Sunday, 20 January 2013

SOP #8


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

--------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #8



Ibu tersengih melihat aku muncul di meja makan, diikuti anak terunanya.

‘lamanya keluar suruh panggil kawan masuk makan! Buat apa kat luar tu?’ soalan tu aku yakin, bukan ditujukan pada aku, jadik aku senyap sahaja. Aku mengambil tempat bersebelahan tok aba. Mamat tadi duduk berhadapan dengan aku. Ibu mengambil tempat disebelah die.

‘tak jumpe pon kawan yang ibu cakap tadi. Abang jumpe ade orang pelik tengah cakap sorang-sorang kat mini garden tu ade la. Entah apa yang dibuatnya entah. Ade die kate nak marinate arnab ibu tuh, wat barbeque. Lapar sangat agaknya.’ Selamba dia berbicara. Ngutok aku depan-depan. Ibu ja dah membesarkan mata. Pelik die. Kenapa perangai anak aku buruk sangat hari ni?

Aku sepak kaki dia dari bawah meja, pastu buat muke innocent. Berkerut muke die. Aku mimic pekataan sorry. Panas je muke mamat kat depan. Tok aba da pandang-pandang aku dengan muka pelik. Aku sengih.
‘cakap sorang-sorang?’ muke ibu da pelik. Ibu pandang aku, aku senyum.

‘iffa main dengan bunny la, bu! Iffa belum gila lagi nak cakap sorang-sorang. Bukan macam orang tu, sengih, senyum macam orang tak betul dah gaya. Ingat hensem ke?!’ Ayah man dan ibu ja da senyum lebar. Tok aba menggeleng. Aku kalo da cakap mana nak kesah orang tu ade ke tak.

‘sebab hensem la senyum, kan bu,’ luthfi pandang ibunya, mintak sokongan. Tapi ibu buat tak peduli. Tok aba dan ayah dan gelak sakan.

‘perasannya! Tak mention nama pon. Kan tok?’ Turn aku pulak. Tok aba beri jelingan tajam, tapi aku buat tak Nampak.

Sedang berbalah, akhirnya azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka. Masing-masing senyap seketika. Ayah man menghulurkan kurma pada tok aba dan ibu. Bile ayah man hulor pada aku, malaun tu amek bekas isi kurma dan letak depan die. tercengang semua yang ade di meja.

‘orang tak pose, pegi main jauh-jauh!’ satu cubitan hinggap di pinggang luthfi. Tangan ibu memulas badannya. Menjerit sakit die. 

‘ape perangai abang teruk benar ni?!’ ayah man bersuara tegas. Luthfi diam. 

Dah kena marah , baru tau nak diam. Aku ejek die. Tok aba perasan perbuatan aku. ‘Iffa, tok aba tak pernah ajar macam ni tau!’ tegas bunyi ayat tu.

‘Tau. Sebab tu iffa belajar sendiri. Untuk pertahanan diri.’ Aku jawab. Mamat depan aku ni, aku aku jeling, lepas tu senyum manja dekat tok aba. Tok aba hanya mampu mengeluh perlahan dan menggelengkan kepala. Ayah man dan ibu ja da tersenyum meleret. Mamat tadi dok usha aku. Ape kes? Nak gaduh ke?!

‘ni korang berdua dok gaduh-gaduh ni, dah kenal ke?’ akhirnya ayah man bersuara. Tone suarenye kembali kepada biasa. Tak boleh dibiarkan budak-budak ni. Mahu melarat bertekaknye karang. Habis plan yang dirancang tak menjadi nanti.

‘Tak!’ serentak kami berdua menjawab. Aku meneruskan suapan. Mamat tu pulak meneguk air.
Orang-orang tua sekalian dah saling pandang-memandang. Main cakap guna bahasa mata, bahasa isyarat, bahasa badan. Semua lah. Aku buat tak peduli. Mamat tu pun sama. Meja makan itu senyap seketika.
Aku makan lauk sayur favorite aku, kangkung goreng belacan. Sedapnya! Memang memenuhi citarasa. Sampai habis lauk yang ade dalam pinggan ni, aku ratah. Nasi tak luak pun. Bila dah nak habis, aku nak tambah. Mamat tadi pun sama. Malangnya, aku terlambat sikit je. Sudu lauk kangkung goreng belacan kegemaran aku ada dalam tangan die. Aku pandang je. Kat rumah orang. Jangan buat perangai. Behave sikit. Die nampak aku usha die. Smirk! Kurang asam. Poyo giler mamat nih. Aku kecikkan mata aku. Muka nak carik gadoh.

Ibu ja dengan ayah man tak perasan. Tok aba buat tak peduli. Diorang sibuk borak sendiri-sendiri.
‘kau nak jugak ke?!’ die Tanya aku dengan poyo nye. Memecahkan kesunyian. Aku senyap tak jawab. 
Malas nak layan.

‘diam tanda mahu!’ sengih gatal. Konon-konon dah menang la.

‘kalau nak aku boleh bagi, tapi kau kena mengaku and cakap aku hensem 10 kali dulu!’ idea nakal dalam otak luthfi. makin lebar sengih dia, makin menyampah aku dibuatnya. apa dia lupa dekat meja ni ade orang lain. Aku lempar dengan pinggan ni karang baru ko tau!

‘kalau tak ikhlas tak payah bagi!’ geram sungguh. Tak makan pun takpe la. Tak luak pon. Nasib baik kau tuan rumah! Kecik besa kecik besa je aku tengok mamat nih.

Ulam timun aku letak 3-4 batang dalam pinggan aku. Aku cicah dengan sambal belacan. ‘makan ni lagi sedap!’ ayat tak puas hati, sebab aku tak dapat ape yang aku nak. Die gelak. Suka sungguh. Mendidih je darah aku dengan gelak die. Tok aba, ayah man, dan ibu ja tak tau nak buat ape. Hal orang muda. Parah dah budak-budak ni, ibu ja kata dalam hati.

‘ape abang buat iffa macam tuh. Tak baik main-main dengan makanan!’ tegur ibu ja. Rungsing kepala die tengok perangai anak dia yang sorang ni.

‘abang acah je la bu. Saja nak kenakan dia. Tadi bukan main laser mulut. Ni baru sikit dah merajuk. Pasal kangkung pun boleh jadik hal! PMS punya side effect la ni’ die sambung gelak. Ibu dengan ayah man tak tau nak gelak ke nak diam. Yang penting tok aba dah bantai dulu. Kene gelak lagi aku ni!

‘baru kamu tau perangai die ni. Si iffa ni, bab makan jangan la carik pasal dengan die. Memang die pantang! mase kecik-kecik dulu, kalo pakcik tak gorengkan ayam untuk die, mau die mogok tak mau makan satu ari. Die ni hantu ayam, benda lain tak mahu makan sangat. Lagi-lagi ikan!’ aku siku tangan tok aba. Dah bukak cerita nostalgia muda-mudi pulak atok yang sorang ni. Tok aba buat tak peduli. Aku dibahannya. Depan tuan punya badan pulak tuh. Apa pesen atok la tok aba aku ni. Gelak sakan satu meja. Semua berminat nak tau hikayat hidup aku. Aku buat muka tak bersalah. Tebal muka aku, tebal jugak lah telinga aku. Nasib aku ni kaler kulit tona nombor sepuluh, sebelas. Tak de la nak nampak sangat malunye.

‘kenape pulak tak makan ikan?!’ tanye ibu ja pelik. Masing-masing senyap, tekun menunggu jawapan dari tok aba. Apasal la nasik rasa kelat-kelat je nih. Takde sape nak layan aku, terpaksalah aku cakap sorang-sorang.

‘sebab kucing makan ikan!’ jawab tok aba. Masing-masing muka blur. Tak paham. ‘si iffa ni, penakut kucing. Geli! Dia sanggup tak makan ikan semata-mata sebab dia kata kucing makan ikan. Dia tak mau sama dengan kucing, tak kawan katanya!’ meledak lagi tawa mereka.

Dorang ni tak Nampak ke aku ade kat sini. Selamba badak je gelakkan aku. Tolong jaga air muka la, paling koman pon. tok aba ni pun satu. Tolong la jaga saham cucu kesayangan ni sikit. Ni abes sume kisah silam aku dijajanya. Aku kipas-kipas muka aku dengan tangan. ‘Apehal, pedas pulak sambal belacan nih. Tadi elok je aku makan!’

‘dah malu la tuh,’ tegur tok aba bila tengok gelagat aku.

‘pedas lah, malu amende pulak!’ bidas aku. ceh, tak mengaku! Mane bole bagi white flag depan mamat ni. Ego tinggi betol aku ni.

‘mulut laser die tu sebab dia suka makan pedas. Suka sangat. Yang tu, pakcik tak pernah ajar. Dia belajar sendiri. Mane dia menuntut pon, pakcik tak tau!’ sambung tok aba lagi. Mengekek lagi mereka yang berada di meja tuh. Aku jeling tajam pada tok aba. Tok aba masih dengan sisa tawanya. Sikit pun tak cuak. Dah biasa tengok, nak cuak macam mana? Aku siku sikit tangan tok aba, tapi tok aba buat tak peduli je.
‘pelik rupenya budak ni ye pakcik!’ luthfi buat kesimpulan sendiri.

‘jangan sebok pasal orang la!’ aku marah. Geram. Menyebok je. Aku tak amek tau pasal ko pon. Sebok je nak tau psal aku.

‘iffa!’ tegas suare tu menegur. Tok aba pandang aku. Aku tunduk menghadap pinggan dan diam. Tak mau cakap da! Nak mogok lepas ni. Ni je yang boleh aku cakap! Tapi dalam hati la.

‘sebab kisah awak dah hiburkan saya, nah!’ mamat tu sudukan lauk sayur kangkung tu dalam pinggan aku. Kemudian, yang selebihnya, dia letak dalam pinggan dia. Mangkuk yang berisi sayur kangkung tadi dah kosong, dan diletakkan ke tepi. Aku tolak tepi sayur tu, tak mau makan! Mogok. Walaupun dalam hati aku meronta-ronta nak telan! Tok aba perhati je perangai aku. Kemudian die pandang luthfi.

‘Merajuk!’ tok aba mimik perkataan tu pada luthfi. Semua pandang aku. Aku buat bodoh je. Aku telan je nasi dengan sambal belacan and timun tadi. Tak usik langsung sayur favorite tu. Luthfi tengok je.

‘kalau tak mahu, saye amek balik!’ kata luthfi. dia bangun sedikit. tangan dia dah bersedia dengan sudu, nak kaut sayur kangkung favorite aku tu, masuk dalam pinggan dia. Aku pukul tangan dia. Pelik dia.

‘Buruk siku!’ itu je yang aku cakap. Aku pusingkan pinggan makan aku supaya sayur tadi jauh dari dia. Dia senyum sebelum kembali duduk. Semua di meja tu senyum. Aku diam, malas nak layan! Langsung hilang mood! Semua tok aba dengan mamat tadi punya pasal! Tok aba sekadar menggeleng, dan aku dengar dia sebut ayat keramat tu! ‘manja!’ lama betul waktu makan tu rasanya.

No comments:

Post a Comment