cerita lagi buat apa.”

“Saya tak nak membelakangkan awak dengan segala keputusan yang saya buat. Sebab awak ada hak untuk tahu.”

“Habis tu kau nak aku buat apa.” Dia membentak. Dah mula rasa tak puas hati. Kasar bahasa yang digunakan. Sememangnya dia tak suka didesak sebegini. Fana hanya diam, tak tahu nak cakap apa. Sebab cerita ni bukan dalam silibus dia.

“Tak payah buat apa-apa. Kau duduk, diam dan dengar je. 3D. kitorang akan handle semuanya. We just want to let you know about the PC. That’s why, we’re here. Full stop. Tu je.” Faris menerangkan (lagi sekali). Bertambah lagi rasa menyampah dia. ‘kalau betullah korang kahwin, tolonglah repair perangai buruk dia yang satu ni, bro.’ Dia bermohon dalam hati.

“kalau korang buat cerita pasal aku pun, aku nak kena tadah je la telinga ni?” sungguh dia tak puas hati. Is it really necessary? Hello!

“kalau press dah Tanya, dan time tu terdesak nak bagi jawapan, no choice. Terpaksalah.” Luthfi menjawab.

“amboi, senangnya kau berbicara! habis kalau dorang tanya pasal aku pun, korang redha je la cerita. You promise me that you won’t reveal anything about me. What kind of crap is that?” Iffa mengajuk.

“kalau itu yang diorang nak tahu, of course. I’ll make a very good and sweet story about us. You have my words.” Sengaja memprovok. Ni yang buat aku nak pikir balik pasal nak amek minah ni buat bini ni. Banyak kerenah!

“tak boleh!” dia membantah kuat. “korang jangan nak suka-suka cuba memporak-perandakan hidup aku yang aman damai ni, ok.” Turun naik nafas Iffa. Nasib baik dah berbuka, kalau tak sia-sia jelah dia puasa satu hari tadi.

“takde orang yang akan dating cari awak dan memporak-perandakan hidup awak. Awak jangan fikir jauh sangat boleh tak?” Luthfi pun sama naik barannya.

“kau dengar sini.” Kali ini tuturnya ditujukan khas untuk Luthfi. “Kalau apa-apa biodata, maklumat peribadi atau cerita pasal aku yang terlepas dekat press, siaplah kau. aku tak kisah macam mana kau nak buat as long as diorang tak tahu pasal aku. Kalau nak kena pancung, bocorkanlah rahsia. Aku peduli apa, korang terlepas cakap ke, diorang korek sendiri ke sebab awal-awal lagi aku dah kata aku tak setuju. Aku tak suka hidup dalam dunia glamour kau sebab tu bukan dunia aku. Faham!” Dia menolak kerusi itu kasar sebelum berlalu keluar dari restoran itu. Nasib baik dah tak ramai orang kat sini dan dah tak de siapa yang nak pedulikan mereka.

Fana turut sama automatic bangun. Memang tugas dia sebagai jaksa pendamai setiap kali iffa mengamuk. Sempat dia berpesan pada lelaki dua orang itu, “aku try pujuk dia, nanti apa-apa aku inform. BB pin aku kau dah ade kan?” Faris mengangguk. Luthfi termenung, mengeluh sendiri. “kitorang balik dulu. Thanks! Bye!” Nasib baik kawan dia jenis cool. Luthfi dan Faris sekadar senyum menghantar langkah gadis itu mengejar sahabat dia.

“you have met your match, I guess.” Luthfi pandang Faris yang tiba-tiba je bersuara. Tak faham.

"kau betul dah ready ke?” Tanya Faris lagi. Kesian pulak dia dengan Luthfi ni. Luthfi mengangguk dan senyum.

“aku rasa aku boleh.” Yakin bunyi jawapan dia. Tapi, yakinkah dia?

“Goodluck, bro!” ucap Faris memberi kata semangat sambil menepuk bahu lelaki itu.

“Thanks, bro. aku memang perlukan itu.” Semoga semuanya berjalan lancar, amin.


