Saturday 13 July 2013

SOP #29

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #29


L.Hakeem melihat jam di pergelangan tangannya. Pukul 9.40 pagi. 'Apa benda lah yang minah tu tengah buat eh?’ Dia bertanya pada diri sendiri. Nak dekat seminggu dia dekat sini, tapi satu call pun dia tak dapat. Mesej apatah lagi. Scene dia baru saja tamat. Kejap lagi mereka akan diberi short break. iPhone miliknya diambil. Tangannya laju menaip sesuatu sebelum butang send ditekan. Faris yang baru tiba menegurnya.

“Bro!” L.Hakeem berpaling. Air Nescafe yang dihulurkan Faris diambil.

“Kau apehal aku tengok macam cacing kepanasan je? Kejap-kejap tengok phone? Kau tengah tunggu call ke?” Faris bertanya. Dari tadi dia perhatikan mamat ni, tak mahu berenggang langsung dengan iPhone dia hari ini.

“Takde ape lah.” L.Hakeem menafikan. Air Nescafe panas itu dihirup perlahan.

“Ada apa-apa jadi kat rumah ke?” Faris masih dengan mode busybody dia. L.Hakeem sekadar menggeleng.

“Dah tu? Yang kau resah gelisah semacam ni kenapa?” kening Faris terangkat sebelah apabila L.Hakeem tidak melayan pertanyaan dia, sebaliknya tersenyum membaca mesej yang baru diterima. Tangannya rancak membalas mesej.

“Bro!” Faris memanggil lagi.
“Aku ade kat depan kau ni tau.” L.Hakeem yang masih tersengih memandang makhluk Allah di depannya.

“Kau nak ape lah, labu?” dia bermain dengan jarinya sendiri sementara menunggu smsnya dibalas. Nasib baiklah lelaki tak boleh pakai inai. Takdelah status dia sekarang ni terbongkar.

“Saje nak bagitau in case kau terlupa, aku ade kat depan ni.” Makin lebar sengih L.Hakeem, makin busybody Faris dibuatnya. Ni tak boleh jadi ni, mesti ada something happened.

“Weh, share la sikit.” Faris dah mula meluat. Nak tunggu mamat ni bagitahu, memang taklah. Selagi tak dikorek rahsia, selagi tu mulut dia takkan bercerita. L.Hakeem yang masih dengan sengihnya menghulurkan cawan air Nescafe kepada Faris. Tangannya laju membalas sms.

“Nak buat apa bagi aku air ni?” Faris bertanya pelik. L.Hakeem mendongak.

“Bukan tadi kau nak air ni sikit ke?” dia bertanya. Sibuklah mamat ni. Orang tengah nak ‘bercinta’ ni.

“Bila masa?” Faris buat muka. Berkerut-kerut dahi dia.

“Tadi. Yang kau minta nak share dengan aku tu apa? Dah bagi taknak pulak!” L.Hakeem membebel. Dia masih rancak membalas mesej. Sengih gatal tadi dah hilang ke mana.

“Bukan share air lah, gila! Aku pun ada air aku sendiri. Nak share dengan kau buat ape.” Dia menerangkan. Kali ini soalan yang diajukan pada L.Hakeem berbunyi lebih jelas.

“Kau dari tadi aku perhati, sengih suka sorang-sorang. Ape citer? Share la dengan aku! Yang ni aku maksudkan cerita kau, bukan air tu.” Cawan air yang dihulur tadi dikembalikan kepada tuannya. L.Hakeem dipandang tak lepas. Focus betul pandangan yang diberikan.

“Dia tak ingat kat aku lah.” L.Hakeem mengadu. iPhonenya dicampak selamba ke atas meja. Datar bunyi suara itu kedengaran. Satu keluhan dilepaskan.

“Siapa?”

“Dialah. Orang yang kau jumpa minggu lepas tu.” Straight forward L.Hakeem bagitahu. Malas dia nak berkias-kias dengan Faris, sebab mamat ni lampi, lambat pick-up. Nanti lagi panjang cerita dibuatnya.

“Iffa?” Faris tanya untuk kepastian. Anggukan L.Hakeem yang lemah menguatkan cerita. “Kau... rindu kat dia ke?” Faris buat-buat tanya. Teringin jugak dia nak tahu isi hati manusia popular depan mata dia ni.

“Takdelah rindu gila-gila tu. Rindu biasa-biasa je. Ala, rindu yang jenis.... ala kau paham kan maksud aku?” L.Hakeem bertanya. Faris menggeleng. Saja buat-buat tak paham.

“Penatlah kalau nak cerita dengan kau ni. Semua tak paham!” L.Hakeem merungut. Faris mencebik.

“Dah tau aku tak paham, kau pahamkan lah.” Faris dipandang lama. Lama dia menimbang nak bagitau ke tidak. Memikirkan persahabatan yang dah terjalin bertahun lamanya, mulutnya laju bercerita.

“Tadi aku mesej dia. Saja je nak tanya khabar. Yelah, dah sejak berapa hari lepas aku kena menghadap muka dia je kan. Tapi, dia tak ingat kat aku pun. Dahlah tak reti nak show some concern kat aku ni. Dah lama aku terbuang dekat sini, nak dekat seminggu dah tau. Satu call pun takde. Mesej jangan haraplah. Apa punya bini la.” L.Hakeem mengadu. Nada yang digunakan serupa budak kecik tak dapat mainan je. Comel pulak Faris rasa tiba-tiba. Merajukkah dia?

“Kau... suka kat dia ke?” Faris cuba menduga lagi. L.Hakeem terpana. Soalan perangkap. Bahaya ni. Lama dia diam, berfikir. Kepala otak sedang ligat berusaha untuk menyusun struktur jawapan yang dirasakan selamat dalam kepala. Hal hati dan perasaan adalah perkara peribadi bagi dia. Takkan nak mengaku buta-buta depan mamat sengal ni. Lagipun, dia sendiri tak yakin dengan rasa hati dia sekarang. Perlukan masa untuk mendapatkan kepastian.

“Aku sukalah. Kau tahu, as a friend. Bolehlah diklasifikasikan sebagai kawan. Lagipun, dia tu kan dah jadi tanggungjawab aku. Apa-apa jadi, aku jugak yang kena. Amanah orang weh!” yakin bunyi jawapan dia. 

Pandai aku mengelak. Puji L.Hakeem sendiri. Dalam kepala terbayang wajah si dia. Tiba-tiba, dirasakan satu perasaan aneh mula menjalar dalam diri. Ada rasa getar dalam hatinya. Dia tak tahu kenapa. Mulut cakap lain, dalam hati rasa lain. Tapi, apa yang dikatakan tadi adalah apa yang dia fikir betul. Memang betullah kan. Kan ke minah tu tanggungjawab dia. Tapi, kenapa hati dia macam... rasa lain je?

Faris yang mendengar sekadar menjongket sebelah kening. “Ye ke, as a friend? Aku tak rasa macam tu pun.” Sengaja dia memprovokasi. Duduk L.Hakeem tak senang dibuatnya.

“Apasal kau cakap macam tuh.” Tiba-tiba rasa kering pulak tekak ni. Air Nescafe yang dah suam tu ditelannya sekali gus.

“Aku rasa macam kau ada rasa je dengan dia. Rasa suka. Walaupun tak banyak, tapi dapat jugaklah rasa. Sikit pun dah cukup.” Selamba aje Faris dengan hipotesis dia. L.Hakeem yang mendengar dah tersedak-sedak dibuatnya, mendengarkan statement Faris. Terbatuk-batuk anak orang tu. Sengal-sengal si Faris ni, hebat pulak dia bila bab-bab macam ni.

Krew-krew penggambaran yang ada berdekatan dengan tempat mereka berdua dah terjengah-jengah. Pun sama busybody, sibuk nak tahu apa yang berlaku. Biasalah, ada L.Hakeem yang popular dekat depan mata. Busybody tu dah masuk senarai sifat harus ada. L.Hakeem tersengih hensem. Masih mengekalkan kemachoan, dia lantas mengangkat tangan kanannya mengatakan sorry kerana mengganggu penggambaran, juga sebagai tanda untuk menyampaikan tiada apa-apa yang berlaku. Langsung, semua kembali meneruskan urusan masing-masing. Penangan orang popular, semua mendengar kata.

Bagi menutup rasa hati, laju gulungan skrip yang ada di atas meja di ambil dan diketuk ke kepala Faris.

“Apa yang kau merapu ni.” L.Hakeem membalas, konon geram dan tak boleh terima. Mengerang kesakitan kawan tu.

“Apa main kepala ni bro?” marah Faris tak puas hati. Memang pantang datuk nenek moyang dia kalau ada yang main kepala ni.

“Otak kau tu yang dah senget. Aku tolong centroidkan balik je,” mengekalkan muka tak bersalah, L.Hakeem menjawab. Perasaan hati yang resah, cuba ditenangkan.

“Kalau dah suka tu, mengaku jelah. Bukannya salah pun. Dah selamat dah kan.” Faris meluahkan rasa tak puas hati dia. Marah betul dah tu. Tangannya laju menggosok kepala.

“Eh, aku tak cakap pun yang aku suka kat dia eh! Kau punya ayat tu kasi susun elok-elok sikit. Lagi satu, kasi perlahan volume suara kau tu boleh tak? Kau nak bagi semua orang dengar ke?” dia membentak dalam bisik. Cukup kuat untuk didengari mereka berdua je. Saja je si Faris ni nak bikin skandal. Suka nak glamourkan aku!

“Baru tak ingat kejap dah macam ayam berak kapur, ada hati nak kelentong aku.” Ayat perli. Langsung tak diambil peduli kata-kata L.Hakeem tu tadi. Sengal yang terasa di kepala kala ini, lebih penting bagi Faris. Tangannya masih menggosok-gosok kepala. Pedih betul penangan mamat ni tadi, boleh bebal sekejap jadinya. L.Hakeem sekadar memandang tajam. Dia dah malas nak layan. Takut terkantoi pulak.

“Kalau dah susah sangat, kau call je la. Lagi senang. Mesra, cepat dan betul.” Faris bagitahu. Meluahkan cadangan.

Iphone yang tenang bersemadi di atas meja dipandang dengan ekor mata. Matanya kemudian menala ke arah Faris, dengan pandangan betul-jugak-cakap-kau-kan. Segera,  Iphonenya diambil. Skrin ditekan, contact nombor dicari. Faris sekadar memerhati. Dah jumpa nombor yang berkenaan, butang call ditekan. Kini, iPhone tu dah melekat di telinga L.Hakeem.

“Nak pulak dengar cakap aku,” Faris menggumam rendah. Blackberry miliknya dikeluarkan sebelum dia pun sama, laju menaip sesuatu dan menghantar mesej. L.Hakeem mencebik.

“Sorrylah.” Rasa bersalah pulak L.Hakeem dengan dia.

“Lepas tu ada hati lagi nak kata, ‘aku tak kata pun aku suka dia!’,” ditiru gaya L.Hakeem tadi. L.Hakeem memandang tajam, tanda amaran tapi Faris buat tak endah je. Sentap!

2 comments: