***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h
hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***
(n.n)v
-------------------------------------------------------------
Suamiku Orang Popular #6
Keadaan dalam rumah menjadi sunyi seketika.
Hanya suara dari tv yg berbunyi. hatinya mula gusar dengan apa yang disuarakan
oleh Sharef tadi. Di buang perasaan itu jauh-jauh. Tak mahu difikirkan sangat.
Ayah man tersenyum melihat tingkah iffa. Sentiasa tersenyum dan ceria. Wajahnya
manis dipandang. Sungguh die berkenan dengan anak gadis itu. Baik budi bahasa,
pandai ambil hati orang tua.
‘budak-budak ni man, aku tengok lebih kurang
je perangainya. Kalo jadik la plan kite ni, aku tak tau la nak cakap macam
mane. Mau huru-hara hidop. Entah siapa jaga siapa la nanti gamak nye.’
Kata-kata tok aba memecahkan kesunyian yang seketika tadi. Haji mansor
mengangguk bersetuju. ‘bukan abang sorang je, saya pun fikir benda yang sama.
Tak boleh nak bayang la senang citer.’ Ketawa lagi mereka.
‘apa yang tak boleh nak bayang tu yah? Lain
macam je bunyi nya?’ tanye Luthfi setelah kembali dari menjawab panggilannye.
‘ade la bendanya. Lambat-laun kamu tau jugak.
Tak gitu bang?!’ kedua orang tua itu saling memandang sebelum ketawa lagi.
Luthfi dah suspicious. Ni takde lain, mesti ade kait-mengait dengan aku lah ni.
Entah apebenda lah yang dorang duk seronok ni. Ni tak lain mesti kes ngutok
aku.
‘tak payah tunggu lambat laun ayah. Sekarang
ni pon abang dah tahu dah,’ serkap jarang. Terdiam sekejap mereka berdua. Umpan
mengena ke?! Tanye luthfi dalam hati.
‘ape yang kamu tau?!’ haji mansor menduga.
‘tau la. Muke anak ayah ni kacak gile. Sampai
menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sane. Senang cakap, ayah tak bole nak
bayang, sebab ayah susah nak percaya yang sebenarnye anak ayah ni digilai orang
ramai. Betol tak?’ dengan muke selamba luthfi menjawab. Gelak besar ayah dan
pakcik sharef dibuatnye. Belasah je la. Tapi, da memang kenyataan aku ni hensem
nak wat macam mana kan? Betol tak? Kite kan kene hargai dengan segala
kurnia-Nya. Tapi ko punye gaye ni, dah
kategori riak takbur da ni. Astagfirullah al-azim. Eh, over pulak hati aku
ni berbicara. Menyebok aje!
Bunyi dekahan gelak tawa lelaki-lelaki di dalam
rumah itu menarik perhatian ibu yang sedang khusyuk di dapor. Jam menunjukkan
sudah hampir pukul tujuh. Ibu bergerak ke arah ruang tamu. Menyertai mereka. Suke sangat diorang yang ade dekat depan ni.
Jeles ibu. Ibu pon nak join sekaki jugak.
‘apa yang seronok sangat nih, sampai ke dapor
dengar kuat gelaknye,’ Tanya ibu. Ibu mengambil tempat disebelah anak
terunanya.
‘bahaya anak kite, ja. Kuat perasan,’ ayah
mansor berkata dengan sisa gelak nye. Luthfi sekadar mencebik.
‘ikut perangai ayah die la tu. Suke masok
bakol angkat sendiri,’ ibu membalas bersahaja. Gelak yang mule reda, berdekah
kembali.
‘eh, ayah pulak yang kena!’ tersenyum ayah
pada ibu. Luthfi tersengih sendiri. Dia rasa bangga dengan ibu dan ayahnya
kerana masih mampu mengekalkan hubungan mesra walaupun dah berpuluh tahun
mereka berkahwin.
‘sudah-sudahlah nak perasan tuh. da nak dekat
waktu berbuka dah ni.’ Tegur ibu.
‘Ni, lagi sorang mane, tak masok-masok lagi
ke?’ pertanyaan ibu ditala pada ayah, sambil matanya mencari kelibat iffa.
‘ade dekat luar lagi la tu. Belom masok lagi.
tadi die cakap nak tawaf rumah ni katenye.’ Maklum ibu.
‘abang, pergi panggil kawan masok dalam. Dah
nak senja dah ni, kejap nanti kita nak berbuka.’ ibu mengarahkan luthfi. anak
terunanya pandang ke arahnya.
‘ibu lah panggil. Luthfi nak borak dengan
pakcik sharef lagi ni. Da lame tak jumpe bu.’ Malas betul aku nak keluar
semata-mata nak panggil minah tu masuk.
‘kamu la pergi panggil. Ibu nak naik atas
mandi kejap. Seharian buat kerja rumah. Semua kamu punye pasal la. Kata nak
balik awal, tup-tup nak dekat pukul 6 baru jumpe jalan balek rumah.’
‘Dia dah besar lah ibu. kejap lagi dia masuk
la tu.’ Minah ni pun satu. Entah apebenda lah yang dibuatnya dekat luar tu. Tak
reti maghrib agaknya. Tau lah awak tu tak puasa! Bentak hatinya.
‘abang pergilah. Kenapa susah sangat ni. Tadi
kamu juga yang cari pasal dengan dia kan?’ lembut teguran ibu. degil anak
terunanya memang tak dapat dinafikan lagi. makin menjadi-jadi. Sebenarnye,
Memang sengaja ibu buat macam tuh. Bagi mereka berdua berjumpa dulu. 1st
phase introduction tadi, ade sikit lari kan. Jadi, terpakse la dijernihkan ape
yang dah dikeruhkan anaknya tadi. Luthfi diam tidak membantah.
‘ Dia dekat mana?’
tanye luthfi. nak tak nak je soalannye. Ibu pandang tajam. Luthfi buat muke.
‘Ok, di manakah gerangan kawan anakanda itu,
bonda ku?’ ibu dah tersengih.
‘kan molek sikit bahasa tu nak didengar,’ puji
ibu. Bab membodek memang hebat. Bukan luthfi namanya kalau tak pandai membodek
ni. Luthfi dah senyum. Dalam hati dia sudah berkira-kira, ada peluang nak kene sakat lagi nih. Siaplah kau minah. Hehehe (gelak jahat dalam hati)
‘kamu cuba cari dekat laman luar tu. Tadi
katanya nak jalan-jalan kat luar, nak tawaf rumah. Cepat panggil masuk, dah nak
pukul 7 dah ni.’ arah ibu. Ayah sekadar memerhati sebelum dia sambung
perbualannya dengan pak sharef. Tersenyum lebar ayah bile bercerita. Entah
apebende yg dikelentongkan kat pakcik sharef tu pon die tak tau. Seronok benar jumpe kawan lama die agaknya.
Ibu
bangon dan menuju ke tingkat atas, Luthfi pun buat benda yang sama dan bergerak ke beranda. Tanpa membuang masa,
selipar yang memang dah tersedia ada di beranda disarungkan. Die bergerak
menuju ke laman. di usha kawasan laman, takde orang. ‘Mane pulak la pergi
mangsa sakat aku nih.’ Hati luthfi tertanya-tanya, tapi die tak sedar
sebenarnye hati die berbunga-bunga. Diteruskan langkah hingga ke bahagian
belakang rumah, cuba mencari di kawasan mini garden ibunya.
No comments:
Post a Comment