***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h
hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***
(n.n)v
-------------------------------------------------------------
Suamiku Orang Popular #2
‘Ibu nak suruh abang kahwin?’ Luthfi tanya
kembali pada ibunya. Ibunya senyum seraya mengangguk. Luthfi beri pandangan
tajam. ‘Ibu ni kalau nak main-main pun, carilah modal yang best sikit. Ada ke
patut pakai bab-bab sensitive macam ni. Ibu, ibu.’ Menggeleng kepala dia sambil
tergelak kecil. Dia menganggap permintaan ibunya sekadar gurauan. Ibu merenung
Luthfi.
‘Abang ingat ibu main-main ke?’ Tak puas hati
betul ibu rasa. Apa dia ingat, ibu ni tak reti nak bincang pasal topic serius
ke?
‘Mestilah. Takkanlah tiba-tiba je ibu nak abang
kahwin. Kan tak masuk akal tu.’
‘Apa yang tak masuk akalnya kalau ibu nak abang
kahwin?’
‘Ibu lah.. tiba-tiba takde angin takde ribut,
suruh abang kahwin, kan tak logik tu?’
‘Apa yang tak logiknya, cuba abang cerita dengan
ibu?’
‘Tak logik sebab tiba-tiba ibu cakap nak cucu,
lepas tu suruh abang kahwin.’ Sambil lewa saja Luthfi menerangkan. Langsung dia
tak berminat dengan topic baru ibunya ni.
‘Kalau ibu betul nak abang kahwin, abang nak buat
apa?’ Luthfi diam, tak menjawab. Serius semacam je bunyi. ‘Takde buat apa.’
‘Kalau ibu suruh abang kahwin jugak, abang nak
buat apa.’ Luthfi pandang dalam mata ibunya. Cuba mencari kepastian kata-kata.
‘kalau ibu PAKSA abang kahwin, abang nak buat
apa?’ ibu terus-terusan memprovokasi.
‘Ibu ni, bab-bab kahwin ni mana boleh main-main.
Bina masjid ni, bu. Kita kena fikir dan rancang betul-betul.’ Ibu aku ni dah
kenapa pulak, main topic kahwin petang-petang yang aman damai ni. Tiba-tiba
rasa panas pulak duduk kat sini.
‘Abang ingat ibu tak tahu ke pasal tu. Yang dah
kawin ni ibu tau, bukannya abang. Abang tu, umur dah 30 tahun. Dah layak kahwin
dah pun. Patutnya sekarang ni dah ada budak kecik ber’bin’kan nama abang tau.’
Ok, fine. Ibu dah masuk mode bebel dia.
‘Entah-entah abang ni ada pasang impian nak jadik
bujang terlajak tak? Ke abang ni sebenarnya tak laku?’
‘wowowowo… ibu! Pedihnya menusuk ke kalbu tau,
statement ibu tu.’ Tangan luthfi naik ke dada kirinya. Dia buat gaya orang
sakit jantung. ‘sampainya hati ibu doakan abang berat jodoh? Cakap abang tak
laku lah, bujang terlajak lah.’ Luthfi buat-buat sedih. Ibu juling mata ke
atas. Taktik lama.
‘Abang ni, nak kata tak hensem? Muka hensem! Tak
lawa, muka lawa. Takde orang nak? Famous.’ Luthfi mengangguk mengiyakan
kata-kata ibunya. Lupa kejap yang ibunya sedang membebel. Dia memang ‘kembang’
bila dengar orang cakap dia hensem. Rasa bangga sekejap.
‘Tapi, apasal tak kahwin lagi? Abang ada sakit
yang ibu tak tahu ke?’ ibu sengaja serkap jarang. Mintak simpanglah kalau anak
dia ber’penyakit’ macam tu.
‘Astagfirullah-al-azim.’ Luthfi beristighfar.
Rancangan Karoot Komedia X yang sedang galak disiarkan, telah gagal menarik
minatnya. Dia langsung malas nak tengok tv dah. Topik serius yang dibincangkan
sedari tadi makin melarat. Luthfi mengubah duduk menghadap ibunya. Perbincangan
dari hati ke hati secara rasminya bermula, sekarang!
*************
‘Ibu nak abang kahwin?’ dia bertanya, ibu
tersenyum. Acuh tak acuh saja Luthfi bertanya.
‘Ibu suruh abang kahwin?’ tanyanya lagi, sambil
tangannya menunjuk ke arah dirinya sendiri. Ditekankan sikit perkataan abang. Dia inginkan
kepastian. Ibu mengangguk. Lebih laju dari tadi. Senyum masih dibibir.
‘Ibu SERIUS nak abang kahwin.’ Ibu angguk lagi.
‘Ibu pasti nak ABANG kahwin?’ kali ini volume
suaranya dinaikkan sedikit. Lebih jelas bait-bait kata itu dilafazkan. Mungkin
ibu salah dengar dan tak jelas dengan soalannya tadi. Tapi, ibunya masih
mengangguk, kali ini tanpa senyuman.
‘Betul ibu nak abang kahwin ni?’ Luthfi dah rasa
tak sedap hati. Rasa sesak nafas tiba-tiba menerjah dada. Ibu serius. Ibu
betul-betul serius. Macam mana ni? Niatnya sekadar nak melawak dengan ibu, nak
ambil hati. Dilayankan saja topik kahwin ibunya itu. Tapi, itu apa yang Luthfi
fikir. Tak pada ibu. Tak sangka memang ibu betul-betul serius nak menikahkan
dia! Oh, tidak! Dia tak boleh terima!
‘Ibu nak abang shake hand dengan tok kadi? Macam
ni?’ dibuatnya gaya berjabat tangan. ‘Ibu nak kahwinkan abang?’ soalan yang
sama dari Luthfi. Ibu tak layan. Dia sekadar menjeling. Diam ibu meresahkan
Luthfi. Akhirnya dia beralah. ‘Tapi kenapa, bu?’
‘Ibu nak abang bagi ibu menantu.’ Titik noktah.
Ayat yang dikeluarkan ibu tadi merupakan satu ayat penyata. Puan Hajar mula
jelik dengan soalan anaknya. Dah macam kaset lemau je. Asyik diulang soalan
yang sama.
Luthfi hilang tenaga tiba-tiba. Bersandar dia pada
sofa empuk itu. Tiba-tiba rasa tak bermaya. Gaya serupa orang yang dah hilang
pedoman hidup. Mukanya terkejut seakan tak percaya. Confirmed lah ibu bukan
main-main. Permintaan yang diluahkan ibunya seolah-olah satu kerja gila. Benda
yang dia tak nak buat. Sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan kerana dia tak
bersedia. This is mission impossible!
Aku kena
kahwin? Tanyanya pada diri sendiri. Aku, Luthfi Hakeem nak kena kahwin? Aku,L.Hakeem, jejaka idaman Malaya
disuruh kahwin? Aku L.Hakeem, pelakon paling popular masa kini, jejaka idaman
setiap gadis nak kena berkahwin? Diulang-ulang soalan yang sama pada diri.
‘Tapi aku tak ready lagi nak main shake hand dengan tok kadi!’ hatinya
menjerit.
Dah
bermonolog dalaman pula anak aku ni. Bisik
hati Puan Hajar. Dia memandang wajah anak terunanya. Menunggu jawapan. Teruk
sangat ke permintaannya tadi?! Rasanya itu adalah permintaan normal yang lahir
dari hati ibu-ibu sedunia ni.
‘Ibu suruh abang kahwin je, bukannya suruh abang
jual diri. Apa yang susah sangat?’ lembut Puan Hajar bertanya. Dia tak tahan
menunggu setelah anaknya hanya mendiamkan diri sahaja dari tadi.
‘Ibu nak abang kahwin dengan siapa?’ lemah suara
Luthfi bertanya. Dia tak bersedia untuk berkahwin sekarang. Dia kini sedang
berada di puncak kejayaan. Bersusah payah dia berusaha untuk mencapai tahap
ini. Dia tak mahu, kerana sebuah perkahwinan, kejayaannya mula hilang. Dia
insan popular. Namanya gah diagungkan di majalah, wajah tampannya sentiasa
menjadi penyeri di kaca televisyen. Masyarakat mengaguminya. Para gadis turut
memujanya. Dia rasa bangga. Dia kini popular. Dia dah berjaya! Dia tak mahu
melihat masyarakat membencinya. Dia tidak mahu kehilangan title ‘Jejaka Idaman’
mahupun ‘Lelaki Pujaan’. Dia tak mahu. Sungguh dia tak mahu!
‘Abang takde calon ke?’ ibu bertanya. Luthfi
menggeleng.
‘Habis yang dalam majalah, dalam suratkhabar kata
abang bercinta dengan macam-macam orang tu, apa?’ ibunya bertanya lagi.
Inginkan kepastian. Namun dalam hati, dia berharap benar agar jawapan anaknya
negatif.
‘Itu semua gossip saja la ibu. Anak ibu ni kan
famous. Mestilah semua orang nak.’ Terangnya lagi. Bukannya niat di hati mahu
membangga diri, tapi itulah sebenarnya yang berlaku. Apabila sudah bergelar
insan popular, jangan haraplah dapat main sorok-sorok dengan segala gossip dan
kontroversi. Boleh dikatakan, ada saja nama-nama artis wanita yang ingin
dikaitkan dengannya. Rimas dibuatnya, tapi itulah harga yang perlu dibayar bila
diri dah popular. Ada kala dia rasa lemas. Susah betul kalau dah famous ni
kadang-kadang!
Luthfi dah tak berdaya nak berfikir. ‘Kejutan’
ini terlalu beratnya untuknya. Sampai tahap membunuh lah senang cakap. Ini satu
kejutan yang amat mengejutkan. Dalam hati dia berdoa, moga-moga ini semua
hanyalah satu lakonan. Takde ke orang
yang nak jerit bang bang boom kat aku?! Wakenabeb ke! I got punk’d pon takpe. Ni
bukan hidden camera ke? Tolonglah datang kantoikan aku. Tolonglah! Hatinya
merintih.
Nampaknya tiada. Ini realiti rupanya. Memang
realiti. Jadi, isu kahwin ni pun satu realiti jugalah.
Puan Hajar tersenyum mendengarkan jawapan
anaknya. Lebar senyumnya. Dah macam senyum si Joker, watak dalam cerita Batman
pun ada. Dia menepuk-nepuk bahu anaknya.
Lembut. Mahu memberi semangat. ‘Kalau belum ada calon takpe, sebab ibu dah ada.’ Luthfi berpaling, memandang ibunya
dengan pandangan mengharap. ‘Abang taknak kahwin lagi’ adalah apa yang ingin
diluahkannya. Tapi,
‘Ibu nak kahwinkan abang dengan siapa?’ lain pula
soalan yang ditanya.
‘Tunggu ayah balik, nanti kami cerita,’ ringkas
jawapan ibu. Habis sahaja ayat itu, ibu bangun dan berlalu untuk ke tingkat
atas, mahu menunaikan solat Asar. Jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Hari ini
merupakan hari kelima umat Islam berpuasa. Ibu mahu bersedia menyediakan juadah
berbuka. Jam 6.30 nanti, suaminya akan pulang dan semestinya akan membawa bersama juadah berbuka yang dibeli dari
bazaar Ramadhan. Ibu tak sabar menantikan kepulangan suaminya.
‘Anak kita
dah setuju, cepatlah abang balik!’ mesej dihantar kepada Haji Sharef sebaik
sahaja Puan Hajar sampai ke bilik.
Luthfi sekadar memandang ibunya berlalu pergi.
Aku yang dah macam manusia hilang jiwa ni, ibu buat tak peduli je? Sampai hati
ibu. Rajuk Luthfi dalam hati.
No comments:
Post a Comment