Friday 7 June 2013

SOP #23



***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #23


Perbualan mereka terganggu apabila pintu bilik itu dikuak tiba-tiba. Berlari masuk anak kecil dengan larian terkedek-kedek macam tak cukup tanah. Anak kecil itu kini sudah memeluk kaki aku yang sedang duduk di birai katil, diikuti dengan Ibu Ja yang menyusul kemudiannya

‘Dania,’ panggil Ibu Ja. Fana bangun dan memberi ruang untuk Ibu Ja yang dah naik pangkat jadik ibu mertuaku untuk duduk di sebelah aku. Dania dah melentokkan kepala dia di riba aku sambil berdiri. Aku usap lembut kepala dia. Comel budak ni. Baik pulak tu. Dania mendongak.

‘Kakak. Pretty.’ Kata Dania. Dia senyum pada aku. Suci dan ikhlas sungguh senyumannya tu

‘Thanks!’ aku cubit lembut pipi dia. Aku dukung dia dan letak atas riba aku. Satu ciuman Dania hadiahkan di pipi. Gelak suka dibuatnya. Amboi! Gatal jugak budak ni. Main cium-cium. Aku pun balas ciuman dia. Banyak kali aku cium. Menjerit-jerit budak comel tu dibuatnya.

‘Nenek, help Nia!’ dia bersuara. Aku ketawa dengan keletah dia. Ibu Ja hanya senyum. Tak tahulah, dia senyum melihatkan aku atau senyum tu untuk cucunya ini.
‘Farhana, tolong ibu bawak Nia turun. Ibu nak cakap dengan Iffa kejap.’ Akhirnya Ibu Ja bersuara. Fana mengangguk. Nia di ribaan aku, aku serahkan pada Fana.

‘Aku tunggu kau kat bawahlah.’ Kata Fana. Aku mengangguk.

‘Thanks, beb!’ aku peluk Fana. Pelukan dileraikan.

‘Nia, jom ikut kakak. Kita main dekat bawah!’ Nia mengangguk lalu dicium tangan aku dan neneknya. Tangannya dilambai-lambai. Bersungguh-sungguh betul budak kecik ni.

‘Tak payah nak kakak sangatlah kan. Tak sedar diri betul!’ sempat aku mengusik. 

Fana menjelir lidah padaku sebelum mereka berdua hilang dari pandangan. Dan sekarang ni, hanya aku dan Ibu Ja sahaja dalam bilik ni. Suasana yang riuh sikit sekejap tadi, automatic jadik senyap sunyi.

Lima, sepuluh, dua puluh saat. Masih tak terkeluar lunak merdu suaraku untuk berkata-kata. Ibu pandang aku, tapi mata aku setia tunduk membelek tangan sendiri. Mengkaji pekat warna merah inai dijari. Merenung cincin yang dah tersarung dekat jari manis tangan aku ni. Baru sekarang aku nak perasankan cincin tu. Cantiklah jugak kalau nak diikutkan. Kami berdua masih diam. Tak tahu siapa yang harus memulakan bicara. Rasa kekok pulak tiba-tiba.

‘Terima kasih, Iffa.’ Ibu memulakan bicara. Memecahkan kesunyian yang ada.

‘Terima kasih sebab bersetuju. Terima kasih sebab sudi jadi menantu ibu. Terima kasih sebab sudi terima keluarga ibu sebagai sebahagian dari kamu,’ bersungguh-sungguh ibu berbicara. Tangan aku ibu genggam. Aku pandang ibu, sebaris senyuman aku hadiahkan. Tak terucap dengan kata-kata. Tak tahu nak kata apa. Tak dapat nak ditafsirkan macam mana perasaan aku disaat ini, sebab aku sendiri pun tak pasti.
Ibu lantas menarik aku ke dalam pelukannya.

‘Ibu tak tahu apa yang Iffa fikir dan rasakan. Apa yang ibu pasti, Iffa terpaksa terima keputusan kami ni. Tapi, ibu nak kamu tahu, yang ibu yakin, abang dapat bahagiakan Iffa. Ibu yakin kamu berdua akan saling sayang-menyayangi. Ibu yakin. Dan naluri seorang ibu itu selalunya betul, sayang.’ Kata ibu.

‘Ibu tak berniat pun nak hancurkan masa depan kamu. Tak pernah terlintas pun. Jadi, jangan kamu fikir macam tu. Ibu tahu, kamu sekarang ni tengah bermasam muka dengan Tok Aba kamu kan?’ ibu tanya aku sambil meleraikan pelukan. Aku hanya diam, air mata yang ditahan tumpah jua. Teresak-esak aku dalam pelukan ibu. Bocor lagi empangan air mata aku ni. Kalaulah ditadah air mata aku ni, bolehlah dapat dalam dua baldi.

‘Kamu jangan salahkan Tok Aba kamu. Dia sayangkan kamu. Ibu pun sayangkan kamu. Sebab tu, bila Tok Aba kamu cadangkan benda ni, terus ibu setuju. Ibu dah tak fikir apa dah. Sebab ibu yakin, kamu jodoh untuk anak ibu. Tapi, bila kamu terus-terusan menolak, ibu rasa sedih. Teruk sangat ke anak ibu tu sampai kamu tak boleh nak terima?’ tanda soal disitu. Aku masih membatu. 

‘Memang tak dinafikan, mulut abang tu memang laser. Kalau dah cakap tu tak peduli orang keliling dah. Tapi itu mulut dia je. Itulah perangai dia. Kejujuran dia kadang-kadang menyakitkan hati. Sekurang-kurangnya dia tak berpura-pura. itulah abang.’ Bahu aku ibu gosok perlahan. Redup pandangan ibu menambahkan lagi rasa sayu di hati. Mataku direnung. Ibu kesat air mataku dengan tangannya.

‘Ibu yang lahirkan abang. Ibu yang besarkan dia. Ibu lebih kenal dia dari orang lain.’ Tarik nafas.

‘Ibu tahu perangai dia taklah seteruk yang kamu sangka. Abang anak yang baik. Ibu bukan nak puji, tapi inilah kenyataannya. Cuma mulut dia tu je nak kena hantar modified sikit. Dan part yang tu, ibu serahkan kat kamu. Ibu tahu kamu boleh ubah dia. Ibu doakan kamu berdua bahagia. Setiap masa ibu doa, Insya-Allah. Sebab ibu sayang anak-anak ibu.’ Ayat yang di awal perenggan ibu tu, membuatkan aku tersenyum. Sempat lagi dia promote malaun tu. Tapi, memang tak dinafikan. Dia tu memang anak yang baik. Part yang tu dah dapat A+ dari aku. 

Akhirnya, kata-kata ibu banyak memberi kesan padaku. Mulai saat ini, aku kena belajar terima dia dari sekarang. Nak ke tak nak, terpaksa nak jugak. Syurga aku bawah tapak kaki dia. Lagipun, aku sekarang ni, dah selamat jadi tanggungjawab dia.

‘Iffa?’ panggil ibu.

‘Termenung apa tu?’ tersedar. Pantas aku geleng. Ibu senyum. Seronok sungguh mak pegantin lelaki ni.

‘Dahlah, tak mahu sedih-sedih. Iffa sepatutnya kena gembira sekarang ni. Jomlah turun, orang ramai dah tunggu kat bawah tu. Nanti tetamu kata pegantin lari pulak.’ Ibu dah bangun.  Laju tangan aku tarik lengan baju ibu.

‘Ibu...,’ aku teragak-agak nak tanya.

‘Kenapa, sayang?’ melihatkan aku, ibu dah mula risau.

‘Ibu.... Iffa.... orang ingat.... tunang.... tapi kahwin.... orang ramai.... bawah,’ gagap pulak aku ni. Ibu pandang pelik. Berkedut-kedut dahi ibu dibuatnya. Tapi kemudian, ibu senyum. Ibu faham ke apa yang aku cuba sampaikan?

‘Kamu risau dekat bawah tu ada reporter yang serang kamu? Sepatutnya bertunang tapi jadi majlis nikah pulak kan?’ aku angguk. Dahsyat la ibu ni. Cepat tangkap. Bagus betul.

‘Kamu jangan risau. Luthfi dan ayah kamu dah uruskan hal ni. Majlis ni majlis private. Lagipun, kan majlis ni kita buat awal sikit dari tarikh yang sepatutnya. Kamu jangan risaulah, semuanya dah settle.’ Ujar ibu cuba meyakinkan aku.

‘Kawan-kawan dia?’ perlahan saja aku bertanya. Manalah tau, kawan-kawan dia pecah lubang ke. Bukannya boleh percaya sangat. Aku pun jemput family Farhana je.

‘Iffa, jangan risau yeh. Semua Luthfi dah uruskan. Kawan-kawan dia sekali. Dah, dah. Jom turun, tetamu dah tunggu.’ bersungguh-sungguh ibu. Gaya macam dah tak sabar nak tayang menantu.

Aku?! Tanpa ada pilihan yang lain, akhirnya aku, dengan langkah yang berat, menurut saja ibu turun ke bawah. Meninggalkan kedamaian tak sampai setengah jam yang aku rasa dalam bilik ini.

13 comments:

  1. Best la novel awak. Santai jer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs!
      saye pon tak suke benda yg menyerabotkan ni~!
      eh?! hahahaha

      (n.n)v

      Delete
  2. Replies
    1. soon..tak janji bila.. tapi kompem kena sambung!
      kalau tak, abeslah kite kena marah!
      eh?! hehehehe

      (n.n)v

      Delete
  3. Wah sy bru je marathon ur novel... Interesting story... X sbar nk bc next n3... Thumbs up
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. thumbs up kat awak jugak~!
      sebab sudi marathon SOP ni?!
      sooooo, bape kilometer da lari?! marathon kan tadi?!
      eh?! hehehehe

      Delete
  4. Cepat2lh smbung nxt entry...... Gdluck... Moga idea dtg mncurah2 kat awk.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah macam iklan koko krunch pulak!
      hehehe
      tenkiu tenkiu tenkiu!

      (n.n)v

      Delete
  5. Eagerly waiting for your next entry ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eagerly wanting to upload a new entry..
      still busy.. sorry~!

      mohon sabar yeh~ tengs!

      Delete
    2. Hehe okay no prob! Take ur time :D

      Delete
  6. ooohmaaaiiii~!!!
    timekaseh untuk semua komen2 yg bagi semangat! (T.T)

    me goin' thru a SUPER HECTIC & BUSY week/period..
    sgt memenatkan ditambah dgn masalah kesihatan (sob sob)

    but, bace komen yu'olls yg byk bgi semangat n support SOP, sgt2 mengharukan.. (T.T) --> nanges lagi!

    janji (PROMISE! pakai urop besa)
    once all these benda yg dah mengharu-birukan idop kite selesai, i'll upload sambungan die!
    betul ni..

    finally,
    me asking for your consideration and understanding..
    mohon tunggu sambungan dia..
    trying my best to upload it soon.. (insya-ALLAH)

    tenkiu~! (n.n)v

    ReplyDelete
  7. nk lagi, berulangkali baca masih x puas...

    ReplyDelete