Friday 4 October 2013

SOP #41

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v


------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #41



Angin pantai cuba menenangkan perasaan hati. Entah dah berapa lama dia di sini, dia tak tahu. Dia tak ingat macam mana dia boleh tercampak ke sini. Dia tak larat nak memberontak dah. Mengenang nasib diri. Macam mana gaya nak diteruskan kehidupan? Melalui hari-hari yang seterusnya?

Dirinya bagaikan manusia hilang pedoman. Dia dah tak kuat. Manakan tidak, insan yang diibaratkan tulang belakang dia dah tiada. Bagaimana dia nak terus berdiri, meneruskan hidup ini. Semangatnya dah hilang. Sumber kekuatan dia dah tiada. Dia dah tak daya. I’m such a loser. Never realize how much I lean on you, atok! Macam mana Iffa nak hidup bila atok dah takde? You mean everything to me, atok pon tahu kan? Tapi, kenapa atok pergi?

Air mata mengalir lagi. Dah beberapa hari. Semenjak pemergian atoknya. Iffa kerap menangis. Kadang-kadang tu, tak sedar bila. Tahu-tahu je terdengar suara esakan. Dia menangis tak kira tempat. Masa mula-mula sampai di pulau ni, lagi haru. Setiap pergerakan yang dia buat, pasti menyebabkan air matanya mengalir. Sampai orang keliling pun pandang pelik. Bila dah termenung tu, panggillah dengan volume suara tinggi macam mana pun, dia takkan dengar. Iffa memang dah hanyut dalam dunianya. Ni yang buat mereka makin risau. Niat sebenar dia dibawa ke pulau ni supaya dia boleh tenangkan fikiran, tapi lain pulak jadiknya. Makin menjadi-jadi khayalnya.

Penangan Farhana tempoh hari menyuntik sedikit kesedaran pada dia. Iffa mula berfikir, kenapa dia diizinkan-Nya untuk bernafas lagi pada hari ini? Supaya ada ruang untuk dia bertaubat dan berubah. Itu jawapan yang dia pasti. Tapi, atas kesalahan apa? Kerana derhakanya dia sebagai seorang cucu suatu ketika dulu? Tak mengenang budi lelaki tua yang dah membesarkan dia? Lelaki tua yang banyak berjasa padanya? Dia dah insaf, dia sedar kesilapannya. Pemergian Tok Aba adalah satu kehilangan yang amat besar buat Iffa. Ianya seolah ‘nyawa’nya turut ditarik sama. Dia bertanya dirinya sendiri, kenapa aku diuji sebegini? Lama dia termenung dan berfikir. Mindanya tiba-tiba membayangkan satu wajah. Mungkin ini silap dia?

Sebab aku seorang isteri? Hak milik mutlak kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Lelaki yang syurgaku terletak di telapak kaki dia? Allah hilangkan sesuatu yang dia sayang, kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yanng lebih undah untuk dia?! Apa yang lebih indah daru memiliko seorang atok yang terbaik di dunia? Seorang suami yang ikhlas menyayangi dia? Sebab tu Allah tarik orang yang dia sayang, supaya dia belajar menyayangi orang yang sayang padanya? Belajar untuk bersyukur. Inikah jawapannya?

Iffa tersedar apabila perasan ada sapu tangan disua ke muka. Laju tangannya menyeka kasar air mata yang mengalir dengan belakang tangan. Langsung tak disentuh sapu tangan itu. Tiba-tiba, terasa lembut sapu tangan menyapu pipi, membersihkan saki baki air mata yang ada. Tersentak Iffa dengan tindakan berani itu.

“Awak jangan nak mula!” suara amaran dikeluarkan. Pandangan matanya setia ditebar ke lautan yang tenang di depan mata. Langsung tidak memandang muka mahkluk yang ada di sebelahnya. Tetapi, nyata suara amaran tadi langsung tak terkesan. Helaian sapu tangan itu mula mengelap tapak tangan dia yang basah dan berpasir. Tindakan berani mati menyentuh anggota badan gadis itu. Kalau betul itu adalah Iffa yang dia kenal selama ni, satu backhand akan dihadiahkan di pipi beserta kata caci maki. Tapi hampa, bila tangannya sekadar direntap kasar tanpa sebarang suara. Gadis itu sekadar berdiri dan terus berlalu meninggalkan dia.

****************************************

Fana berlari mendapatkan Iffa apabila kelibat gadis itu mula kelihatan di perkarangan chalet tempat mereka menginap.

“Ya Allah, Iffa! Kau pergi mana? Risau aku tahu tak.” Farhana menyerang Iffa dengan soalannya. Riak risaunya tadi segera berubah kelegaan. Diteliti raut wajah sahabatnya itu. Syukur, Iffa tak apa-apa. Macam-macam yang dia doa supaya tiada perkara buruk yang berlaku pada sahabatnya tu. Cukuplah dengan segala musibah yang dah berlaku. Syukur, sungguh dia bersyukur!

Manakan tidak, lepas solat Subuh, Farhana kembali melelapkan mata, kedinginan pagi benar-benar membuai lenanya. Iffa waktu itu dilihat masih berteleku di atas sejadah. Elok dia berjaga, Iffa tiada dalam bilik tu. Pintu bilik air yang terbuka luas jelas menunjukkan Iffa takde dalam bilik air. Fana tengok keliling dan nampak gadget mahal milik Iffa terletak elok di atas meja sisi. Dan, bila Farhana menjengah keluar, selipar Iffa pula tidak kelihatan.

Iffa hilang! Itu yang otaknya pantas menyimpulkan. Dia bingkas bangun dan mencapai tudung sarung. Berlegar-legar di kawasan sekitar chalet mencari kelibat sahabatnya, kot-kot Iffa ada. Tapi, negatif! Iffa gagal dikesan. Bermacam benda tak elok mula bermain di dalam fikirannya. Janganlah Iffa buat kerja bodoh! Mintak simpang! Rasa risau dan cemas menghantui diri. Fana tak tahu nak buat apa. Otaknya ligat berfikir sambil dia terus melilau di kawasan sekitar.

Dia teringat pada Faris. Perlu dimaklumkan perkara ni padanya. Dia sangat-sangat memerlukan pertolongan Faris sekarang ni. Blackberry di tangan ditelek, nama Faris dicari. Sebelum dia menghubungi Faris, segera dia mengubah fikiran. Farhana teringatkan sesuatu. Iffa isteri Luthfi, tanggungjawab Luthfi. Perkara ni sepatutnya dikhabarkan pada suaminya dahulu. Luthfi berhak diberitahu dan bukannya Faris, walaupun dia lebih rapat dengan Faris. Sejenak dia berfikir.

Boleh main teka-teki pulak otak dia sekarang ni. Ingat ni sinetron ke? Nak buat apa-apa mesti nak kena monolog dalaman dulu?

Dah bergaduh pulak hati dengan otak aku ni!

Segera dihubungi Luthfi untuk memaklumkan perkara itu dan meminta bantuan. Dan macam biasa, Luthfi pastinya terkejut dan pantas bergegas ke sini. Tak sampai seminit. Pantas! Nasib baik lokasi chalet mereka tak jauh mana. Walaupun mereka tak tinggal di chalet yang sama, tapi kedudukan chalet yang hanya sebelah menyebelah memang memudahkan. Perbincangan tergempar dibuat dan mereka akhirnya berpecah untuk mencari Iffa. Faris ditemani Fana, manakala Luthfi berseorangan.

Selepas hampir 20 minit mereka menjelajah kawasan resort itu, satu panggilan telefon dari Luthfi benar-benar menenangkan perasaan Fana.

“Aku dah jumpa dia. Korang tak payah cari dah!”

“Alhamdulillah! Kau dekat mana?” Fana bertanya ingin tahu.

“Kawasan pantai tapi jauh dari tempat kita tinggal.”

“Ya Allah, Iffa! Macam mana dia boleh sampai ke situ pulak tu? Dia okey?” Fana mengomel sendiri. Syukur, ya Allah. Kerana melindungi sahabatku.

“Aku baru jumpa dia, nampak dari jauh. Tapi, no worries la, Fana. Aku akan jaga dia. Promise.”

Fana mengangguk laju tapi manalah Luthfi nak nampak. Faris di sisi cuba mendekatkan telinga untuk turut sama mendengar. Busybody. Fana yang perasankan tindakan Faris, menghalau dia supaya jauh sikit. Bukan muhrim! Mencebik kawan tu dibuatnya.

“Janji Luthfi. Jangan buat dia sedih lagi. Aku tak sanggup nak tengok.” Penuh bersungguh Fana meminta.

“You have my words, friend. I will never do that. Aku takkan buat dia sedih, aku janji.”

“Thanks, Luthfi!”

“Don’t mention. Dia tanggungjawab aku.” Yakin didengar jawapan itu.

 --------------------------------------------------------

“Aku pergi ambil angin. Sorry!” perlahan sahaja suara yang kedengaran.

“Takpe. Tak payah sorry.” Fana senyum, cuba menenangkan perasaan sahabatnya.

“Tapi, Fa. Janji dengan aku satu benda.” Fana pandang dalam wajah cengkung Iffa. Dah lah kurus, makin keding kawan aku ni.

“Please jangan buat aku risau lagi?” separa merayu permintaan itu dibuat. Iffa yang pada mulanya diam, mula mengangguk perlahan-lahan. Ingatan pada Tok Aba menerjah datang tiba-tiba. Kata-kata itu adalah sama macam apa yang dia pernah ucapkan pada Tok Aba.

“Nexus kau, lain kali jangan tinggalkan. Susah aku nak cari kau, kalau apa-apa.” Iffa mengangguk lagi.

“Dan jangan buat lagi. Hilang tiba-tiba macam ni. Nak putus nyawa aku, kau tahu tak!” tiba-tiba terkeluar pulak mode bebel Fana. Iffa diam. Fikirannya melayang lagi. Putus nyawa? Putus nyawa Fana sama macam apa yang aku rasa ke?

“Fa?” senyuman Fana kian pudar bila Iffa kembali senyap dan tak menjawab. Fana perasan mata Iffa yang mula bergenang. Luthfi yang berada di sebelah Iffa, Fana kerling. Bagai memberi isyarat, Luthfi bergerak cuba mendekati. Iffa tiba-tiba kembali mengangkat muka dan memberi sengih, selepas terkhayal seketika.

“Okay.” Hanya itu yang dia jawab. Dengan senyuman separa ikhlas dia.


Krrruuuuukkkkk!!!

Terdengar kuat bunyi jus gaster yang merembes dalam perut Faris. Semua mata automatik menghala ke arahnya.

“Aku laparlah!” dengan muka tak bersalah Faris mengisytiharkan. Iffa terlepas tawa. Fana dan Luthfi yang pelik turut tergelak sama. Faris tayang muka seposen.

“Takde perasaan simpati langsung kalian semua ni. “ muka cemberut Faris hadiahkan. Kejam! Kecik hati aku!

“Jom, kita pergi sarapan sekali.” Iffa mencadangkan. Siap senyum simpati lagi. Wajah Faris serta-merta bercahaya. Manakala, Fana dan Luthfi berpandangan sesama sendiri. Iffa dah betul okey ke ni?

“Thanks, Fa. Kaulah yang paling memahami walaupun selama ni kau suka kutuk aku.”

“Dengar kau cakap je pun dah boleh detect bunyi tak ikhlasnya but still, sama-sama.” Iffa senyum. Manis. Luthfi terkesima. Itulah senyuman manis yang pernah menggugat kelelakian Luthfi suatu ketika dulu. Terbit rasa cemburu dengan Faris, kerana senyuman itu bukan untuk dia. Tapi, Luthfi lebihkan rasa bersyukur. Kerana,kesayangan dia dah kembali.

“Ikhlas, Fa. Serius, ikhlas ni.  Kali ni betul ikhlas punya.” Bersungguh Faris mengucapkan. Dikelip-kelipkan mata. Siap tayang muka bajet cute dia lagi.

“Kau buat muka bajet cute macam tu, aku bagi makan penumbuk aku kang. Confirm kenyang sampai bila-bila.” Iffa menggertak. Hilang terus riak cute Faris, langsung jelingan tajam dia tayang untuk Iffa.

“Dah aku agak. Kejap je baik kau ni. Ceh!”Faris menyindir. Iffa mengacah cuba nak menumbuk Faris, cuak dibuatnya mamat tu.

“Tahu takut!” Iffa tayang perangai gangster dia. Fana yang memang dah boleh sense benda-benda macam ni seperti biasa, bertindak sebagai jaksa pendamai macam selalu. Boleh masuk dalam resume nanti ni under kemahiran ekstra.

“Dah, dah, dah! Bertekak pulak diorang ni. Pergi balik, mandi, siap. Pukul 8.30 kita kumpul sini. Tadi aku dengar macam dah kebulur sangat.” Fana menguraikan. Seronok hati dia rasa bila Iffa dah boleh bertekak, loyar buruk macam ni. Rindu betul dia dengan perangai buruk sahabat sejati ni.

“Jomlah, Fi! Kita pergi makan sendiri-sendiri je. Tinggalkan budak berdua ni. Jangan kawan dengan diorang.” Faris merajuk. Asyik-asyik aku je yang kena.

“Eh,mana boleh! Sorang bini, sorang member tu. Kau pergilah sorang-sorang. Aku nak kawan dengan diorang lagi.” Luthfi sengaja menyakat Faris. Seronok pulak dia rasa. Faris tayang muka blur dia. Kecewa lebih tepat lagi kot. Tak guna punya kawan! Pilih kasih!

“Forever alone!” ayat terakhir yang diucapkan Faris dengan penuh penghayatan itu meletuskan tawa semua di situ. Alahai, kesian kau, Faris!

***************************

“Fa, aku ambilkan makanan untuk kau. Kau pergi order air.” Aku mengiyakan saja. Lagi senang kerja. Fana pun tahu apa yang aku suka makan. Bila datang Terengganu ni, dia jarang makan. Takde selera satu. Satu masalah lagi sebab lauk di sini kebanyakannya berasaskan ikan. Iffa tak suka makan ikan. Bukan sebab alergik ke apa, tapi sebab dia tak suka.

Dia berlalu untuk memesan air. Dua gelas teh ‘O’ ais dan segelas ais kosong. Setelah pesanan dibuat, Iffa mula memilih meja dan duduk di ruang yang terbuka. Terasa sepoi angin pantai yang mendamaikan. Tenang rasa hati. Tiba-tiba, kerusi di sebelahnya terasa ditarik. Iffa yang terkejut segera berpaling.

“Assalamualaikum.” Salam diberi, pakej senyum menawan lagi. Handsome kau!

‘Siap ber’rayban’ bagai, over betul. Makan sarapan je pun.’ Sempat Iffa mengutuk suami dia sendiri dalam hati.

“Janganlah pandang saya lama-lama. Nanti awak cair. Sayakan handsome!” Iffa buat muka tak selera, menjeling dan dia berpaling. Baik aku menikmati keindahan ciptaan Tuhan ni lagi bagus! Pahala pun dapat.

Tu suami tu. Sayang suami lagi banyak pahala dia. Hatinya bersuara.

Teringat muhasabah diri yang dibuat pagi tadi. Syurga dia di bawah tapak kaki di sebelahnya ni. Tapi, hatinya belum terbuka lagi nak terima kehadiran lelaki ni dalam hidup dia. Lelaki ini adalah lelaki yang patut dia sayang, tapi dia tak boleh. Lelaki yang dia sayang, satu-satunya lelaki yang dia sayang dah takde. Tok aba, Iffa rindu! Al-Fatihah.

Luthfi dah sakan senyum syok sendiri. Bila wifeynya buat muka. Langsung dia tak terasa, sebaliknya lagi dia suka. Inilah kesayangan dia. Yang dah hilang selama beberapa hari. Kesayangan yang dirindui. Kesayangan yang dia mula kasihi. Kesayangan yang dia janji dia akan lindungi. Ya Allah, rindunya aku! Dengan wifey!

“Awak,” Luthfi memanggil lembut bila kesayangannya mula mendiamkan diri. Takut kesayangannya terus berkhayal, mengenangkan yang tiada. Bila wifey tak menyahut, Luthfi dah bimbang. Datang balik ke ‘penyakit’ dia. Pagi tadi elok je?

“Awak?” Luthfi panggil lagi. Takde balasan. Sohih, khayal lagi ni. Raybannya ditanggalkan. Supaya wajah kesayangannya boleh ditatap dengan lebih jelas.

“Awak!” kali ini suaranya dikuatkan. Tapak tangan dilayang di hadapan wajah kesayangannya itu. Iffa tersentak, dan ingatannya kembali ke reality. Kenangan bersama Tok Aba hilang melayang. Rasa nak marah pulak dengan orang tua sebelah dia ni.

“Awak nak apa?” ditekan nada suara. Geram! Luthfi menyengih. Okay lagi, nasib baik. Nafas lega dilepaskan tanpa dia sedari.

“Awak belum jawab salam saya. Dosa!”

“Waalaikumsalam! Dah, puas hati?”

“Bunyi macam tak sudi je?” Luthfi cuba menyakat. Siap buat mimik muka lagi. Rimas pulak Iffa rasa.

“Memang .......” belum sempat ayatnya dihabiskan, Fana muncul dengan menatang dua pinggan makanan. Nasi dagang dan nasi lemak.

“Fa, ni kau punya nasi lemak.” Pinggan berisi nasi lemak diletakkan di hadapannya. Pinggan nasi dagang pula diletakkan bertentangan dengan Iffa.

“Kau dah order air?” Fana bertanya. Iffa terus angguk. Nasib baik Fana datang tepat pada masanya. Kalau terlepas ayat tadi, mahu dosa dia dapat pagi-pagi ni. Melukakan perasaan suami yang cuba nak menjaga hubungan dengan dia. Kalaulah dia terlepas cakap ‘memang tak sudi pun’ tadi dan Luthfi terasa dengan ucapan dia tu, memang claim dosa. Pakcik ni kan hatinya sebesar kuman, cepat terasa.

Allah dah tunjuk tu, Fa. Belajarlah terima dia. Hatinya menasihati lagi.

“Aku nak pergi ambil laksam pulak.” Fana memberitahu. Iffa dah pandang pelik. Biar betul minah ni.

“Banyaknya kau makan!” serentak Luhtfi dan Iffa bersuara. Luthfi pandang Iffa, dan senyum lagi. Lawanya bini aku ni! Tiba-tiba hati dia bersuara, memberi sokongan.

“Great mind think alike,” diamengucap perlahan pada Iffa. Iffa tercengang. Main bisik-bisik pulak orang tua ni kat depan public. Duduknya tiba-tiba rasa tak betah. Berdebar pulak hati ni tiba-tiba dah kenapa? Fana tayang muka blur, berlakon konon tak nampak kemesraan yang berlaku depan mata tadi. Padahal dalam hati dia, rasa macam sweet je pasangan depan dia ni. Langsung tak dipedulikan manusia dua orang tu, terus dia berlalu. Bagi can.

Iffa langsung tak pandang muka Luthfi sepanjang Fana dan Faris pergi ambil makanan. Luthfi yang bosan sebab tak dilayan akhirnya mengalah dan mendiamkan diri. Iffa terus menghayati pemandangan laut yang tak jauh dari tempat mereka berada. Merdu bunyi ombak melalaikan dia. Belum sempat dia hanyut dalam lamunan, air yang dipesan tiba. Luthfi senyum bangga. Ada 3 gelas semuanya. Tak sangka wifey ni berhati perut dan dah order sekali untuk dia. Teh ‘O’ ais. Sedapnya. Laju tangannya menyambar segelas dan menghirup laju.

Iffa sekadar memandang tindakan orang tua tu dengan pandangan tak puas hati. Sepatah kata darinya membuatkan Luthfi terus berhenti dari menghirup lega air di depan mata.

“Yang tu Fana punya.” Mendatar Iffa bersuara tanpa perasaan. Mati terus selera Luthfi.

“Bukan saya punya?” Luthfi bertanya lurus. Iffa menggeleng.

“Yang tu?” bibirnya ditalakan pada segelas lagi teh O ais.

“Yang ni saya punya.” Laju tangan dia menarik dan menyelamatkan gelas air teh O ais tu.

Fana datang buat kali kedua dengan semangkuk laksam dan sepinggan kuih muih. Dia kemudian terus mengambil tempat di depan Iffa dan meletakkan makanan yang diambil tadi.

Membuntang mata Iffa dan Luthfi yang melihat.

“Kau ni ada membela ke?” selamba Luthfi bertanya. Fana buat tak layan.

“Katalah apa kau nak kata. Ingat senang nak jumpa benda-benda ni kat KL. Original kot. Made in Ganu!” bangga Fana memberitahu. Macamlah diorang tak tahu.

Iffa masih terus memandang Fana dengan wajah tak berkelip. Bahagianya tengok dia menelan laksam. Takde adab betul kawan aku ni. Terus makan, tak peduli orang lain dah.

“Mana pergi etika masa makan yang kau belajar dulu, Fana?” selamba Iffa bertanya. Luthfi dah menyengih mendengar soalan tu. Padan muka! Kan dah kena sound sebijik.

“Aku rasa je dulu. Nak tahu sedap ke tak. Kalau sedap boleh ambil lagi.” Fana membalas dengan muka langsung tak diangkat dari mangkuk laksamnya. Iffa menggeleng mendengarkan jawapan itu. Pelahap sungguh kawan aku ni.

“Fa, air aku mana?” Fana bertanya lepas selesai ‘merasa’. Dua suap dulu, nanti kalau makan habis kata tak beradab pulak.

Iffa memandang gelas yang berada di depan Luthfi. Dia cuba bagitahu Farhana yang air di depan Luthfi adalah untuk dia. Tapi, Luthfi lebih pantas bertindak. Gelas air di depan Iffa segera diambil dan diletak di depan Fana. Gelas air Fana yang dia dah ‘ter’minum tadi diletakkan pula di depan kesayangannya.

“Yang ni air kau. Ambil lagi makanan banyak-banyak. Kan dah tak muat meja.” Buat-buat membebel. Iffa pandang sinis je lelaki sebelah dia ni. Baik punya kau cover line. Dasar pelakon betul.

Fana yang tak perasankan apa-apa buat tak layan bebelan Luthfi.

“Bukan selalu dapat datang sini.” Sempat menjawab lagi.

Faris kembali lepas lama menghilang. Penuh tangan dia dengan nasi minyak, laksam dan keropok lekor.

“Fi, kau pergi ambil air. Aku dah order.” Faris mengarahkan. Luthfi cepat-cepat bangun, tak tahan dengan jelingan ‘manja’ yang wifey bagi untuk dia.

Elok je Luthfi bangun, Iffa cepat-cepat memulakan rancangan dia.

“Fana, duduklah sini. Sebelah aku. Aku taknak dia duduk sebelah aku.” Iffa mula mengadu. Faris yang mendengar macam nak tergelak, tapi dia tahan.

“Aku dah makanlah. Mana boleh pindah-pindah. Banyak laki aku nanti.” Selamba je Fana membalas. Kalau Iffa tahu hal sebenarnya ni, mahu merajuk taknak bercakap dia karang. Kawan tu baru je nak ‘sihat’.

“Benda tu semua karutlah. Tak payah percaya.” Iffa berusaha memujuk lagi.

“Eh, bukan kau jugak ke yang bersungguh-sungguh bagitahu kat aku dulu?” Fana cuba putar belit.

Ye ke aku yang cakap? Apasal macam tak pernah ingat pun? Iffa bersoal jawab sendiri. Bila dilihat harapan dengan Farhana macam takde je, Iffa mencuba dengan Faris pulak. Yang tengah syok mengunyah keropok lekor.

