Sunday, 20 January 2013

SOP #7


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

--------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #7


Langkah kaki iffa diteruskan ke bahagian belakang kiri laman yang terdapat taman mini. ‘siap berpagar. macam garden mat saleh,’ hatinya mendesis. Didekatinya kawasan itu, banyak pokok bunga yang tertanam kemas dan tersusun rapi. ‘Cantiknya’ hatinya memuji. Rajinnya ibu bercucuk tanam bagai ni, green thumb rupanya. Ade bunga orkid, bougenvilla, bunga raya warna kuning dan merah, bunga matahari pon ada.

‘Eh, bunny~! Comelnya!’ arnab kecil dan sedang bermain-main di tengah taman itu didekati dan diusap lembut. Sape la yang design laman rumah ni. Kreatif betul. Dalam taman ni ada kandang arnab. Aku berpusing keliling mencari lagi. ‘Ada tiga ekor lagi la,’ warna putih tompok kelabu, dark brown dengan yang seekor lagi berbulu warna kelabu sepenuhnye. Tersenyum aku melihat kumpulan anak arnab yang sedang tidur itu. Lenanya. Anak arnab dalam pelukan aku tatap. ‘kenapa warna bulu korang ni lain-lain ni? Bukan adik-beradik ke, hah?!’ aku bebel sendiri. 

‘awak yang comel ni, kenapa awak tak tidur dengan diorang, merayap aje tau. Nakal ni, budak kecik nih.’ Aku usap lembut bulunya. Arnab itu diam dalam dakapan aku. Selesa mungkin. Seronoknya rumah ade laman, teringin nak ade satu, boleh ajak tok aba duduk dengan aku. Tak payah la susah-susah aku nak risaukan tok aba yang takde depan mata aku nanti. Leka dia melayan arnab itu, hingga tidak menyedari hari sudah lewat petang.

‘Ape keje la dibuatnya cakap sorang-sorang,’ kate luthfi dalam hati. Perlahan-lahan dia mendekati, seboleh-bolehnya tak mahu kehadirannye disedari.

‘Awak nak makan tak, deokki? Tak lapar ke. Saya dah kebulor nih.’

Minah ni kenape pulak cakap sorang-sorang. Dah minum air pun lapar lagi ke? Lainlah macam aku ni, golongan yang berpuasa. Senyum lagi dia sorang-sorang. Teringatkan insiden tadi. Kalau orang lain nampak ni, memang free-free kene cop gile.  Desis luthfi dalam hati. Masih dengan mode skodengnya, die terus memerhati.

‘awak ni comel la, saya suka!’ omel minah tu sendirian.

Cakap kat aku ke?! Aku memang comel pun! Hahaha… Gelak sorang-sorang. Ops! Nasib baik tak kuat sangat. Perasannya kau ni. Jerit hati! Hihi. Sampaikan hati aku sendiri pon meluat dengan penyakit perasan aku.hehe. Tahan je lah hati. Nasib kaulah dapat tuan macam aku.

Dah penat menghendap, baru lah nak teringat. Sangat la tak sihat perangai aku ni, dah lah skodeng orang, eavesdropping pulak tuh! Kurang pahala ni. Sia-sia je puasa satu hari. Oleh sebab dah lama sangat menunggu, akhirnya luthfi buat keptusan untuk menegur saja gadis di depannya itu.

‘jangan awak cuba nak buat barbeque arnab ibu saye tuh!’ sergah luthfi dengan selamba badak dia. boleh lagi buat muka tak bersalah tu. Teringin nak tengok muka minah tak puasa ni. Yelah, time kantoi tadi pun, dia membelakangkan aku. kalo tak, mesti dapat tengok muka malu dia. Siap tukar baju dengan tudung sekali ni, mesti teruk giler dia punya terkejut tadikan?

Tegak berdiri iffa dibuatnya. Terkejut punya pasal, sampai terlepas binatang comel itu dari pegangannye. ‘Sungguh la aku ni ade lemah semangat! Nasib tak keluar latah bahasa jawa aku!’ merungut dalam ati ‘ni makhluk mane pulak yang dating tak reti nak bagi salam ni?!’ mendengus dalam hati. Geram. Lantas die berpusing laju. Kini mereka saling bertatapan.

‘hai!’ sapa luthfi seraya minah tadi menghadap mukanya.

‘hoi!’ lagi selamba iffa balas. Agak kurang ajar bunyinye.  Tapi dia peduli apa. Malaun ni tadi pun bukannya beradab sangat dengan aku.

Terkedu luthfi seketika. Muka maintain dengan senyum paling hensem diberi. Cuba berlagak biasa. Terdetak sekejap jiwa lelakinya. Tergamam. Cantiknya makhluk Allah depan aku ni. Hatinya memuji. Seorang gadis yang tinggi lampai, bertudung litup dengan wajah menawan. Walaupun dia berkulit hitam manis, tapi cantik! Bersih je mukenye. Sedap mata memandang. Tapi…

‘pandainye bahasa melayu! Saya hai, patut awak pun hai!’ luthfi cuba berbasa-basi. Sungguh slumber minah depan aku ni. Muka da manis, baju dah cantik (mestilah, sebab baju tu kau yg beli untuk ibu!) tapi, bahasa pulak ade masalah! Potong markah!

‘kalau macam tu, lain kali mulakan dengan assalamualaikum! Islam kan?’ iffa buat-buat tanya. sangat dalam maksudnye. Padan muka. Main sergah-sergah orang pulak. Dah dua kali aku kena hari ni dengan malaun ni. Tak bole nak cakap elok-elok agaknya.

‘Aduh! ayat awak, makan dalam! Sentap 5 minit.’ Tersengih luthfi dengan jawapan balas gadis depan die tuh.

‘Ok lah, kalau macam tu, assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh!’ penuh salam luthfi bagi.  

‘Waalaikumsalam!’ pendek iffa jawab, salam yang penuh dia hanya jawab dalam hati.

 ‘Garang lah awak ni. Tak baik marah-marah, nanti kena jual!’ Luthfi menduga. Dia cuba mengajak gadis di hadapannya itu berbual, tapi susah! Ade ke patut dia jawab ‘Ada aku kisah!’ Boleh tahan kerek jugak minah ni. Suasana sepi kembali.  Lagi nak cakap ape nih? Dah terlupa pulak apa motif dia buat dekat luar ni.

‘Lawa baju, beli kat mana?’ ramah bunyi soalannya. dah takde modal nak bercerita, belasah aje lah.

‘Jumpa tepi jalan, kat kedai tak jual!’ ganas betul jawapan yang diterima.

‘cantik betul baju yang awak jumpa tepi jalan ni ek? Bertuah badan.’

Ish, mamat ni. Aku tau la aku ni pakai baju pinjam. Tak payah la nak ingatkan. Geram aku, baru first time jumpa dah ajak aku gaduh. Apa kes? Bicara lelaki itu tidak dilayan, sebaliknya iffa kembali mengalihkan perhatiannya kepada arnab kecil tadi.

‘Bisu pulak dah ke?’ luthfi bertanya dalam hati. Nak jual mahal la konon. Dia memerhati sahaja tingkah gadis itu. Idea jahat nak menyakat tiba-tiba memetik mindanya.

‘awak nak culik arnab ibu tu pergi mana?’ sengaja  cari pasal. Best pulak menyakat minah ni.

‘tak culik la, nak cilok je!’ hamboih ayat, ingat aku ni muka pencopek ke?! Kurang asam punya malaun.

‘owh, nak cilok. Nak buat cencalok eh? Lapar sangat ke? Makanan berbuka dah siap masak dah. Kalau dah tak tahan sangat, pergilah berbuka dulu. Awak kan tak puasa!’ gelak jahat. Berubah muka minah tu dibuatnya. makin kelat wajahnya, makin galaklah gelak Luthfi.

Kurang asam malaun ni. Ada jugak yang makan penumbuk ni karang. Boleh sawan aku kalau duduk sini lama-lama dengan malaun ni. Ni mana aku nak pergi ni. Nak masok dalam, the only way dah kena blocked dengan mamat ni. Nak jerit ke? Ape kejadah aku nak jerit. Bukan dia buat ape-ape pun.

‘bukan nak buat cencalok la. Nak buat budu. Sebok je. Dah la tepi sikit! Orang tak puasa nak lalu!’ 

Selamba aku menuturkannya. Biadapnye perangai, tok aba tak pernah ajar ni. Tapi kalau nak beradab dengan malaun ni, rasanya memang membazir masa dan tenaga.

Si malaun tu da dok sengih sorang-sorang. Sakit ke ape. Da la aku tak kenal, maen sengih-sengih dengan anak dara orang pulak. Luthfi sekadar tersenyum. Boleh tahan mulut. Nak tolak ke nak tambah markah ni?
Akhirnya, Luthfi menginjak ke tepi. Memberi laluan sikit. Sepatah pon tak terluah. Biarkanlah. Bukan masalah aku. Senyum maseh tak lekang dari bibir. Dia gam ke apa senyum tuh. Nasib Nampak ensem! Eh, ade aku kesah?

‘Meceh!’ ayat shortform bagi terima kasih aku. Dah terbiasa sebut macam tu. Aku bergerak laju. Bukan main besar langkah aku, nak cepat-cepat masuk dalam. Tak sanggup aku nak berlama-lamaan kat luar ni. Bising pula perut aku time-time camni. Walaupun aku ‘off-day’ tapi aku tak sempat nak ngap apa-apa pun pagi tadi. Tadi tu je sempat minum sikit. Tapi slek, boleh terkantoi dengan malaun pulak. Haru betul!

‘Luthfi! Iffa! Buat ape lame sangat tuh. Da nak maghrib da ni! Masuk cepat!’ terdengar jeritan ibu memanggil.

‘coming , bu!’ aku jawab. Namun langkah aku terhenti, berpaling pada mamat tadi yang dah mula bergerak dari kedudukannya.

‘awak nama luthfi?!’ tanye ku ragu-ragu.

‘kite kenal ke?,’ luthfi tanye kembali, kemudian tepuk dahi. Of course la dia kenal aku. Kan ke aku ni peymes. Lupe seketika.

Sakit ke mamat ni, tepuk-tepuk dahi pulak. Nak sangat kena tepuk, meh sini aku dengan senang hati nak tolong hempukkan.

‘tak!’ aku balas sebelum kembali menyusun langkah menuju ke rumah. Luthfi turut bergerak sama selepas terkaku seketika. Muka blur. Tapi dalam hati dia,

Minah ni memang ada masalah ‘dalaman’ agaknya. Tak mesra alam langsung! Entah-entah ex-tenant tanjung rambutan? Pelik-pelik je perangai. Ikut suka die je nak buat apa. Aku tuan rumah ke dia tuan rumah ni? Gerutu Luthfi dalam hati. Pelik dia dengan perangai minah ni. Muka dah boleh tahan cun, tapi perangai pulak, banyak nak kena modified! Masalah!

‘Jangan cakap orang, ko tu pon sama!’ jerit hati. Eh, hati aku ni. Kau ni back-up sape sebenar-benarnya?! Ni tambah lagi benda pelik. Haih! Macam-macam!

No comments:

Post a Comment