Saturday 27 April 2013

SOP #21



***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #21

Juadah berbuka untuk malam ini semuanya style tunjuk dan bungkus. Fana yang beli, memandangkan si iffa dah tak daya and takde mood nak shopping di bazaar ramadhan. Nasib baik hari ni hari jumaat, jadik kedai buku tutup awal. Bolehlah dia cabut balik and berehat sekejap di rumah sebelum waktu berbuka.

Malam tu, usai berbuka, fana mencuba hendak meneruskan misi keamanan dia. Sempat dia berdoa selepas solat maghrib tadi, semoga dilembutkan hati sahabatnya itu,dipermudahkan segala urusan dan dibukakan pintu hatinya. Dia benar-benar nak tengok iffa bahagia. Tak sanggup dan tak sampai hati bila tengok kawan dia terus-terusan menyeksa diri macam ni. 

Luthfi sudah pun dimaklumkan mengenai update terkini, tentang apa yang berlaku pada Iffa. Dan, dia faham. Fana respect dengan Luthfi, walaupun si iffa tu buat perangai, emo mengamuk tiba-tiba, Luthfi masih cuba memahami. Dia tak boleh nak judge iffa macam tu je, sebab fana kenal iffa. Ada sebab kenapa dia bertindak macam tu. Pada pandangan dia, mungkin segala yang dia buat tu betul, tapi dari sudut pandangan pihak ketiga (fana), iffa ni nak kena belajar terima pendapat orang lain. Luthfi pun kenalah belajar terima perangai pelik kawan dia tu. dapatlah dirumuskan, daripada pemerhatian (yang dibuat senyap-senyap) , Luthfi dah lulus (tahniah!). Dan, sempat jugak si farhana ni berikrar pada Luthfi, bahawasanya dia sanggup jadik spy tak bertauliah, asalkan masalah mereka ni ada happy ending! Yang itu, dia janji!

Televisyen bercerita sendiri. Yang menonton dah jauh menerawang fikirannya ke mana. Fana capai remote control dan tutup tv yang kesian takde siapa nak tengok. Bazir letrik! Iffa terkejut bila tv padam sendiri. Kepalanya dikalih kepada insan yang kasar menghenyak punggung di sofa sebelahnya. ‘please don’t start!’ iffa berdoa dalam hati.

‘story-telling time episode 2, start!’ dengan lagak host rancangan tv dan muka senyum menyengih macam terlebih gula, fana menggedik pada dia. Iffa mengeluh. Kepalanya menyandar di sofa, tak mahu layan! Matanya setia memandang pada kipas siling yang setia berpusing di tempatnya.

‘cepatlah fa. Macam mana nak settle masalah kalau perangai kau macam ni?’ fana membebel. Iffa malas menjawab. Dia tak mahu fikir dah. Kalau boleh dia nak lupakan pasal masalah tu. Biarkan masalah ni tergantung macam tu je, takde penyelesaian. Senang! Tutup je buku, habis cerita. Tapi ini bukan buku cerita, bukan macam novel yang bersusun di rak kedai bukunya. Tak mahu teruskan, boleh berhenti. biarkan cerita tergantung macam tu je. Lantaklah apa nak jadi dengan kesudahannya. Tak! Ini reality yang dia kena hadapi. Perkara ini adalah berkaitan dengan hidupnya. Perkara serius yang bakal memberi impak yang besar pada dirinya. Perkara yang boleh mengubah terus masa depannya. Dia perlu bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku kerana perkara ini adalah mengenai dirinya sendiri. Nak tak nak, iffa takde pilihan. She has to face it!

“tanyalah apa kau nak tanya.” Dia bersuara tak bertenaga. Mata dipejamkan, dia cuba bersedia menghadapi kenyataan. Mungkin ini jalan yang Allah SWT tunjukkan pada dia untuk selesaikan hal yang satu ni. Penyelesaian yang selalu dia mohon dalam doa setiap akhir solatnya. Melalui sahabatnya, Farhana. Siapa tahu?

“aku tak nak tanya apa-apa.” Mata iffa mencelik, dia pandang sahabatnya itu. Fana masih tersenyum.

“Kan tadi aku dah kata, ni story telling, bukannya Q&A session. So, up to you now. Kalau kau rasa nak cerita, kau cerita. Untuk Episode 2, aku nak dengar je. And macam biasa, aku akan menyampuk sikit-sikit.” 

Iffa mengeluh lagi, tak tahu nak kata apa. Pelik betul perangai sahabat yang satu ni. Dalam kepala dia ligat berputar semua peristiwa yang berlaku padanya. Peristiwa sejak dari hari dia menjejakkan kaki di rumah malaun itu. Ya, tempat di mana semua ni bermula. Dia seakan kembali mengingatnya satu persatu. Fana disisi setia menanti, walhal iffa dah selamat sampai ke alam fantasi dia.

“Fa,kalau kau tengah cakap dalam hati sekarang ni, serius aku nak bagitahu yang aku tak boleh nak dengar tau. Dan jugak, mata kau tu bukannya projector. Aku tak nampak apa yang kau tengah bayangkan dalam kepala otak kau tu.” Fana mula mendesak. Dia dah kenal iffa. Lama dah kenal. Tahu sangat perangai dia. Selagi tak didesak, selagi tu taknak bercerita

“Kau kena open up iffa. Jangan telan semua benda sorang-sorang. Nanti kau yang merana. Kau pun ........”

“Aku tak tahu nak buat apa!’ iffa bersuara tiba-tiba memotong bebelan fana. Terkejut kawan tu. Terdiam dia.

“hah?” dia bertanya memohon ulang siar. Tadi dia belum set telinga dia kepada mode mendengar, so dia terlepas apa yang iffa bicarakan. ‘Tulah, joyah sangat. Member tu nak story, dengarlah elok-elok.’ Kata hati dah marah!

“aku tak tahu nak buat apa. Tak, aku tak tau nak mula dari mana. Banyak sangat benda nak kena fikir, sampai aku sendiri tak ...... Entahlah! Aku tak tahu!” dia melepaskan satu keluhan berat. Kuat bunyinya. Iffa semacam hilang semangat. Dah tak Nampak dah iffa yang ceria, otak-tak-betul, minah gila yang dia kenal selama ni. Yang ada depan mata fana sekarang ni, iffa yang dalam keresahan, kekusutan dan yang perlukan sokongan. 

“aku sendiri tak paham dengan perasaan aku. Ada masa aku boleh pasrah, aku boleh terima dia. At least I tried to accept him. Tapi...... tak tahulah. Kadang-kadang tu aku rasa, betul ke dia untuk aku? Boleh ke aku nak sehidup semati dengan dia? Aku tak mahu pegang title J tu muda-muda. Kalau boleh, biarlah aku ni diakad nikahkan sekali je. Biarlah orang akan terima akad aku tu nanti, the one and only. Orang yang akan last forever dengan aku. Aku tak mahu try and error. Aku tak suke konsep macam tu. kau pun tahu aku ni macam mana kan? Bercinta pun tak pernah. Aku taknak perasaan aku dimainkan sama macam, aku kalau boleh tak mahu mainkan perasaan orang. Hati aku ni rapuh, fana.” Iffa diam. Matanya dipejamkan. Dia cuba berfikir. Berusaha menggunakan kewarasan akal dia untuk memilih dan memutuskan apa yang terbaik untuk dia.

Fana sekadar diam dan memerhati saja perilaku sahabatnya itu. ‘aku pun tak tahu apa nak buat kalau aku kat tempat kau, fa.’ Dia berkata dalam hati. Tak berani nak diluahkan di mulut. Misi dia untuk membantu meringankan masalah, bukannya menambahkan beban yang sedia ada.

Masing-masing senyap. Iffa tak tahu nak fikir apa, fana tak tahu nak cakap macam mana. Makin di dalami, makin rumit pulak jadiknya. Hati dan perasaan ni kan complicated. Susah nak jumpa formula yang mampu menyelesaikannya. Andai kata lah, boleh pakai hukum Newton ataupun persamaan linear, takpe jugak! Senang keje. Tak payah nak serabut, menggila macam ni.

‘Nampak gaya, memang ada sambungan lagilah sesi hati ke hati ni.’ Fana berbicara dalam hati.

Tapi, Allah itu Maha Kuasa, Maha Pencipta. DIA penulis terbaik dan DIA tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Dan Fana sangat yakin, bahawasanya, ada sebab musabab konkrit kenapa ini yang diaturkan sebagai jalan cerita hidup Iffa. Bukankah di setiap kepahitan ujian itu, ada kemanisannya?

3 comments:

  1. So far so good,.. tpi mcm slow la jln citer ni,.. part yg dorg dlm prss tng ni lme sgt,.. x sbr nk tggu dorg kwin,... -ok, ayt mmg gtal skit,.. hehe- tpi nk dorg kwin cpt,.. btw x sbr nk tggu nxt n3,.. keep it up cik writer,.. aja-aja fighting...

    -Aira-

    ReplyDelete
  2. lama nyer x update....why???

    ReplyDelete