“Faris, tukar dengan aku. Kau duduk sini.”

“Tak nak!” semudah itu sahaja Faris menjawab. Tegas pulak tu. Sangat hati batu. Tersentak Iffa mendengarnya. Garang semacam pulak si Faris ni.

“Bolehlah, Faris. Please!” Iffa separa merayu. Mencuba lagi.

“Okay. Sekarang kau pilih. Kau lebih rela duduk tempat aku ni dan menghadap muka laki kau tu ke, ataupun kau nak duduk situ menghadap muka kawan ni, dan tak nampak sangat muka kawan aku tu?” Faris memberi kata dua. Fana jeling iffa, rasa kesian pulak bila tengok riak wajah sahabat dia ni. Tapi, dia berniat baik nak menolong kawan dia. Penat dia dan Faris plan tadi. Untuk membiarkan mereka duduk sebelah menyebelah.  Tak sangka Faris ni boleh pakai jugak kadang-kadang. Tapi, ni macam dah over semacam je ni. Bukan natural acting dah ni. Macam balas dendam je gaya.

Iffa terus membisu sampailah Luthfi datang dengan mendulang 4 gelas jus buah-buahan.

“Thanks to me, these drinks in the house.” Luthfi melaporkan dengan muka bangga. Fana tayang riak terkejut. Iffa pulak sedikit pun tak berminat. Faris buat muka.

“Lain aku order, lain pulak yang dia bawak balik.”

“Rezeki, bro! Orang nak belanja.” Luthfi berdalih. Keempat-empat gelas air itu diletakkan di atas meja. Habis penuh meja yang tak sebenar mana tu. Yang nak makannya empat orang je, tapi meja penuh macam ada kenduri. Nafsu besar sungguh diorang ni.

Masing-masing mula makan. Iffa dengan nasi lemaknya, Fana sambung merasa laksam tadi. Luthfi dan Faris menikmati makanan orang Terengganu, nasi dagang dengan lauk gulai ikan tongkol. Memang betul ikut sunnah nabi. Masing-masing senyap bila jumpa makanan depan mata.

Sedang semua khusyuk menikmati kelazatan hidangan, Luthfi mencubit sedikit isi ikan dan meletakkannya ke dalam pinggan Iffa. Fana dan Faris setia menonton.

“Apa ni?” Iffa bertanya padahal macam dia tak tahu yang tu ikan.

“Ni namanya gulai ikan tongkol.” Luthfi setia menjelaskan.

“Saya tak makan ikan.”

“Cuba dulu, rasa. Sedap.”

“Taknak. Saya tak suka ikan.” Dikuis ke tepi isi ikan itu. Iffa meneruskan suapan nasi lemak dia, langsung tak peduli dengan pandangan Luthfi yang tak pernah jemu nak memandang dia.

“Try dulu. Tak mati kalau makan ikan tu.” Luthfi memberi komen sarkastik dia.

“Tok Aba tak pernah suruh saya buat benda yang saya taknak!” Iffa membalas geram. Dia tak suka dipaksa. Semua yang ada di meja itu tiba-tiba senyap. Fana dan Faris dah tak senang duduk. Please, jangan mula. Pandangan masing-masing dikembalikan kepada hidangan depan mata.

Fana dah start makan nasi dagang dia. Dia kena selamatkan keadaan. Belum sempat dia nak ambil isi ikan yang ada di dalam pinggan Iffa, Luthfi dah ambil dulu. Riak wajah semacam kecewa, itu apa yang Fana nampak. Aiseyman, macam mana nak buat ni. Fana pandang Faris, mohon bantuan. Tapi, Faris sekadar diam dan teruskan makan. Buat-buat macam takde apa yang berlaku. Keadaan di meja itu kembali senyap sunyi. Ni kalau semut lalu pun, boleh dengar ni.

Iffa beristighfar dalam hati. Ya Allah, berikanlah kekuatan padaku Ya Allah. Ampunilah aku, Ya Allah. Bukakanlah hati ku agar aku boleh menerima lelaki yangbergelar suamiku ini dalam hidupku. Aku bermohon pada-Mu.

Iffa dah selesai makan. Meja itu masih sepi. Dipandang Fana yang sedang menikmati nasi dagangnya tadi. Faris yang dah mula membedal laksamnya. Sama pulak menu dua orang ni. Dia jeling Luthfi, nasi dagangnya tak luak sangat. Lambatnya makan! Iffa mengutuk dalam hati. Dia jeling sekilas lagi. Luthfi hanya makan nasi sahaja, lauk gulai ikan tongkol tu tak berusik. Iffa berkira-kira lagi dalam hati. Kena berkorban. Perlahan-lahan. Ingat janji kau, Iffa. Lama dia berperang dengan perasaan dia sendiri.

Garfu di atas pinggannya di ambil kembali. Dia mengambil sedikit isi ikan lauk gulai ikan tongkol dalam pinggan Luthfi, cukup untuk merasa. Kelat muka sebelum garpu itu disumbat ke dalam mulutnya sendiri. Luthfi terkejut dengan tindakan Iffa. Fana dan Faris kembali menjadi penonton setia. Perlahan-lahan dia mengunyah dan menelan.  Bibir Luthfi mula mengukir senyum, Fana pun sama. Tak sangka, Iffa sanggup makan ikan. Pertama kali Fana tengok. Kena tanda dalam kalendar ni.

“Sedap?” Luthfi bertanya lembut lepas tengok kesayangan dia bersusah payah menelan.

“Tak!” Iffa menjawab dengan muka kelat. Nampak sangat terpaksa. Luthfi terus senyum melebar.

“Ini first and last. Lepas ni tak payah makan dah.” Luthfi meneruskan suapannya. Laju dia makan kali ni. Habis ikan tongkol tu dikerjakannya. Sekejap je, nasi yang konon tak luak tadi, licin. Kuasa cintalah katakan.

Air teh O ais di depan Iffa dihirup sampai habis. Nak hilangkan rasa ikan ditekak, padahal dia makan bukannya banyak mana. Luthfi masih setia tersenyum. Fana tayang muka pelik, tak paham dengan perangai suami kawan dia ni. Faris dah jauh dalam dunia dia, malas nak ambil port. Baik dia teruskan makan.

Luthfi mati sengih bila dia perasan pandangan Fana. Aduh, terkantoi pulak. Dia buat macam takde apa-apa. Jus epal di depan mata, di hirup. Sedap! Tiba-tiba dia rasa nak tersenyum lagi. Namun ditahan. Matanya menjeling Fana. Fana still tengah usha dia, tapi muka tak puas hati. Luthfi buat bodoh je. Mana boleh share, ni kisah cinta dia. Tapi dengan korang kenalah cerita.


Luthfi senyum sebab Iffa minum air dari bekas dia. Bekas straw yang dia pakai tadi. Air teh O ais Fana yang dia dah ‘ter’minum tadi tu. Sekarang wifey yang minum air tu. Sampai habis pulak tu. Mesti wifey tak perasan. Bahagianya. Syok sendiri betullah aku ni. Tapi apa salahnya kan. Maknanya sekarang ni, wifey tengah berusaha belajar terima dialah kan? Sengih suka. Dia akan bagi kebahagiaan yang kesayangan dia inginkan. Itu janji dia. Senyum lagi Luthfi kembang-kembang. Tapi dalam hati je. Takut nanti ada pulak yang menyoal (si Fana lah, sape lagi!).