SOP #17

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #17



Kami tiba di Restoran Enak tu sedikit lewat dari yang dijanjikan. Jalan jammed punya pasal. Lantaklah, janji dah sampai. Turun je dari kereta, dia dah nampak Luthfi dan Faris. Setia menunggu mereka di luar. Mereka tersenyum menyambut kehadiran dia dan Fana. Tapi Iffa buat dek je, Fana je yang jenis berbudi bahasa sikit.

‘Lambat!’ ayat pertama yang diluahkan Luthfi setelah mereka bertemu.

‘Waalaikumsalam!’ iffa menjawab salam walaupun tiada ucapan salam yang diberi. Faris dah tergelak. Fana menggeleng. Luthfi tersengih! Kena lagi. Aku? Macam biasalah, buat muka tak kisah.

‘Assalamualaikum, cik adik manis.’ luthfi bagi ayat cair. Sekarang giliran Fana pulak tergelak, Faris menggeleng. First time kot tengok kitorang macam ni. Fana jawab salam dia, aku jawab dalam hati je.

‘Bro, jomlah masuk dalam cepat. Dah start ramai orang ni. Orang pandang-pandang dah ni.’ Faris mengingatkan. Aku dan Fana turut melihat sekeliling. Takdelah ramai mana pun sebenarnya, tapi ramai lah jugak dari tadi. Ada yang tergelak-gelak, terjenguk-jenguk, berbisik-bisik. Macam-macam fiil. Yelah, aktor popular Malaya ada depan mata. Of course lah kena kecoh kan.

‘Jomlah.’ Dia bersuara pada Faris, sebelum berpaling menghadap aku dan fana. ‘Jom masuk, panjang cerita kita ni.’ Kenyit mata. ‘Kalau sakit mata pergi klinik sana. Terkenyit-kenyit.’ Sempat aku sound sebelum aku jeling dan tarik tangan Fana untuk masuk ke dalam restoran.

*******************
 
Masing-masing senyap menikmati hidangan setelah azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka sebentar tadi. Sekali-sekala ada jugak si malaun ni bertanya soalan, ajak bercerita. Tapi yang banyak menjawabnya si Fana ni hah! Dah aku diam tak layan, terpaksalah dia yang jawabkan. Bagus gak aku bawak makcik ni. Boleh aku makan dengan aman.

‘Korang dah lama kenal ke?’Luthfi bertanya. Matanya memandang pada aku, tapi mata aku setia pada pinggan di depan ni. Saja. Malas nak layan. Bukan ke time makan, kita tak boleh bercakap? Kan?

‘Lama la jugak. Sejak dari Form One. Kitorang satu dorm, satu kelas pulak tu. Duduk pun sebelah-sebelah.’ Fana bukak cerita.

‘Form One dah duduk asrama ke?’ Faris pulak yang bertanya. Macam berminat je gaya dia. Entah apa yang menarik dengan cerita ni pun aku tak tau. Biasa je aku rasa.

‘A’ah. Nak buat macam mana. Dah cemerlang UPSR kan.’ Sempat lagi makcik ni membangga diri.

‘Kiranya korang ni golongan yang skema la ek. Asyik berkepit dengan buku je. Kata pelajar cemerlang kan.’ Luthfi bersuara. Saja nak tarik perhatian aku. Tapi aku macam biasa, tak layan.

‘Ni time sekolah dulu, mesti stok budak library ni. Mesti korang librarian kan?’ Faris meneka. Fana senyum, pandang muka aku, pastu dia gelak. Lawak sangat ke muka aku ni sampai dia nak gelak macam ni?

‘Macam mana kau tahu? Kau skodeng kitorang ye masa sekolah dulu?’ mereka ketawa. Bahagianya. Aku je yang tengah sengsara sekarang ni.

‘Aku la mamat yang pakai spek tebal, rambut pacak, seluar tinggi sebelah yang selalu follow korang dulu. Korang je yang tak perasan.’ Faris cuba melawak, tapi Fana buat muka serius.

‘Serius? Kau ke mamat tuh? Kau ni Sufian eh?’

