Friday 28 June 2013

SOP #25

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #25

Masuk hari ni, genaplah seminggu aku bertukar status. Kecoh budak-budak tu bila nampak aku dekat kedai minggu lepas. Kiri, Syah, Nani dengan Tal. Rindu betul dengan kakak dia yang sorang ni. Tak sempat aku nak bernafas, dah macam-macam soalan aku kena. Mana taknya, sampai kedai nak kena tutup tiga hari. Nak menguruskan hal aku yang satu tu lah. Penat aku kelentong kata aku dengan Tok Aba ada hal keluarga. Sebab tu aku tutup kedai, bagi chance dia orang cuti sekali. Tapi budak-budak ni lebih sepakat dan memilih tak nak percaya cakap aku. Sampaikan nak kena jual nama Fana barulah nak terangguk-angguk faham. Pelik aku, nak bagi cuti pun taknak budak-budak ni. Betul punya berdedikasi!

Lagi satu hal, bila diorang nampak tangan aku yang berinai merah pekat ni. Diorang dah suspek, kata aku kahwin senyap-senyap. Aura detektif yang sangat dahsyat. Yang ni, nasib baik aku dah plan awal-awal. Untuk menutup segala muslihat kami, Fana pun pakai inai yang sama. Aku cakap inai ni amik masa balik kampung hari tu. Lepas tu kitorang perform eksperimen, nak tengok pekat ke tak. Siap aku bawak lebih, bagi kat diorang. Ubat rawat cagu kaki. Marah Kiri bila aku kutuk dia macam tu.

Lepas selesai majlis hari tu, sampai ke hari ini takde tanda-tanda rahsia status pakcik tu (dah tak panggil malaun dah!) dihebohkan. Maknanya, dia betul-betul pegang janji, takkan kecoh pasal benda ni. Tiap-tiap hari aku google, taip L.Hakeem kahwin dekat search box, yang keluar hanyalah artikel pasal pengumuman kahwin yang dia buat dulu.

Aku bukak macam-macam blog hiburan. Rotikaya, beautifulnara, ohbulan. Nasib baik takde. Lega sekejap. Tak pernah-pernah aku jelajah blog pasal artis Malaysia, first time dalam sejarah ni. Selalu aku bukak Galaxie Blog kalau nak tau update pasal artis Hollywood, dengan Soompi untuk update artis Korea kegilaan masa kini. Best jugak blog artis tempatan ni. Tak sangka orang yang menikah dengan aku ni boleh tahan famous jugak.

Sekarang ni aku still tinggal dengan dengan Fana dekat rumah sewa kitorang. Ibu ajak tinggal sama. Aku laju cakap tak nak. Tak bersedia. Lagipun, aku segan. Pakcik tu pun bukannya ada. Dia awal-awal dah masuk kerja balik. Shooting tak habis-habis. Lepas dua hari nikah, dia dah bertolak pergi Terengganu. Sebulan kat sana. Aku iyakan aje. Karang derhaka pulak. Sebelum pergi, sempat lagi nak berpuitis drama bagai, ‘kalau sayang, tinggal-tinggalkan’. Lepas tu cium dahi, kenyit mata. Mana tak berdesup darah aku naik buat gathering kat muka?! Malu aku seharian kena kutuk dengan Tok Aba, Ibu dengan Ayah Man (kena belajar panggil ayah Iffa. Bapak mertua kau tu!) Dia sedaplah, dah kenakan aku, melarikan diri. Aku yang tanggung malu sendiri. Macam ni ke seorang suami yang baik?

Dan sekarang ni, aku nak kena settlekan masalah ‘tempat tinggal’ pulak. Aku cakap dengan ibu, sewa dah bayar. Lagipun tak sampai hati nak tinggalkan Fana sorang-sorang. Tok Aba pun dah balik Negeri Sembilan. Aku tau ibu kecil hati sebab nanti dia takde kawan. Ayah Man (panggil ayah, iffa!) kerja, tinggal ibu sorang-sorang. Tapi bila aku janji, yang aku akan kerap balik rumah ibu, barulah ibu nak senyum. Kesian pulak aku dengan ibu ni.

Ting! Bunyi loceng. Aku kenal bunyi tu. Handphone aku ada mesej. Siapa pulak yang mesej ni? Aku tengok jam kat dinding. Fana ke? Kejadah! Kedai kat sebelah kedai aku pun nak mesej jugak ke.

Mesej tu aku bukak.

Assalamualaikum.

Waalaikumsalam. à Aku reply. Saudara Islam mana pulak yang mesej aku ni?

Awak sihat? àMesej diterima lagi. Siapa pulak la yang nak menggatal dengan aku ni?

Who?! à Pertanyaan dia aku tak jawab.

U dun remember me? à Aik? Kenal pun tak, nak ingat macam mane!

X à hanya satu huruf dan button send aku tekan.

Sampai hati awak! =( à dia buat ayat sedih pulak! Geram pulak aku dengan hamba Allah ni. aku reply mesej dia.

Do I know u? à Hantar. Aku tunggu bunyi loceng tadi. Satu minit. Dua minit. Lima minit. Tak reply. Tau takut!

Lagu Hot Chelle Rae I Like It Like That yang tiba-tiba menyanyi riang menandakan ada panggilan diterima. Terperanjat aku dibuatnya. Aku tengok caller ID. Nombor tak kenal. Eh, ni bukan nombor yang mesej aku tadi tu ke? Cuak aku dibuatnya. Siapa pulak ni? Panggilan akhirnya mati. Aku lega. Takut aku nak jawab.

Hot Chelle Rae menyanyi lagi. Aku tengok skrin handphone aku, nombor tadi! Apa masalah orang ni? Syah dengan Nani pandang aku pelik.

“Akak! Apasal tak jawab?” Nani tanya aku. Pelik dia. Tadi elok je aku tengok kak Iffa ni dok main mesej.

“Akak tak kenal la.” Aku jawab.

“Korang pun tau kan, I don’t take call from strangers.” Syah angguk. Memang itu perangai Kak Iffa pun. Diorang dah lama tahu.

“Klien kot kak. Customer ke?” Syah bagi pendapat. Aku geleng.

“Phone number kedai kan ade. Kenapa nak call handphone?” aku dah pelik. Panggilan mati lagi. Dah dua missed call dah. Aku senyum. Syah dengan Nani geleng je tengok aku.

“Akak, akak! Dah besar dah kak. Nak jawab call pun takut-takut.” Kena perli dengan Nani lagi. Aku sengih comel je.

Hot Chelle Rae menyanyi lagi sekali . Syah dengan Nani pusing pandang aku. Kening double jerk.

“Jawablah, kak!” serentak diorang bersuara. Aku buat muka. Kiri pun dah join group.

“Apahal ni?” tanyanya pelik.

“Stranger call!” Ceria je suara dia orang bagitahu. Kiri gelakkan aku.

“Amende lah akak ni. Ingatkan apelah tadi. Jawab je la. Tak de meletop Galaxy Nexus akak tu kalau jawab call.”

“I don’t speak to stranger!” aku bagitahu. Lupa ke? Kiri geleng. Sadis betul lah akak aku yang sorang ni.

“Kalau macam tu, buat lah macam biasa. Suruh Kak Ana jawab!’ dia ingatkan. Aku bulatkan mata, pastu senyum macam orang gila.

“Betul jugak kan. Thanks, Kiri!” Aku pantas bangun dan berlari ke kedai sebelah. Masing-masing yang ada kat situ dah menepuk dahi. Alahai, Kak Iffa!

Tal yang baru turun dari tingkat atas pelik bila tengok diorang yang tersengih-sengih kat bawah. Kelibat Kak Iffa takde.

“Apa citer?” dia tanya.

“Kak Iffa sayang tu lah.” Nani bagi hint.

“Stranger call?” dia meneka.

“Bingo!” Syah mengiyakan.

“Kau pun tau eh? Padahal tadi kat atas.” Kiri tanya, pelik. Menakjubkan budak ni.

“Aku tak pekak lah! Kalau dah sampai 3 kali berbunyi, tak angkat-angkat. Ape lagi kan.” Dia menjelaskan.

Gelak diorang semua. Free-free je kau kena gelak dengan budak-budak ni, Iffa!

No comments:

Post a Comment