Saturday, 9 March 2013

SOP #17

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #17



Kami tiba di Restoran Enak tu sedikit lewat dari yang dijanjikan. Jalan jammed punya pasal. Lantaklah, janji dah sampai. Turun je dari kereta, dia dah nampak Luthfi dan Faris. Setia menunggu mereka di luar. Mereka tersenyum menyambut kehadiran dia dan Fana. Tapi Iffa buat dek je, Fana je yang jenis berbudi bahasa sikit.

‘Lambat!’ ayat pertama yang diluahkan Luthfi setelah mereka bertemu.

‘Waalaikumsalam!’ iffa menjawab salam walaupun tiada ucapan salam yang diberi. Faris dah tergelak. Fana menggeleng. Luthfi tersengih! Kena lagi. Aku? Macam biasalah, buat muka tak kisah.

‘Assalamualaikum, cik adik manis.’ luthfi bagi ayat cair. Sekarang giliran Fana pulak tergelak, Faris menggeleng. First time kot tengok kitorang macam ni. Fana jawab salam dia, aku jawab dalam hati je.

‘Bro, jomlah masuk dalam cepat. Dah start ramai orang ni. Orang pandang-pandang dah ni.’ Faris mengingatkan. Aku dan Fana turut melihat sekeliling. Takdelah ramai mana pun sebenarnya, tapi ramai lah jugak dari tadi. Ada yang tergelak-gelak, terjenguk-jenguk, berbisik-bisik. Macam-macam fiil. Yelah, aktor popular Malaya ada depan mata. Of course lah kena kecoh kan.

‘Jomlah.’ Dia bersuara pada Faris, sebelum berpaling menghadap aku dan fana. ‘Jom masuk, panjang cerita kita ni.’ Kenyit mata. ‘Kalau sakit mata pergi klinik sana. Terkenyit-kenyit.’ Sempat aku sound sebelum aku jeling dan tarik tangan Fana untuk masuk ke dalam restoran.

*******************
 
Masing-masing senyap menikmati hidangan setelah azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka sebentar tadi. Sekali-sekala ada jugak si malaun ni bertanya soalan, ajak bercerita. Tapi yang banyak menjawabnya si Fana ni hah! Dah aku diam tak layan, terpaksalah dia yang jawabkan. Bagus gak aku bawak makcik ni. Boleh aku makan dengan aman.

‘Korang dah lama kenal ke?’Luthfi bertanya. Matanya memandang pada aku, tapi mata aku setia pada pinggan di depan ni. Saja. Malas nak layan. Bukan ke time makan, kita tak boleh bercakap? Kan?

‘Lama la jugak. Sejak dari Form One. Kitorang satu dorm, satu kelas pulak tu. Duduk pun sebelah-sebelah.’ Fana bukak cerita.

‘Form One dah duduk asrama ke?’ Faris pulak yang bertanya. Macam berminat je gaya dia. Entah apa yang menarik dengan cerita ni pun aku tak tau. Biasa je aku rasa.

‘A’ah. Nak buat macam mana. Dah cemerlang UPSR kan.’ Sempat lagi makcik ni membangga diri.

‘Kiranya korang ni golongan yang skema la ek. Asyik berkepit dengan buku je. Kata pelajar cemerlang kan.’ Luthfi bersuara. Saja nak tarik perhatian aku. Tapi aku macam biasa, tak layan.

‘Ni time sekolah dulu, mesti stok budak library ni. Mesti korang librarian kan?’ Faris meneka. Fana senyum, pandang muka aku, pastu dia gelak. Lawak sangat ke muka aku ni sampai dia nak gelak macam ni?

‘Macam mana kau tahu? Kau skodeng kitorang ye masa sekolah dulu?’ mereka ketawa. Bahagianya. Aku je yang tengah sengsara sekarang ni.

‘Aku la mamat yang pakai spek tebal, rambut pacak, seluar tinggi sebelah yang selalu follow korang dulu. Korang je yang tak perasan.’ Faris cuba melawak, tapi Fana buat muka serius.

‘Serius? Kau ke mamat tuh? Kau ni Sufian eh?’

‘eh, bukanlah. Aku main hentam je. Aku asal Perak kot. Takde keje aku nak skodeng kau kat sekolah kau tu.’ Cuak faris. Mamat yang aku describe tadi memang betul-betul wujud ke?

‘Tahu takut. Aku main-main je kot. Mesti kau gelabah tadi kan.’ Fana menenangkan. Gila gelabah kawan si Luthfi ni. Apa nama dia tadi. Faris? Ha, betullah. Faris. Luthfi yang mendengar dari tadi turut sama ketawa. Iffa pun nak join gelak sama, tapi dia cover. Masih nak mempertahankan mood tak nak ambil tahu dia tu.

‘Nak gelak tu gelak je la. Tak payah nak control ayu.’ Luthfi bersuara. Spontan, mata Iffa mencerun pada dia. Luthfi hanya sengih. Nak jugak minah ni pandang aku. Dari tadi dok tenung pinggan tu, sampai dah nak berlubang dibuatnya. 

‘Faris, macam mana kau boleh terjebak dengan mamat senget ni?’ selamba Iffa tanya pada Faris. Walaupun dia dan Faris pernah berjumpa sekali sahaja, tapi rasanya perangai si Faris ni lebih kurang malaun ni aje. Tak payah nak berbudi bahasa sangat.

‘Senget kawan kau ni panggil aku?’ Luthfi mengadu pada Farhana. Faris tercengang. Nak kena jawab ke tak soalan tadi tu? Dia berkira-kira dalam hati. Memang slowlah mamat ni!

‘Habis kalau bukan senget, kau tu lurus sangat ke?’ Fana menambah. Langsung tak dipedulikan aduan Luthfi tadi. Gelak sakan wanita yang dua orang ni. Siap ber’high five’. Faris pun dah terjoin group perempuan-perempuan kat depan dia ni. Dia pun tergelak sama. Padan muka kau Luthfi, selalu kau yang kuat menyakat orang kan. Kan dah kena sebijik. ‘Memang aku respek la dengan minah dua orang ni!’ rumus Faris.

‘Memang padan lah korang ni BFF kan. Sesuaaaaaaai!’ Luthfi dah mula tunjuk perangai luar alam dia. Faris menjeling tajam Luthfi. ‘Euwwwww~! Kau jangan nak menyongsang cakap gedik-gedik macam tu ok! Mak tak suke.’ Giliran Faris pulak. Iffa dan Fana dah berdekah-dekah ketawa. Tak sesuai di bawak ke majlis kalau tengok perangai diorang ni. Ketawa tak ingat dunia. Mata-mata yang memandang, menenangkan hilaian tawa mereka. Buat malu je, gelak macam orang gila kat sini. Luthfi senyum bila dia tengok Iffa ketawa. Faris pulak senyum bila dia nampak Luthfi senyum tengok Iffa gelak. Dah tersangkut kawan aku ni. Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment