Friday 22 February 2013

SOP #13


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #13


Tamat sudah pengumumannya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Tak boleh nak buat apa dah. L.Hakeem berbalas pandangan dengan Faris, mengizinkan sesi soal jawab dimulakan. Dia ingin tamatkan sidang akhbar ini secepat mungkin. Da macam nak meletup da jantung ini. Debarannya luar biasa. Apa jenis soalan yang akan diajukan oleh wartawan mendatangkan resah dihatinya. Tak betah duduknya dihadapan itu.

Keadaan yang tadinya senyap seketika kembali bising setelah Faris mengumumkan bahawasanya sesi soal jawab boleh dimulakan sekarang. Masing-masing mengangkat tangan, dan ada yang sudah berdiri. Bersedia untuk menanyakan soalan.

‘Saya wartawan dari Majalah J. Soalan saya, adakah benar saudara L.Hakeem akan berkahwin?’

‘Ya, memang benar.’ Jawabnya yakin.

‘Kenapa?’ tanya wartawan itu lagi.

‘Sebab dah sampai seru?’ luthfi gelak dengan jawapannya. Cuba menenangkan perasaannya sendiri.

‘maksud saya, kenapa tiba-tiba?’ wartawan itu cuba mendapatkan penjelasan. Tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan tadi.

‘eh, mana ada tiba-tiba!’ gelak dia sendiri. ‘Keputusan ini dibuat setelah kami berbincang bersama. (berbincang ke?!) rasanya dah sampai masa untuk saya mendirikan masjid dan saya fikirkan pada umur saya sekarang amatlah bersesuaian. Perfect timing la senang cakap’ dia menjawab.

‘tapi yang peliknya L.Hakeem, tak ada angin, tak ada ribut, kenapa tiba-tiba memutuskan nak kahwin?’ soalan dari seorang penulis blog hiburan popular menarik perhatiannya.

‘macam yang saya katakan tadi, benda ini bukannya tiba-tiba (walaupun sebenarnya memang ya!) dah lama keputusan ini dibuat (tak lama mana pun. 4 hari lepas kot) Cuma sengaja tak diuar-uarkan (padahal tak tahu-menahu) sebab banyak hati nak dijaga. Saya taknak apa yang dirancang tak menjadi kalau benda ni diheboh-hebohkan. Kitakan hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Benda kahwin ni perkara serius, tak boleh main-main perihal bina masjid ni. Jadi setelah saya yakin dan pasti, barulah keputusan untuk mengumumkan perkahwinan ini dibuat.’ Amboi, bukan main baik lagi kau goreng ayat ye Luthfi. Hatinya berbicara sendiri. Tipu sunat takpe.

‘jadi selama ini, gossip yang mengatakan awak berpacaran dengan pelakon wanita yang semakin meningkat naik itu, tipulah ya,’ pertanyaan seterusnya dari wartawan rancangan hiburan.

‘Tak betullah tu!’ dia mengiyakan.

‘Siapa gadis tu?’ semua senyap. Soalan panas ni. Mereka menunggu jawapan dari tuan punya badan. L.Hakeem sekadar tersenyum. Makin lebar dibuatnya. Entah kan senyuman itu ikhlas dari hati atau dibuat-buat. Pelakon lah katakan~

‘Biarlah rahsia~!’ bait lirik lagu oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza dinyanyikannya.

‘Eeeeeyyyyy~!’ berpadu suara mereka semua, tanda tidak puas hati. Menyedarkan perkara ini, L.Hakeem terus menyambung bicara.

‘Ok. Ok. Bawak bertenang semua. Saya cerita.’ Tuturnya, meredakan seketika suasana tadi.

‘Dia, merupakan pemilik tulang rusuk kiri saya yang dah lama hilang tu.’bersahaja dia berbicara. ‘Dan hadirnya dia dalam hidup saya, untuk memulangkan apa yang pada awalnya adalah milik saya. Dah pinjam, kena lah pulang balik kan,’ dia cuba melawak. Ni kalau tau dek minah tu nanti, habes aku kena balon ni. Lantaklah. Dua-dua nak hidup kan. Tuturnya tak berhenti disitu, bicaranya diteruskan.

‘Dia juga merupakan insan yang memiliki sebelah lagi jiwa saya, bila bersama, kami rasa saling melengkapi. Ayat pendeknya, kami jadi satu. Saya akui, tiada antara kami yang sempurna, tapi kehadiran dia telah menyempurnakan segala kekurangan saya. Dan saya sangat berterima kasih pada dia untuk itu.’ Terjawab sudah soalan tadi. Apa lah yang aku merepek ni? Bersastera sungguh ayat. Bukan dulu aku ni budak science stream ke? Bila masa aku pandai cakap bahasa pujangga ni pun aku tak tau.

Specific la sikit Hakeem. Umur berapa? Asal mana? Berapa lama berkenalan? takkan taknak cerita sikit pun L.Hakeem? ramai peminat awak nak tahu ni, siapa yang Berjaya merampas awak dari mereka. Jejaka idaman Malaya ni!’ wartawan tadi cuba memprovokasi. Kembang kempis hidung L.Hakeem dibuatnya. Macam nak terkoyak da mulut, kalau tengok gaya senyumnya yang lebar melampau. See, it is proven that L.Hakeem is the hottest guy in Malaya! In your face, minah buku!

bukan taknak share, tapi segan la nak cerita,’ malu la kononnya. Tingkah L.Hakeem menggalakkan lagi suasana dalam dewan itu. Riuh kembali suasana. Sumpah! Buat orang yang tak tahu perkara sebenar, mereka akan mengandaikan bahawa dia kini memang sedang di ulit bahagia.

‘Dia seorang gadis yang berumur 20++. Wajahnya, manis dipandang. Perilakunya, secara ringkasnya bolehlah disimpulkan sebagai anak yang baik. dia hormat orang tua saya, dan orang tua saya pun boleh menerima dia dengan baik. Boleh dikatakan sebagai menantu pilihan la. Sebab, ibu saya kalau dah jumpa dia, tak mau berenggang langsung. Macam mak dengan anak. Lagi apa ya…,’ dia berfikir sebentar, ‘Hah, saya terpikat dengan perwatakan dia (minah yang pelik), tutur kata dia (suka cari pasal), sikap dia (selamba badak) dan yang paling penting dia terima saya seadanya (bukan dia kisah pun aku ni siapa!),’ meraban je la aku ni. Entah apa la yang minah tu pikir kalau dia dapat tau ni.

‘Langsung taknak bagitau ke siapa pilihan hati tu, L.Hakeem?’ masih cuba mengorek rahsia. Soalan ditujukan oleh seorang wartwan portal hiburan. ‘Saya minta maaf sangat-sangat, sebab permintaan itu sukar untuk saya tunaikan. Saya dah berjanji, and I am a man that keep my words. Saya berharap, anda semua dapat menghormati keputusan saya. Insya-Allah, satu hari nanti anda semua akan tahu juga. Banyakkan lah berdoa ya.’ bersahaja dia menjawab. Wartawan tadi sekadar mengangguk. Wakil media yang hadir mengangguk sambil tangan laju mencatat apa yang diperkatakan L.Hakeem. Ada yang berbincang sesame sendiri. Berita sensasi ni. Masing-masing khusyuk mengarang cerita. Kalau yang ade laptop depan mata tuh, confirm dari portal hiburan. Dan confirm jugaklah dalam masa 10 saat lagi berita ini akan tersebar. Teknologi memang canggih sekarang nih. Makin panaslah nama aku untuk seminggu dua ni.

2 comments:

  1. salam cik Z....baru jumpa blog....kelakar citer ni....will follow :)

    ReplyDelete
  2. tenkiu~! support appreciated very much!
    have fun n enjoy reading~!

    ReplyDelete