Sunday, 20 January 2013

SOP #10


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #10


Malam ni dia akan menumpang tidur di bilik Kak Lela, anak sulung Ibu Ja dan Ayah Man. Usai berkemas barang-barangnya tadi, Iffa turun ke ruang tamu. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Boleh tahan mata diorang ni, tak mengantuk ke? Segan pulak dia nak masuk tidur awal.

‘Iffa, mari sini sayang.’ Ibu Ja memanggil dan menyuruh aku duduk di sebelahnya. Aku turutkan. Ayah Man dah tersenyum-senyum. Lain macam je maksud senyumannya. Malaun tadi, duduk di sofa single. Khusyuk la konon tengok TV, padahal mata dah macam orang lalok dah.

‘Dua-dua pun dah ada kat sini.’ Kata Ayah Man. Ibu Ja tersenyum-senyum sambil menepuk lembut tanganku. ‘Bolehlah, kita bukak cerita ye, bang.’ Pandangan Ayah Man beralih pula ke arah Tok Aba. Kami hanya diam dan memerhati. Masih gagal melawaskan apa yang tengah berlaku sekarang ni.

‘Kami ada benda nak beritahu kat kamu berdua ni,’ Tok Aba bermukadimah. Dia menghantar isyarat mata pada Ayah Man. Ayah Man mengangguk. Dah main body language pulak ni.

‘Abang, dengar sekali. Benda ini ada kena-mengena dengan kamu jugak.’ Ayah Man menegur Luthfi yang dah mengantuk. Mata malaun tu dah kuyu, dipaksa pula untuk terus berjaga.

‘Kami dah buat keputusan nak satukan kamu berdua.’ Jelas Tok Aba. Terluah jugak hasrat dihati. Ibu Ja genggam kemas tangan aku. Meleret-leret senyumnya. Tok Aba pandang wajah aku, tapi dia tak kata apa-apa. Ayah Man menunggu reaksi dari Luthfi, dan dapat dia agak, anaknya itu pasti akan bertanya sekali lagi.
Luthfi yang dari tadi gaya macam orang lalok, membuntangkan biji mata, merah menyala mata dia. Terserlah segala jenis urat darah. ‘Apa dia, ayah? Ulang balik?’ dia pandang ayahnya, mohon penjelasan.

‘Kami dah bersetuju nak satukan kamu berdua. Insya-Allah, bulan depan bertunang.’ Ulang Ayah Man lagi. Luthfi menggosok-gosok matanya. ‘Ni bukan mimpi kan?’ dia bertanya pada diri sendiri. Ditepuk-tepuk mukanya sendiri. Dia mengalih pandang kepada aku. Sama macam dia, aku turut tergamam. Cuma, aku punya terkejut dalam keadaan yang lebih sopan. Aku pandang Tok Aba, Tok Aba tengok aku. aku menantikan penjelasan yang lebih detail dari Tok Aba. Tapi, Tok Aba sekadar mengangguk sahaja. Entah angguk sebab mengiyakan atau sebab nak suruh aku terima.

Ibu Ja yang sedari tadi mendiamkan diri, mula bersuara. Lembut suaranya berkata padaku,

‘Sejak pertama kali ibu jumpa Iffa dekat Carrefour hari tu, ibu dah berkenan. Jumpa kali pertama dah berkenan, jumpa kali kedua terus jatuh sayang. Tak sangka pula, orang yang tolong ibu tu, rupanya ada pertalian dengan kawan kami. Mungkin ini jodoh.’ Ibu berhenti sebentar. Menunggu reaksi balas dari aku, tapi aku terus kaku. Ibu menyambung,‘Kami dah sepakat nak satukan kamu berdua, sebab kami rasa kamu berdua sesuai’ kata Ibu Ja. Diusap-usap kepala aku. Lembut je. Tapi aku masih lagi diam. Tak terluah kata, nak membantah, menolak. Gila drastic keputusan dorang ni!

‘Jadi, apa yang Tok Aba beritahu hari tu, bukan main-main lah ye.’ Akhirnya aku bersuara, pertanyaan itu aku ajukan pada Tok Aba yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

Tok Aba mengangguk. ‘Tok Aba tak boleh nak jaga kamu selamanya, Iffa. Sebab tu Tok Aba carikan pengganti. Tok Aba kenal Luthfi, dan Tok Aba yakin, dia boleh jaga kamu, sama macam, macam mana Tok Aba jaga kamu selama ni.’ Jelas Tok Aba.

‘Maknanya ibu pun bukan mengarutlah hari tu?’ aju Luthfi pada ibunya selepas dia dengar jawapan Tok Aba.

‘mana Tok Aba tahu?’ aku tanya, sedikit keras dan mendesak. Aku tak pedulikan pertanyaan malaun tu pada Ibu Ja. Aku rasa diwaktu ini hanya ada Tok Aba dan aku je kat sini.

‘Tok Aba tahu, Iffa.’ Jawab Tok Aba pendek. Aku tenung Tok Aba.

‘Tok Aba dah tak sayang Iffa kan? Sebab tu Tok Aba buat Iffa macam ni.’ Bentakku. Habis sahaja kataku, aku berlalu naik ke atas. Laju langkah aku. Lupa seketika aku kat rumah orang. Argh, peduli apa aku! 
Bentak aku dalam hati sendiri. Air mata yang bergenang tadi mula bercucuran. Sedihnya hati ini, hanya Tuhan yang tahu.

Mereka hanya memandang sahaja aku berlalu dari ruang tamu itu. Tok Aba mengurut perlahan pelipisnya. Satu keluhan dilepaskan.

‘Ayah dengan ibu serius ke ni?’ akhirnya Luthfi pula bersuara. Hampir lupa pula yang dia juga terlibat dalam ‘perbincangan’ ini. Berdrama pulak family aku malam-malam ni. Ayah Man pandang dia, ‘Kamu rasa macam mana?’ tanyanya.

‘Rasa terkejut lah sebab tiba-tiba je. Ibu, kan abang dah cakap, tunggu dulu. Kenapa macam mendesak je ni?’ dia meluahkan ketidakpuasan hatinya pada ibunya pula. Ibu Ja dan Ayah Man saling bertukar pandangan. Tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.

‘Kami pilih untuk satukan kamu sebab pak cik. Pakcik yang usulkan benda ni dekat orang tua kamu. Pakcik nak minta tolong pada kamu, Luthfi. Tolong jaga cucu pakcik baik-baik. Pakcik tak boleh nak sentiasa ada untuk dia. Jadi pakcik berharap pada kamu. Pakcik harap, kamu sanggup galas tanggungjawab ni. Tolong ambil alih tugas pakcik untuk jaga Iffa pulak. Pakcik minta tolong sangat-sangat dengan kamu, Luthfi.’ 

Separa merayu suara itu berbicara. Luthfi terdiam. Tak tahu nak balas apa. Besar betul harapan lelaki ini dengannya. Dia beralih pandang pula kepada kedua orang tuanya. Dia tak tahu apa yang perlu diputuskan sebab dia sendiri pun bingung. 

No comments:

Post a Comment