Thursday 6 June 2013

SOP #22

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #22



Hari ini, satu lembaran baru dalam hidup Iffa akan bermula. Majlis pertunangan yang sepatutnya dilangsungkan pada hari ini ditukar terus kepada majlis pernikahannya. Sungguh dia terkejut tatkala mendengar keputusan yang dibuat itu. Tapi, dia dah tak daya nak melawan kata lagi. Cukuplah dosa dia kerana tidak mengendahkan Tok Aba, lelaki yang telah membesarkan dia. Sejak hari dia di’jodoh’kan dengan si malaun yang kini dah selamat menjadi suaminya, selama itulah dia dan tok aba tak bertegur sapa.
 
Tipulah kalau dia tak rasa bersalah. Dia sayang pada Tok Aba. Sayang sangat-sangat. Tapi, apabila dirinya rasa seperti diper’main’kan, dia  sanggup ketepikan rasa sayang itu. Rasa sayang Tok Aba padanya selama 26 tahun disisihkan begitu saja. Perit sungguh hatinya rasa. Menitis lagi air matanya buat kali yang entah keberapa. Laju. Umpama empangan yang dah pecah. Dibiarkan sahaja air mata itu membasahi pipi. 

Helaian tisu yang menyapu lembut pipi Iffa, membawa dia kembali ke realiti.

‘Sabarlah, Fa!’ tangan itu memeluknya.

Farhana, sahabat baiknya sejak dari zaman sekolah, zaman gila-gila remaja, zaman baru nak ‘up’, zaman berjaya gagal dia. Sahabat yang sentiasa ada untuk dia. Seorang pengkritik tegar, banyak membebel sebagai ganti kepada kata-kata semangat, dan orang yang sangat percaya pada diri dia. Bersama gadis itulah mereka berkongsi rasa suka, duka, pahit, manis persahabatan. Setiap yang berlaku dalam hidup masing-masing diluahkan dan diceritakan. Tak ada satu pun yang disimpan. Selepas Tok Aba, Farhana merupakan orang kedua penting dalam hidupnya. Nak buka kedai buku, lepas tanya pendapat Tok Aba, Farhana akan dia rujuk. Farhana nak bukak bakeri, Iffa dengan semangatnya mencadangkan dirinya sebagai business partner. Dan kini, dikala dia dalam kesedihan, Farhana ada di sisi.

‘Dah tak lawa dah muka kau, nangis-nangis macam ni.’ Fana cuba memujuk. Persalinan yang dipakai untuk majlis akad nikah tadi sudah ditukar kepada dress labuh berwarna putih ungu. Dress ini akan dipakai untuk sesi fotografi sebentar lagi. Tak sangka, Iffa akan nampak begitu cantik sekali dalam persalinan itu. Susah nak tengok Iffa melawa, sebab dia tahu, Iffa alergik sungguh dengan stail yang terlalu ladies. Itu kata dia. 

Farhana kenal Iffa. Gadis itu lebih selesa memakai t-shirt dan seluar jeans. Paling rajin pun dia akan pakai skirt labuh, tapi penampilan Iffa pada petang itu sangat berlainan. Nampak menawan. Serius, lawa! Setelah berdozen dress yang cantik, menarik, tertarik, dan yang memang da boom! dia hadiahkan untuk Iffa, tapi semuanya dibuat penyewa tetap almari baju dia. Bila ditanya, kenapa tak pakai?! Belum buang tebiat adalah jawapan yang diberi. Hari ini, special case, nak tak nak, Iffa terpaksa buang tebiat. Penampilan Iffa yang sangat rare ni, kadang-kadang melucukan hati Farhana. Tapi sekarang bukan masa nak gelak sakan kat orang. Sempat dia mengingatkan dirinya sendiri.

‘Orang dah solek lawa-lawa, meletup vogue-da-vass macam ni, kau pulak buat hal. Habis rosak make-up.’ Fana membebel. Iffa menoleh, memandang ke arah Fana di sisinya. Merah matanya, kuyu. Sampai nampak kesan bengkak. Tiba-tiba Farhana rasa sayu, tak jadi nak komen macam-macam. Dia faham. Kalau dia di tempat Iffa pun, dia pasti akan membuat benda yang sama. Menangis. Mungkin lebih teruk dari Iffa. Sungguh, dia bersimpati dengan sahabatnya itu. Iffa cukup kuat kerana dapat menerima nasibnya setabah itu. Fana kagum dengan Iffa. Tanpa disangka, air mata dia turut sama mencurah perlahan dipipi. Laju dia menyeka. Nak cover line.

‘Tengok, kau punya pasal, dengan aku-aku sekali nak nangis.’ rungut Fana. Tapi Iffa masih senyap, namun sendunya dah makin reda.

‘Kau sendiri tahu kan, aku ni tak boleh tengok orang nangis. Dah la pili air mata aku ni rosak. Susah nak berhenti tau bila aku dah start.’ Diseka lagi air matanya kasar. Hidungnya mula berair.

‘Air hidung aku pun sama nak ikut keluar jugak. Jatuh saham!’ Fana buat-buat marah. Iffa yang mendengarkan bebelan sahabatnya itu membantu menyapu air mata dengan tangannya yang berinai merah pekat. Farhana pandai menenangkan perasaan dia. Farhana sentiasa faham perasaannya. Tangisan monsunnya akhirnya dah berhenti.

‘kau tak penat ke asyik nangis je?’ dia bertanya. Hingus dihembuskan. Kuat! Langsung tak sopan, nasib takde orang dalam bilik tu.

‘Patutlah muka kau makin cengkung. Ini rahsia dia rupanya!’ dia bersuara lagi sambil tangannya mengambil helaian tisu yang baru. Akhirnya, Iffa senyum jugak. Lesung pipit yang dah sebulan tak keluar menampakkan dirinya. Fana yang perasankan senyuman itu, memandang dia.

‘Lama tak nampak!’ katanya sambil senyum. Iffa yang tak faham segera mengerutkan dahinya. 

‘Lesung pipit kau, dah lama aku tak nampak. Apa khabar?’ Fana buat-buat tanya pada lesung pipit di pipi sahabatnya itu. Makin lebar senyum Iffa. 

‘Sakit kau ni.’ Katanya. Dia tergelak kecil.

‘Hah, yang tu pun sama. Gelak kau sihat? Senyap je sebulan ni?’ dia buat-buat tanya lagi. Makin kuat tawa Iffa. Dia menyiku Fana.

‘Eh, siku ni pun ada jugak ke? Mana pergi sebulan tak jumpa?’ tak habis-habis menyakat. Dalam hati, Fana bersyukur. Inilah Iffa yang dia kenal selama 14 tahun ni.

‘Aku lempang kau karang,’ Iffa mengugut. Makcik ni kalau dah dapat kenakan aku, memang digunakan peluang ni sampai tahap maksimum.

‘Yang tu paling aku rindu, part lempang tuh.’ Fana bersuara dalam tawanya. Tergelak mereka berdua. Jenaka Farhana melenyapkan sementara rasa serabut yang dialaminya. 

‘Aku rindukan kau!’ kata Fana lantas memeluknya. Pelukan Farhana seakan memberi sedikit kekuatan pada Iffa. Farhana menepuk lembut belakangnya. Air mata mengalir lagi. Lebih kepada air mata gembira atau mungkin rindu? Sejak dari sesi hati-ke-hati yang tak berapa nak menjadi dulu, dia rindu, rindu serindu-rindunya dengan saat ini, dengan sahabat yang dah lama ‘menghilang’ ni.

‘Kau sabarlah ye. Ni jalan cerita hidup kau. Kau kan selalu cakap dekat aku, everything happened for a reason kan? Jadi, mesti ada hikmahnya kenapa benda ni jadi.’ Pelukan itu dileraikan. Fana genggam tangan Iffa kuat. Memberikan semangat.

‘Kau kena ingat, Allah itu penulis yang terbaik. Semua Dia dah tetapkan. Sekarang ni terpulang pada kita nak menerimanya macam mana. Tapi aku tau, kau boleh. Sebab kau kan Zatul Iffah.’ Pujuk Fana lagi. 

Iffa sekadar mengangguk. Perkara dah lepas, benda pun dah jadi. Nak dirintih lagi pun dah tak guna. Dan dia pun dah takde pilihan selain dari belajar untuk redha.

1 comment:

  1. sorry for the lateness! -.-"
    been busy lately sampai lupa jap dengan aktiviti sampingan ni..
    so sorry + thanks for the continuous support!
    appreciate it (serius ni)
    hehehehe

    (n.n)v

    ReplyDelete