Saturday, 19 January 2013

Novel: Suamiku Orang Popular (SOP)



***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v




Suamiku Orang Popular

Prolog

Keadaan dalam dewan yang pada mulanya suram dan kelihatan kosong sudah mula menampakkan warnanya. Kesibukan manusia begitu jelas bermula dari menguruskan hiasan dalaman, susun atur meja, gemerlapan cahaya lampu, bingit bunyi lagu hinggalah ke hidangan makanan. Persediaan yang bermula dari semalam sudah mula menampakkan tanda-tanda selesai. Sebarang kesilapan adalah tidak dibenarkan. Majlis resepsi yang dirancang lama akhirnya akan berlangsung hari ini.
Bila dikenang semula peristiwa dulu, sungguh rasa geli hati akan menggeletek segala organ dalaman. Betullah kata orang tua, jangan terlalu menidakkan rasa. Soal jodoh ni kan kerja Tuhan. Bermula dengan rasa benci, terus jatuh sayang. Itulah yang berlaku dalam kisah hidup Luthfi Hakeem dan Nur Zatul Iffah.
Segalanya berlaku dengan begitu pantas, bukan. Terlalu pantas. Tiada masa untuk mengenali hati budi, bertemu pun hanya dua tiga kali. Perasaan diri tak begitu pasti. Hati sering bertelagah sendiri, ‘Betulkah tindakan yang dipilih ini?’ Tidak dapat nak dinyatakan mana satu yang lebih penting, sama ada perasaan sendiri ataupun hati kecil kedua orang tua yang amat disayangi. Diri hanya mampu mendoakan semoga semuanya dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Sesungguhnya, keputusan yang dipilih bakal memutarkan paksi hidup mereka berdua. Segalanya bermula empat bulan yang lepas, tanggal 15 September, bermulanya cerita.

No comments:

Post a Comment