Sunday 7 July 2013

SOP #28

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------



Suamiku Orang Popular #28


“Kau nak aku buat apa?” aku gagahkan diri bertanya jugak. Lagi cepat settle lagi bagus!

“Aku nak kau call dia sekarang!”

“Hah?”

“Call dia sekarang!” diulang lagi

“Lain kali tak boleh ke?” aku cuba nego.

“Tak boleh! Lagipun tadi aku dah cakap dengan dia yang kau akan call dia balik. So, sekarang ni aku nak kau call dia.” Arahan dikeluarkan.

“Bila masa aku kata aku nak call balik? Suka-suka je buat cerita!” aku mulalah nak mengada ni.

“OK! Fine! Lepas ni kalau kau dapat stranger call lagi, jawab sendiri. Aku dah malas nak jadik P.A tak bertauliah kau.” Fana menjauh hati. Buat-buat terasa. Dia dah berikrar akan ‘tolong’ pasangan. So, tak kisah pakai cara apa pun, dia akan pastikan masjid yang baru dibina, tetap utuh berdiri. Itu janji dia!

“Alah, Fana! Takkan sampai macam tu sekali.”

“Kalau kau still nak pakai khidmat aku, tukang mengjawab segala phone call yang kau alergik taknak angkat tu, you better call him now!” titik. Iffa senyap.

“Cepatlah. One phone call je pun, bukannya aku suruh kau terjun bangunan. Apalah payah bebenor nak faham bahasa awak ni?”

“Kau punya phone call ni dah equals to suruh aku bunuh diri! Taknak aku!” berdegil.

“Iffa! Kau nak aku telefon Tok Aba ke, suruh Tok Aba yang settlekan masalah taknak-berkomunikasi-dengan-suami kau ni?” geram dah Fana dibuatnya.

“Alah~! Janganlah babitkan Tok Aba. Risau dia nanti!”

“Dah tu. Baik kau telefon dia sekarang. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu.”

“Kejap lagi lah aku call,” aku cuba berdalih. Fana menggeleng. Tak bersetuju. Dipandangnya aku tajam. Aku mencebik.

“Ok, fine! Aku call dia sekarang.” Nexus aku yang dari tadi terdampar dekat atas kaunter tu aku ambil. Langkah aku mula diatur ke arah pintu kedai.

“Oii oii makcik!” Fana panggil. Aku menoleh.

“Tu, kau nak pergi mana tu?”

“Aku nak balik kedailah.”

“Nak buat apa?”

“Tadi kau jugak yang suruh aku call dia kan. So, sekarang ni aku nak pergi sebelah, call dia.”

“Tak payah susah-susah. Call kat sini je.”

“Hah? Kenapa pulak?”

“Kau ingat aku tak tahu taktik kau? Tu kalau kau dah balik kedai kau tu, memang harapanlah kau nak call dia kan? Tak payah kat sebelah, kat sini je.”

“Ish! Tahu je apa aku nak buat! Menyampah.” Aku mencebik. Susah betul bila dah BFF ni. Sambil mulut tak henti merungut, aku tekan skrin telefon. Ganas!

“Melawan eh!” tegur Fana. Aku jeling dia. Tak setuju betul dengan idea tak masuk akal ni. Dah tau aku tak suka nak berbual mesra dengan mamat tu, lagi dia suruh aku buat! Benci! Benci! Benci!

Paparan senarai panggilan yang diterima dibuka. Senang nak tahu nombor dia, sebab dia yang terakhir call aku. Dah bersedia nak call ni. Fana perhatikan je setiap pergerakan aku. Seram betul makcik ni. Dah serupa stalker.

“Aku nak call ni,” aku bagitau. Fana sekadar mengangguk.

“Dipersilakan.” Senyum dia, lagi menggalakkan aku. Ceit!

Aku dah sedia nak tekan butang dial, sebelum tiba-tiba aku teringat something.

“Cop! Nanti bila aku cakap dengan dia kau dengar, malulah!”

“Tak payah nak menggedik la, Iffa oi. Kau tu bukannya aku baru jumpa semalam. Takde maknenye dia nak mushy-mushy dengan kau. Cepatlah call!  Banyak betul dalihnya!”

Aku jelir lidah. Tanda tak puas hati. Akhirnya,aku tekan jugak button dial tu. Panggilan sedang disambungkan. Fana siku-siku aku. “Buat loudspeaker!” dia bisik. Menjegil bijik mata aku dekat dia, tanda tak bersetuju. Fana siku lagi, pakej muka seram dia. Nak tak nak, terpaksalah aku loudspeaker kan call tu. Selepas tiga kali deringan, akhirnya panggilan bersambut dan terdengar suara garau lelaki menjawab.

“Hello!”

2 comments: