Saturday, 19 January 2013

SOP #3


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

-------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #3


Puan Hajar sekadar memerhati apabila anaknya kadang-kala melepaskan keluhan, macam tak bermaya je. Berat hatinya melihat anaknya begitu. Dia turut dipagut rasa bersalah. Rasa seperti dia terlalu memaksa anaknya dalam membuat keputusan hidup.

Perlahan-lahan anak teruna itu dihampiri. Luthfi sedang asyik menyaksikan ikan koi peliharaan ayahnya berenang gembira di dalam kolam sambil dia berehat di kawasan pangkin itu.

‘Kenapa, bang?’ tanya Puan Hajar. Luthfi sedikit terkejut. Langsung tak menyedari kehadiran ibunya tu.
‘Tak de apa lah bu. Penat sikit je.’ Senyum diukir pabila menjawab pertanyaan ibunya.

‘Abang lapar ke? Tengok ikan koi ayah tu macam kucing nak terkam je?’ ibu buat-buat tanya.

‘Tu lah kan, bu. Buat asam pedas sedap ni. Tak pun kita bakar. Lepas tu makan dengan pucuk ubi rebus cicah kuah asam. Pergh! Meletop!’ Luthfi membalas.

‘Hish, kamu ni. Belum masuk tengah hari pun! Takkan dah tak tahan kot. Dah besar panjang macam ni pun tak boleh control lagi. Dah berapa tahun kamu puasa ni, abang?’ ibu membebel tiba-tiba, Luthfi menyengih. Ada saja taktik dia kalau nak menyakat ibu. ‘Ni tiba-tiba kamu cakap pasal asam pedas dengan pucuk ubi rebus ni, ibu rasa teringin nak makan pulak. Kecur air liur ibu ni.’ Puan Hajar bersuara.

Luthfi gelak besar mendengarkan kata ibunya itu. ‘Mengidam ke, bu? Ada chance la abang dapat adik ni?’ Sengaja nak menyakat ibu. Luthfi kan, biasalah. Puan Hajar yang mendengarkan kata-kata itu menampar lengan anaknya. ‘Jangan buat pasal abang! Semua salah kamu lah! Cerita pasal makanan pukul 11 pagi macam ni! Ibu tak kira. Petang nanti abang kena tolong ibu masak. Jangan cuba nak lari.’ Ibu memberi amaran. Terhambur tawa dari mulut Luthfi. Comel jugak ibu ni kadang-kadang. Patutlah ayah sayang.
Luthfi yang sakan ketawa tadi mula menemui ritma pernafasan normalnya. Sengihnya masih tak hilang. Ibu pandang Luthfi dengan ekor mata. Inilah peluang dia untuk bertanya. Memahami hati anak terunanya itu.

‘Ni, ibu nak tanya abang sikit.’ Tumpuan pandangan Luthfi dikalihkan dari ikan koi yang syok berenang di dalam kolam ke raut wajah ibu di sisi. ‘Abang menyesal ke?’ soalan itu akhirnya diluahkan. Senyap. Puan Hajar menanti maklumbalas dari anaknya.

‘Kenapa ibu cakap macam tu?’ tanyanya. Dahinya berkerut. Menyerlah sangat ke muka menyesal aku ni? Hati bertanya sendiri.

‘Abang menyesal ke sebab ibu suruh kahwin?’ Keadaan senyap kembali. ‘Abang, kalau abang ada rasa apa-apa, abang jangan simpan dalam hati, cerita dengan ibu. Ibu sedia mendengar.’ Diulas lembut kepala anaknya dengan penuh kasih.

‘Takdelah bu.’ Kepalanya digeleng perlahan. ‘Ibu jangan risau yeh! Abang OK je. Just penat macam tu je.’ Ibu pandang dalam mata anaknya. Inginkan kepastian. ‘Takde apa-apa. Betul!’ bersungguh-sungguh Luthfi melafazkan. Hati sendiri nak kena jaga, hati ibu lagi nak kena jaga.

‘Kalau abang tak mahu cerita dengan ibu pun tak apa. Luahkanlah pada ayah. Kami sentiasa ada di sini untuk abang!’ ibu memberi nasihat, atau lebih tepat lagi kata-kata semangat. ‘Tapi, ibu rasa better abang cerita dekat ibu je senang, sebab ayah tu bukannya reti sangat pasal benda-benda macam ni. Bab hati dan perasaan ni ayah bukannya tahu pun. Tu dulu, kalau ibu tak ajar, sampai sekarang mungkin kami tak kahwin tau. Silap-silap kamu pun tak berpeluang nak tengok dunia hari ni.’ Luthfi sengih lagi. Ada-ada je ibu ni. Ni kalau aku story dekat ayah ni, mesti dapat versi lain pulak. Masing-masing nak menang la katakan.

‘Abang okay je. Ibu jangan risau lah. Tak ada apa-apa punya.’ Dia cuba meyakinkan ibu.

‘Kalau abang ok, takpelah. Ibu pun tak mahu kacau. Ingat ya, kalau ada apa-apa yang cerita, apa-apa yang abang rasa tak kena. Bagitahu pada ibu, jangan simpan sorang-sorang. Ibu sayang abang. Abang tahu kan?’ Tutur ibunya. Jatuh kasihan melihatkan keadaan anaknya kini.

‘Abang duduklah rehat-rehat dulu. Petang nantikan nak kena tolong ibu masak.’ Turn ibu pulak untuk sengih. ‘Ibu nak masuk dalam dululah. Nak kemas rumah. Ingat! Kalau ada benda yang kamu nak cerita, make sure kamu story dekat ibu. Ayah kamu tu busy je semedang, ibu ni je yang banyak masa.’ Bahu Luthfi ditepuk lembut. Luthfi hanya mampu tersenyum.

Ibu bangun dan mula mahu berlalu masuk ke dalam rumah. Sebelum itu, sempat dia mengingatkan, ‘Abang dah ada nombor Iffa kan? Janganlah sombong sangat. Kenal-kenal lah dengan dia. Hari tu punya perkenalan tak berapa nak smooth kan?’ kata ibu. Luthfi menjongket kening. ‘Nanti-nantilah abang contact dia.’ Jawabnya.

‘Kamu punya nanti tu dah sama maksud dengan takkan buat. Ingat ibu tak tahu?’ kena lagi Luthfi dengan ibu. ‘Ibu tak kira, nak tak nak, make sure kamu ada contact dia. Jangan lupa pulak! Kalau boleh, ajaklah dia datang rumah kita , besok pun hari minggu.’ Ibu mengingatkannya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Luthfi sekadar mengangguk. Ibu sudah hilang dari pandangan. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri.

‘Iffa? Minah pelik tu. Entah apa benda lah yang dia tengah buat sekarang ni, ek?’ makin lebar senyumnya sebelum dia tergelak kecil sendiri mengingatkan peristiwa yang berlaku pada Ahad minggu lepas. Ya, itulah pertemuan pertama mereka, yang langsung tak berjalan lancar seperti apa yang orang tua mereka harapkan. Sabar je la, bulan puasa kan.

***************

Deru enjin kereta mewah kedengaran memasuki perkarangan garaj. Puan Hajar yang sedia menunggu di pangkin sambil mengambil angin, melangkah ke pintu depan. Suara orang memberi salam, mengukir senyum kecil.

‘Ibu,’ ucap Luthfi. Tangan ibunya disambut dan dikucup penuh kasih.

‘Jumpa pun jalan balik rumah. Ibu ingatkan dah lupa,’

Luthfi sekadar menyengih. Faham benar maksud ibunya. Perli la tuh.‘Abang busy sangat lah bu, bukannya tak nak balik.’ Merungut manja.

‘Busy la sangat! Kamu, kalau dah keluar dengan Faris, terus lupa alamat rumah ibu. Tu kalau ibu tak suruh balik, memang tinggal harapan la nak tunggu muka kamu terpacak dekat sini.’ Ibu faham dengan kesibukan anaknya. Nama sahaja bercuti, tapi ada saja panggilan yang memerlukan bantuan anaknya. Luthfi pulak, kalau dah bab kerja, tak pernah reti nak kata tidak. Selagi boleh ditolong, dia tolong. Dia tahu kerjaya anaknya itu memang tak tentu masa, memerlukan komitmen dan banyak pengorbanan, sementelah ramai orang meletakkan kepercayaan pada dirinya. Tapi, ibu bukannya apa, dia sekadar mahu melihat anak bongsunya itu berehat, tak mahu terlalu terbeban dengan kerja, takut makan diri. Takde siapa nak tengokkan. Hati ibu mana lah yang tak risau memikirkan anak bujang mereka tiada siapa yang uruskan.

‘Ayah, tak balik lagi ke ibu?!’ tak nampak pulak kereta ayah dekat luar tu. Merayap aje bapak aku ni. Cubalah duduk diam-diam kat rumah.

‘Ayah, kamu keluar kejap, pergi ambil kawan dia. Kejap lagi balik lah tu. Hari ni kita ada tetamu tau, abang. Sebab tu ibu suruh abang balik.’ Maklum ibu. Ceria sungguh suara ibunya. Ada sebab besar sebenarnya, kenapa dia beria-ia mahukan Luthfi balik hari ini. Sudah dimaklumkan pada si teruna itu beberapa hari yang lalu, tapi masih takde jawapan dan maklum balas. Jadi, terpaksalah ibu dengan ayah pakai plan B.

‘Siapa pulak yang nak datang?! Sampai abang pun nak kena ada sama ni. Saudara kita yang mana ni?!’ ni dah pelik ni, lain macam je bunyi ayat penyata ibu tadi. Rasa tak sedap hati tiba-tiba datang menjengah. Pasal benda tu ke? Ibu ni memang tau, suka buat pelik-pelik. Kan dah kata tunggu dulu. Memberontak dalam hati je yang dia mampu.

‘Ada la orang nya, tak payah tau lebih-lebih la. Jom, tolong ibu kat dalam. Lama ibu tunggu kamu, lambat sangat sampainya. Takde sape nak tolong ibu, dah tergendala sekejap kerja.’ Puan Hajar mula berlalu masuk ke dalam rumah. Luthfi membuntuti langkah ibunya yang menuju ke dapur.

‘Ibu, bagi abang 5 minit eh, bu. Abang nak solat dulu. Belum Asar lagi ni. Nak tukar baju, nak golek-golek, guling-guling kejap atas katil. Hari ni abang tak sahur pun tau, bu. Tak larat. Badan penat. Terlajak tidor. Subuh pun subuh gajah.’ manja je bunyiknya.

Ibu pandang muka Luthfi. Mula la tu, nak buat ayat kesian.

‘Abang, kalau malas nak tolong ibu, cakap aje. Tak payah nak berdalih. Tak boleh tolong, sudah. Ibu buat sendiri.’ Ada saja jawabnya. Tak pernah yang boleh, tidak sahaja jawapannya semedang.

‘5 minit je pun bu, paling lama 10 minit.’ Luthfi mencuba. Kesian pulak dia dengan ibu. Tapi nak buat macam mana, memang dia penat. Ibu dah banyak kali ingatkan dia untuk pulang ke rumah mereka di Subang. Jadi, habis saja photoshoot tadi, dia terus bergegas pulang. Takde masa nak berehat pun.

‘Dah, pergi naik atas cepat. Tadi kata tak solat lagi. Nak tunggu pukul berapa baru nak solat Asar ni,’ bebel Puan Hajar. Malas dah nak dilayan perangai anaknya itu. Faham benar dia. lagipun, dia tau anaknya penat, saja je tadi tu.

Luthfi menyengih. ‘Abang janji nanti abang tolong.’ Katanya sambil langkahnya menuju ke atas. ‘Tapikan bu, kalau dalam 10 minit abang tak turun, maknanya abang dah tidur tau!’ sempat lagi. Luthfi gelak sebelom mencicit dia lari naik ke atas.

‘Abang! Makruh puasa kalau asyik nak membuta aje!’ memekik Puan Hajar dibuatnya. Geram sungguh dia. Dalam hati, dia mendoakan supaya apa yang dirancang terjadi. Biar anaknya tu rasakan. Semoga berubah perangai.

No comments:

Post a Comment