Monday 28 January 2013

...witty kids...

Well, they answered the teacher's ques after all~!



Wednesday 23 January 2013

so TRUE!

have you ever heard of :

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS......?!

BUT sometimes it is not nearly as often meaning.

yeah, right! they misunderstood me..


....this is just me.....

Monday 21 January 2013

tricky small car


those tricky small car.. (-_-')

Sunday 20 January 2013

SOP #10


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #10


Malam ni dia akan menumpang tidur di bilik Kak Lela, anak sulung Ibu Ja dan Ayah Man. Usai berkemas barang-barangnya tadi, Iffa turun ke ruang tamu. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Boleh tahan mata diorang ni, tak mengantuk ke? Segan pulak dia nak masuk tidur awal.

‘Iffa, mari sini sayang.’ Ibu Ja memanggil dan menyuruh aku duduk di sebelahnya. Aku turutkan. Ayah Man dah tersenyum-senyum. Lain macam je maksud senyumannya. Malaun tadi, duduk di sofa single. Khusyuk la konon tengok TV, padahal mata dah macam orang lalok dah.

‘Dua-dua pun dah ada kat sini.’ Kata Ayah Man. Ibu Ja tersenyum-senyum sambil menepuk lembut tanganku. ‘Bolehlah, kita bukak cerita ye, bang.’ Pandangan Ayah Man beralih pula ke arah Tok Aba. Kami hanya diam dan memerhati. Masih gagal melawaskan apa yang tengah berlaku sekarang ni.

‘Kami ada benda nak beritahu kat kamu berdua ni,’ Tok Aba bermukadimah. Dia menghantar isyarat mata pada Ayah Man. Ayah Man mengangguk. Dah main body language pulak ni.

‘Abang, dengar sekali. Benda ini ada kena-mengena dengan kamu jugak.’ Ayah Man menegur Luthfi yang dah mengantuk. Mata malaun tu dah kuyu, dipaksa pula untuk terus berjaga.

‘Kami dah buat keputusan nak satukan kamu berdua.’ Jelas Tok Aba. Terluah jugak hasrat dihati. Ibu Ja genggam kemas tangan aku. Meleret-leret senyumnya. Tok Aba pandang wajah aku, tapi dia tak kata apa-apa. Ayah Man menunggu reaksi dari Luthfi, dan dapat dia agak, anaknya itu pasti akan bertanya sekali lagi.
Luthfi yang dari tadi gaya macam orang lalok, membuntangkan biji mata, merah menyala mata dia. Terserlah segala jenis urat darah. ‘Apa dia, ayah? Ulang balik?’ dia pandang ayahnya, mohon penjelasan.

‘Kami dah bersetuju nak satukan kamu berdua. Insya-Allah, bulan depan bertunang.’ Ulang Ayah Man lagi. Luthfi menggosok-gosok matanya. ‘Ni bukan mimpi kan?’ dia bertanya pada diri sendiri. Ditepuk-tepuk mukanya sendiri. Dia mengalih pandang kepada aku. Sama macam dia, aku turut tergamam. Cuma, aku punya terkejut dalam keadaan yang lebih sopan. Aku pandang Tok Aba, Tok Aba tengok aku. aku menantikan penjelasan yang lebih detail dari Tok Aba. Tapi, Tok Aba sekadar mengangguk sahaja. Entah angguk sebab mengiyakan atau sebab nak suruh aku terima.

Ibu Ja yang sedari tadi mendiamkan diri, mula bersuara. Lembut suaranya berkata padaku,

‘Sejak pertama kali ibu jumpa Iffa dekat Carrefour hari tu, ibu dah berkenan. Jumpa kali pertama dah berkenan, jumpa kali kedua terus jatuh sayang. Tak sangka pula, orang yang tolong ibu tu, rupanya ada pertalian dengan kawan kami. Mungkin ini jodoh.’ Ibu berhenti sebentar. Menunggu reaksi balas dari aku, tapi aku terus kaku. Ibu menyambung,‘Kami dah sepakat nak satukan kamu berdua, sebab kami rasa kamu berdua sesuai’ kata Ibu Ja. Diusap-usap kepala aku. Lembut je. Tapi aku masih lagi diam. Tak terluah kata, nak membantah, menolak. Gila drastic keputusan dorang ni!

‘Jadi, apa yang Tok Aba beritahu hari tu, bukan main-main lah ye.’ Akhirnya aku bersuara, pertanyaan itu aku ajukan pada Tok Aba yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

Tok Aba mengangguk. ‘Tok Aba tak boleh nak jaga kamu selamanya, Iffa. Sebab tu Tok Aba carikan pengganti. Tok Aba kenal Luthfi, dan Tok Aba yakin, dia boleh jaga kamu, sama macam, macam mana Tok Aba jaga kamu selama ni.’ Jelas Tok Aba.

‘Maknanya ibu pun bukan mengarutlah hari tu?’ aju Luthfi pada ibunya selepas dia dengar jawapan Tok Aba.

‘mana Tok Aba tahu?’ aku tanya, sedikit keras dan mendesak. Aku tak pedulikan pertanyaan malaun tu pada Ibu Ja. Aku rasa diwaktu ini hanya ada Tok Aba dan aku je kat sini.

‘Tok Aba tahu, Iffa.’ Jawab Tok Aba pendek. Aku tenung Tok Aba.

‘Tok Aba dah tak sayang Iffa kan? Sebab tu Tok Aba buat Iffa macam ni.’ Bentakku. Habis sahaja kataku, aku berlalu naik ke atas. Laju langkah aku. Lupa seketika aku kat rumah orang. Argh, peduli apa aku! 
Bentak aku dalam hati sendiri. Air mata yang bergenang tadi mula bercucuran. Sedihnya hati ini, hanya Tuhan yang tahu.

Mereka hanya memandang sahaja aku berlalu dari ruang tamu itu. Tok Aba mengurut perlahan pelipisnya. Satu keluhan dilepaskan.

‘Ayah dengan ibu serius ke ni?’ akhirnya Luthfi pula bersuara. Hampir lupa pula yang dia juga terlibat dalam ‘perbincangan’ ini. Berdrama pulak family aku malam-malam ni. Ayah Man pandang dia, ‘Kamu rasa macam mana?’ tanyanya.

‘Rasa terkejut lah sebab tiba-tiba je. Ibu, kan abang dah cakap, tunggu dulu. Kenapa macam mendesak je ni?’ dia meluahkan ketidakpuasan hatinya pada ibunya pula. Ibu Ja dan Ayah Man saling bertukar pandangan. Tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.

‘Kami pilih untuk satukan kamu sebab pak cik. Pakcik yang usulkan benda ni dekat orang tua kamu. Pakcik nak minta tolong pada kamu, Luthfi. Tolong jaga cucu pakcik baik-baik. Pakcik tak boleh nak sentiasa ada untuk dia. Jadi pakcik berharap pada kamu. Pakcik harap, kamu sanggup galas tanggungjawab ni. Tolong ambil alih tugas pakcik untuk jaga Iffa pulak. Pakcik minta tolong sangat-sangat dengan kamu, Luthfi.’ 