Tuesday 17 September 2013

SOP #40

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v


------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #40





Kenduri tahlil malam itu diuruskan sepenuhnya oleh Ibu Ja dan keluarga Fana dengan bantuan orang kampung. Iffa sejak balik dari kubur tadi, hanya memerap dalam bilik ditemani Fana. Nasib baik ada Fana yang sedia membantu dan menemani.  Sedih hati melihatnya bila sahabat baiknya tu berkeadaan begitu. Disebabkan keadaan dirinya yang uzur, Iffa tak boleh masuk dalam kawasan tanah perkuburan tadi. Dia sekadar memandang sayu dari luar. Nak menangis? Air mata dia dah kering. Dah takde apa yang nak dialirkan untuk menandakan kesedihan hatinya. Paling teruk apabila jenazah Tok Aba diturunkan ke dalam liang lahad, Iffa meraung. Kuat. Syahdu suasana. Semua yang melihat terasa kehibaannya. Dia asyik menyeru nama Tok Aba, dengan air mata yang dah takde dipaksa keluar. Fana dah tak daya tengok, Ibu Ja dah tak tahu nak buat apa. Mereka semua faham betapa sayangnya dia dengan atoknya itu. Sampailah Iffa pengsan, makin kalut keadaan. Dan dia terpaksa dibawa pulang ke rumah, tanpa mampu mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada atok kesayangannya.

Fana keluar bila Iffa dah tidur, itu pun dengan paksaan. Ubat tidur diletakkan tanpa pengetahuan Iffa dalam air minum dia. Hanya itu caranya nak tenangkan dia dan bagi dia berehat.

“Iffa dah tidur?” Ibu Ja bertanya apabila ternampak kelibat Fana di dapur. Hanya ada keluarga Pak Long, jiran Tok Aba yang tinggal. Penduduk yang lain semua dah balik. Lagipun malam dah larut. Banyak jasa mereka bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Dah, ibu. Lepas bagi minum air tadi.” Fana turut sama membantu. Mengemas apa yang patut. Pinggan mangkuk yang kotor dibawa ke besen yang sedia ada.

“Ana, Mak Long tinggalkan kerja ni untuk kamu lah. Dah malam dah ni, Mak Long nak kena balik. Besok Pak Long tu nak pergi kerja.” Mak Long bangun sambil membasuh tangannya.

“Yelah, Mak Long. Tinggalkan aje dekat situ, nanti saya sambung. Terima kasihlah sebab banyak tolong. Susahkan Mak Long je.” Fana menyalami tangan wanita itu. Ibu Ja yang ada berdekatan turut berbuat yang sama.

“Terima kasih ye, Kak Long. Kalau akak takde, tak tahu lah apa jadi.”

“Takde menyusahkan apalah. Kami ni dah lama berjiran. Dah macam saudara dah. Abang Sharef tu rapat dan baik sangat dengan kami. Akak paham macam mana Iffa rasa. Mereka tu rapat, rapat sangat-sangat. Abang Sharef tu tak pernah tinggal nak cerita pasal cucu dia. Sayang betul dia.” air mata Mak Long diseka. Sungguh, dia turut terasa kehilangan jirannya yang dah dianggap seperti saudara sendiri.  Arwah disenangi dan dihormati di sini. Mengenangkan kebaikan arwah, dia turut terkena tempias kesedihannya.

“Ajal dan maut tu di tangan Tuhan, kak. Kita sendiri tak tahu bila tiba giliran kita.” Kedengaran pula Ibu Ja bersuara. Semua di situ mengiyakan dan suasana menjadi hiba kembali. Masing-masing menyeka perlahan air mata yang mengalir. Kalau mereka yang kenal dengan arwah pun dah sedih begini, bayangkan bagaimana pula perasaan cucunya. Yang ditatang, dijaga, disayangi sepenuh hati.

“Akak balik dulu lah, Jar. Assalamualaikum.” Mak Long meminta diri. Fana dan Ibu Ja menghantar Mak Long hingga ke luar.

“Kak Long ke tu, Kak Hajar?” suara mak Fana, Fauziah bertanya.

“A’ah, Jee. Dia minta diri dulu, besok Abang Long tu kerja.”

“Tak sempat saya nak bersalam. Terima kasih dekat dia satu keluarga, banyak yang dia dah tolong.” Ujar mak Fana. Fana dah selamat menyelinap ke dapur, menyelesaikan tugas-tugas yang berbaki.

“Itu lah, banyak sangat yang dia dah tolong. Kalau takde keluarga Kak Long tu, tak tahulah akak nak buat macam mana. Akak tak kenal orang kampong ni.”

“Samalah dengan saya, kak. Itulah gunanya hidup berjiran. Jangan menyombong. Ni tak, tinggal sebelah menyebelah nak dekat sepuluh tahun. Nama pun tak tahu.” Ibu Ja sekadar menyengih. Ada betulnya juga kata mak Farhana ni. Kita hidup berjiran kenalah saling tolong-menolong, jangan sombong. Ramahkan diri berkenalan dengan masyarakat sekeliling. Guna pakai konsep jaga tepi kain orang, tapi haruslah berpada-pada. Ada bezanya jaga tepi kain dengan busybody.

“Arwah tu peramah, kak Hajar.” Kata-kata Mak Farhana mematikan lamunan Ibu Ja. Ibu Ja sekadar diam, menantikan sambungan seterusnya.

“Dia layan kakak, sama macam mana dia layan Iffa. Buat macam cucu sendiri. Mula-mula tu saya takut jugak, takut banyak sangat makan budi. Tapi, bila saya dan suami kenal sendiri dengan arwah, arwah memang baik. Baik sangat-sangat, kak.”

“Akak tahu, Jee. Dia memang baik. Rasa janggal bila memikirkan yang dia dah takde. Susah akak nak terima Jee. Akak rasa macam baru semalam dia nikahkan Iffa dengan anak akak, si abang tu.” air mata ibu Ja mengalir lagi. Sedih bila mengenangkan nasib menantunya, yang kini sebatang kara. Segera ibu berdoa dan mendoakan semoga ikatan perkahwinan yang terbina antara Iffa dan Luthfi akan kekal bahagia dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Dia tak sanggup nak tengok menantunya kesedihan lagi.


*************************************


Ibu Ja dan Mak Farhana kembali ke dapur. Kebanyakan kerja dah berjaya disudahkan. Berkat bantuan penduduk kampung. Cuma ada beberapa bekas air dan dulang yang masih belum berkemas, pinggan mangkuk yang sudah dibasuh yang perlu dijemur atas suratkhabar untuk dikeringkan dan lauk pauk lebih kenduri tadi.

“Kakak!” tiba-tiba emak Fana bersuara. Tersentak Fana dibuatnya. Nasib tak terlepas bekas air yang sedang dibasuh di tangan. Dia berpaling menghadap emaknya.

“Dapat ke call suami Iffa tu?”  emak Fana bertanya. Sebelum pandangannya dialihkan kepada Ibu Ja pula. Ibu Ja menggeleng, Fana turut menggeleng.

“Dah banyak kali akak cuba, Jee. Tak dapat. Luar kawasan. Entah ceruk mana dia masuk entah, akak pun tak tahu.” Ibu Ja mengeluh. Di saat-saat genting macam nilah, anak terunanya tu tak dapat dihubungi. Marah jugak ibu dibuatnya.

“Kawan dia pun tak dapat ke?” emak Fana bertanya lagi kepadanya.

“Kawan? Oh, Faris?”

“Farislah kot nama dia. Mak mana nak ingat sangat nama orang ni.”

“Dah mak. Sama jugak, tak dapat.” Perlahan Fana membalas. Mak Fana pula yang mengeluh kali. Farhana pun naik pelik dibuatnya. Dari dia sampai ke sini sampai lepas kenduri, berpuluh kali dia cuba menghubungi Faris, tapi tak dapat. Sampaikan dia berputus asa nak cuba call lagi, boleh buat sakit hati! 

“Macam mana nak dikhabarkan ni? Kesian saya tengok si Iffa tu.” Ibu Ja faham apa yang cuba disampaikan oleh Mak Farhana. Ada suami tapi di saat begini, dia tiada di sisi. Walaupun ibu tahu, hubungan Iffa dan abang masih dalam fasa perkenalan, tapi apabila melibatkan hal-hal besar seperti ini, abang perlu ada di sisi Iffa. Itu tanggungjawab dia, untuk menjaga isterinya.

“Insya-Allah, Jee. Akak akan jaga dia. Dia dah jadi sebahagian dari keluarga akak, kan?” Ibu Ja menanam janji. Benar! Dia akan menjaga Iffa sebaiknya. Iffa menantu dia, menantu yang dia pilih. Dia sendiri sudah jatuh sayang dengan anak gadis itu.

“Itulah kak. Nasiblah ada akak satu keluarga, nak tolong tengok-tengokkan dia.”

“Kejap lagi kakak try emel pulak. Mana tahu untung badan diorang akan baca. Nak call, dah berpuluh voicemail kakak tinggalkan. Mesej pon sama.” Fana cuba memberi cadangan walaupun dia tahu kebarangkalian makhluk dua orang tu nak check emel macam takde je. Sedangkan mesej dengan call pun tak berjawab, emel apatah lagi.

“Yelah. Terima kasih, Fana. Dah, cepat sudahkan kerja tu. Boleh masuk tidur.” Ibu Ja mengarahkan.


*************


“Iffa?” Fana memanggil lembut. Dia menghampiri sahabatnya yang sedang duduk memeluk lutut di atas katil. Pandangannya matanya setia di hala keluar tingkap. Menghadap laman kawasan chalet yang indah terhias, tempat penginapan mereka. Fana pandang Iffa, memanggil namanya lagi. Tapi Iffa masih macam tu, senyap dan kaku. Langsung Fana yang berada di sebelahnya diabaikan. Pandangan matanya yang sayu, benar-benar meruntun perasaan Fana. Sebak terasa melihatnya sahabat baiknya berkeadaan begitu.

“Fa.” Fana panggil lagi. Masih tiada respon. Satu keluhan hampa dilepaskan.

“Kejap lagi Luthfi dengan Faris sampai. Kau siaplah, kita pergi lunch. Mesti kau lapar kan?” Fana terus mencuba. 

Iffa sekadar diam, langsung tak berkutik. Waktu makan dah tak penting bagi dia. Langsung dia tak bertolenransi dengan perut yang dah berbunyi. Sengaja menyeksa diri.

“Iffa?” sekali lagi Farhana memanggil dan sekali lagi dia gagal mendapatkan perhatian sahabatnya. Farhana tahu apa yang sahabatnya fikirkan.

“Sabarlah, Fa. Ni semua dugaan Tuhan. Nampakkan yang Allah sayang atok kau lebih, sebab tu dia pergi dulu?” Fana terus mencuba walaupun dia tahu semuanya hanya sia-sia. Iffa yang ada bersamanya kini bukanlah Iffa yang dia kenal selama ni.

Luthfi dan Faris tiba di chalet mereka. Pintu bilik di ketuk, salam diberi. Fana, menjerit ‘sekejap’.

“Fa, diorang dah sampai. Jom siap!” Fana masih mencuba, tapi Iffa buat tak layan. Terus-terusan dia mematungkan dirinya di situ. Fana mengalah, memandangkan Iffa langsung tak bergerak, dialah yang terkocoh-kocoh menyediakan semuanya. Beg baju yang dibawa diselongkar untuk mengeluarkan tudung. Satu untuk dia, satu untuk Iffa. Melihat Fana yang ralit begerak ke sana-sini langsung tak menarik perhatian Iffa. Matanya masih setia pada langit biru di luar. Dan dia terus hanyut dalam dunianya sendiri. 

Iffa rasa dia dah takde sebab nak teruskan hidupnya. Manusia keliling hanya tahu mengucapkan sabar padanya. Balik-balik kata semua ni dugaan. Hidup perlu diteruskan. Tapi, manusia tetap manusia. Hanya tahu berkata-kata, tak pandai nak tenangkan jiwa. Sebab benda ni bukan mereka yang rasa. Cuba kena pada diri sendiri. Cukup kuatkah mereka untuk menanggungnya? Wajah Tok Aba seakan bermain di ruang mata. Atok! Hatinya merintih dan dia menangis........ lagi.


************************************


“Kami dah lapar! Kami dah lapar!” manusia dua orang yang berada di luar chalet mula mogok. Lagi bikin hati Fana panas.

“Sabar boleh tak!” laung Fana kuat. Mengekek gelak diorang. Macam orang gila. Bikin kecoh dekat luar bilik orang perempuan. Luthfi dah lama tak jumpa kesayangannya. Baru hari ni dia berkesempatan. Dia ada kerja yang harus disudahkan. Itu tanggungjawab dia, amanah orang yang percaya pada dia. Tak kira macam mana hati lelakinya memberontak mahu bersua mata dengan kesayangannya. Cuba meredakan keresahan dan memberikan kekuatan kepada kekasih hati yang disayangi.

Dah dua hari gadis berdua tu di sini. Atas jemputan dan paksaan Luthfi. Dia yang bertegas mahukan kesayangannya berada dekat di sisinya. Lagi-lagi di saat genting begini. Macam-macam drama yang berlaku sewaktu nak bawa Iffa ke sini. Sebab Iffa langsung taknak tinggalkan kampungnya. Rumah Tok Aba. Bila diberitahu yang Iffa selalu termenung dan cakap sorang-sorang, makin risau Luthfi dibuatnya.

Mana taknya, pada malam sebelum kematian Pak Cik Sharef, dia geram dengan wifeynya tu. bergayut lama dengan atok sendiri,mengalahkan orang yang bercinta. Bengang dengan Tok Aba, yang mesra teramat dengan cucunya. Rasa bersalah timbul dalam diri walaupun kalau nak diikutkan dia tak salah apa-apa. Dia suami, wifey tanggungjawab dia. Sekarang ni wifey dah keseorangan, dan hanya pada dia wifey nak bergantung. Walaupun, hubungan mereka masih di fasa berkenalan (sort of). Dia teringat pada kata-kata Pak Cik Sharef yang benar-benar berharap dia boleh menjaga wifey sebaiknya lepas dia dah takde. Segala yang berlaku dulu seakan bermain semula dalam fikirannya. Pak Cik Sharef macam dah tahu yang dia akan ‘pergi’, sebab tu dia seakan bersungguh-sungguh mahukan perkahwinan tu terjadi. Dan sekarang ni Pakcik Sharef dah memang betul-betul takde. 

Innalillah wa innailaihi rajiun. Al-fatihah ke atas arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Hatinya berbisik. 

Luthfi akan pegang pada janji dia. Janji dia untuk menjaga kesayangannya sebaiknya sebagaimana Pak Cik Sharef buat. Mungkin lebih baik dari itu. Dia akan jaga kesayangannya sebaik mungkin. Dia janji!


*********************************


“Kenapa mesti atok aku?” pergerakan kelam-kabut Fana terhenti. Iffa bersuara tiba-tiba. Dengan soalan yang kedengaran sukar untuk dijawab Farhana. Walaupun tak berapa jelas, tapi dia yakin dia dengar benda yang betul. Kenapa Tok Aba?

“Dalam ramai-ramai makhluk atas dunia ni, kenapa mesti atok aku?” matanya di tala ke wajah sahabat. Tak berperasaan pandangannya, kosong dan dingin. Fana sekadar diam, otaknya ligat berfikir. Memilih struktur ayat yang terbaik untuk menjawab pertanyaan sahabatnya yang sedang celaru perasaannya.

“Dalam dunia ni ramai lagi orang jahat! Perogol. Pembunuh. Diaorang yang sepatutnya mati! Tapi kenapa atok aku?”

“Hidup dan mati itu urusan Allah, Fa. Siapalah kita nak mempertikaikannya.” Mendengar jawapan Fana, satu renungan tajam Iffa hadiahkan.

“Kalau jadik dekat kau, boleh kau tanggung?” Fana diam. Dia dah mati akal nak menjawab. Jawapan yang bakal disuarakan bisa memberi impak yang sangat besar pada orang macam Iffa, yang tak stabil emosinya. Perlahan-lahan dia menggeleng, tak tahu nak jawab apa.

“Sedangkan kau pun tak boleh tanggung, apatah lagi aku!” Iffa dah turun dari katil. Dia berdiri. Badannya di hadapkan kepada Farhana. Tajam pandangan mata yang menujah, namun masih terserlah kepedihan dan kehibaan yang dialami. Tabahkanlah hati  sahabatku ini Ya Allah!permudahkanlah segalanya bagi dia. Aku bermohon pada-Mu. Fana berdoa dalam hati. Air matanya dah mula bekumpul di tubir mata, bergenang.

“Kenapa aku yang kena tanggung dugaan semua ni?” Iffa mengucapkan dengan penuh sayu. 

“Kenapa bukan orang lain?” tangan Iffa dah memegang erat kedua bahu sahabatnya. Bagaikan mencuba mengumpul kekuatan. Mencari tempat untuk bertahan. Air matanya mengalir. Fana turut sama menangis.
Ya Allah, sesungguhnya terlalu besar dugaan yang kau berikan kepada sahabat ku ini. Berikanlah kekuatan pada dia ya Allah! Hatinya berdoa lagi.

“Fa, Ingat Allah! Ingat Tuhan. Istighfar, Fa. Bawak mengucap.” Satu per satu Fana tuturkan. Memang susah nak berbicara bila air mata turut mengalir sama. Namun itu semua tak diendahkan dia. Sahabatnya dalam kecelaruan, dan dia akan tolong sehabis mungkin. Dia sayangkan sahabatnya. Sahabat saat susah senang bersama. Sungguh, dia sedih melihat keadaan sahabatnya begini. Tapi, Fana sendiri tak tahu nak buat apa. 

“Apa salah aku?” suara Iffa meninggi tiba-tiba. Fana tersentak, mengucap panjang dia. Iffa bagaikan dirasuk.

Luthfi dan Faris yang sedang berborak di luar berpandangan sesama sendiri. Masing-masing pelik? Apehal pulak tu? Riak risau mula kelihatan lebih-lebih lagi Luthfi. Langkah kakinya laju diatur menghampiri pintu chalet, Faris mengekor. Kemudian, telinga keduanya dilekapkan ke pintu. Curi dengar. Terdengar lagi suara tu.

“Kenapa susah sangat aku nak bahagia. Aku tak mintak banyak, aku hanya nak bahagia? Susah ke?” Iffa melampiaskan rasa hati. Rasa yang dia simpan selama ni. Cumalah satu permintaan kecil, hasrat hati semua manusia atas muka bumi ni. Kebahagiaan.

Kenapa kebahagiaan tu terlalu sukar untuk dia miliki? Orang lain bahagia bersama keluarga mereka, sedangkan Iffa tak ada. Ibunya pergi selepas melahirkannya. Iffa tak pernah kenal siapa ibunya. Tapi Tok Aba tak pernah lupa nak kenalkan Iffa pada ibu dia sendiri. Supaya dia tak lupa pada wanita yang dah melahirkannya. Ayah dia hanya sempat menjaga dia sementara, kemudian turut dijemput Ilahi. Tok Aba kata sebab ayah sayang sangat dekat ibu. Terlalu sayang hingga kesihatan sendiri terjejas. Sekejap je dia dapat kenal ayah dia. Iffa tahu Tok Aba sedih, sebab dia pernah nampak Tok Aba menangis. Anak tunggal dia dah tak ada. Tapi, Tok Aba kata, tak apa. Allah sayang ayah lebih, sebab tu ayah pergi dulu. Walaupun dia tak ada ibu dan ayah, Tok Aba selalu kata, Tok Aba ada. Betapa sayangnya Tok Aba pada si yatim piatu macam dia Kemudian, Tok Aba yang bela dia. Walaupun kekok, tapi Tok Aba tak pernah merungut, sebaliknya lagi dia berusaha. Berusaha memberikan yang terbaik untuk dia. Tok Aba yang besarkan dia. Tok Aba yang menyekolahkan dia. Tok Aba yang sentiasa ada di sisinya. Tok Aba yang sangat melindungi. Tok Aba yang sangat menyayangi. Tok Aba yang dia kasihi. Tok Aba yang merupakan segala-galanya dalam hidup Iffa.

Tapi, sekarang ni, Tok Aba pun dah takde. Iffa tinggal sorang-sorang. Lelaki yang merupakan tonggak utama hidupnya dah takde! Tok Aba dah takde! Fahamkah mereka dengan kesunyian yang dia rasa? Bila insan yang paling dia sayang pergi meninggalkan dia? Selamanya? Kenapa semua orang yang dia sayang pergi dulu sebelum dia? Kenapa mesti dia yang terima dugaan semua ini? Kenapa dia? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Fana tercengang. Sumpah dia tak tahu nak buat apa. Soalannya hanyalah : Susahkah untuk Iffa bahagia?

Dia hanya perlu memilih untuk menjawab antara YA atau TIDAK. Tapi Fana tak punya jawapan. Soalan yang dilontarkan sangat susah untuk dia jawab. Siapalah dia nak menentukan kebahagiaan orang lain? Itu semua kerja Tuhan. Allah yang Maha Mengetahui. Dialah perancang terbaik. Fana yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tapi bagaimana dia nak beritahu Iffa? Dikala perasaannya sedang celaru kini? Air matanya dah mengalir. Hanya itu yang dia mampu. Tak menjawab soalan dan dia sendiri tak punya kekuatan. First time dia tengok Iffa macam ni, dia rasa takut. Iffa bagaikan dirasuk. 

“Kenapa mesti Tok Aba aku yang diambil nyawa? Kenapa bukan atok orang lain. Aku sayang atok aku. Atok aku baik. Atok aku tak pernah bermusuh dengan orang. Atok aku sayang semua orang. Atok aku sangat baik. Semua orang tahu atok aku baik. Tapi kenapa atok aku yang mati dulu?” Semakin meninggi suara Iffa, bertubi-tubi dia menekan Farhana. Digoncang kuat tubuh sahabatnya, sama kuat dengan suara jeritan dan tangisannya.

Dia tahu Farhana tak salah, tapi dia tetap perlu menyalahkan seseorang untuk itu. Farhana terdiam. Luthfi dan Faris yang berada di luar masih serius mencuri dengar. Berubah riak keduanya. Luthfi nampak hampa, Faris terpana. Mendalam maksud kata-kata Iffa.

Dia hanya inginkan kebahagiaan, maknanya dia tak bahagia lah sekarang ni? Soalan itu seperti memukul hati Luthfi.

Mereka terus dan mencuba amati setiap kata-kata yang keluar. Makin lama makin kuat. Turut terdengar tangisan yang sekuat suara tadi. Lelaki berdua itu sekadar mendiamkan diri. Belum masanya lagi untuk mereka masuk campur.

Satu perkara yang baik, keadaan kecoh itu hanya berlaku di dalam bilik chalet mereka. Luthfi dan Faris terus berjaga dan bersedia di luar. Andai kata, ada apa-apa yang tak dijangka berlaku. Mereka hanya mendengar Iffa melampiaskan rasa hati. Rasa yang tersimpan hampir seminggu. Rasa yang dia pendam, dia tanggung seorang diri. Pilu hati Farhana mendengar. Fana tahu Iffa bukan dalam  kewarasan akalnya. Tapi, masanya dah tiba untuk semua ni dihentikan. Dia dah tak sanggup nak melihat. Hati dia sakit, walaupun bukan dia yang menanggung pilunya.

“Kenapa begitu mudah orang lain menyuruh aku bersabar? Apa yang aku asyik dengar, sabar! Apa yang orang lain cakap dekat aku? Sabar! Senang sangat ke nak bersabar ni? Kau takkan faham. Sabar aku dah takde! Sabar aku dah lama hilang. Aku hanya terus bertahan. Demi orang yang aku sayang. Memenuhi kemahuan dia. Melihat aku bahagia. Tok Aba nak aku kahwin, aku kahwin. Walaupun kau sendiri tahu, aku tak rela. Tapi aku cuba penuhi, sebab aku nak tengok Tok Aba bahagia. Dia kata dia bahagia kalau aku bahagia. Tapi bahagiakah aku? Ada kau nampak aku bahagia? Aku dah kahwin, Tok Aba suka. Tapi belum genap sebulan, atok aku dah takde! Bahagia macam mana tu? Macam mana aku nak bahagia bila atok aku dah takde? Dialah kebahagiaan aku! Tapi, Tok Aba aku dah takde! Atok aku dah takde!” Iffa mengongoi lagi. Mendayu-dayu dan syahdu. Terkesan di hati mereka yang mendengarnya. Iffa dah tersedu-sedu. Basah lencun mukanya dengan air mata. Fana dah tak tahu nak kata apa. Air matanya setia mengalir. Mendengar luahan hati Iffa, perasaan yang dia tak pernah tunjuk. Kesedihan yang dia pendam selama ni. Keperitan yang dia tanggung sendiri, walaupun pada dia, sahabat baiknya, dia tak pernah kongsikan.

Luthfi yang mendengar terpana. Pilu juga hati dia yang baru mengetahuinya. Itukah yang wifey rasa selama ni? Pakcik Sharef yakin pada dia, yang dia mampu membahagiakan wifey. Tapi, wifey pulak rasa sebaliknya. Yang dia tak pernah bahagia dengan perkahwinan ni. Sungguh terkesan di hati, kata-kata yang wifey pendam selama ni. Rasa hati wifey yang dia tak pernah tahu. Salahkah keputusan dia yang bersetuju untuk menikahi gadis itu? Adakah perkahwinan ini yang telah membunuh keinginan kebahagiaan yang wifey mahukan? Apa yang patut dia buat lepas ni? Lepas dah dengar isi hati sebenar gadis tu. Luthfi bingung, dia keliru.


******************************


Fana masih berperang dengan kesedihan Iffa. Setelah sekian lama, dia memilih untuk mendengar. Itu adalah pilihan terbaik yang boleh dia fikirkan. Iffa sedang cuba meluahkan rasa hati yang dia tanggung, yang Fana sendiri tak pernah tahu pun selama ni. Ini adalah lebih baik daripada dia diam bagai patung tak bernyawa. Daripada dia memilih cara yang salah unuk meluahkan perasaannya. Fana sedar, apabila fikiran dikuasai emosi yang dikawal syaitan dia perlu bijak bertindak. Baik dalam menyusun kata untuk memujuk sahabat yang bermasalah emosi dan tak stabil fikirannya. Dia lebih suka mendengar. Supaya Iffa tahu, dia ada di sisi untuk Iffa, walaupun Tok Aba dah tak ada. Ibarat  menarik rambut di dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus. Tangisan dia yang dah berhenti seakan memberikannya kekuatan. Dia perlu kuat, kalau dia nak Iffa kuat. Walaupun dia tahu, dirinya tak sekuat mana, tapi sekurang-kurangnya dia mencuba.

“Tunjukkan pada aku bagaimana? Bagaimana senangnya nak teruskan kehidupan tanpa insan yang memahami. Insan yang paling menyayangi! Insan hanya dia yang kau ada, tempat kau bergantung harap! Bagaimana payahnya nak menghadapi kenyataan. Kau cakap memang senang! Sebab bukan kau yang kena, bukan kau yang kehilangan! Bukan kau yang merana. Yang kau tahu, asyik suruh aku sabar, sabar, sabar!” Dia terus-terusan menghentam Farhana, langsung tak dipedulikan bahawa gadis itu adalah sahabat baiknya, yang sentiasa menemani dia. Sentiasa ada untuk dia.

“Tunjukkan! Buktikan! Jangan pandai cakap aje, kalau bukan kau yang menanggung. Tunjukkan pada aku!! Kembalikan atok aku!!” Iffa meraung tiba-tiba macam orang hilang akal. 

PANG!! Satu tamparan kuat yang cukup berbisa dan pedih dilayangkan Farhana padanya pabila kata-kata itu diluahkan. Iffa terjelepok jatuh di atas lantai. Mata Farhana mula berair. Baru dia tahu, dia taklah sekuat mana. Air matanya kembali mengalir. Kali ini disebabkan oleh penyesalan. Dia merenung tangannya sendiri. Merah tapak tangan, terasa pijar kesakitan tamparan yang dilayangkan tadi. Tak sangka tangan itu yang melekat di pipi sahabatnya. Tangan itu yang mengasari wajah sahabatnya. Bagaikan disiat-siat hati terasa. Dia terus mendapatkan Iffa. Merah sekali pipinya. Fana turut terasa kepedihan tamparannya tadi. 

Luthfi dan Faris yang berada di luar dah merempuh masuk apabila keadaan tiba-tiba jadi senyap. Selepas terdengar bunyi pukulan yang kuat dan bunyi orang jatuh. Risau andai ada perkara buruk yang berlaku. Tapi, yang dilihat adalah adegan yang memilukan. Iffa terkulai dalam pelukan Farhana, kedua-duanya tersedu-sedu.

“Jangan bercakap macam orang tak pernah belajar agama. Jangan bercerita macam orang tak beriman. Dan, jangan seksa diri dan terus-terusan menyalahkan takdir macam kau dah takde Tuhan!” Fana mengusap pipi, terlihat jelas kesan tamparan itu. Kesan tapak tangannya. Maafkan aku sahabat. Aku tak sengaja!

Dia dengar esakan Fana. Dia dengar sahabatnya tu meminta maaf sebab terpaksa berkasar dengan dirinya. Farhana berterusan meminta maaf. Dia tak sengaja, perkara berlaku di luar kawalan dia. Dia tak tahu kenapa laju tangannya melayang ke pipi Iffa. Menyakiti sahabatnya adalah perkara terakhir yang dia nak buat. Iffa hanyut dalam air matanya sendiri. Dia sekadar mendengar dan taknak ambil peduli. Kesedihan yang menggunung diluahkan kini. Dia dah tak larat nak tanggung. Dia dah tak kuat. Sebab bukan itu yang dia nak dengar. Dia hanya nak dengar suara Tok Aba. Suara tenang Tok Aba berpesan padanya. Suara ketawa Tok Aba mengutuknya. Suara garau garang Tok Aba memarahi dia. Suara lelaki yang tanpa perlu berselindung bersungguh-sungguh menyayangi nya. 

“Minta korang tunggu dekat luar, kami ni tak bertudung!” Fana meminta tegas pada dua lelaki yang dah berada di dalam biliknya. Kuat terdengar derap kaki, laju melangkah keluar dan bunyi pintu ditutup. Kedua-dua lelaki itu terus keluar tanpa banyak bertanya. 

Fana menyapu air matanya dengan kain cadar katil. Itu yang paling dekat untuk dia capai. Dan, hanya itu sahaja yang dia nampak dan dirasakan sesuai untuk mengelap banjir air mata dia. Dibetul-betulkan ton suara, mencari pitching yang sesuai.

“Iffa?” Fana memanggil, dengan nada suara selembut yang dia boleh. Tapi takde balasan. Iffa termenung lagi memandang ke luar, melihat ke langit. Air matanya masih setia mengalir. Tapi Fana tak putus asa, dia terus mencuba.

“Fa, kau ingat tak? Masa kita join usrah tiap-tiap jumaat dekat asrama dulu? Masa kita tengah stress, tak tahan tension sebab nak exam. Kan kita ada baca something. Kau ingat tak?” suasana terus diam. Dan Iffa langsung tak member respon apa-apa.

Fana menelan liur. Rasa bersalah yang sangat menebal dalam diri. Dia menarik nafas dalam, dan melepaskan perlahan-lahan. Dilakukan beberapa kali sebelum suara perlahan kedengaran mengalunkan,


Hasbi rabbi jallallah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung

Ma fi qalbi ghayrullah
Tiada Tuhan di dalam hatiku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atasnya

Lailaha illallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah



أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

   ”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d : 28)


Zikir itu dialunkan berulang kali sehingga Iffa sendiri turut sama mengalunkannya. Tersedu-sedan dengar suara, bertambah sayu bagi sesiapa yang mendengarnya.