Friday 22 February 2013

SOP #11


***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #11


Luthfi sedang terbaring layu di atas katilnya. Penat otaknya berfikir hal tadi. Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. 

‘Pakcik Sharef,’ tegur luthfi apabila melihatkan kepala lelaki itu terjengul di pintu biliknya.
‘Boleh pakcik masuk?’ tanyanya. Luthfi mengangguk. Pakcik sharef mula melangkah masuk dan duduk di birai katil. Dia pun berbuat perkara yang sama.

‘Kenapa pakcik?’ Tanya Luthfi. Pakcik Sharef tak menjawab. Direnung wajah tampan anak muda dihadapannya. Dalam. Luthfi mula merasa pelik pabila pakcik Sharef tiba-tiba sahaja memeluknya. Kemas. Ditepuk-tepuk belakang badannya. Lembut sahaja. Terkejut luthfi dengan reaksi itu. Dia tak tahu nak buat apa apabila Pak cik sharef membisikkan sesuatu di telinganya. ‘pakcik minta tolong kamu, jaga cucu pakcik!’ kemudian, pelukan dileraikan. Wajah anak muda itu ditatap. Sayunya pandangan mata pakcik sharef, memagut rasa dihatinya.

‘umur pakcik dah tua, dah tak lama dah ni.’ Sambung tok aba.

‘boleh tolong pakcik?’ tanyanya lagi. Penuh mengharap.

‘Kenapa pakcik sharef cakap macam tu. Tak baiklah. Kalau dengar dek minah tu, kecik hati dia,’ luthfi cuba melawak. Resah hatinya tak terkata.

‘Iffa, Luthfi. Nama dia Iffa. Nama penuh, Nur  Zatul Iffah binti Hashim.’ Beritahu tok aba.

‘Oh! Sorry pakcik.’ Sengih. Lupa pulak minah tu cucu pakcik sharef. Yang aku ni pun selamba badak je panggil minah. Kan dah kena.

‘kamu hafal lah nama tu, senang masa nak akad nanti,’ seloroh tok aba. Bulat mata luthfi dibuatnya. Terus mati sengih dia tadi.

‘kenapa pakcik pilih saya?’ tanpa silu, pertanyaan itu dilontarkan. Dia pandang mata pakcik Sharef

‘pakcik tahu kamu boleh sebab tu pakcik pilih kamu.’ Ringkas sahaja jawapan balas yang diterima.

‘tapi, pakcik tak risau ke kalau saya menolak? Buatnya saya ni dah berpunya, cucu pakcik tu dah ada buah hati dia sendiri ke?’ dia tanya lagi, sedikit teragak-agak.

‘pakcik tak tahu kenapa tapi pakcik dapat rasa yang kamu akan terima. Lagi satu, pakcik tahu, buah hati si iffa tu Cuma pakcik seorang.’ yakin bunyi jawapan itu.

‘pakcik pun dah risik, mak kamu kata, kamu solo lagi.’ Kata tok aba.

‘saya tak tahu lah pakcik.’ Akhirnya luthfi meluahkan perasaannya yang terbuku sejak tadi.

‘kamu cuma tak pasti dengan perasaan kamu sendiri, tapi kamu tak pula menolak. Jadi, kemungkinan untuk kamu terima iffa tu agak tinggi.’ Tok aba senyum memandang anak muda didepannya. ‘mula-mula jumpa pun dah tak sebulu. Ikut kata orang-dulu-dulu, mula-mula benci, lama-lama nanti sayang.’ Gelak tok aba bila luthfi membuntangkan matanya. Terkejut barangkali dia. Cucu dengan atok perangai lebih kurang je.

Tok aba mengenggam tangan luthfi. Dia tidak mendesak luthfi untuk mendapatkan jawapan sebaliknya memberikan masa untuk luthfi memikirkannya. Tok aba memberi salam, sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu. Luthfi? Dia membisu. Dia tak tahu. Otaknya gagal berfungsi di saat ini. Buntu. Keliru. Celaru. ‘Apa aku nak buat ni?’ soalnya berkali-kali pada diri sendiri sebelum badannya kembali ditelentangkan di atas katil.

No comments:

Post a Comment