Saturday, 19 January 2013

SOP #1


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #1


‘Abang, ibu nak cucu!’ 

Luthfi Hakeem yang sedang khusyuk menonton televisyen mengalih pandang ke arah ibunya. Muka blurnya terserlah. ‘Ibu cakap apa tadi?’ dia cuba bertanya sekali lagi, hendak mendapatkan kepastian. Macam salah je bunyi soalan ibu tu.

‘Ibu cakap, ibu nak cucu!’ ulang Puan Hajar. Lembut saja tuturnya. Dipandang wajah anak terunanya itu dalam-dalam. Moga faham maksud tersirat yang cuba disampaikan.

‘Ibu nak cucu?’ tanyanya lagi. Luthfi buat muka pelik. Ibu mengangguk.

‘Tapi, kenapa ibu minta dekat abang. Mintalah pada kakak. Kan dia dah kahwin.’ Ibu ni, apasal pula minta cucu dengan aku ni. Pelik aku.

‘Lagi satu bu, Dania dengan Diana tu bukan cucu ibu ke?’ soal Luthfi. Pening dia dengan soalan ibunya. Mimpi apa tiba-tiba. Ni mesti kes ‘woke up from the wrong side of the bed ‘ni. Culture shock sekejap aku dibuatnya.

‘Dania dengan Diana memang cucu ibu. Tapi, ada cucu pun macam takde cucu je. Diorang tu bukannya ada dekat sini. Nun jauh beribu batu kat New Zealand tu.’ujar ibu. Dapat didengar nada sedih di situ. Tak dapat disangkal, ada masa dia rindu mahu melihat keletah cucunya. Lagi-lagi setelah anak sulungnya baru sahaja melahirkan cucu perempuan yang kedua yang kini sudah hampir berusia 6 bulan. Sekarang, Dania dah jadi kakak, walaupun usianya baru hendak menjangkau 2 tahun.

Namun, ibu rasa sunyi. Tinggal berdua dengan Haji Sharef di rumah yang besar ni, sungguh, mendatangkan rasa bosan yang teramat sangat buatnya. Ada anak pun, duduk berasingan. Mahu berdikari kononnya. Melihatkan kanak-kanak yang bermain setiap petang, dia rindukan cucu-cucunya. Tapi nak buat macam mana. Mereka jauh. Jadi, dia nekad cuba mengutarakan niatnya. Suaminya mengatakan ianya mustahil, tapi ibu ni spesis positif. Sentiasa yakin boleh. Sebab itulah dia main redah bertanya. Manalah tahu, tiba-tiba terbuka hati anak terunanya ini.

‘Ibu nak abang hantar ibu jumpa dengan kakak ke?’ Luthfi memberi cadangan. Masih tak faham maksud tersirat ibunya.

‘Ish, kamu ni. Yang kamu nak hantar ibu pergi jauh-jauh dekat negara orang tu nak buat apa. Ibu bukannya reti nak sangat nak cakap omputih. Setakat yes, no, sorry, thank you, alright tu boleh la. Tak pasal-pasal bertambah bosan jadinya. Boleh mati kutu ibu rasa. Ayah kamu tu, macam mana nanti?’ Marah ibu. Luthfi tergelak mendengar rungutan ibunya. Apa ke slow sangat anak aku ni. Susah betul nak faham.

‘Habis, dah ibu gaya macam orang dah tak tertanggung rindu je. Rindu sangat dengan budak berdua tu kan. Abang cakap je.  Kalau ibu nak, abang boleh hantarkan.’ Jelas luthfi. Pelik dia dibuatnya apabila ibu tiba-tiba sahaja angin dengan ‘idea’ bernasnya itu.

‘Ibu nak kamu pula yang bagi ibu cucu. Kakak kamu dah bagi dua untuk ibu. Diana pun baru je lahir. Belum setahun pun umur budak tu. Takkan nak suruh kakak tu beranak lagi. Kamu ingat senang nak jaga budak? Lagi-lagi dekat tempat orang macam tu. Jadi, sekarang ni, ibu nak kamu pula yang bagi cucu. Ibu teringin nak cucu lelaki. Kakak kamu dah bagi dua perempuan, jadi sekarang ni giliran kamu pula.’ Panjang berjela hujah Puan Hajar. Berkelip-kelip mata Luthfi memandang ibunya. Apa jenis permintaan la yang ibu aku buat ni. Ibu ni sedar ke tidak apa yang dia cakap ni?

‘Tapi, abang lelaki la ibu. Mana boleh bagi ibu cucu. Kahwin pun belum!’

‘Hah!’ jerit Puan Hajar sambil menepuk belakang badan anaknya. Terkejut Luthfi dengan tingkah ibunya  itu. Sengal-sengal badan terasa. Sakit wo! Apa tebiat ibu aku ni. Menjerit tiba-tiba. Pakej siap pukul belakang sekali.  ‘Tahu pun!’ sambung ibu.

‘Kalau dah tahu kamu tu lelaki, belum kahwin, apa lagi, kahwin la cepat. Cepat kamu kahwin, cepat juga lah ibu dapat cucu.’ Berseri-seri muka Puan Hajar. Faham pun maksud aku. susah betul dapat anak terlebih pandai ni. Next time, nak kena cakap straight forward. Penat betul nak berkias-kias, lambat sangat nak fahamnya.

Luthfi tercengang. Lah, ibu ni. Nak suruh aku kahwin rupanya. Cakap je la tadi. Ni tak, nak berkias-kias, berlapik bagai. Mana lah aku nak faham. Eh, sekejap! Ibu nak suruh aku kahwin? Ibu nak aku kahwin? Maksud kahwin ibu tu, kahwin as MARRIED tu ke? Yang bila kita isi form status, yang ada option Single, Married and Others tu? Kahwin yang lepas kita dah KAHWIN kena tinggal serumah , duduk sebilik, tidur sekatil tu. IBU NAK AKU KAHWIN?

No comments:

Post a Comment