Separa merayu suara itu berbicara. Luthfi terdiam. Tak tahu nak balas apa. Besar betul harapan lelaki ini dengannya. Dia beralih pandang pula kepada kedua orang tuanya. Dia tak tahu apa yang perlu diputuskan sebab dia sendiri pun bingung. 

SOP #9


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

--------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #9


Malam ni, aku dan tok aba akan tidur disini. Di rumah ayah man dan ibu. rumah malaun tu. Aku dah agak dah ada something wrong somewhere. Patut la tadi, masa aku nak drive sendiri, beria-ria tok aba halang. Kata takpelah, nanti penatlah. Penat amendanya pun aku tak tau. Bukannya aku ni puasa pun. Padahal, Shah Alam dengan Subang, tak jauh mana lah.

Sewaktu Ibu Ja memujuk aku supaya tidur sini, berjuta-juta alasan yang aku bagi.

è Baju takde nak pakailah.
è Aku nak kena pergi kedai awal besoklah.
è Nak kena tolong bakeri Farhana, best friend aku lah.

Dan, yang paling kritikal, bila aku kata:

è Iffa kan tengah sakit orang perempuan, susahlah ibu, tak selesa.

Tapi itu semua bukan masalah bagi Ibu Ja. Dia bagaikan dah bersedia menerima kehadiran kami di sini. Katanya, tak payah risau. Tu semua masalah kecil aje. ‘Kejap lagi ibu teman Iffa pergi beli. Ibu belanja.’ Siap nak belanja sekali. Hamboih, nak menginap kat sini satu malam je pun, abes segala keperluan aku kena beli baru. Bersungguh-sungguh betul diorang ni. Tok Aba muka redha je. Tak peduli apa. Sukalah dia tu.

Jadi, kesimpulannya, sewaktu kaum-kaum adam tu pergi menunaikan solat terawih, aku dan Ibu Ja pergi membeli barangan keperluan peribadi aku. termasuklah yang ‘adik-adik’ tu sekali. Sepanjang perjalanan (aku yang drive by the way), Ibu Ja sibuk bercerita tentang itu dan ini. Perihal suaminya, anak sulungnya, perihal cucunya dan yang paling penting, perihal malaun tu! 

Yang peliknya, kisah pasal malaun tu lagi banyak di’highlight’kan dari kisah-kisah yang lain.  balik-balik; Luthfi tu…., Luthfi ni….., Luthfi suka.. Luthfi memang… dan bla bla bla ….. Disebabkan aku dah sayang dan hormatkan Ibu Ja ni, aku layankan aje lah. Karang, ada pulak yang kecik hati nanti. Melepas aku nak dapatkan resepi kangkung goreng belacan tu.

Waktu kami pulang, golongan-golongan lelaki tadi pun dah selamat pulang ke rumah. Tengok? Betapa lamanya kami keluar bershopping. Hajat di hati nak beli barang keperluan aje, sekali, hamek ko! Berbungkus-bungkus beg plastic yang ikut kitorang balik. Ayah Man yang menyambut kepulangan kami hanya mampu menggeleng.

‘Ibu, kalau dah dapat shopping, selagi tak penuh but kereta tu tak sah kan.’ Tegur Ayah Man. Aku senyum pada Ayah Man dan pandang pada Ibu Ja. Muka masih neutral. ‘barang-barang’ keperluan aku, aku keluarkan dan asingkan siap-siap. Karang, kalau salah angkut ni, kes naya je.

‘Ibu beli sekali dengan barang rumah lah, ayah. Besok tak payah nak shopping dah. Tinggal nak kena pergi pasar je. Beli lauk.’ Terang ibu. Bukan selalu dapat keluar dengan Iffa, nak jalan-jalan dan luangkan masa bersama. Alang-alang dah dapat peluang ni, manfaatkanlah sebaik mungkin. Kata nak buat menantu!

Ayah Man menggeleng sebelum kembali masuk ke dalam. Luthfi yang hanya mendengar dari tadi, turut bergerak ke depan. Biasalah, busybody!

‘Wow! Apasal ibu tak angkot satu Carrefour tu balik bu. Tak cukup ni!’ Luthfi perli ibu. banyaknya barang. Malam-malam pun boleh sempat shopping banyak macam ni. Kalau dah nama perempuan tu, memang perempuan jugak lah kan.

Iffa yang dari tadi hanya membisu, tergelak. Mendongak ibu memandangnya (kan aku ni tinggi) cepat-cepat dia senyap.

‘Sorry bu, tergelak pulak, tak sengaja. Jangan sentap ye,’ aku pujuk sambil terus membantu ibu mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang. Ibu hanya mendengus. ‘Baguslah, budak bertuah dua orang ni. Perangai lebih kurang. Memang sesuai sangatlah kan. Memang tak silap pilihan aku’ 
kemudian tersenyum. Aku yang melihatkan senyuman ibu tu pun pelik. Namun aku diamkan.

Reti gelak rupanya minah ni. Desis hati Luthfi. 
Kan manis kaalu senyum macam tu, ni tak asyik nak tayang muka macam lala dah expired je. 
Katanya dalam hati lagi, dia tak sedar yang bibirnya turut menguntum senyum

'Hai, dah berkenan ke?’ mati terus senyumannya. Luthfi berpusing, berpaling. Dia memandang keliling mencari dari mana datangnya arah suara. Namun tiada. Kemudian, baru dia tersedar, suara tadi adalah suara hatinya sendiri. Bukan main kuat lagi hati aku ni bersuara. Kepalanya digeleng-geleng, cuba menidakkan perasaan.

Ibu Ja dan Iffa sekadar memerhati. Pening dia dengan perilaku anaknya itu.

‘Yang kamu ni abang, dah kenapa pulak?’ ibu bertanya.

Luthfi yang sedang asyik head banging dari tadi serta-merta berhenti. ‘Aduh, pening kepala aku!’ Dia senyum. Cuba menutup malunya sendiri.

‘Takde apa-apa. Takde apa-apa. Abang OK?’ katanya sambil memandang ibunya sebelum pandangan mata beralih pula kepada gadis yang berdiri berhampiran dengan ibunya.

‘Apa senyum-senyum?’ sergahnya. Eh, yang aku tiba-tiba nak marah ni apahal pulak?

Iffa menjeling. Ingat aku nak sangat senyum kat kau.

‘Gila!’ itu yang aku balas padanya. Ibu Ja pun turut mengangguk. Bersetuju dengan pilihan kosa kata aku. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah bersama dengan barang-barang yang dibeli tadi. Buang masa je layan malaun sakit otak tu.

 ‘Eh, sesedap rasa je kata aku gila. Ibu tengok dia tu!’ dia mengadu pada ibu.

‘Ibu dah tengok dah, dah berkenan dah pun!’ selamba ibu membalas. Langkah ibu mula menghala ke dalam rumah. Sempat dia berpesan pada anak terunanya,‘tu nak masuk tu, tolong bawak sekali beras dengan botol minyak tu. Letak kat dapur.’sebelum dia menghilang ke dalam rumah.

Luthfi masih kaku di pendiriannya. Kata-kata ibunya tadi terngiang-ngiang dalam kepala. ‘Berkenan?’ tanyanya sendiri. Kenan dengan apa. Apa teruk sangat Bahasa Melayu ibu ni? Tak faham la. Dia tercegat di situ seketika. Blur. Dipandangnya sekampit beras sepuluh kilo dengan sebotol besar minyak masak. Kedua-dua barang tadi diangkat masuk ke dalam rumah. ‘Pening la asyik nak main teka-teki je. Lantaklah.’ Getus dia sendirian.

SOP #8


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

--------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #8



Ibu tersengih melihat aku muncul di meja makan, diikuti anak terunanya.

‘lamanya keluar suruh panggil kawan masuk makan! Buat apa kat luar tu?’ soalan tu aku yakin, bukan ditujukan pada aku, jadik aku senyap sahaja. Aku mengambil tempat bersebelahan tok aba. Mamat tadi duduk berhadapan dengan aku. Ibu mengambil tempat disebelah die.

‘tak jumpe pon kawan yang ibu cakap tadi. Abang jumpe ade orang pelik tengah cakap sorang-sorang kat mini garden tu ade la. Entah apa yang dibuatnya entah. Ade die kate nak marinate arnab ibu tuh, wat barbeque. Lapar sangat agaknya.’ Selamba dia berbicara. Ngutok aku depan-depan. Ibu ja dah membesarkan mata. Pelik die. Kenapa perangai anak aku buruk sangat hari ni?

Aku sepak kaki dia dari bawah meja, pastu buat muke innocent. Berkerut muke die. Aku mimic pekataan sorry. Panas je muke mamat kat depan. Tok aba da pandang-pandang aku dengan muka pelik. Aku sengih.
‘cakap sorang-sorang?’ muke ibu da pelik. Ibu pandang aku, aku senyum.

‘iffa main dengan bunny la, bu! Iffa belum gila lagi nak cakap sorang-sorang. Bukan macam orang tu, sengih, senyum macam orang tak betul dah gaya. Ingat hensem ke?!’ Ayah man dan ibu ja da senyum lebar. Tok aba menggeleng. Aku kalo da cakap mana nak kesah orang tu ade ke tak.

‘sebab hensem la senyum, kan bu,’ luthfi pandang ibunya, mintak sokongan. Tapi ibu buat tak peduli. Tok aba dan ayah dan gelak sakan.

‘perasannya! Tak mention nama pon. Kan tok?’ Turn aku pulak. Tok aba beri jelingan tajam, tapi aku buat tak Nampak.

Sedang berbalah, akhirnya azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka. Masing-masing senyap seketika. Ayah man menghulurkan kurma pada tok aba dan ibu. Bile ayah man hulor pada aku, malaun tu amek bekas isi kurma dan letak depan die. tercengang semua yang ade di meja.

‘orang tak pose, pegi main jauh-jauh!’ satu cubitan hinggap di pinggang luthfi. Tangan ibu memulas badannya. Menjerit sakit die. 

‘ape perangai abang teruk benar ni?!’ ayah man bersuara tegas. Luthfi diam. 

Dah kena marah , baru tau nak diam. Aku ejek die. Tok aba perasan perbuatan aku. ‘Iffa, tok aba tak pernah ajar macam ni tau!’ tegas bunyi ayat tu.

‘Tau. Sebab tu iffa belajar sendiri. Untuk pertahanan diri.’ Aku jawab. Mamat depan aku ni, aku aku jeling, lepas tu senyum manja dekat tok aba. Tok aba hanya mampu mengeluh perlahan dan menggelengkan kepala. Ayah man dan ibu ja da tersenyum meleret. Mamat tadi dok usha aku. Ape kes? Nak gaduh ke?!

‘ni korang berdua dok gaduh-gaduh ni, dah kenal ke?’ akhirnya ayah man bersuara. Tone suarenye kembali kepada biasa. Tak boleh dibiarkan budak-budak ni. Mahu melarat bertekaknye karang. Habis plan yang dirancang tak menjadi nanti.

‘Tak!’ serentak kami berdua menjawab. Aku meneruskan suapan. Mamat tu pulak meneguk air.
Orang-orang tua sekalian dah saling pandang-memandang. Main cakap guna bahasa mata, bahasa isyarat, bahasa badan. Semua lah. Aku buat tak peduli. Mamat tu pun sama. Meja makan itu senyap seketika.
Aku makan lauk sayur favorite aku, kangkung goreng belacan. Sedapnya! Memang memenuhi citarasa. Sampai habis lauk yang ade dalam pinggan ni, aku ratah. Nasi tak luak pun. Bila dah nak habis, aku nak tambah. Mamat tadi pun sama. Malangnya, aku terlambat sikit je. Sudu lauk kangkung goreng belacan kegemaran aku ada dalam tangan die. Aku pandang je. Kat rumah orang. Jangan buat perangai. Behave sikit. Die nampak aku usha die. Smirk! Kurang asam. Poyo giler mamat nih. Aku kecikkan mata aku. Muka nak carik gadoh.

Ibu ja dengan ayah man tak perasan. Tok aba buat tak peduli. Diorang sibuk borak sendiri-sendiri.
‘kau nak jugak ke?!’ die Tanya aku dengan poyo nye. Memecahkan kesunyian. Aku senyap tak jawab. 
Malas nak layan.

‘diam tanda mahu!’ sengih gatal. Konon-konon dah menang la.

‘kalau nak aku boleh bagi, tapi kau kena mengaku and cakap aku hensem 10 kali dulu!’ idea nakal dalam otak luthfi. makin lebar sengih dia, makin menyampah aku dibuatnya. apa dia lupa dekat meja ni ade orang lain. Aku lempar dengan pinggan ni karang baru ko tau!

‘kalau tak ikhlas tak payah bagi!’ geram sungguh. Tak makan pun takpe la. Tak luak pon. Nasib baik kau tuan rumah! Kecik besa kecik besa je aku tengok mamat nih.

Ulam timun aku letak 3-4 batang dalam pinggan aku. Aku cicah dengan sambal belacan. ‘makan ni lagi sedap!’ ayat tak puas hati, sebab aku tak dapat ape yang aku nak. Die gelak. Suka sungguh. Mendidih je darah aku dengan gelak die. Tok aba, ayah man, dan ibu ja tak tau nak buat ape. Hal orang muda. Parah dah budak-budak ni, ibu ja kata dalam hati.

‘ape abang buat iffa macam tuh. Tak baik main-main dengan makanan!’ tegur ibu ja. Rungsing kepala die tengok perangai anak dia yang sorang ni.

‘abang acah je la bu. Saja nak kenakan dia. Tadi bukan main laser mulut. Ni baru sikit dah merajuk. Pasal kangkung pun boleh jadik hal! PMS punya side effect la ni’ die sambung gelak. Ibu dengan ayah man tak tau nak gelak ke nak diam. Yang penting tok aba dah bantai dulu. Kene gelak lagi aku ni!

‘baru kamu tau perangai die ni. Si iffa ni, bab makan jangan la carik pasal dengan die. Memang die pantang! mase kecik-kecik dulu, kalo pakcik tak gorengkan ayam untuk die, mau die mogok tak mau makan satu ari. Die ni hantu ayam, benda lain tak mahu makan sangat. Lagi-lagi ikan!’ aku siku tangan tok aba. Dah bukak cerita nostalgia muda-mudi pulak atok yang sorang ni. Tok aba buat tak peduli. Aku dibahannya. Depan tuan punya badan pulak tuh. Apa pesen atok la tok aba aku ni. Gelak sakan satu meja. Semua berminat nak tau hikayat hidup aku. Aku buat muka tak bersalah. Tebal muka aku, tebal jugak lah telinga aku. Nasib aku ni kaler kulit tona nombor sepuluh, sebelas. Tak de la nak nampak sangat malunye.

‘kenape pulak tak makan ikan?!’ tanye ibu ja pelik. Masing-masing senyap, tekun menunggu jawapan dari tok aba. Apasal la nasik rasa kelat-kelat je nih. Takde sape nak layan aku, terpaksalah aku cakap sorang-sorang.

‘sebab kucing makan ikan!’ jawab tok aba. Masing-masing muka blur. Tak paham. ‘si iffa ni, penakut kucing. Geli! Dia sanggup tak makan ikan semata-mata sebab dia kata kucing makan ikan. Dia tak mau sama dengan kucing, tak kawan katanya!’ meledak lagi tawa mereka.

Dorang ni tak Nampak ke aku ade kat sini. Selamba badak je gelakkan aku. Tolong jaga air muka la, paling koman pon. tok aba ni pun satu. Tolong la jaga saham cucu kesayangan ni sikit. Ni abes sume kisah silam aku dijajanya. Aku kipas-kipas muka aku dengan tangan. ‘Apehal, pedas pulak sambal belacan nih. Tadi elok je aku makan!’

‘dah malu la tuh,’ tegur tok aba bila tengok gelagat aku.

‘pedas lah, malu amende pulak!’ bidas aku. ceh, tak mengaku! Mane bole bagi white flag depan mamat ni. Ego tinggi betol aku ni.

‘mulut laser die tu sebab dia suka makan pedas. Suka sangat. Yang tu, pakcik tak pernah ajar. Dia belajar sendiri. Mane dia menuntut pon, pakcik tak tau!’ sambung tok aba lagi. Mengekek lagi mereka yang berada di meja tuh. Aku jeling tajam pada tok aba. Tok aba masih dengan sisa tawanya. Sikit pun tak cuak. Dah biasa tengok, nak cuak macam mana? Aku siku sikit tangan tok aba, tapi tok aba buat tak peduli je.
‘pelik rupenya budak ni ye pakcik!’ luthfi buat kesimpulan sendiri.

‘jangan sebok pasal orang la!’ aku marah. Geram. Menyebok je. Aku tak amek tau pasal ko pon. Sebok je nak tau psal aku.

‘iffa!’ tegas suare tu menegur. Tok aba pandang aku. Aku tunduk menghadap pinggan dan diam. Tak mau cakap da! Nak mogok lepas ni. Ni je yang boleh aku cakap! Tapi dalam hati la.

‘sebab kisah awak dah hiburkan saya, nah!’ mamat tu sudukan lauk sayur kangkung tu dalam pinggan aku. Kemudian, yang selebihnya, dia letak dalam pinggan dia. Mangkuk yang berisi sayur kangkung tadi dah kosong, dan diletakkan ke tepi. Aku tolak tepi sayur tu, tak mau makan! Mogok. Walaupun dalam hati aku meronta-ronta nak telan! Tok aba perhati je perangai aku. Kemudian die pandang luthfi.

‘Merajuk!’ tok aba mimik perkataan tu pada luthfi. Semua pandang aku. Aku buat bodoh je. Aku telan je nasi dengan sambal belacan and timun tadi. Tak usik langsung sayur favorite tu. Luthfi tengok je.

‘kalau tak mahu, saye amek balik!’ kata luthfi. dia bangun sedikit. tangan dia dah bersedia dengan sudu, nak kaut sayur kangkung favorite aku tu, masuk dalam pinggan dia. Aku pukul tangan dia. Pelik dia.

‘Buruk siku!’ itu je yang aku cakap. Aku pusingkan pinggan makan aku supaya sayur tadi jauh dari dia. Dia senyum sebelum kembali duduk. Semua di meja tu senyum. Aku diam, malas nak layan! Langsung hilang mood! Semua tok aba dengan mamat tadi punya pasal! Tok aba sekadar menggeleng, dan aku dengar dia sebut ayat keramat tu! ‘manja!’ lama betul waktu makan tu rasanya.

SOP #7


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

--------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #7


Langkah kaki iffa diteruskan ke bahagian belakang kiri laman yang terdapat taman mini. ‘siap berpagar. macam garden mat saleh,’ hatinya mendesis. Didekatinya kawasan itu, banyak pokok bunga yang tertanam kemas dan tersusun rapi. ‘Cantiknya’ hatinya memuji. Rajinnya ibu bercucuk tanam bagai ni, green thumb rupanya. Ade bunga orkid, bougenvilla, bunga raya warna kuning dan merah, bunga matahari pon ada.

‘Eh, bunny~! Comelnya!’ arnab kecil dan sedang bermain-main di tengah taman itu didekati dan diusap lembut. Sape la yang design laman rumah ni. Kreatif betul. Dalam taman ni ada kandang arnab. Aku berpusing keliling mencari lagi. ‘Ada tiga ekor lagi la,’ warna putih tompok kelabu, dark brown dengan yang seekor lagi berbulu warna kelabu sepenuhnye. Tersenyum aku melihat kumpulan anak arnab yang sedang tidur itu. Lenanya. Anak arnab dalam pelukan aku tatap. ‘kenapa warna bulu korang ni lain-lain ni? Bukan adik-beradik ke, hah?!’ aku bebel sendiri. 

‘awak yang comel ni, kenapa awak tak tidur dengan diorang, merayap aje tau. Nakal ni, budak kecik nih.’ Aku usap lembut bulunya. Arnab itu diam dalam dakapan aku. Selesa mungkin. Seronoknya rumah ade laman, teringin nak ade satu, boleh ajak tok aba duduk dengan aku. Tak payah la susah-susah aku nak risaukan tok aba yang takde depan mata aku nanti. Leka dia melayan arnab itu, hingga tidak menyedari hari sudah lewat petang.

‘Ape keje la dibuatnya cakap sorang-sorang,’ kate luthfi dalam hati. Perlahan-lahan dia mendekati, seboleh-bolehnya tak mahu kehadirannye disedari.

‘Awak nak makan tak, deokki? Tak lapar ke. Saya dah kebulor nih.’

Minah ni kenape pulak cakap sorang-sorang. Dah minum air pun lapar lagi ke? Lainlah macam aku ni, golongan yang berpuasa. Senyum lagi dia sorang-sorang. Teringatkan insiden tadi. Kalau orang lain nampak ni, memang free-free kene cop gile.  Desis luthfi dalam hati. Masih dengan mode skodengnya, die terus memerhati.

