Saturday, 9 March 2013

SOP #18

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #18



Usai menunaikan solat Maghrib di surau yang disediakan, topic serius yang ingin dibincangkan kini bermula. Dia perlu beritahu Iffa mengenai keputusan yang dia dah buat tu. Iffa perlu tahu dan dia berhak untuk tahu. Tak tahulah macam mana penerimaan dia nanti. Tadi, dia sempat panjatkan doa, semoga Iffa dapat menerima berita itu dengan tenang. Semoga tiada peristiwa berdarah yang berlaku di restoran ini. Amin.

‘Awak, hari Khamis ni saya nak buat press conference. Pasal kita.’ Luthfi memulakan bicara. Iffa yang tadinya ralit bergurau senda dengan Fana, terdiam. Semua di meja itu diam. Kan tengah serius sekarang ni.
Iffa pandang Luthfi, minta penjelasan. Siap tayang muka ‘obvious-blur’ dia lagi.

‘Awak cakap apa ni?’ sumpah dia tak faham.

‘Saya nak umumkan tentang hal kita. Saya rasa ada baiknya benda ni diumumkan, kan. Supaya orang luar tak fikir bukan-bukan. Kan mencegah itu lebih baik.’ Luthfi dengan penuh berhemat menerangkan.

‘Tapi kalau kita tak bagitahu orang, takkan ada orang yang tahu, dan takkan ada orang yang nak fikir bukan-bukan sebab dorang tak tahu, kan?!’ turn Iffa pulak untuk menyampaikan hujah-hujahnya.

‘Tak boleh macam tu Iffa. Kau dengan luthfi tak sama. Dia public figure. Kau pun tahu tu kan. Kalau tiba-tiba keluar gossip cerita pasal benda ni, susah nanti. Rekod dia ni bersih kontroversi. Peminat percaya dekat dia. Aku rasa baik benda ni keluar dari mulut dia sendiri daripada orang lain buat cerita bukan-bukan. Lagipun, ni untuk kebaikan kau jugak fa.’

‘apa yang baiknya akan berlaku kalau korang buat press conference ni?’ soalannya bersuara perlahan, tapi tegas bunyinya. Malaun ni memang betullah. Suka buat benda yang bukan-bukan! Bila hati aku ni dah mula belajar nak pasrah terima dia, he crash everything! Macam mane lah perasaan tu nak terbentuk!

Faris merasakan tugas dia sebagai pengurus Luthfi sangat-sangat diperlukan di saat ini. Dia cuba memastikan setiap patah kata yang bakal dikeluarkan sekejap lagi, mudah untuk dihadam oleh gadis dua orang ini, tanpa sebarang pertumpahan darah (mintak simpang).

“ok. Macam ni. Kau bayangkan eh. Kalau kitorang tak buat press ni, tapi cerita L.Hakeem bertunang tiba-tiba tersebar, ni boleh jadi hot story kau tau. Effect dia lagi hebat dan boleh menjatuhkan reputasi dia sekarang ni. Mungkin ada pihak yang boleh terima, tapi untuk pihak yang tak boleh nak terima tu?! Kita nak kena fikir jugak. He’s the number one hero Malaya tau. Bukannye kau tak tahu. Sebagai seorang pelakon, lagi-lagi spesies famous macam si L.Hakeem ni, kami tak boleh nak membelakangkan peminat tau. Sebab diorang lah sumber kekuatan dan punca kuasa famous nya bakal tunang kau ni.”

Fana mengangguk-angguk bersetuju. Ada gaya kepimpinan kawan si malaun ni . bagus. Dia berangan pulak. Pandangannya ditumpukan semula pada si Iffa. Namun sahabatnya itu masih menunduk diam. Langsung tak bersuara dari tadi. Iffa?! Dia tak tahu nak fikir apa. Bila dirasakan masalah makin selesai, benda makin rumit pulak jadinya. Serabut lah macam ni. Nak tunang pun banyak hal. Tu lah, orang da cakap, tak mahu kahwin lagi, degil! Bila da serabut complicated macam ni, aku jugak yang gila

Dia dah tak tahu nak menuding jari menyalahkan siapa dah. Tok Aba? Dah puas lelaki tua itu disalahkannya hingga tak mahu bertegur sapa. Ibu Ja dan Ayah Man?! Sebab setuju dengan idea gila Tok Aba untuk bermenantukan dia? Atau malaun depan mata dia ni?! Yang redha terima jodoh dia dengan aku? Takkan nak salahkan takdir?! Gila! aku masih ada agama. ‘aku nak nangis! Stress!’ dia bersuara dalam hati.

Melihatkan suasana yang senyap, sunyi, sepi  dengan reponseless oleh ketiga-tiga manusia yang ada bersama dia dikala ini, faris meneruskan lagi penerangannya yang panjang lebar tu.

“Macam yang wartawan selalu cakap, kalau benda baik kenapa nak sorok. Sebab tu kitorang deal nak buat PC ni. Supaya takkan ada cakap-cakap belakang, kontroversi, cerita sensasi, fitnah semua tu. don’t worry! We try not to reveal who you are. You are a mystery. Kau pun mesti pernah baca berita hiburan kan? So, kau sendiri, from the fan point of view, mesti faham. Betul tak?” dihirup air honeydew juice tu. banyak sangat cakap, sampai naik kering tekak.

Iffa berusaha menghadamkan penjelasan Faris tadi, tapi dia tak boleh. Bila rasa amarah menguasai minda, langsung dah tak boleh nak berfikiran waras.

“soalan aku tadi, apa yang baiknya PC yang korang beriya-iya nak buat ni dekat aku. Yang kau jawab tu baiknya untuk kawan kau tu!” iffa tak puas hati. “kau nak cakap yang sekarang ni market dia lebih penting lah daripada perasaan aku.” Iffa membentak. Panahan matanya membara memandang Luthfi. Tapi malaun tu senyap tak berkutik langsung!

“aku tak fahamlah dengan kau ni. Apa lagi yang kau nak sebenarnya ni? Dahlah dapat mamat hot. Patutnya kau rasa bangga tau, bakal tunang kau orang popular. Orang nak bertunang ni patutnya kena suka.” Faris menggeleng. Digosok kasar kepalanya. Tak faham betul dengan si iffa ni. Kepala angin, bak kata Luthfi. Menyampah pun ada. Entah apa lagi yang tak kena, dia pun tak tahu. Bukannya diorang suruh dia datang press conference tu pun. Dan diaorang pun dah janji takkan reveal siapa dia. Tu kalau betul-betul kena datang PC tu, aku rase mau terbalik restoran ni dikerjakan dek dia. 

“Yang nak jadi suami aku nanti, Luthfi Hakeem tau! Bukannya L.Hakeem yang disanjung, dipuja orang tu. aku tak kenal siapa L.Hakeem dan aku pun bukan kenal sangat siapa Luthfi Hakeem. But at least aku cuba jugak. Dengan cara aku sendiri. Bila aku dah cuba bertolak ansur nak terima dia, yang korang bersungguh-sungguh nak spoil the moment kenapa?!” iffa mula membentak, suaranya meninggi. Fana yang alert akan bahaya yang bakal melanda cuba menenangkan sahabatnya itu. Dia pun naik pening dengan drama live depan mata ni. Dia belum di update sepenuhnya dengan the full story, jadik dia tak tahu apakah tindakan waras yang paling wajar dilakukan sekarang ni. Yang dia tahu, Iffa dah boiled up. And that is not a good sign.

“kalau tak suka cakap je yang kau tak suka, kita try cara lain. Tak payahlah nak naik angin tak tentu pasal macam ni.” Faris pun sama hilang sabar. Hilang sudah aura professional dia. Langsung tak boleh dibawak berbincang dengan minah ni.

“sekarang  ni aku tak suka! So, kau nak buat apa?” selamba dia melepaskan kata. Fana menepuk pahanya kuat. Dia buat muka tak peduli. Dah memang tak suka kan, takkan nak paksa. Luthfi memberi pandangan tajam. Wajah yang sedikit terkilan tergambar jeladi raut mukanya.

“tapi tak salahkan kalau kita declare benda ni.” Suara Faris kendur semula, dia cuba berlembut. Dia sedaya upaya cuba mengawal keadaan. Agak terkejut jugaklah dia dengar kata iffa tadi. First time dengar orang tak suka dengan L.hakeem. Dari mulut seorang perempuan pulak tu. Siap cakap depan tuan punya badan lagi. Sangat tak berperikemanusiaan betullah minah ni.

Fana turut sama menyumbang tenaga menenangkan Iffa. Rasa macam nak lada je mulut dia ni. Kawan tak kawan, kalau dah kategori biadap macam ni, memang dengan aku-aku sekali naik hantu karang. 

“Iffa, cuba kau cakap elok-elok. Jaga perasaan orang sikit. Jangan sebab nak jaga sangat hati kau, habis semua orang kau nak balun. Lidah tu pedang. Disebabkan kata-kata kau tu, boleh menyakitkan hati orang lain tau tak!” fana pulak marah. Iffa diam. Dia tahu dia salah. Dia boleh terima kalau orang lain nak tegur dia, tapi bukan dari mulut Tok Aba mahupun Fana. Kata pendapat mereka sangat memberi kesan pada hidup dia. Dia mencuri pandang pada Luthfi yang dah menutup muka dengan kedua tanganya. Tangannya ditongkatkan di atas meja. Serabut kan?! Aku ni lagi serabut. Iffa pandang fana, muka masih bengis. ‘lagi cepat benda ni boleh settle, lagi cepat aku boleh blah dari sini.’ Dia mengumam sendiri. Pandangannya dialihkan kepada Faris.

“perlu ke semua ni?” dia bertanya dengan nada yang tak sekeras tadi tapi masih tak berpuas hati.
 
“sebab perlulah kitorang nak buat.” Faris cuba meyakinkan. Kesian lu bro. Aku doa kau bahagia dengan minah ni. Dia bersuara dalam hati.

“Tapi, aku tak suka publisiti. Dia ni artis Malaysia je kot, bukannya supertar Hollywood nak ber’press conference’ bagai ni?”

“Tapi still, dia seorang artis. Artis popular tanah air. Kegilaan gadis. Orang ramai kenal dia and he belongs to public. The public has the right to know!’ Faris membela L.Hakeem yang hanya diam dari tadi. Dia ni macam pandang rendah je dengan kawan aku ni. Macam tengok sebelah mata je dengan keupayaan artis tempatan ni. Artis tempatan pun masih seorang artis jugak walaupun nama mereka tak segah aktor-aktor dari Hollywood. Langsung tak menyokong betullah dia ni.

“Tapi aku taknak terlibat.”

“We can deal with that, you don’t have to worry.”

“Tapi aku tak setuju lah kalau korang nak buat benda ni semua. Sebab aku rasa tak perlu.”

“Itu apa yang awak rasa dan bukan apa yang saya fikir. Dan saya rasa saya tak perlukan persetujuan awak sebab keputusan dah pun dibuat.” Akhirnya Luthfi bersuara. Tegas bunyinya.

“Kalau dah tahu tak perlukan persetujuan aku, nak cerita lagi buat apa.”

“Saya tak nak membelakangkan awak dengan segala keputusan yang saya buat. Sebab awak ada hak untuk tahu.”

“Habis tu kau nak aku buat apa.” Dia membentak. Dah mula rasa tak puas hati. Kasar bahasa yang digunakan. Sememangnya dia tak suka didesak sebegini. Fana hanya diam, tak tahu nak cakap apa. Sebab cerita ni bukan dalam silibus dia.

“Tak payah buat apa-apa. Kau duduk, diam dan dengar je. 3D. kitorang akan handle semuanya. We just want to let you know about the PC. That’s why, we’re here. Full stop. Tu je.” Faris menerangkan (lagi sekali). Bertambah lagi rasa menyampah dia. ‘kalau betullah korang kahwin, tolonglah repair perangai buruk dia yang satu ni, bro.’ Dia bermohon dalam hati.

“kalau korang buat cerita pasal aku pun, aku nak kena tadah je la telinga ni?” sungguh dia tak puas hati. Is it really necessary? Hello!

“kalau press dah Tanya, dan time tu terdesak nak bagi jawapan, no choice. Terpaksalah.” Luthfi menjawab.

“amboi, senangnya kau berbicara! habis kalau dorang tanya pasal aku pun, korang redha je la cerita. You promise me that you won’t reveal anything about me. What kind of crap is that?” Iffa mengajuk.

“kalau itu yang diorang nak tahu, of course. I’ll make a very good and sweet story about us. You have my words.” Sengaja memprovok. Ni yang buat aku nak pikir balik pasal nak amek minah ni buat bini ni. Banyak kerenah!

“tak boleh!” dia membantah kuat. “korang jangan nak suka-suka cuba memporak-perandakan hidup aku yang aman damai ni, ok.” Turun naik nafas Iffa. Nasib baik dah berbuka, kalau tak sia-sia jelah dia puasa satu hari tadi.

“takde orang yang akan dating cari awak dan memporak-perandakan hidup awak. Awak jangan fikir jauh sangat boleh tak?” Luthfi pun sama naik barannya.

“kau dengar sini.” Kali ini tuturnya ditujukan khas untuk Luthfi. “Kalau apa-apa biodata, maklumat peribadi atau cerita pasal aku yang terlepas dekat press, siaplah kau. aku tak kisah macam mana kau nak buat as long as diorang tak tahu pasal aku. Kalau nak kena pancung, bocorkanlah rahsia. Aku peduli apa, korang terlepas cakap ke, diorang korek sendiri ke sebab awal-awal lagi aku dah kata aku tak setuju. Aku tak suka hidup dalam dunia glamour kau sebab tu bukan dunia aku. Faham!” Dia menolak kerusi itu kasar sebelum berlalu keluar dari restoran itu. Nasib baik dah tak ramai orang kat sini dan dah tak de siapa yang nak pedulikan mereka.

Fana turut sama automatic bangun. Memang tugas dia sebagai jaksa pendamai setiap kali iffa mengamuk. Sempat dia berpesan pada lelaki dua orang itu, “aku try pujuk dia, nanti apa-apa aku inform. BB pin aku kau dah ade kan?” Faris mengangguk. Luthfi termenung, mengeluh sendiri. “kitorang balik dulu. Thanks! Bye!” Nasib baik kawan dia jenis cool. Luthfi dan Faris sekadar senyum menghantar langkah gadis itu mengejar sahabat dia.

“you have met your match, I guess.” Luthfi pandang Faris yang tiba-tiba je bersuara. Tak faham.

"kau betul dah ready ke?” Tanya Faris lagi. Kesian pulak dia dengan Luthfi ni. Luthfi mengangguk dan senyum.

“aku rasa aku boleh.” Yakin bunyi jawapan dia. Tapi, yakinkah dia?

“Goodluck, bro!” ucap Faris memberi kata semangat sambil menepuk bahu lelaki itu.

“Thanks, bro. aku memang perlukan itu.” Semoga semuanya berjalan lancar, amin.


2 comments:

  1. mmm... dah masuk bab kelu.. emosi tercandat..

    ReplyDelete
  2. salam cik Z...panassssss...auuwwhhh!!!"aku dah tak nak nangis! aku dah tak STRRRREEEESSSSSSS...sempat abis baca...bz memnjg dis few wks...harap ada lagi tak lah i stress gitu...thks!!!

    ReplyDelete