‘eh, bukanlah. Aku main hentam je. Aku asal Perak kot. Takde keje aku nak skodeng kau kat sekolah kau tu.’ Cuak faris. Mamat yang aku describe tadi memang betul-betul wujud ke?

‘Tahu takut. Aku main-main je kot. Mesti kau gelabah tadi kan.’ Fana menenangkan. Gila gelabah kawan si Luthfi ni. Apa nama dia tadi. Faris? Ha, betullah. Faris. Luthfi yang mendengar dari tadi turut sama ketawa. Iffa pun nak join gelak sama, tapi dia cover. Masih nak mempertahankan mood tak nak ambil tahu dia tu.

‘Nak gelak tu gelak je la. Tak payah nak control ayu.’ Luthfi bersuara. Spontan, mata Iffa mencerun pada dia. Luthfi hanya sengih. Nak jugak minah ni pandang aku. Dari tadi dok tenung pinggan tu, sampai dah nak berlubang dibuatnya. 

‘Faris, macam mana kau boleh terjebak dengan mamat senget ni?’ selamba Iffa tanya pada Faris. Walaupun dia dan Faris pernah berjumpa sekali sahaja, tapi rasanya perangai si Faris ni lebih kurang malaun ni aje. Tak payah nak berbudi bahasa sangat.

‘Senget kawan kau ni panggil aku?’ Luthfi mengadu pada Farhana. Faris tercengang. Nak kena jawab ke tak soalan tadi tu? Dia berkira-kira dalam hati. Memang slowlah mamat ni!

‘Habis kalau bukan senget, kau tu lurus sangat ke?’ Fana menambah. Langsung tak dipedulikan aduan Luthfi tadi. Gelak sakan wanita yang dua orang ni. Siap ber’high five’. Faris pun dah terjoin group perempuan-perempuan kat depan dia ni. Dia pun tergelak sama. Padan muka kau Luthfi, selalu kau yang kuat menyakat orang kan. Kan dah kena sebijik. ‘Memang aku respek la dengan minah dua orang ni!’ rumus Faris.

‘Memang padan lah korang ni BFF kan. Sesuaaaaaaai!’ Luthfi dah mula tunjuk perangai luar alam dia. Faris menjeling tajam Luthfi. ‘Euwwwww~! Kau jangan nak menyongsang cakap gedik-gedik macam tu ok! Mak tak suke.’ Giliran Faris pulak. Iffa dan Fana dah berdekah-dekah ketawa. Tak sesuai di bawak ke majlis kalau tengok perangai diorang ni. Ketawa tak ingat dunia. Mata-mata yang memandang, menenangkan hilaian tawa mereka. Buat malu je, gelak macam orang gila kat sini. Luthfi senyum bila dia tengok Iffa ketawa. Faris pulak senyum bila dia nampak Luthfi senyum tengok Iffa gelak. Dah tersangkut kawan aku ni. Alhamdulillah!

SOP #16

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #16


‘siapa?’ fana bertanya sambil tersenyum. Keningnya diangkat-angkat. Ok, minah kepoh dah start nak buat soal siasat.
 
‘hah?’

‘siapa tu?’

‘siapa?’

‘yang call kau tadi tulah. Siapa?’

‘apasal kau tanya?’

‘sebab aku ambil berat la. Siapa tadi tu? Mesra bukan main aku tengok.’

‘takde siape lah.’

‘eleh, kau jangan nak kelentong aku la, fa. Bukan main lagi kau menyembang dengan caller tu tadi. Siap bergurau canda.’ Ok, fana dah start pakai bahasa sastera dia. Dengan dia ni memang susah nak tipu. Jadi, dalam paksa rela, aku ceritakan jugak. Kan nanti nak kena minta tolong.

‘dia.’

‘siapa dia?’

‘dia lah. Yang call aku tadi tu.’

‘yelah, tapi dia tu siapa?’

‘yang aku story kat kau hari tu.’

‘oh, ‘dia’!’ fana dah terangguk-angguk. ‘eh, jap! ‘Dia’ yang kau maksudkan ni sama ke dengan ‘dia’ yang aku tengah bayangkan ni?’

‘sama.’

‘malaun tu.’ Serentak mereka bersuara. Fana tersengih, iffa mencebik. Sorang muka suka, sorang lagi muka tak boleh terima. Memang betullah. Great mind think alike. Bestkan ade kawan baik macam ni.

‘apa hot story?’ cupcake yang dah siap dibakar, dikeluarkan dari ketuhar dan diletakkan ke tepi. Biarkan sejuk dulu. Ade cerita lagi panas dari cupcake tu sekarang ni.

‘Dia ajak iftar sama-sama. So, aku nak bawak kau sekali. Jom.’ Direct je aku cerita. takde mukadimah, takde bismillah. Baru start, dah habis. Hebat kan.

‘Tu je?’

‘Tu je la.’

‘punyalah lama kau bergayut dengan dia dari pukul 11.25 sampai nak dekat masuk tengah hari, tu je?’

‘Dah berapa lama kau buat aktiviti tak sihat, memerhatikan segala tingkah laku aku ni?’ gila stalker si Fana ni. Bahaya betul. Nasib baik aku tak buat perangai yang bukan-bukan tadi.

‘Sejak akhir-akhir ni. Baru je nak mula berjinak-jinak. Tapi, apasal aku kena ikut sekali?’

‘Teman aku la. Takkan kau nak tengok aku berdua je dengan dia.’

‘Aku nak tengok kau berdua je dengan dia.’ Fana dah sengih nakal. Ambooooooi, gatalnya sahabat aku  ni.

Adunan yang dari tadi aku kacau tak sudah-sudah aku letakkan dekat atas kitchen counter tu. Pandangan mata aku yang tak berapa nak puas hati ni aku talakan tepat ke arah muka fana.

‘Kau gila! Dia tu superstar beb! Takkan aku nak keluar berdua je dengan dia.’

‘Keluar je la. Bila lagi kau nak berdating kan? Alang-alang tu, kau berkenalan la sekali dengan bakal 'tunang' kau tu.’ gelak. Sukanya dia. 

‘Taknak aku, nak dating-dating bagai ni. Bukan style aku, ok! Kau pun tahu kan yang aku ni tak biasa keluar berdua je dengan lelaki ni. Bukan setakat tak biasa, tak pernah! dahlah dia tu public figure. Silap haribulan, aku kena cekup dengan orang Melodi, Propaganza tu semua.  Tak pasal-pasal keluar suratkhabar muka aku ni. Tak ke kes naya tu!’

Fana angguk. Setujulah tu dengan cakap aku. Biasalah. Aku ni kan memang sentiasa berkata benar. Benarlah sangat kan. Hujah aku bernas, sebab tu dia macam burung belatuk, terangguk-angguk. Lagipun, perlu ke berdating bagai ni. Macam tak perlu je. Buat membazir masa dan duit je. Ada banyak lagi cara nak berkenalan. Bukan dengan berdating je!

‘So, nanti kau temankan aku eh. Dia yang belanja. Lagipun, dia pun bawak member dia jugak. Kira ok la kan. Takdelah obvious sangat.’ Fana diam sekejap. Tengah berfikir.

‘Jomlah fana. Time aku story dekat kau hari tu, bukan main beriya-iya lagi kau cakap kau nak jumpa dia kan. Hah, inilah masanya! Peluang keemasan ni beb!’ masih berusaha untuk ‘meracuni’ pemikiran kawan aku ni.

‘Order pun tak banyak sangat. 100 je. Nanti aku tolonglah kau laju-laju. Lagipun, order ni yang kita dah memang selalu buat. Confirm boleh siap cepat punya. Jomlah eh?’ Iffa masih cuba memujuk.

‘Yelah, yelah!’ Fana akhirnya setuju. Dah orang nak sangat bawak, ikut ajelah kan. Bukannya dia yang terhegeh-hegeh.

Iffa peluk Fana. Spontan. ‘Kau memang bestlah, beb!’ sempat dia memuji.

‘Time aku nak tolong, bestlah kan.’ Fuyoh! Pedasnya ayat. Aku sengih je la. Ni yang makin sayang dengan kawan aku ni.