‘awak ni comel la, saya suka!’ omel minah tu sendirian.

Cakap kat aku ke?! Aku memang comel pun! Hahaha… Gelak sorang-sorang. Ops! Nasib baik tak kuat sangat. Perasannya kau ni. Jerit hati! Hihi. Sampaikan hati aku sendiri pon meluat dengan penyakit perasan aku.hehe. Tahan je lah hati. Nasib kaulah dapat tuan macam aku.

Dah penat menghendap, baru lah nak teringat. Sangat la tak sihat perangai aku ni, dah lah skodeng orang, eavesdropping pulak tuh! Kurang pahala ni. Sia-sia je puasa satu hari. Oleh sebab dah lama sangat menunggu, akhirnya luthfi buat keptusan untuk menegur saja gadis di depannya itu.

‘jangan awak cuba nak buat barbeque arnab ibu saye tuh!’ sergah luthfi dengan selamba badak dia. boleh lagi buat muka tak bersalah tu. Teringin nak tengok muka minah tak puasa ni. Yelah, time kantoi tadi pun, dia membelakangkan aku. kalo tak, mesti dapat tengok muka malu dia. Siap tukar baju dengan tudung sekali ni, mesti teruk giler dia punya terkejut tadikan?

Tegak berdiri iffa dibuatnya. Terkejut punya pasal, sampai terlepas binatang comel itu dari pegangannye. ‘Sungguh la aku ni ade lemah semangat! Nasib tak keluar latah bahasa jawa aku!’ merungut dalam ati ‘ni makhluk mane pulak yang dating tak reti nak bagi salam ni?!’ mendengus dalam hati. Geram. Lantas die berpusing laju. Kini mereka saling bertatapan.

‘hai!’ sapa luthfi seraya minah tadi menghadap mukanya.

‘hoi!’ lagi selamba iffa balas. Agak kurang ajar bunyinye.  Tapi dia peduli apa. Malaun ni tadi pun bukannya beradab sangat dengan aku.

Terkedu luthfi seketika. Muka maintain dengan senyum paling hensem diberi. Cuba berlagak biasa. Terdetak sekejap jiwa lelakinya. Tergamam. Cantiknya makhluk Allah depan aku ni. Hatinya memuji. Seorang gadis yang tinggi lampai, bertudung litup dengan wajah menawan. Walaupun dia berkulit hitam manis, tapi cantik! Bersih je mukenye. Sedap mata memandang. Tapi…

‘pandainye bahasa melayu! Saya hai, patut awak pun hai!’ luthfi cuba berbasa-basi. Sungguh slumber minah depan aku ni. Muka da manis, baju dah cantik (mestilah, sebab baju tu kau yg beli untuk ibu!) tapi, bahasa pulak ade masalah! Potong markah!

‘kalau macam tu, lain kali mulakan dengan assalamualaikum! Islam kan?’ iffa buat-buat tanya. sangat dalam maksudnye. Padan muka. Main sergah-sergah orang pulak. Dah dua kali aku kena hari ni dengan malaun ni. Tak bole nak cakap elok-elok agaknya.

‘Aduh! ayat awak, makan dalam! Sentap 5 minit.’ Tersengih luthfi dengan jawapan balas gadis depan die tuh.

‘Ok lah, kalau macam tu, assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh!’ penuh salam luthfi bagi.  

‘Waalaikumsalam!’ pendek iffa jawab, salam yang penuh dia hanya jawab dalam hati.

 ‘Garang lah awak ni. Tak baik marah-marah, nanti kena jual!’ Luthfi menduga. Dia cuba mengajak gadis di hadapannya itu berbual, tapi susah! Ade ke patut dia jawab ‘Ada aku kisah!’ Boleh tahan kerek jugak minah ni. Suasana sepi kembali.  Lagi nak cakap ape nih? Dah terlupa pulak apa motif dia buat dekat luar ni.

‘Lawa baju, beli kat mana?’ ramah bunyi soalannya. dah takde modal nak bercerita, belasah aje lah.

‘Jumpa tepi jalan, kat kedai tak jual!’ ganas betul jawapan yang diterima.

‘cantik betul baju yang awak jumpa tepi jalan ni ek? Bertuah badan.’

Ish, mamat ni. Aku tau la aku ni pakai baju pinjam. Tak payah la nak ingatkan. Geram aku, baru first time jumpa dah ajak aku gaduh. Apa kes? Bicara lelaki itu tidak dilayan, sebaliknya iffa kembali mengalihkan perhatiannya kepada arnab kecil tadi.

‘Bisu pulak dah ke?’ luthfi bertanya dalam hati. Nak jual mahal la konon. Dia memerhati sahaja tingkah gadis itu. Idea jahat nak menyakat tiba-tiba memetik mindanya.

‘awak nak culik arnab ibu tu pergi mana?’ sengaja  cari pasal. Best pulak menyakat minah ni.

‘tak culik la, nak cilok je!’ hamboih ayat, ingat aku ni muka pencopek ke?! Kurang asam punya malaun.

‘owh, nak cilok. Nak buat cencalok eh? Lapar sangat ke? Makanan berbuka dah siap masak dah. Kalau dah tak tahan sangat, pergilah berbuka dulu. Awak kan tak puasa!’ gelak jahat. Berubah muka minah tu dibuatnya. makin kelat wajahnya, makin galaklah gelak Luthfi.

Kurang asam malaun ni. Ada jugak yang makan penumbuk ni karang. Boleh sawan aku kalau duduk sini lama-lama dengan malaun ni. Ni mana aku nak pergi ni. Nak masok dalam, the only way dah kena blocked dengan mamat ni. Nak jerit ke? Ape kejadah aku nak jerit. Bukan dia buat ape-ape pun.

‘bukan nak buat cencalok la. Nak buat budu. Sebok je. Dah la tepi sikit! Orang tak puasa nak lalu!’ 

Selamba aku menuturkannya. Biadapnye perangai, tok aba tak pernah ajar ni. Tapi kalau nak beradab dengan malaun ni, rasanya memang membazir masa dan tenaga.

Si malaun tu da dok sengih sorang-sorang. Sakit ke ape. Da la aku tak kenal, maen sengih-sengih dengan anak dara orang pulak. Luthfi sekadar tersenyum. Boleh tahan mulut. Nak tolak ke nak tambah markah ni?
Akhirnya, Luthfi menginjak ke tepi. Memberi laluan sikit. Sepatah pon tak terluah. Biarkanlah. Bukan masalah aku. Senyum maseh tak lekang dari bibir. Dia gam ke apa senyum tuh. Nasib Nampak ensem! Eh, ade aku kesah?

‘Meceh!’ ayat shortform bagi terima kasih aku. Dah terbiasa sebut macam tu. Aku bergerak laju. Bukan main besar langkah aku, nak cepat-cepat masuk dalam. Tak sanggup aku nak berlama-lamaan kat luar ni. Bising pula perut aku time-time camni. Walaupun aku ‘off-day’ tapi aku tak sempat nak ngap apa-apa pun pagi tadi. Tadi tu je sempat minum sikit. Tapi slek, boleh terkantoi dengan malaun pulak. Haru betul!

‘Luthfi! Iffa! Buat ape lame sangat tuh. Da nak maghrib da ni! Masuk cepat!’ terdengar jeritan ibu memanggil.

‘coming , bu!’ aku jawab. Namun langkah aku terhenti, berpaling pada mamat tadi yang dah mula bergerak dari kedudukannya.

‘awak nama luthfi?!’ tanye ku ragu-ragu.

‘kite kenal ke?,’ luthfi tanye kembali, kemudian tepuk dahi. Of course la dia kenal aku. Kan ke aku ni peymes. Lupe seketika.

Sakit ke mamat ni, tepuk-tepuk dahi pulak. Nak sangat kena tepuk, meh sini aku dengan senang hati nak tolong hempukkan.

‘tak!’ aku balas sebelum kembali menyusun langkah menuju ke rumah. Luthfi turut bergerak sama selepas terkaku seketika. Muka blur. Tapi dalam hati dia,

Minah ni memang ada masalah ‘dalaman’ agaknya. Tak mesra alam langsung! Entah-entah ex-tenant tanjung rambutan? Pelik-pelik je perangai. Ikut suka die je nak buat apa. Aku tuan rumah ke dia tuan rumah ni? Gerutu Luthfi dalam hati. Pelik dia dengan perangai minah ni. Muka dah boleh tahan cun, tapi perangai pulak, banyak nak kena modified! Masalah!

‘Jangan cakap orang, ko tu pon sama!’ jerit hati. Eh, hati aku ni. Kau ni back-up sape sebenar-benarnya?! Ni tambah lagi benda pelik. Haih! Macam-macam!

SOP #6


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

-------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #6


Keadaan dalam rumah menjadi sunyi seketika. Hanya suara dari tv yg berbunyi. hatinya mula gusar dengan apa yang disuarakan oleh Sharef tadi. Di buang perasaan itu jauh-jauh. Tak mahu difikirkan sangat. Ayah man tersenyum melihat tingkah iffa. Sentiasa tersenyum dan ceria. Wajahnya manis dipandang. Sungguh die berkenan dengan anak gadis itu. Baik budi bahasa, pandai ambil hati orang tua.

‘budak-budak ni man, aku tengok lebih kurang je perangainya. Kalo jadik la plan kite ni, aku tak tau la nak cakap macam mane. Mau huru-hara hidop. Entah siapa jaga siapa la nanti gamak nye.’ Kata-kata tok aba memecahkan kesunyian yang seketika tadi. Haji mansor mengangguk bersetuju. ‘bukan abang sorang je, saya pun fikir benda yang sama. Tak boleh nak bayang la senang citer.’ Ketawa lagi mereka.

‘apa yang tak boleh nak bayang tu yah? Lain macam je bunyi nya?’ tanye Luthfi setelah kembali dari menjawab panggilannye.

‘ade la bendanya. Lambat-laun kamu tau jugak. Tak gitu bang?!’ kedua orang tua itu saling memandang sebelum ketawa lagi. Luthfi dah suspicious. Ni takde lain, mesti ade kait-mengait dengan aku lah ni. Entah apebenda lah yang dorang duk seronok ni. Ni tak lain mesti kes ngutok aku.

‘tak payah tunggu lambat laun ayah. Sekarang ni pon abang dah tahu dah,’ serkap jarang. Terdiam sekejap mereka berdua. Umpan mengena ke?! Tanye luthfi dalam hati.

‘ape yang kamu tau?!’ haji mansor menduga.

‘tau la. Muke anak ayah ni kacak gile. Sampai menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sane. Senang cakap, ayah tak bole nak bayang, sebab ayah susah nak percaya yang sebenarnye anak ayah ni digilai orang ramai. Betol tak?’ dengan muke selamba luthfi menjawab. Gelak besar ayah dan pakcik sharef dibuatnye. Belasah je la. Tapi, da memang kenyataan aku ni hensem nak wat macam mana kan? Betol tak? Kite kan kene hargai dengan segala kurnia-Nya. Tapi ko punye gaye ni, dah kategori riak takbur da ni. Astagfirullah al-azim. Eh, over pulak hati aku ni berbicara. Menyebok aje!

Bunyi dekahan gelak tawa lelaki-lelaki di dalam rumah itu menarik perhatian ibu yang sedang khusyuk di dapor. Jam menunjukkan sudah hampir pukul tujuh. Ibu bergerak ke arah ruang tamu. Menyertai mereka.  Suke sangat diorang yang ade dekat depan ni. Jeles ibu. Ibu pon nak join sekaki jugak.

‘apa yang seronok sangat nih, sampai ke dapor dengar kuat gelaknye,’ Tanya ibu. Ibu mengambil tempat disebelah anak terunanya.

‘bahaya anak kite, ja. Kuat perasan,’ ayah mansor berkata dengan sisa gelak nye. Luthfi sekadar mencebik.
‘ikut perangai ayah die la tu. Suke masok bakol angkat sendiri,’ ibu membalas bersahaja. Gelak yang mule reda, berdekah kembali.

‘eh, ayah pulak yang kena!’ tersenyum ayah pada ibu. Luthfi tersengih sendiri. Dia rasa bangga dengan ibu dan ayahnya kerana masih mampu mengekalkan hubungan mesra walaupun dah berpuluh tahun mereka berkahwin.

‘sudah-sudahlah nak perasan tuh. da nak dekat waktu berbuka dah ni.’ Tegur ibu.

‘Ni, lagi sorang mane, tak masok-masok lagi ke?’ pertanyaan ibu ditala pada ayah, sambil matanya mencari kelibat iffa.

‘ade dekat luar lagi la tu. Belom masok lagi. tadi die cakap nak tawaf rumah ni katenye.’ Maklum ibu.
‘abang, pergi panggil kawan masok dalam. Dah nak senja dah ni, kejap nanti kita nak berbuka.’ ibu mengarahkan luthfi. anak terunanya pandang ke arahnya.

‘ibu lah panggil. Luthfi nak borak dengan pakcik sharef lagi ni. Da lame tak jumpe bu.’ Malas betul aku nak keluar semata-mata nak panggil minah tu masuk.

‘kamu la pergi panggil. Ibu nak naik atas mandi kejap. Seharian buat kerja rumah. Semua kamu punye pasal la. Kata nak balik awal, tup-tup nak dekat pukul 6 baru jumpe jalan balek rumah.’

‘Dia dah besar lah ibu. kejap lagi dia masuk la tu.’ Minah ni pun satu. Entah apebenda lah yang dibuatnya dekat luar tu. Tak reti maghrib agaknya. Tau lah awak tu tak puasa! Bentak hatinya.

‘abang pergilah. Kenapa susah sangat ni. Tadi kamu juga yang cari pasal dengan dia kan?’ lembut teguran ibu. degil anak terunanya memang tak dapat dinafikan lagi. makin menjadi-jadi. Sebenarnye, Memang sengaja ibu buat macam tuh. Bagi mereka berdua berjumpa dulu. 1st phase introduction tadi, ade sikit lari kan. Jadi, terpakse la dijernihkan ape yang dah dikeruhkan anaknya tadi. Luthfi diam tidak membantah.

Dia dekat mana?’ tanye luthfi. nak tak nak je soalannye. Ibu pandang tajam. Luthfi buat muke.
‘Ok, di manakah gerangan kawan anakanda itu, bonda ku?’ ibu dah tersengih.

‘kan molek sikit bahasa tu nak didengar,’ puji ibu. Bab membodek memang hebat. Bukan luthfi namanya kalau tak pandai membodek ni. Luthfi dah senyum. Dalam hati dia sudah berkira-kira, ada peluang nak kene sakat lagi nih. Siaplah kau minah. Hehehe (gelak jahat dalam hati)

‘kamu cuba cari dekat laman luar tu. Tadi katanya nak jalan-jalan kat luar, nak tawaf rumah. Cepat panggil masuk, dah nak pukul 7 dah ni.’ arah ibu. Ayah sekadar memerhati sebelum dia sambung perbualannya dengan pak sharef. Tersenyum lebar ayah bile bercerita. Entah apebende yg dikelentongkan kat pakcik sharef tu pon die tak tau.  Seronok benar jumpe kawan lama die agaknya.

Ibu  bangon dan menuju ke tingkat atas, Luthfi  pun buat benda yang sama dan  bergerak ke beranda. Tanpa membuang masa, selipar yang memang dah tersedia ada di beranda disarungkan. Die bergerak menuju ke laman. di usha kawasan laman, takde orang. ‘Mane pulak la pergi mangsa sakat aku nih.’ Hati luthfi tertanya-tanya, tapi die tak sedar sebenarnye hati die berbunga-bunga. Diteruskan langkah hingga ke bahagian belakang rumah, cuba mencari di kawasan mini garden ibunya.

SOP #5


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

-------------------------------------------------------------


Suamiku Orang Popular #5

Luthfi bergerak ke ruang tamu. Ayah man yang menyedari kehadirannya mengajak die duduk sekali dengan mereka. Tok aba tersenyum melihat anak mude di depannye. Segak sungguh. Walaupun hanya bert-shirt kolar biru gelap dan jeans. Belum sempat melabuhkan duduknya, ayah nya sudah bertanya.

‘apa yang bising-bising kat dapur tadi tu?’ tersenyum ayah melihat anaknya turut tersenyum. Dah berjumpa ke?

‘ade benda lawak jadik kat dapur tadi.’ Dia tergelak. Tak berniat nak bercerita. Cukuplah hanya mereka bertiga yang tahu. Tak sampai hati pula nak mengejek lebih-lebih. Mahu tak keluar dapur minah tu tadi.

‘ada-ada je lah kamu ni,’ kata ayah. Belum jumpa la tu. Tak Nampak tanda macam dah jumpa pun, sebab tak Tanya apa-apa.

‘ni, salam kawan ayah.’ Arah ayah  man pada anaknya. Luthfi menurut dan bangun dari duduknya tadi.
‘apa khabar pakcik!,’ tangan dihulur dan disambut tok aba.

‘alhamdulillah, sihat.’ Tok aba tersenyum. Berpuas hati dengan apa yang dilihatnya dideopan mata kini.
‘Kamu ke luthfi?’ tanye tok aba. Ayah mengangguk mengiyakan kan pada tok aba sebelom luthfi sendiri menjawab, ‘Ya, saye la tuh, pakcik.’

‘Da besar panjang anak kamu man, dah jadi anak teruna da hah,’ gelak mereka. Luthfi sekadar tersenyum. Tak tau nak jawab ape. Die kembali mengambil duduk berdekatan dengan ayahnya.

‘kamu ingat lagi tak dengan pakcik ni?’ Tanya ayah. Muke blur luthfi memberi segala jawapan. Sengih macam kerang busuk je yang die tau. Menggeleng. Ayah ni ramai dangat kawannye, mane la aku nak ingat.

‘Ni pakcik yang jiran dengan kita mase duduk kat johor dulu. Ingat tak?!’ ayah cuba mengingatkannya. 

‘rumah pakcik yang kamu selalu tumpang tidur sebab nak ikot pergi menjala pagi-pagi tuh?’ beritahu yah lagi.

‘pakcik yang rumah kaler biru dulu tu ke? Yang mase kite tinggal dekat parit raja tu?’ ayah mengangguk.

‘ni, Pakcik Sharef ya?’ tanye luthfi teragak-agak pada tok aba. Anggukan tok aba memberikan senyuman. 

‘Allahuakbar, pakcik Sharef ke,’ ditepuk dahi sendiri. ‘Makin hensem pakcik, sampai tak cam.’ Tergelak tok aba mendengarkan pujian itu.

‘kamu pon ape kurangnye, dulu selebet je rupe. Sekarang makin bergaya. Makin hensem. Orang popular lagi,’ berbakol-bakol kene puji. Makin bangge luthfi rase.

‘mestilah kene ensem pakcik, kalo tak nanti tak laku la, takde sape yang nak kat abang,’ Terhambur kuat gelak mereka. Bergegar ruang tamu rumah tuh. Sedang seronok hendak bercerita,  iPhone nye berbunyi, luthfi meminta diri untuk menjawab panggilan.

*******************

Ibu kembali setelah Berjaya ‘menghalau’ anak nye keluar dri dapor. Dilihatnye iffa sudah berada di sinki, membasoh gelas air tadi. Kesian pulak ibu tgok. Kene kutok kaw-kaw dengan luthfi.

‘mintak maaf la, iffa. Mulut abang tu memang takde insurans. Takde sape yang sanggup nak jual insurans dorang dekat abang tuh. Mulot die tuh memang boleh buat syarikat insurans bankrupt.bole kate, setiap minit orang claim insurans, pasal mulot tak sekolah macam die tu lah.’ Ibu rase besalah pulak dengan sikap anaknye itu. Mengeluh. Jangan disebabkan perangai buruk anak dia nih, apa yang dirancang tak mejadi
‘takpe la bu. Bukannye salah ibu. Bende ni pon silap iffa jugak. Minom tak reti nak cover. Kan da kantoi.’ Aku tenangkan perasaan ibu.

‘tapi ibu tetap rase besalah. Ibu tak penah ajar die macam ni.’ Sayu je ayat.

‘kalo bukan ibu dengan ayah yang ajar, die belajar sendiri la kot. Iffa tadi pon, kalau ikutkan hati sebenarnye, rase mcm nak lawan balek je. Tapi pikir sebab da kantoi, iffa biarkan aje. Selalu kantoi dengan tok aba, ni first time kantoi dengan orang lain. tu yg macam budak baik je tu ibu tengok. Senyap je.’ Ibu senyum.

‘lagipon, iffa memang malas nak carik gadoh la bu. Selalu kalau gadoh bertekak dengan tok aba, dengan kawan-kawan, asyik iffa je yang menang. Bukan niat nak belagak la kan. Tapi, ni kate orang, kasi can la. Lagipon die puase. Kalo bertekak lebih-lebih, die haus pulak. Bukannye die bole minom. Iffa ni lain la, spesel kes!’ kata ku lagi . tergelak ibu ja mendengarnya. Lega ati aku. Ibu da tak rase besalah da.

‘tadi tu, kalo kakak die ade, takdenye abang tu nak tunjok perangai burok die.’ terang ibu ja.

Aik, Kakak?! Kalo Tak silap aku, ibu penah cakap yang anak dia dua orang je. Kalau malaun tadi tu da abang, sepatotnye die kene ade adek la kan. Mane datang pulak kakak ni?

‘ibu ade anak perempuan?!’ terluah jugak pertanyaan.

‘ade, kan ibu pernah cerita. Tapi kakak takde dekat sini. Dia dekat new Zealand ikut husband dia. menantu ibu tu sambung belajar kat sana, Kakak pun kena ikut sama.’

‘tapi, anak ibu yang tadi tu, abang?!’ konpius da ni. Tu la, dulu suruh belajar BM pandai-pandai, tak mahu. Tengok lagi cerita Korea. Kan dah tak paham.

‘abang tu anak bongsu. Tapi die tak suke dipanggil adik. Malu katenye. Die sendiri yang bahasakan diri die abang. Ibu dengan ayah pon ikot kan aje la.’ cerita ibu. Aku senyum. Gediknye malaun tadi. Tak sedar diri betol. Perasan nak jadi abang.

‘iffa ni nak tukar tudong tak? Takkan nak pakai tudong basah tu?’ tanye ibu. Ye tak ye jugak. Aku pon tak selesa ni. Pakai tudong bau epal ni. Abes market aku, selebet macam ni.

‘bole jugak! Kalo ibu ade tudung kaler putih, lagi best!’ dengan muke tak malu aku request. Senyum ibu dibuatnye.

‘jom ikot ibu naek atas, kite pilih tudung. Yang tudung iffa pakai ni, boleh basoh.’ Aku angguk. Ibu keluar dari dapor dan menapak menaiki tangge. Aku ikot dari belakang. Sewaktu di tangga, sempat aku menjeling ke arah ruang tamu. Terdengar suara malaun yang mengutok aku tadi ketawa.

‘suke ko ye! Siaplah ko nanti. Pegi Kluang naek bas, Ade peluang aku tembak ko berdas-das!’ berpantun pulak aku dalam hati.

*************

‘Iffa nak pegi jalan-jalan tawaf luar umah jap la bu. Nak tengok taman kat luar tadi tu, cantik.’ aku da selesai tuka tudung. Blaus pon sme. Ni sekarang ni, aku pakai baju dengan tudong pinjam. Tak sangke taste ibu ni up-to-date. Baju semua lawa-lawa. Tapi tadi ibu kate, kebanyakan baju die, malaun tu yang beli. Ade yang terlampau ‘over’ sangta (tapi bagi aku biase je) bajunye. Ibu tak pakai. Tak sesuai dengan umur katenye. Kalau nak diikutkan, ibu nak bagi pinjam baju kaka je, tapi tak muat la pulak. Sebab sebab aku gemuk yeh tapi sebab ketinggian kami yang tak sama. Aku ni melangit tingginya, tapi, kakak tu sedang-sedang aje. Nak taknak, kena la pakai baju ibu sebab besar sikit.

‘pergi la, tengok. Ambek angin dulu, da takde ape nak buat sangat dah kat dapor ni. Kite nak kena tunggu waktu berbuke je,’

‘tapi kalo nak pegi depan ikot pintu belakang ni bole ke bu?!’ aku tanye

‘kenape takmo ikot pintu depan?!’ ibu tanye balek

‘nanti orang yang puase tu nampak iffa yang tak puase ni, abes kene lagi kang. Tak pasal-pasal satu rumah tau, iffa tak puase!’ aku menyampaikan hujah aku. cukup la aku dah malu dengan dia sorang je.

‘boleh je. Tu, pakai selipar tuh.’ Ibu tunjok pada selipar yang dah memang sedia ade di pintu belakang. Aku senyum dan cepat-cepat selipar tu aku sarung. Muat-muat kaki je. ‘babai, bu!’ aku melambai, ibu tersenyum tengok perangai aku.

Langkah aku laju menuju ke luar, lalu aku bergerak teros ke arah taman. Tahu-tahu je aku ni mane letaknye taman. Padahal baru first time datang ni. Iffa tersenyum melihat keindahan laman luar teratak indah ini. Cantik giler. Sejuk mata memandang. Bestnye rumah ade laman. Luas pulak tuh. Untung la hai dudok rumah corner lot nih. Die bergerak ke pangkin yang berada di tengah-tengah laman. Kreatif.  Pangkin itu dibina di atas kolam buatan kecil. Persis pondok di tengah tasik. Ikan koi berenang riang di dalam kolam. Sejuk nye rase. Siap ade air terjun mini buatan. Bersebelahan pangkin ade beranda yang bersambung dengan bahagian ruang tamu.die menjengok ke dalam. Baru die perasan, ruang tamu tadi tu short cut nak ke pangkin ni. Kenape la die pegi ikot jalan jauh. Siap ikot pintu depan lagi. Dari pangkin ni, dah bole nampak kawasan ruang tamu. Tatkala itu, tok aba dan ayah mansor, berpaling. tangan nye laju melambai. Dah macam ape da gaye. Naseb bek malaun tadi tu takde.  Lantaklah mane die nak pegi pon.

‘ko tengok la tu man, perangai cucu aku ni. Macam budak-budak. Haih’ mengeluh tok aba. Haji mansor tersengih dan menggeleng perlahan. Die paham perasaan sahabatnye tu. Mereka memerhatikan iffa dari dalam rumah, sebelom gadis itu berlalu menuju ke arah belakang rumah.

 ‘manja,’ mengeluh tok aba. Menggeleng kepala dibuatnya.  Ayah mansor sengih.

‘biakan la bang, bukan selalu,’

‘da besar pon manja lagi tuh man. Salah aku jugak manjakan sangat die. Risau aku. Macam mana la nanti lepas da jadik ni. Risau aku bila memikirkannya,’ kelun tok aba.

‘abang, abang. Tak salah abang manjekan die. Yang tu sorang je la yang abang ade. Die pon ade abang aje kat dunia ni, biarkanlah abang. Lepas da jadik nanti, tak dapat la die nak manje-manje macam ni lagi dengan abang. Hah, time tuh, baru la abang nak rindu-rindu.’ Kedua mereka tawa bersama.

‘betul jugak kate kamu tuh. Lepas ni, da tak jumpe da. Tak sampai hati pulak aku,’ sedih bunyik ayat tuh. Haji mansor sekadar menggeleng. Sampai ke langit sayangnye. ‘boleh je bang kalo nak jumpa, tak susah mane pon.’

‘die nak jumpe aku memang senang, tapi takot aku yang tak bole jumpe die je,’ ayat tok aba diakhiri dengan tawa kecilnya. Lantas mereka tergelak berdua. Namun, dalam hati haji mansor, dia sudah mula merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, tapi dibiarkan sahaja perasaan itu. Tak mahu memikirkan yang bukan-bukan.