Friday 28 June 2013

SOP #26

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #26

Pintu kedai sebelah dibuka rakus. Dia bergegas masuk ke dalam bakeri kecil milik Farhana di sebelah kedainya. Dah gaya samseng nak carik gaduh kalau tengok.

“Fana!” Iffa memanggil. Dengan salam, mukadimah ape langsung takde, nama sahabat itu diserunya.

“Kedai tak bukak lagi lah!” Fana jerit dari kitchen. Bunyi tak puas hati. Kemudian dia keluar ke depan memandang Iffa dengan sengihnya.

“Masuk kedai orang macam nak merompak, dengan salam takde!” Fana sempat membebel.

“Ni apahal muka macam perempuan miang ni?” dia tanya. Gedik melampau senyum kawan aku ni. Ada lah benda yang dia nak tu.

“Hehe. Pasal rempuh masuk bakeri kau tu, sorry! Urgent matter. Lagipun kedai ni kan ade loceng.” Sempat membela diri atas kesalahan sendiri. Fana sekadar pandang tak puas hati. Iffa maintain sengih.

“Suarakan hasrat anda?” Fana dah malas nak layan. Iffa senyum, tegak berdiri.

“Tolong aku!” Iffa berterus-terang.

“Kau nak pergi mana?” Fana tanya. Berkerut dahi Iffa.

“Aku nak pergi mana?” Diulang soalan Fana. Aku nak pergi mana? Dia tanya diri sendiri.

“Takde pergi mana.” Iffa bagitahu. Aku ada cakap nak pergi mana-mana ke hari ni? Pelik Iffa sekejap.

“Habis tu nak mintak tolong.” Fana menjelaskan. Muka maintain blur. “Selalu kalau kau nak keluar je kau mintak tolong aku tengok kedai tu.”

“Oooooooh! Yeh?!” panjang ‘Oh’ Iffa. Tak sedar pulak dia macam tu selama ni.

“Bukan tolong yang tu, tolong lain.” Fana pandang muka Iffa. Tak paham. Iffa tunjuk handphone di tangan dia. Skrin handphone itu ditekan. 3 missed call. Iffa senyum-senyum tengok muka Fana. Fana buat muka. Dah faham sangat dah! Takde lain la ni. Handphone di tangan Iffa di ambil.

“Siapa call?” Fana tanya. Aku jongket bahu. Hot Chelle Rae tiba-tiba menyanyi lagi. Terkejut Fana dibuatnya, nasib tak terlepas gadget mahal aku tu kat tangan dia.

“Tu!” aku juih bibir pada handphone yang berbunyi kat dia.

“Tolong!” aku minta simpati dia tolong aku jawab. Fana mengeluh.

“Jawab call pun susah. Amende lah kau ni. Baik tak payah pakai handphone” Aku sengih je. Tak boleh lawan cakap Fana sekarang ni, nanti dia tak nak tolong.

2 comments: