Thursday 28 February 2013

SOP #14


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------


Suamiku Orang Popular 14

Sidang akhbar ini akhirnya tiba ke penghujungnya. Faris dan Luthfi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir, walaupun hal ini dilaksanakan pada minit-minit yang terakhir. Mereka semua bersurai. Masih ada wartawan yang cuba mendapatkan cerita eksklusif darinya sewaktu semua yang lain sudah berangkat pulang. Namun, Luthfi bijak menyimpan rahsia. Lagipun dia dah janji. ‘Nak kena pancung, bocorkanlah rahsia’ masih terngiang-ngiang amaran itu di telinga nya. Seram sejuk kadang-kadang. Tak sanggup dia nak menghadapi kemungkinan itu.

‘Faris,  kau rasa betul ke apa yang aku buat ni?’ dia bertanya kepada Faris yang duduk di sebelahnya. Tangannya laju memutar stereng. Hari ni dia free. Bulan puasa memang dia selalu bercuti panjang. Mahu berehat sambil menghabiskan masa bersama keluarga. Takkan la nak keje je 12 bulan setahun. Dia pun manusia, perlukan waktu untuk beristirehat.

‘kau nak aku jawab sebagai kawan baik kau atau selaku pengurus kau?’ tanya faris ragu-ragu.
‘cepatlah weh, main-main pulak dia! Aku serius ni.’ Rasa resah semalam muncul kembali. tadi bukan main eksyen. Yakin lain macam. Ni sekarang ni, lain pulak ceritanya.

‘Relaks la bro. OK, aku jawab. Sebagai kawan baik kau, aku rasa memang patut pon kau kawin sekarang sebab kita ni bukannya makin muda setiap hari. Jodoh kau dah sampai, takkan kau nak biarkan aje. Buatnya kena kebas dengan orang, tak ke naye tuh.’ Luthfi mengangguk. Bersetuju.

‘Tapi, kalau selaku pengurus kau, kau tak rasa ke keputusan kau ni terburu-buru? Bro, ko tengah mahal kot sekarang ni. Jangankan sebab perkara ni, ko terus jatuh. Ko pikirkanlah, sebab ni pendapat aku.’ Faris menamatkan bicaranya.

L.Hakeem memandang wajah Faris. Mereka kini berada di lampu isyarat. Dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Subang. Wajahnya seperti orang yang dalam dilemma. Serba salah Faris dibuatnya.

‘Tapi, kau kan dah buat keputusan. Kau ikut je la kata kati kau tuh. Benda ni perkara normal bro. Kau nak dirikan masjid, benda baik, takkanlah ada orang yang nak halang. Rezeki kita ada kat mana-mana lah bro sebab Rezeki tu Allah yang bagi. tak payah risau sangat lah. Lagipun, lambat-laun, kau kena kawen jugak! Cuma cepat dengan lambat je.’ dia cuba menyedapkan hati Luthfi. Naluri dia mengatakan bahawa Luthfi kini lebih memerlukan pendapat dia sebagai seorang sahabat. Luthfi masih terus membatu. Cuba menghadamkan kata-kata sahabatnya itu.

Betul jugakkan? Dah sampai jodoh, takkan nak tolak. Lagipun, bukannya dia nak buat benda tak baik. Nak mendirikan masjid, kan bagus tuh. Kata hatinya.

2 comments:

  1. udah abes bace...best citer nie..follow up dr penulisan..nk tgu kuar kat p2u lmbt sgt..hehe!! thanks writer utk citer best nie..(^~^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs sebab sudi bace~
      terharu kite --> (T.T) nanges laju-laju.

      Insya Allah, kite try merajinkan diri untok slalu update blog ni (n.n)v
      bila-bila masa ada kelapangan~
      tungguuuuuuuuuuuuuu~~!!

      Delete