Friday 22 February 2013

SOP #12


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #12


Suasana hingar-bingar di perkarangan Hotel Double Tree Hilton, Ampang menarik perhatian orang yang lalu lalang di luar. Kelihatan ramai manusia dengan kamera ditangan masing-masing bersedia untuk merakamkan wajah insan yang menjadi buah mulut masyarakat hari ini.

Jejaka yang berwajah persis pelakon Hollywood, Ian Somerhalder tapi versi anak melayu melangkah keluar dari kereta dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Sungguh, senyuman semanis itu bisa mencairkan sesiapa saja. Mulutnya ramah bertanya khabar. Garau suaranya menggoyah jiwa. Orang yang ditunggu akhirnya muncul jua. Ketibaan insan popular yang dinanti ini, menambahkan lagi keriuhan, sehingga pihak hotel terpaksa menghulurkan bantuan keselamatan.

L.Hakeem tiba di perkarangan hotel tepat jam 10 pagi seperti yang dijanjikan. Saat kakinya menjejakkan kaki ke tanah, terdengar bunyi picitan kamera merakamkan setiap pergerakannya. Tidak ketinggalan soalan dari wartawan yang bertalu-talu bertanyakan motif sidang akhbar hari ini dijalankan. L.Hakeem sekadar senyum sebagai jawapan. Dia sudah bersedia, untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku dalam hidupnya.

Ya, benar. Sebuah sidang akhbar dengan dia sebagai watak utama bakal berlangsung pada hari ini. Jemputan ke sidang akhbar ini telah pun diedarkan kepada media dan wartawan hiburan 3 hari yang lalu. Tidak dinyatakan tujuan sebenar sidang akhbar ini diadakan. Cuma ditulis, ada satu pengumuman penting yang akan dibuat oleh dia.

Langkah diteruskan ke dalam hotel dan menuju ke tempat yang dijanjikan. Faris, sahabat baik juga merupakan pengurusnya,setia menemani disisi. Setelah berbincang, akhirnya keputusan ini yang dirasakan terbaik, diambil.

Pintu dewan itu dibuka, dan L.Hakeem melangkah masuk dengan yakin. Dia senyum pada mereka yang sudah berada di situ menantikan kehadirannya. Salam diberi sebagai pembuka bicara. Dia mengambil tempat dan duduk dibahagian hadapan, bersedia dengan segala kemungkinan. Faris bertindak selaku pengerusi majlis dan mengumumkan secara rasminya bahawasanya sidang akhbar ini akan bermula.

‘Assalamualaikum wbt semua,’ tutur L.Hakeem sambil tersenyum. Semua yang ada di dalam dewan itu menjawab salamnya. Bunyi bidikan lensa kamera merakamkan gambar masih belum surut. Kamera rancangan hiburan pula terus setia merakamkan aksinya walaupun dia tidak berbuat apa-apa. Hadirin yang berada di dalam dewan terus khusyuk, menantikan dia untuk terus menyambung bicara.

‘Semua puasa tak hari ini?’ dia bertanya. Mukadimahnya mendatangkan tawa buat satu dewan. Nak kena ambil hati dulu ni. Bisik hati L.Hakeem. dia mungkin Nampak tenang diluar, Nampak seperti sudah bersedia. Tapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu. Dia tak tahu bagaimanakah penerimaan masyarakat nanti. Dia takut dengan anggapan mereka, tapi dibiarkan sahaja perasaan itu. Kerana apa? Kerana dia yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bukankah Allah itu Perancang Yang Terbaik.

‘Baiklah, saya pun tak nak ambil masa anda, memandangkan saya sedar kita semua merupakan rakyat yang busy.’ Senyum. ‘tujuan sebenar saya menjemput anda semua, rakan wartawan dan wakil media hadir ke majlis sidang akhbar ini adalah kerana saya mempunyai satu pengumuman penting yang ingin dibuat.’ Suasana dalam dewan senyap. Hanya bidikan kamera yang kelihatan.

‘diharapkan dengan apa yang ingin sampaikan sebentar lagi ini, akan dapat dapat diterima dengan baiklah, buat rakan-rakan semua.’ Nafas ditarik dalam-dalam. Degup hatinya terus berdetap laju. Ni baru nak umum, belum betul-betul punya ni. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini! Doanya dalam hati.

‘Saya nak kahwin!’ ucap L.Hakeem.

‘Hah?’ satu dewan serentak bertanya.


*********************

Keadaan dalam dewan itu mula riuh. Soseh-soseh wartawan yang hadir dengan pertanyaan sesama mereka membingitkan telinga.. Masing-masing tak percaya. Salah dengar ke? L.Hakeem sudah dapat mengagak akan reaksi itu. Ditarik nafas dalam-dalam dan dihembus keluar semula perlahan-lahan. Cuba menenangkan diri. Berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ini, Ya Allah. Dia berdoa di dalam hati.

‘Saya akan berkahwin!’ ulangnya lagi. Kali ini dengan lebih yakin. ‘Saya akan berkahwin, dan mengikut perancangan, majlis akan diadakan pada awal tahun hadapan!’ jelasnya lagi. Keadaan dalam dewan yang pada mulanya tenang mula riuh dengan suara mereka. Rakan wartawan dan wakil media yang berada di situ saling memandang sesama mereka. Jelas tertera kecelaruan di wajah, masing-masing tertanya-tanya. Apa yang sedang berlaku ini?

‘Majlis pertunangan akan dilangsungkan, insya-Allah dalam masa yang terdekat ini. Mengikut perancangan, kami akan bertunang selama 3 bulan sahaja. Benda yang baik tak perlulah dilambat-lambatkan, betul tak? Tapi, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana majlis ini akan dibuat secara tertutup. Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja yang akan dijemput. Keputusan ini diambil kerana saya perlu menjaga hati kedua-dua keluarga yang mahukan ‘privasi’. Tapi jangan risau, kerana majlis resepsi akan tetap diadakan buat semua pada awal tahun hadapan. Pada waktu itu nanti, saya menjemput semua rakan media untuk hadir memeriahkan majlis kami.’ Senyum masih tidak lekang dibibirnya. Kalau tengok macam orang sedang dilamun cinta. Bercintakah dia? Hanya hati L.Hakeem dan Allah sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment