Friday, 1 March 2013

SOP #15


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #15


Dia teringat saat dia meminta pendapat gadis itu pada empat hari lepas. Pabila dia menyuarakan pendapatnya untuk mengadakan sidang akhbar ini, sangatlah mengamuk minah itu dibuatnya. Nasib baik ada Faris dan Farhana yang menemankan mereka. Kalau tak rasa macam pendek umur je, bila-bila masa minah tu akan bunuh dia.

Pertemuan di Restoran Enak KL diatur untuk membincangkan ‘masalah’ mereka. Masing-masing bawak partner. Luthfi dengan Faris, Iffa dengan Farhana. Program ‘beramah-mesra-sambil-berbuka-puasa’ ni program terpaksa yang ayah dan ibu aturkan. Sebagai seorang anak mithali kena la pergi jugak. Rindu pulak dia nak menyakat minah tu. Hahahaha.

Tapi, minah tu tak pernah nak memudahkan kerja. Dahlah dipaksa pergi ‘program’ ni, dengan si minah tu pulak buat hal. Nak ajak minah ni punyalah susah! Call handphone tak pernah berjawab. Nak tak nak nombor kedai jugak yang terpaksa didailnya. Bila dah jawab call, bertrillion pulak alasan yang diberi.

Kereta saya rosaklah! à saya ambil awak

Kawan saya nak belanja hari ni, dah janji dengan dia hari tu. à saya join sekalilah kalau macam tu.

Nanti nak pergi shopping rayalah à takpe, saya temankan

Kedai tengah ramai orang ni, busy betul ni à saya boleh tunggu.

Saya tengah diet, tak boleh makan! à sekarang bulan puasa, semua orang pun berdiet. Bukan awak sorang je.

Penat betullah kalau nak melayan perangai dia yang sorang ni. Nasib nak dibuat bini, tahankan aje la. Kalau tak, memang tinggalkan aje. Sanggup ke nak tinggalkan? Bukan ke hati kau dah terpaut? Hatinya menduga.

Terpaut? Dia bertanya pada diri sendiri. Ya, memang terpaut. Lama dia berfikir, minta pendapat kedua orang tuanya. Kakak tersayang yang nun jauh di sana turut dihubungi. Dia turut beristikharah, berdoa memohon pada Yang Satu, agar membantu dia dalam membuat keputusan. Dan, akhirnya Alhamdulillah. Hasilnya, inilah jawapan yang dicari.  Ternyata, memang gadis itu takdir dia. Dan Luthfi? Dia terima.

‘Dah, jangan nak mengada-ngada. Jumpa dekat restoran tu dalam pukul 6.30. Saya dah reserved tempat. Kalau susah sangat, biar saya yang pergi pick up awak terus.’ Arahan dikeluarkan. Penat aku nak melayan minah ni. Stress! Dah lah bagi alasan tak masuk akal. Macam-macam hal.

‘Eh, takpe. Tak payah susah-susah. Saya boleh pergi sendiri.’ Laju Iffa menolak. Kerja gila nak suruh malaun tu pick-up aku. Nampak dek orang, tambah bala je.

‘Tadi kata kereta rosak?’ saja menduga walaupun dia tahu gadis tu sengaja buat alasan tadi.

‘Tak.. tak rosak. Tiba-tiba dah elok balik. Magik betul kereta ni. Buatan Malaysia memang bagus!’ tak pasal-pasal Proton Persona yang tak bersalah tu jadi mangsa. Luthfi tergelak tanpa suara. Mulutnya mengukir senyum. Lawak betullah minah ni.

‘Awak dalam kereta ke sekarang ni?’

‘Takdelah, kat dalam kedailah. Kan tengah jawab call pakai phone kedai ni.’

‘Manalah tahu kalau kedai awak pakai cordless phone ke?’

‘Apasal pulak?’ kening Iffa naik sebelah. Blur. Apa benda la yang mamat ni membebel sampai susah sangat nak hadam ni?

‘Macam mana awak tahu kereta awak tuh dah elok. Tadi bersungguh benar kata rosak. Ke awak tipu saya tadi?’

‘Eh, taaaaaaaaaaak! Tak tipu. Betul.’ Bersungguh-sungguh dia mengiyakan. ‘Saya dengan kereta tu ada chemistry baik punya. Pakai telepathy. Kereta tu sendiri cakap, dia dah elok, tak rosak. Just selesema je. So, awak tak payahlah risau. Betul ni, serius. Tak tipu.’ melalut lagi aku ni, desis dia dalam hati. Bulan-bulan puasa nak menipu. Tambah dosa betullah. Yang malaun ni pun satu, letak jelah telefon tu cepat, tiba-tiba peramah luar biasa ni apehal pulak? Dah panas telinga aku melayan cakap dia ni.

Luthfi yang di talian sana dah menepuk dahi. Kuat. Gelak bisunya tertahan-tahan. Sungguh, minah ni memang pelik!

‘Oh, kereta awak selesema rupenye. Dah bagi makan panadol soluble ke? Kesian kat kereta awak, melarat pulak sakit tu nanti.’

‘Tulah, tadi nak bagi, tapi dia kata, dia puasa. Taknak makan ubat. Degilkan dia tu.’ Makin menjadi-jadi sakit aku ni. Boleh pulak mamat ni melayan aku. Lenguh dah tangan pegang telefon ni. Dia ni taknak letak ke, aku ni dah lah puasa, tak cukup tenaga lah nak layan kau. Ades!

‘Kereta awak cakap eh. Hebat kereta awak. Mana beli? Tak sangka kat Malaysia kita ada produce kereta yang pandai berkata-kata macam ni.’

‘Tu la pasal! Awak ape tahu. Asyik layan kereta import je.’

‘Nak buat macam mana. Dah kereta import je yang saya mampu beli.’

‘Pergh! Ayat mamat ni. Riak yang sungguh sopan. Tak boleh blah betul.’

‘Mamat yang riak dan cannot go nilah yang akan terima akad awak nanti tau!’

Erk! Iffa terdiam. Perlu ke dia mengungkit pasal kahwin tu sekarang ni. Macam tak percaya, dia bakal ditunangkan dengan lelaki yang tengah gelak tak ingat dunia di talian sebelah sana. Pelik bukan? Dia cuba menanamkan ‘rasa’ untuk malaun tu. Moga-moga hati dia akan terbuka untuk terima dia dan sekarang ni dia ada ‘homework’ baru. Yakni belajar menerima  lelaki itu dalam hidup dia. Walaupun dalam terpaksa.

‘Dahlah, saya tengah busy ni. Mengacau je la dia ni.’

‘Tapi saya tengah bosanlah sekarang ni. Takde kawan nak ajak berbual.’

‘Haih, kata famous!’ ditekan kuat suaranya pada perkataan famous itu. ‘Takkan tak de kawan kot bro. Tu lah sombong sangat, kan takde orang nak.’

‘Awak nak je kat saya.’

‘Hello, correction! Awak yang tergila-gilakan saya okay. Cakap orang pulak.’

‘Yelah, memang saya gila kat awak, saya mengaku. Puas hati.’ Iffa terkedu. Itu.... kira confession ke apa tu?

‘Mengarut lebih la mamat ni. Dahlah, saya nak letak dah ni. Tengah busy ni.’ Dia dah malas nak layan lebih-lebih. Nanti makin ke laut melalutnya.

‘Kedai buku je pun, busy amendenye.’ Nada tak puas hati, lebih kepada sedikit rajuk bunyinya. Dia baru mahu berkenal-kenalan, cuba mewujudkan chemistry tapi minah ni langsung tak layan. Tak make effort langsung nak kenal aku. Sentaplah hati kita macam ni.

‘Saya kat bakeri kawan lah. Tengah tolong dia siapkan order cupcake ni, hah. Ingat awak sorang je ke yang tahu busy. Saya pun reti busy jugak tau.’

‘Yelah, yelah.’ Pendek je jawabnya.

‘Dah letak cepat.’ Dia mengarah.

‘Awak borak la dengan saya. Orang nak kenal-kenal dengan dia ni, dia jual mahal pulak.’

‘Kata kejap lagi nak jumpa kan.’

‘Kejap lagi tu, kejap lagi punya cerita la. Ni sekarang punya cerita.’

‘Awak kalau nak teruskan mengada-ngada macam ni. Buatlah. Nanti aku tak datang restoran tu, baru kau tau.’ Ops! Dah keluar dah perangai brutal aku. Penat aku simpan sempena bulan ramadhan yang mulia ni. Mamat ni memang special kes lah. Banyak kerenah. Dah berbuih mulut aku kata aku busy tadikan. Kan dah tak reti nak bersopan dah bahasa aku, padan muka kau!

‘Alah, awak jangan lah macam tu. Sorry, okay. Sorry!’ amboi, bahasa samseng dia dah pakai. Tengah panas lah ni. Better stop now, luthfi. Suara hati memberi peringatan.

‘Saya tak kacau awak. Sorry, awak busy. Saya faham. Tapi, please datang. Saya dah reserved table.’

‘Hah, tau takut. Baru gertak sikit, dah cuak.’

‘I’m sorry. But, you’re coming right?’ was-was bertanya. Berdasarkan pemerhatian dan cerita dari pakcik sharef, dapatlah disimpulkan bahawasanya Minah ni kepala angin. Ikut suka dia je. Buatnya betul-betul tak muncul, tak pasal-pasal je nanti.

‘Tengok mood!’ selamba dia membalas.

‘Iffa! Sampai hati awak!’ menjerit kecil lelaki itu menyeru namanya. Iffa dah bantai gelak. Baru cakap sikit, menggelabah je lebih.

‘Tapi kan, kalau tak pergi tak bole ke? Kan hari tu saya dah buka puasa dengan family awak. Tak bosan ke nak jumpa selalu je?’ dia ingat lagi, baru je ahad minggu lepas dia berbuka bersama tok aba dengan family dia. Takkan nak jumpa lagi kot. Belum reda lagi cerita gaduh mereka, kisah keputusan untuk menyatukan mereka masih segar dalam ingatan. Kisah dia bermasam muka dengan tok aba hingga sekarang. Entah mengapa rasa sedih tiba-tiba menyelubungi hati. Dia rindu dengan lelaki itu. Sungguh, dia rindu.

‘Mana boleh macam tu. Tadikan kan kita dah deal. Kalau ibu tau program diorang ni tak jalan, awak nak saya jawab ape?’ Luthfi meluahkan rasa tak puas hati dia (lagi sekali.) Kan aku dah kata, memang betul cakap pakcik sharef. Dia ni memang Kepala angin.

‘Takdelah. Kan nanti kita berdua je. Alone. Together. Public. Saya tak biasa la. Awak kan famous.’ Sempat dia memuji. Nak ambil hati. ‘seganlah bila orang tengok nanti.’ Terluah jugak kerisauan sebenar dia.

‘Habis tu, kalau dah macam tu, awak nak suggest ape?’

‘Kawan?’

‘Eh?’

‘Saya bawak kawan boleh? Temankan. Awak pun bawak lah sekali. Untuk cover line. Okay?’

‘Suka hati lah. Tapi,....’

‘Yes!!’ Iffa menjerit suka. Fana yang dari tadi sekadar mendengar dan memerhati, mendehem kuat. Sengih jela yang dia mampu.

‘Dengar dulu, tak habis cakap lagi ni. Ada tapi nya.’

‘Tapi apa pulak ni?’

‘Bawak sorang je. Saya ni kedekut, taknak belanja ramai-ramai.’

‘Taulah.’

‘Apa yang taunya?’ saja je aku ni, gatal betul nak cari pasal.

‘Orang tahu lah, nak bawak kawan sorang je. Part yang kedekut tu, tak payah cakap pun tahu. Obvious gila kot.’ Setepek kena kat muka luthfi. Amek kau.

‘Dahlah, saya nak letak dah ni. Berpeluh dah telinga ni dengar awak membebel.’

‘Eh, kita pulak yang kena. Siapa yang beriya-iya sangat tadi ajak sembang? Luku kang baru tau.’

‘Okay, okay fine. Dah, pegi sambung kerja yang awak busy sangat tadi tu. Mulut tu asyik berbunyi aje, tangan entah bergerak ke tidak. Entah bila nak siap kerja kalau macam ni.’

‘I know what I am doing, lah. Tak payah sibuk. Dah, dah, bye! Assalamuaikum.’

‘Ok, bye. Ingat ye pukul 6.30. kalau lambat saya denda awak!’

Satu keluhan lega iffa lepaskan setelah panggilan tadi akhirnya Berjaya ditamatkan. Tapi, renungan tajam mata farhana menandakan masih ada perkara yang belum selesai.

2 comments:

  1. smlm bru je abes bce sop14 tetiba dh ade sop 15..hehe..thanks writer...(^~^)V

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..
      sementara tgh free ni mmg laju ckit publish nye..
      lepas ni dah busy, lambatlah ckit~

      (n.n)v

      Delete