***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h
hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***
(n.n)v
------------------------------------------------------------
‘siapa?’ fana bertanya sambil tersenyum. Keningnya diangkat-angkat. Ok, minah kepoh dah start nak buat soal siasat.
‘hah?’
‘siapa tu?’
‘siapa?’
‘yang call kau tadi tulah. Siapa?’
‘apasal kau tanya?’
‘sebab aku ambil berat la. Siapa tadi tu? Mesra
bukan main aku tengok.’
‘takde siape lah.’
‘eleh, kau jangan nak kelentong aku la, fa. Bukan
main lagi kau menyembang dengan caller tu tadi. Siap bergurau canda.’ Ok, fana
dah start pakai bahasa sastera dia. Dengan dia ni memang susah nak tipu. Jadi,
dalam paksa rela, aku ceritakan jugak. Kan nanti nak kena minta tolong.
‘dia.’
‘siapa dia?’
‘dia lah. Yang call aku tadi tu.’
‘yelah, tapi dia tu siapa?’
‘yang aku story kat kau hari tu.’
‘oh, ‘dia’!’ fana dah terangguk-angguk. ‘eh, jap!
‘Dia’ yang kau maksudkan ni sama ke dengan ‘dia’ yang aku tengah bayangkan ni?’
‘sama.’
‘malaun tu.’ Serentak mereka bersuara. Fana
tersengih, iffa mencebik. Sorang muka suka, sorang lagi muka tak boleh terima. Memang
betullah. Great mind think alike. Bestkan ade kawan baik macam ni.
‘apa hot story?’ cupcake yang dah siap dibakar,
dikeluarkan dari ketuhar dan diletakkan ke tepi. Biarkan sejuk dulu. Ade cerita
lagi panas dari cupcake tu sekarang ni.
‘Dia ajak iftar sama-sama. So, aku nak bawak kau
sekali. Jom.’ Direct je aku cerita. takde mukadimah, takde bismillah. Baru
start, dah habis. Hebat kan.
‘Tu je?’
‘Tu je la.’
‘punyalah lama kau bergayut dengan dia dari pukul
11.25 sampai nak dekat masuk tengah hari, tu je?’
‘Dah berapa lama kau buat aktiviti tak sihat,
memerhatikan segala tingkah laku aku ni?’ gila stalker si Fana ni. Bahaya
betul. Nasib baik aku tak buat perangai yang bukan-bukan tadi.
‘Sejak akhir-akhir ni. Baru je nak mula
berjinak-jinak. Tapi, apasal aku kena ikut sekali?’
‘Teman aku la. Takkan kau nak tengok aku berdua
je dengan dia.’
‘Aku nak tengok kau berdua je dengan dia.’ Fana
dah sengih nakal. Ambooooooi, gatalnya sahabat aku ni.
Adunan yang dari tadi aku kacau tak
sudah-sudah aku letakkan dekat atas kitchen counter tu. Pandangan mata aku yang
tak berapa nak puas hati ni aku talakan tepat ke arah muka fana.
‘Kau gila! Dia tu superstar beb! Takkan aku nak
keluar berdua je dengan dia.’
‘Keluar je la. Bila lagi kau nak berdating kan?
Alang-alang tu, kau berkenalan la sekali dengan bakal 'tunang' kau tu.’ gelak.
Sukanya dia.
‘Taknak aku, nak dating-dating bagai ni. Bukan
style aku, ok! Kau pun tahu kan yang aku ni tak biasa keluar berdua je dengan
lelaki ni. Bukan setakat tak biasa, tak pernah! dahlah dia tu public figure. Silap
haribulan, aku kena cekup dengan orang Melodi, Propaganza tu semua. Tak pasal-pasal keluar suratkhabar muka aku
ni. Tak ke kes naya tu!’
Fana angguk. Setujulah tu dengan cakap aku. Biasalah.
Aku ni kan memang sentiasa berkata benar. Benarlah sangat kan. Hujah aku
bernas, sebab tu dia macam burung belatuk, terangguk-angguk. Lagipun, perlu ke
berdating bagai ni. Macam tak perlu je. Buat membazir masa dan duit je. Ada
banyak lagi cara nak berkenalan. Bukan dengan berdating je!
‘So, nanti kau temankan aku eh. Dia yang belanja.
Lagipun, dia pun bawak member dia jugak. Kira ok la kan. Takdelah obvious
sangat.’ Fana diam sekejap. Tengah berfikir.
‘Jomlah fana. Time aku story dekat kau hari tu,
bukan main beriya-iya lagi kau cakap kau nak jumpa dia kan. Hah, inilah
masanya! Peluang keemasan ni beb!’ masih berusaha untuk ‘meracuni’ pemikiran
kawan aku ni.
‘Order pun tak banyak sangat. 100 je. Nanti aku
tolonglah kau laju-laju. Lagipun, order ni yang kita dah memang selalu buat.
Confirm boleh siap cepat punya. Jomlah eh?’ Iffa masih cuba memujuk.
‘Yelah, yelah!’ Fana akhirnya setuju. Dah orang
nak sangat bawak, ikut ajelah kan. Bukannya dia yang terhegeh-hegeh.
Iffa peluk Fana. Spontan. ‘Kau memang bestlah,
beb!’ sempat dia memuji.
‘Time aku nak tolong, bestlah kan.’ Fuyoh! Pedasnya
ayat. Aku sengih je la. Ni yang makin sayang dengan kawan aku ni.
No comments:
Post a Comment