Friday 28 June 2013

SOP #24

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #24

Kemunculan aku di ruang bawah menarik perhatian manusia yang ada. Semua mata tertumpu padaku. Malu pulak rasa. Tak sangka, boleh tahan famous jugak aku ni. Nasib baik sebelum turun, sempat lagi ibu panggil make-up artist (kawan Luthfi). Banyak nak kena touch up muka aku ni.  Siap kena bebel dengan kawan malaun tu sebab aku dah rosakkan make-up dia. Yelah, tak pasal-pasal kena make-up balik semula. Penat telinga aku kena tadah dengar bebel dia. Aku dah pesan buat simple-simple je, sebab majlis pun dah lepas, tapi dia yang taknak. Degil betul! Elok sangatlah dia orang ni bersahabat. Sesuai! Dah siap touch-up, dia puji pulak. Lawa lah, nampak sweet lah. Entah dia puji aku, atau puji hasil kerja dia, tu aku tak tahu. Yang penting, telinga aku dah kembang kena bebel.

Ibu pimpin tangan aku, bawa pada anak dia a.k.a ‘suami’ aku. Tangan aku kini dalam genggaman Luthfi . Kuat betul dia genggam. Takut aku lari ke cik abang? Dalam hati je mampu aku tanya. Mulut dia tak penat memberikan senyuman. Aku pun sama, dah gam senyum awal-awal sebelum turun tadi. Aku pun kena berlakon sama memandangkan kami berdua dah jadi perhatian ramai sekarang ni.

Jurugambar (ni pun kawan Luthfi jugak!) dipanggil untuk memulakan sesi fotografi. Kami kemudiannya diarahkan untuk ke mini stage yang dah cantik dihias. Sewaktu disuruh bersedia, aku tergamam.

“Nak amik gambar sekarang ke?” terlepas keluar pulak soalan tu dari mulut aku. Baru ingat nak tanya dalam hati.

“Nak ambik besok pun takpe.” Jawab mamat camera. E’eh, kerek pulak mamat ni. Ape semua yang ade dekat sini sekutu malaun ni agaknya. Perangai satu acuan. Naik meluat pulak aku.

“Nak amik sekarang lah sayang,” malaun tu berbisik dekat telinga aku. Berdesup aku pandang muka dia. Memang tak selesa ok! Nak tunjuk mesra depan orang ramai pulak.Sungguh hipokrit. Aku lempang karang baru tau.

“OK! Ready eh,” kata mamat camera tuh.

“Eh, kejap-kejap!” aku bersuara. Alamak, apa aku nak buat ni.

“Kenapa ni?” malaun tu tanya. Jelas riak risau diwajahnya.

“Hah?!” aku dah kalut. Mamat camera tadi dah buat muka. Menyesal kau dapat klien macam aku kan? Baru kau tahu.

“Awak ok tak ni?” dia pandang wajah aku lagi. Close-up aku dapat tengok muka dia. Handsome jugak.

‘Eh, chop-chop! Kau tengah bikin drama sekarang ni kau lupa ke, iffa?! Semua orang dah tunggu nak tengok photoshoot artis popular live depan mata ni!’ Hati mengingatkan.

“Ehem!” aku berdehem ayu. Aku angguk slow-slow, lepas tu tiba-tiba aku rasa nak geleng. Lepas tu angguk balik. Apa yang aku nak sebenarnya ni?! Bergegar otak aku dibuatnya. Malaun tu angkat kening sebelah. 

Menyesal tak kau terima akad aku tadi?’ aku tanya dia dalam hati. Ish, merapu apa ni? Tetamu yang datang dah mula berbisik. Sungguh lah aku tak selesa bila jadi perhatian macam ni.

“Saya seganlah.” Aku buat pengakuan pada dia. Malaun tu senyum. Nampak makin handsome sekejap dia.

“Awak relax la. Saya kan ada.” Dia cuba menenangkan aku.

“Tapi, saya tak suka lah diberi perhatian macam ni. Segan tahu tak. Semua orang pun tengok.” Aku mengadu. Tergelak perlahan dia. Baru aku perasan, malaun ni pun ada dimple. Dimple aku belah kiri, dimple dia belah kanan. Bila kami bergabung, dapatlah sepasang dimple. Eh, Merapu lagi aku ni!

“Memang lah orang tengok. Kan kita ‘star of the day’. Tambah-tambah lagi dengan adanya saya yang famous ni. Siapa je yang tak nak tengok.” Pergh! Sempat naik belon panas malaun ni. Memang masuk bakul, terangkat sendiri!

“Saya tak nak je!” perlahan aku balas, tapi cukup kuat untuk dia dengar. Pandangan mata dia tak lepas dari tengok muka cantik, mulus aku (untuk hari ni je). Muka macam tak puas hati, tapi pelik bila dia tiba-tiba sengih, senyum. Bertambah blur aku.

Kepala aku dia tolak lembut supaya pandang ke depan. Aiseyman! Macam mana boleh lupa. Kan tengah banyak ‘penonton’, tambah dengan status ‘artis fofular’ yang dia banggakan sangat tu, it all equals to ‘jaga market’. Memang dasar pelakon sungguh.

“Dah puas borak? Boleh kita mula?” mamat camera tadi bertanya dengan soalan kereknya.

Luthfi angguk, aku geleng.

“Mana satu ni?!” mamat camera dah mula hilang sabar.  Orang ramai yang ada masih setia menanti.

“Awak jangan risau, saya ada. Jadi sekarang ni saya nak awak dengar cakap saya.” Berbisik perlahan, arahan dikeluarkan dia.

“Awak nak buat apa ni?”

“Ikut ajelah. Banyak bunyi pulak dia.” Aku bagi pandangan tak puas hati. Dia sengih.

“Cepatlah. Orang ramai tengah tengok ni. Nak buat ke tak?” dia tanya. Aku angguk dengan kelajuan medium speed. Kena jadik isteri mithali kejap sekarang ni. Dengar cakap dia.

“Kan bagus kalau selalu macam ni. Mendengar kata. Sejuk hati saya rasa.” Automatic kecik mata aku, dengar dia cakap macam tu.

“Okay-okay. Kita mula. Usik sikit pon tak boleh.” Aku senyap, malas nak layan.

“Sekarang awak senyum.” Aku tenung muka dia.

“Senyum!” arahnya lagi. Aku pun senyum.

“Ikhlaskan sikit senyum tu.” Dia mengarah, aku menurut.

“Pandang depan.” Disuruh aku toleh ke depan. Mati terus senyum aku tadi.

“Eh, senyumlah!” dia ingatkan aku, terus aku senyum balik. Kepala aku diarahkan untuk memandang ke depan. Dengan senyum plastic masih dibibir, muka aku memandang ke hadapan.

“Ok, nanti saya kira satu, dua, tiga. Bila saya kata satu, awak senyum. Dua, awak senyum lebar-lebar, bagi nampak gigi lawa awak tu. Tiga, photographer akan snap gambar. Berlakonlah sikit. Ramai orang ni. Ok?” aku angguk. Ikut ajelah. Daripada kena gelak kat depan ni.

Dia mengangguk perlahan kepada mamat camera, memberi isyarat bahawa kami dah sedia. Tangan dia dah melingkar di pinggang aku. Ambil kesempatan nampak malaun ni! Laju kepala aku pandang dia, tapi terus dia lagi laju tolak muka aku suruh tengok depan balik.

Chill iffa, chill. Kejap lagi kita kawtim. Sekarang ni kau nak kena settlekan masalah yang satu ni dulu.’ Hati aku bersuara, bagi pendapat.

“Saya kira sekarang ye.” Aku anggukkan aje.

“Satu,” aku senyum.

“Dua,” bukan main manis lagi aku senyum pakej tayang gigi lagi.

“Tiga!” satu ciuman hinggap di pipi kanan aku. Klik! Gambar pertama berjaya dirakamkan. Aku tergamam. Aku pandang dia. Muka paling tak puas hati aku bagi. Malu pun ada. Dia kenyit mata. Suka sungguh muka dia aku tengok! Muka kemenangan lah konon. Tak guna malaun ni. Aku diperdayakan. Tetamu yang ada mula menyakat. Ada yang bersiulan, menjerit perlahan, tepuk tangan tak kurang. Tambah lagi seguni malu aku!

Paling aku tak tahan, bila aku pandang depan, Farhana dengan Tok Aba. Tengah sakan gelak tak ingat dunia! Kurang asam!


No comments:

Post a Comment