Sunday 7 July 2013

SOP #27

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------



Suamiku Orang Popular #27


“Helo, assalamualaikum!” panggilan akhirnya berjawab. Aku setia mendengar di sisi. Kesian pulak dengan caller tu. Padan muka. Siapa suruh kita tak kenal.

“ya, betul. Tapi dia takde sekarang. Siapa ni?” Fana bertanya. Bagus, bagus! Tanya dia siapa. Berani-berani nak kacau anak dara orang! Iffa bermonolog sendiri, batu api dalam hati.

“Lah, kau ke? Kau tunggu jap!” Fana bersuara setelah ‘berbincang’ seketika dengan pemanggil misteri tu. Aku di sisi dia, dipandang tak puas hati.

“Kau tak save nombor dia ke?” Fana tanya aku. Marah semacam je bunyinya.

“Nombor siapa?” berkerut dahi aku mendengarkan soalan Fana.

“Nombor mamat tu lah!” Fana mengingatkan. Aku berfikir sejenak, otak ligat bekerja. Mamat mana pulak ni? Kalau tengok dari gaya, marah benar muka si Fana ni. Penting sangat ke mamat tu?! Ni kalau aku salah jawab ni, mau kena pukul dengan whisk dia karang!

“Mamat mana ni, eh?” aku tanya tersengih-sengih. Kepala yang tak gatal digaru. Fana merengus. Bengang kot?!

“Kau ni kan, memang nak kena balun dengan whisk aku tu dulu, baru kau nak ingat eh? Ke kau saje buat-buat lupa?” keras suara Fana bertanya.

Okay! Melihatkan situasi sekarang ni, dapatlah disimpulkan yang Fana betul-betul dah marah. Dan, berdasarkan pemerhatian, si caller yang digelar mamat tu merupakan seseorang yang wajib aku kenal siapa dia.

Iffa sekadar diam tak berkutik. Dia betul-betul tak tahu siapa yang dimaksudkan!

“Weh, kau tunggu jap. Biar aku sekolahkan budak ni!” dia berkata kepada pemanggil misteri. Mereka berbicara sebentar sebelum Fana kembali membalas, “Kejap lagi aku suruh dia call kau balik. Biar aku settlekan dia dulu. Bye. Assalamualaikum.” Panggilan ditamatkan. Nexus aku diletakkan atas kaunter kedai. Kasar. Aku memandang geram, tapi bila Fana pulak pandang aku, dengan mata mencerun dia, skala pH geram aku automatic jadi neutral. Seram aku dibuatnya.

“Iffa, apasal lah teruk sangat kau ni?” Menggeleng kepala. Tak faham betul dia.

“Apa yang aku buat?” muka blur menyerlah. Sungguh dia tak tahu. Kerana satu panggilan je, Fana dah start nak ceramah dia. Penting sangat ke mamat yang dia maksudkan tu?

“Kau sedar tak kau siapa sekarang ni?” Fana bertanya lagi. Makcik ni betul-betul ke atau sengaja carik pasal ni?

“Aku Iffa lah. Nur Zatul Iffah bt Hashim. Cucu Tok Aba, BFF kau.”

“Aku maksudkan status kau. Kau ingat lagikan yang kau tu dah jadi bini orang?”

“Shhhhh!” kuat jari telunjuk kanan aku tekan melekat kat bibir Fana.

“Boleh perlahan sikit tak volume kau kalau nak cerita pasal hal tu?” bisik aku kuat mengingatkan. Fana katup mulutnya dengan tangan sendiri. “Ooops, terlepas!” dia buat muka comel, dah tak jadi nak marah. Sekarang ni turn aku pulak nak buat muka bengang.

“Mestilah aku ingat. Tengok inailah. Merah menyala tau.” Aku tunjuk tangan aku dengan hujung jari yang dah berwarna merah pekat ke muka Fana. Fana sekadar mengangguk.

“Baguslah kalau sedar diri,” Fana bersuara perlahan. Dia telek lagi sekali jari manis kanan Iffa.

“Cincin mana?” dia bertanya. Iffa diam. Malas nak menjawab. Lantas diangkatnya tudung yang dipakai, mengeluarkan rantai yang bergantung di leher dari dalam baju. Bergayutan cincin emas putih bertatahkan berlian dengan design yang ‘Simple but nice’. Cincin kahwin dibuat buah rantai. Fana senyum senget.

“Dah jawab soalan kau?” Fana mengangguk tanda berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Segera dimasukkan semula rantai ke dalam baju, tudung diturunkan. Menanti soalan yang seterusnya.

“Habis tu?” Fana tanya lagi, cuba menduga.

“Habis tu? Habis tu, apa?” Iffa jujur tayang muka tak faham dengan apa yang cuba disampaikan.

‘Suka jawab soalan aku dengan soalan. Lepas tu, tanya aku dengan soalan ayat tergantung! Memang sampai tahun depan pun aku takkan faham!’ Rungut Iffa dalam hati. Fana menggeleng lagi, kemudian dia mengeluh. 

“Haih!” kuat betul keluhnya, macam besar sangat je masalah ni. Masalahnya, apa salah aku sekarang ni?

“Habis, kalau kau dah sedar yang kau tu bini orang, apasal kau boleh lupa yang kau ada laki?” Fana dah malas nak berkias lagi. Ton suara pun dah tak tegang macam tadi. Aku yang mendengar ni, membuntang bijik mata dibuatnya.

“Kenapa dengan dia?” spontan ayat tu keluar dari mulut aku. Soalan bodoh yang aku tanya.

“Astagfirullah al azim, Iffa!” dahinya ditepuk kuat. Berbekas merah. Macam pukul nyamuk kuatnya. Habis penyek bahagian depan tudung yang dipakai Fana.

‘Aaaww, mesti sakit!” Iffa bersuara dalam hati. Automatic tangan Iffa berada di dahi sendiri. Menggosok laju. Padahal bukan dahi dia yang merana.

“Kau tau tak mamat yang call tadi tu laki kau?” dia berbisik keras. Geram betul aku dengan makcik ni. Aku pulak yang nak kena explain segala benda kat dia.

“Oh, dia ke!” muka tak amik kisah. Laaa, pakcik tu rupanya. Ingatkan siapa.

“Oh, dia ke? Oh, dia ke kau cakap! Weh, tu ‘laki’ kau lah. Apasal kau tak save nombor phone dia?” perkataan laki ditekan perlahan tapi keras bunyinya. Boleh gila akulah dengan makcik ni!

“Mesti nak kena save ke?” masih dengan muka tak bersalah. Bukan setakat tak bersalah, riak muka lebih kepada tak berminat!

“Hoi, Iffa! Tu laki kau. Confirm lah kau nak kena ada nombor phone dia. Buatnya apa-apa jadi nanti, kan senang nak contact. Kau tu dah lah perangai macam tu. Nombor pelik sikit je taknak jawab! Come on lah, fa! Beragaklah sikit. Kalau kau tak suka dekat dia pun, at least show some concern. Caringlah sikit. He’s part of your life now! Takkan tu pun nak kena bagitahu!” marah Fana. Dah tak boleh nak cover dah. Nasib takde orang lain dalam bakeri ni. Aku hanya mendiamkan diri.

“Takpayah lah nak marah sangat kat aku. Aku tak ingat je bukan tak ambil tahu. Lagipun selama ni, mana ada dia pernah contact aku. Hari ni je tiba-tiba orang tua tu buang tebiat.” Aku hanya membalas perlahan, terasa hati dengan Fana. Pasal pakcik tu, Fana dah marah kat aku. Dahlah Fana ni bila marah, menyeramkan!

“Okay, sorry! Aku tahu aku tak patut nak marah-marah kau. Masuk campur hal ‘rumah tangga’ kau. Tapi perangai kau ni yang tak patut. Tadi dia call, dia kata dia busy sikit. Awal-awal shooting, biasalah. Dia tanya aku kenapa kau tak pernah call dia? Boleh sentap tau orang dengan perangai kau ni. Tadi dia mesej kau, eh?” Fana bebel kat aku, tapi versi yang lembut sikit. Aku angguk, tanda mengiyakan.

“Dia mesej kau,lepas tu kau tanya dia siapa?” aku angguk lagi. Haih, dah rasa bersalah dah ni.

“Kalau kau jadi dia, kau sentap tak? Text dengan wife sendiri tapi orang tu tak kenal kau?” Fana tanya lagi, aku diam sebelum aku angguk pelan-pelan. Rasa macam tengah sesi kaunseling pulak.

“Nampak tak kau silap kat situ. Obvious gila yang kau tak save nombor dia. Nampak sangat yang kau tak pernah nak peduli. Bila dia call, kau tak angkat. Macam menjauhkan diri. Terasa mamat tu weh! Ni dah dosa tau!” Fana serang aku bertubi-tubi dengan kata-kata dia.

“Habis tu, kau nak suruh aku buat apa?” aku tanya. Takut pulak bila fikir pasal dosa ni. Aku tengok muka Fana. Dia tengah berfikir untuk aku. Aku kalau dah masuk bab hati dan perasaan ni memang fail! Nasiblah best friend aku ni Dr. Love. Senang sikit kerja.


“Aha!” Fana petik jari. Dia pandang aku dengan senyuman penuh makna. “Aku ada idea dan kau kena buat apa yang aku suruh.” Ayat penyata tu. Aku dah rasa tak sedap hati. Makcik ni bukannya betul sangat, dia punya idea tu kadang-kadang di luar kemampuan akal manusia. Mungkin bukan akal semua manusia, tapi lebih kepada akal aku. Sebab, dia suka buat benda yang aku tak suka sebagai penyelesaian! Dan sumpah! Bila aku tak suka, means, memang aku betul-betul tak suka!

2 comments: