Saturday, 19 January 2013

SOP #4


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #4


‘Jemput masuk bang, rumah kecik je,’ Haji Mansor menjemput kedua orang tetamu istimewanya masuk ke rumah mereka. Jauh mereka datang.

‘Kecik kamu kata ni Mansor?! Kamu ni failed matematik ke apa nih. Besar rumah kamu ni. Nak sumbat satu kampung pun muat ni.’ Tergelak Haji Mansor mendengarkan kata sahabat lamanya itu. Tak sangka, sudah lebih 10 tahun tak berjumpa, keakraban mereka masih kekal seperti dulu.

‘Biasa-biasa je bang. Rezeki Allah. Alhamdulillah. Jemput masuk, bang. Iffa,mari masuk. Dah lama ibu tunggu.’ Tersentak aku, pabila mendengarkan nama aku dipanggil. Baru ingat nak usha dulu area laman umah ni. Aku sekadar senyum dan pantas membuntuti langkah mereka untuk masuk ke dalam rumah.

Cantik! Perkataan itu yang pertama  terluncur dari bibirku saat kaki aku melangkah masuk ke dalam teratak indah ini. Serius, cantik giler. Kemas dan rapi. Tiba-tiba rasa teringin nak rumah macam ni sebijik. Lambat betul la nak kaya ni, rumah idaman aku dah lama sangat tunggu tu, desis hati.

Kami dipersilakan duduk di ruang tamu. Mata aku tak henti-henti men’stalker’ setiap inci rumah ini. Wah, konsep moden kontemporari. Sama taste dengan aku lah pulak. Perasaan jakun melanda diri, tapi takde lah ditunjuk sangat. Buruk sungguh gayanya. Aku suka menghias rumah, lebih tepat lagi kerja-kerja hiasan dalaman. Walaupun takde certified qualification untuk kerja-kerja interior design ni, tapi after effect dari main game The Sims banyak mempengaruhi aku. Rumah dibina dan dihias ikut citarasa sendiri. Memang best! Sampai terbawak-bawak ke reality kesannya. Haha. Tak sabarnya nak ada rumah sendiri. Excited terlebih pulak.

‘Assalamualaikum, sampai jugak orang jauh!’ dengar suara orang bagi salam. Lantas aku bangun dan menyalami tangan ibu yang muncul dari arah dapur. Bukan main lebar senyumnya. Macam menang motor aje gayanya.

‘Waalaikumsalam. Apa khabar bu? Sihat?’ ramah aku tanya, penuh sopan dan budi bahasa. Ceh, macam perempuan melayu terakhir je gaya cakap.

‘Alhamdulillah. Sihat sangat-sangat. Makin sihat bila tengok Iffa.’ Gelak suka mereka semua. Aku pulak yang malu.

‘Jemput duduk, Iffa. Abang Sharef. ‘Ibu menggesa kami duduk. Aku turutkan saja.

‘Kita duduk-duduk dulu lah ye. Nak jamu air pun tak boleh. Lepas pukol 7 nanti boleh la. Bertahan la sekejap untuk sejam lagi.’ Seloroh ibu. Tergelak kami. Nama pun Ramadhan, takkan lah nak bagi air kat tetamu.

‘dah sampai dah budak tu?’ Ayah Man tanya ibu Ja. Ibu Ja senyum seraya mengangguk. ‘Baru tadi. Tak sampai 10 minit.’ Terang ibu Ja lagi. ‘Mana dia?!’ Ayah Man memandang ke arah dapur. Mencari kelibat anaknya. ‘dah tidurlah tu kat atas. Tadi ibu nak mintak tolong, dia buat muka kesian. Penat katanya. Tak solat lagi lah. Mengantuk. Anak ayah kan. Macam biasalah, macam-macam alasan yang dibagi.’

Ayah Man tersenyum. Kena perli dengan bini sendiri depan tetamu, malunya! ‘Biarkanlah dia, busy sangat kot.’ Ayah mempertahankan anak bongsunya. Aku senyum. Comel je tengok pasangan depan aku ni. Ibu Ja yang perasan aku senyum, menegur. ‘Nanti, Iffa nasihatkanlah sikit anak ibu tu, yeh. Tak boleh dibiarkan perangai macam tu. Susah Iffa nanti.’ Selamba je ayat tu keluar dari mulut ibu. Sekarang ni, senyum aku pula mati. Tak paham. Mereka yang ada di ruang tamu itu dah tergelak kecil. Apehalnya pulak ni? Tanya aku sendiri.

Seronok bercerita, hampir terlupa pula pada kotak sedozen donut Big Apple yang dari tadi ada dalam pegangan aku. Aku hulur pada ibu.

‘Iffa buat ke donut ni?!’ Eh, kena perli. Sengih aku. Tok Aba dan Ayah Mansor gelak. Sukalah tu, tengok aku blushing.

‘Iffa beli je, tak sampai hati nak buat.  Kalau Iffa yang buat, tutup terus Big Apple tu nanti. Tak pasal-pasal je. Tu yang bukak kedai buku tu. Bagi peluang dekat orang lain nak meniaga.’ Ayat muka tak malu. Terhambur gelak mereka.

‘ada-ada je kamu nih. Takpelah, lambat-laun dapat merasa jugak kan, tak gitu Abang Sharef?’ masing-masing menyengih lebar. Aku yang masih tak paham ni mengiyakan aje lah.

‘Ok, lain kali kalau Iffa masak, Iffa buat delivery terus ke sini. Ibu dengan ayah judge masakan Iffa. Tapi, ni Iffa warning dulu awal-awal. Sediakan bantal siap-siap, sebab kadar kesedapannya boleh buat orang dibuai mimpi. Indahnya rasa masakan Iffa sampai seminggu termimpi-mimpi. Jangan tak tahu.’ Amboi, aku ni kalau bercerita, nak gempak aje bunyinya.  Aku tergelak dengan statement aku sendiri. Gila punya perasan. 

Mereka pon sama. Da macam badut sarkas dah gaya aku ni. Orang asyik dok gelak kat aku je. Lantaklah.
‘Letak ubat tidur dalam tu, memang la orang boleh termimpi-mimpi.’ Tok Aba balas dengan muka selamba. Menambahkankan lagi frekuensi gelak mereka. Muncung mulut aku dengan Tok Aba. Buat-buat merajuk. Sajalah tu, nak malukan aku depan orang. Senyum sakan Tok Aba dibuatnya. Ibu tepuk-tepuk tangan aku, nak ambik hati. Jangan merajuk. Sukanya diorang ni mengenakan aku.

‘Malaslah nak cakap dengan Tok Aba dah, tolong ibu dekat dapur lagi best.’ Aku bersedia nak bangun, sebelum ibu tahan. ‘Eh, tak payah. Duduk je kat depan ni. Kamu tu tetamu, tak payah buat apa-apa. Biar ibu yang siapkan, lagipun dah takde apa yang nak dibuat pun. Tinggal nak hidang je,’kata ibu sebelum dia pula yang bangun dan bersedia nak bergerak ke dapur.

‘Alah, ibu.. baru nak berlagak kepakaran Iffa masak kat ibu.’ Aku buat muka sedih. ‘Entah-entah ibu rasa tergugat tak?’ selamba je aku tuturkan ayat tuh. Hish, kau ni. Tadi bukan main, macam perempuan melayu terakhirlah konon. Ni, dah datang balik perangai asal apehal? Marah hati

‘Tu Allah dah tunjuk la tu. DIA suruh hamba-Nya jangan riak, takbur, berlagak.’ Tok Aba membidas aku lagi, lepas tu buat muka tak besalah. Setepek kena kat muka aku. Diam aku menggalakkan gelak tawa mereka. Ayah Man dah tergeleng-geleng kepala. Aku? Malas dah nak layan.

Aku pon turut bangun, ibu pandang.

‘Iffa nak pergi mana ni? Kan ibu kata tak payah tolong.’

‘Iffa anak mithali ibu, nak pergi tolong ibu la,’ sekali lagi, ayat puji diri sendiri. Padahal sebenarnye dia nak minum air. Dapat ‘cuti’. Lagipun dah haus sangat ni. Panas betol cuaca hari ni. Dahlah panas, nak kena bertekak dengan Tok Aba lagi. Makin haus dibuatnya.

‘Hari ni tak payah jadi anak mithali. Jadi tetamu mithali je. Duduk rehat-rehat dulu. Dekat dapur tu pun dah tak banyak sangat kerja yang nak dibuat. Duduk je depan. Tengok tv, ada banyak cerita. Cerita kartun pun ada.’ Bersungguh-sungguh ibu tak mahu aku membantunya.

‘Ibu, umur Iffa 26 lah, bukan 6 tahun nak layan kartun-kartun ni.’

‘Ye ke?! Habis yang dekat rumah kamu tu, satu rak penuh dengan komik Detektif Conan, Lawak Kampus, Dragon Ball bagai. Siap ada movie collection lagi, tu apa benda pulak?! Yang tetiap petang tengok cerita Upin Ipin, Phineas & Ferb tu dah lupa ke?’ Tok Aba sengaja pecah temberang. Mencerun mata aku pandang Tok Aba.

‘Tok Aba ni! Saje je tau dengki dengan orang. Orang jiwa muda lah! Forever 16! Kalau ibu nak tau, Tok Aba pun sebenarnya join sekaki tengok cerita tu semua. Dia saja tak nak mengaku’ kataku. Aku tersenyum, seronok dapat kenakan Tok Aba. Ayah man yang dari tadi tergeleng-geleng menyengih, akhirnya terhambur jugak tawanya. Rapat betul mereka berdua ni. Pujinya sendiri.

Dah puas bertelagah, aku tak perasan yang ibu dah berlalu ke dapor dan tinggalkan aku untuk bertekak dengan Tok Aba dekat depan ni. Aku pun apa lagi, turut bangun menghayun langkah penuh semangat ke arah yang sama.

‘Nak ke mana tu Iffa?’ tanya Ayah Man. Dia dah mendongak bila tengok aku berdiri.

‘Nak pergi tunjuk baik.’ Macam tumpah gula manisnya senyum yang aku lemparkan. Habis je ayat, aku terus melangkah laju ke dapur. Pergh! Buat rumah orang macam rumah sendiri. Aku mencari kelibat ibu sambil merealisasikan motif sebenar nak mencari air. Haus sangat ni!

**************************

‘Iffa! Buat ape dekat dapur ni?!’ terkejut ibu melihat aku tiba-tiba saja berada di sebelahnya. Degilnya nauzubillah budak ni.

‘Nak tolong ibu lah.’ aku jawab. Siap buat muka kiut lagi.

‘Ibu dah kata tak payah kan? Duduk je kat depan tu. Sembang-sembang, rehat-rehat ke.’
‘Tak mahulah. Duduk kat depan asyik kena kutuk dengan Tok Aba je. Baik tolong ibu. Dapat jugak pahala.’ Aku mengadu. Ibu sekadar menggeleng.

‘Ibu!’ aku panggil. Lembut suara. ‘Iffa kan, sebenarnye kan, nak mintak air segelas. Boleh bu? Haus la, panas sangat hari ni.’ Dengan muka tak malunya, aku mintak dengan ibu. ‘Tebal betul kulit kau ye, Iffa.’ Hati aku mendesis. Ibu pun perempuan, ibu paham la. Lagipun, kenapa nak malu? Benda ni normal kan?! Aku bertelagah dengan hati sendiri.

‘Of course lah kena malu, sebab ni rumah orang, bukan rumah sendiri. Behave, Iffa! Behave!’ kata hati, tapi aku abaikan je.

Ibu sengih je dengar permintaan aku. ‘Nak air kosong je ke, atau nak air colour-colour?’ tanya ibu.
‘Air kosong je la. Buat cukup syarat. Tapi kalau ibu nak bagi air warna-warni pun boleh. Colourful sikit tekak Iffa ni. Iffa terima dengan seadanya,’ tuturku selamba. Ibu sekadar tersenyum. Gelas sebiji diambil. Aku ikut ibu, menjelajah peti ais. Kotak air berperisa buah-buahan dikeluarkan. Ibu tuangkan aku air epal. Sedapnya. Gelas berisi air epal tadi ibu hulur pada aku. Aku ambil dan bawak ke meja makan yang ada di dapur. Seteguk aku minum. ‘aaah, leganya!’ ibu pandang dan senyum tengok tingkah aku. Macam sebulan tak minum je gaya. Aku yang perasan pandangan ibu, segera menepuk dahi.

‘Sorry, bu. Iffa lupa pulak yang ibu puasa.’ Seronok sangat dapat air, dah tak peduli sekeliling aku ni. Apa punya perangai lah. Tadi kata mithali. Mithali sangat lah ni. Aku teruskan minum. Sedap air ni. Dengan rase epalnya, dengan sejuknya. Secukup rasa kesedapannya. Benda free memang sedap.

‘Kawan ayah dah sampai ke bu?!’ Mendengarkan suara lelaki yang tiba-tiba itu, tersembur keluar air epal dari mulut aku. Terkejut! tersedak-sedak aku dibuatnya. Habis basah tudung yang aku pakai. Ibu turut terkejut dengan pertanyaan itu. Ibu tambah terkejut bila tengok aku yang dah tersedak-sedak bagai nak rak. Macam orang tak cukup oksigen.

‘Ya Allah, Iffa.’ Itu je yang keluar dari mulut ibu. Pertanyaan malaun tadi tak dilayan. Ibu laju datang mendapatkan aku dan menghulurkan tisu. Aku ambil. Dilapkan mulut dan tudung.Ibu turut membantu mengelap air yang tumpah di atas meja. ‘Iffa ok tak ni?!’ tanya ibu. Aku angguk. Mulut tak habis-habis batuk.

‘Eeiiii, tak puasa!’ tegur malaun tadi dengan selambanya. Aku?! Keras badan aku. Malu siot! Tak berani aku nak berpaling. Teringin aku nak menatap wajah malaun yang kurang asam kantoikan aku yang tak puasa ni. Walaupun benda ni normal, tapi bila dah kantoi, malu kot! Lagi-lagi dengan orang yang kita tak kenal. Aku dengar ibu cakap ‘Abang, Ape ckp mcm tuh!’ untuk tegur malaun tadi. Aku buat don’t know, tunduk aje. Konon-konon khusyuk lap air yang dah tumpah kat blaus dengan tudung aku. tak berani nak angkat muke. Malu punya pasal!

Tu la. Padan muke kau. Obvious sangat nak menunjok muke tak bole puasa. Dah pesan tadi kan. Behave. Kan da malu sekarang!’ aku marah diri sendiri dalam hati. Yang malaun ni pon satu.  Main terjah je. Datang dari mane entah. Kan dah terkejut aku dibuatnya.

‘abang tak tolong pon takpe kan bu?’ luthfi buat-buat tanye. Ibu yang kepelikan pandang muke die. Budak ni mesti ayat double meaning ni. Bukan ibu tak kenal perangai abang. Kenal ke, tak kenal ke, selagi boleh disakat, die buat aje. Bukan reti nak peduli orang. Ibu kadang-kadang rase anak bongsu die ni macam manusia yang takde perasaan pon ade.

‘sebab dah ade sous chef yang boleh tolong ibu rase masakan ibu. Mesti sedap lauk berbuke malam.’ Gelak malaun tuh. Ibu membuntangkan mate. Bapak selamba anak bujang aku ni. Ibu tengok iffa, die diam aje. Tapi ibu tak tau, yang dalam hati gadis tu dah tumbuh bergunung-gunung rase bengang die. Disimpan aje. Sebab memang salah aku pon. Padan muke!  Nak balas balek pon tak gune. Nanti bikin lagi malu ade la.
‘Abang!’ keras bunyi teguran ibu. Luthfi sengih aje. ‘dah puas tidur, menyakat orang pulak die. kalau dah tak sayang pahala puasa tu, pegi minum air sana. Batalkan aje puasa tu,’ bebel ibu. Tak reti nak jaga air muka orang betul lah budak bertuah ni.

‘takmau la bu, minum air. Nanti banjir pulak dapor ibu, kalo abang pulak yang minom tersembur-sembur. Hahahahaha’ besar gelak die. ayam mamat nih, ngutok aku!

‘abang, kalo datang sini setakat nak mengacau anak dara orang, tak payah susah-susah. Dah, pergi duduk kat depan sane. Jangan nanti ibu yang tuang air ni dalam mulut abang karang!’ geram ibu ja dengan anak die. melampau sangat dah ni.

‘sori bu, sori. Abang tak buat da. Ibu jangan marah-marah, batal puasa tau bu. Tambah lagi sorang yang tak puasa karang!’ gelak sakan! Malaun ni takde perasaan ke?! Selamba badak je kutuk mak sendiri.

Eh, bukan ko punye perangai pun lebih kurang gak ke? kalau menyakat tok aba, tak peduli apa dah. Semua dibedalkan aje. Kan?! Tanye hati.
Eh, hati aku ni. Ko ni back-up sape sebenarnye?! aku tanye diri sendiri.

Mencerun pandangan ibu pada anak die. salah sape la aku dapat anak perangai burok macm ni. Pelik ibu.
‘abang pegi depan dulu la bu sebab abang kan tak payah tolong!’ seram luthfi tengok pandangan tajam ibu. Ni kalo aku teruskan perangai buruk aku ni, mau aku raye kat hospital karang.

‘awak, yang tak pose!’ panggil luthfi. ayam betol! Tak perlu mention kot dua yang perkataan terakhir tu. Ibu yang dah tak tahan dengan perangai anak die, bergerak ke arah luthfi. tolak dia supaya cepat-cepat pergi ke depan. Ni kalau dibiarkan berterusan ni, boleh menggagalkan plan. Sebab, Anak bongsu die ni memang A+ dalam menaikkan darah orang lain.

‘tolong ibu kite baik-baik tau. Make sure lauk berbuke malam ni tip-top’ katenye sebelom menghilang dari dapor! Iffa masih didudoknye.

‘eeiii, panas je telinga aku dengan malaun tadi ni. Geram je aku. Kalo la aku ni memang dilahirkan kurang ajar, memang da lama aku balon balik. Nasib aku ni ade adab dan seorang yang tau nak bersopan-santun. Kalau tak, memang tak lame malaun tadi itu dudok kat situ.

No comments:

Post a Comment