Saturday 27 April 2013

SOP #19

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #19



Keesokan harinya, berita mengenai sidang akhbar Luthfi mula menghiasi dada-dada akhbar. Tak kurang juga dengan laman-laman, blog dan portal berbentuk hiburan. Semuanya heboh bercerita mengenai keputusannya untuk menamatkan zaman bujang. Laman sosial Facebook dan Twitter turut terkena tempiasnya. Penuh Fanpage dengan ucapan, komen, ulasan, pendapat dan segala bagai mengenai keputusannya untuk mendirikan rumah tangga. Paling tak tahan, apabila siri sidang akhbar semalam turut dimuat naik di dalam Youtube dan jumlah tontonan telah pun melebihi 250 000 views untuk tempoh kurang dari 24 jam. Sesungguhnya, berita ini merupakan sesuatu yang menggemparkan dunia hiburan tempatan. Tak sangka yang si L.Hakeem memang serius, famous gila!

Pelbagai andaian dan komen yang dibuat masyarakat setelah berita mengenai keputusan dia mahu berkahwin tersebar. Berbagai persepsi masyarakat yang diterima. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Ada yang memuji, ada yang mengeji. Mulut manusia, macam-macam. Senangnya mereka bercerita, walhal tiada sesiapa pun yang tahu hal sebenar. Lagi-lagi ditambah dengan teknologi hari ini yang semakin moden. Internet dihujung jari. Laju sahaja segala berita sensasi disebarkan. Cerita yang tak pernah ada pun boleh tiba-tiba ada.

Dia mencapai iPhone disisi, mencari nama seseorang sebelum butang dail ditekan. Setelah tiga deringan, akhirnya panggilan berjawab.

“hello, assalamualaikum.” Orang di sana bersuara.

“Waalaikumsalam. Tengah busy ke?”

“busy lah jugak tapi takdelah busy sangat. Boleh je bercakap sekarang.”

“dia ada tak?” perlahan luthfi bertanya.
 
‘ada je kat sebelah. Kau nak cakap dengan dia ke?’ fana bertanya. Diam. ‘kau dah try call dia?’

‘kalau aku call dia nak angkat ke?’ jelas kedengaran di telinga farhana bunyi keluhan dilepaskan. dia kecil hati sebenarnya. Sejak insiden di restoran tempoh hari, dia tak lena tidur. Tak senang duduk. ‘sekarang ni aku tak suka! So, kau nak buat apa?’ terngiang-ngiang kata-kata itu dibenaknya. ‘Teruk sangat ke aku ni?’ soalan itu dilontarkan pada dirinya sendiri. Farhana yang mendengar tercengang sekejap. Tak tahu nak cakap apa.

‘kau tak cuba lagi, mana nak tahu kan.’

‘aku tak payah cuba pun aku tahu rasanya.’ Fana jatuh kesian pulak mendengarkan suara yang lemah semacam tu. ‘kejaplah, aku panggil dia. Kau tunggu tau. Nanti aku call kau balik?’

‘thanks, farhana.’

‘no problem.’ Talian ditamatkan. Fana merenung blackberry dia. ‘Iffa, iffa! Sejak bila kau berubah perangai macam ni?’ Satu persoalan yang hanya mampu dilontarkan di dalam hati. Nak Tanya live depan mata, macam boleh pendek nyawa je.

Langkah dia diatur ke kedai sebelah. Mencari kelibat iffa. Ada di kaunter, sedang memeriksa senarai pesanan buku baru. Dah nak dekat hujung tahun ni, kedai buku memang busy. Macam-macam promosi ada. Tapi, busy macam mana pun, takkan satu call pun tak boleh nak jawab kan. Fana simpan hasrat dalam hati, yang dia akan tolong ‘pasangan’ ni. Itu janji dia. Malaysia boleh!

‘Babe!’ fana menegur dengan suara ceria. Iffa mengangkat muka dari senarai di tangan dan memandang wajah ‘makcik’ di hadapannya sebelum kembali menghadap skrin laptop. Tangannya laju berlari di atas keyboard laptopnya. Ok. Bila Iffa buat muka ketat, maksudnya:

iffa + muka ketat = BAD MOOD!

‘Hmm!’ hanya itu yang iffa jawab. Pening kepala dengan senarai pesanan ni. kedai buku dia ada menyediakan khidmat penghantaran buku. Sekarang ni, berjela panjang senarai depan dia. Berterabur. Habis budak-budak kedai tu kena marah, sebab tak reti nak letak order form elok-elok. Tak pasal-pasal dia yang serabut. Bukannya sekali dia bagitahu, order lama, order baru, yang dah delivered, yang pending, asingkan, susun elok-elok dalam fail. Kalau semua kerja dia nak kena buat, baik tak payah hire pekerja.

Fana pandang keliling. Carik budak-budak kedai tu. Kiri tak nampak, pergi buat delivery kot. Syah pun takde. Mesti ada dekat stor sebab semalam stok buku baru sampai. Nani tengah terbongkok-bongkok susun buku dekat rak. Dia terperasan pandangan Tal. Mereka berbalas pandang, sebelum mula berinteraksi pakai bahasa isyarat mata yang hanya dia dan tal je yang faham.

‘kenapa ni?’  fana bertanya.

‘tak tahu.’ --> tal jongket bahu.

‘korang kena marah?’ --> Tanya lagi.

A’ah!’ --> tal angguk mengiyakan. Muka tak ceria dipamerkan. 

Kak Iffa jarang marah, kalau dalam setahun, ade la dalam dua kali. Lepas tu ok balik. Tapi tak tahu kenapa, sejak beberapa hari lepas. Dia tak banyak cakap. Sampai diorang sendiri pun takut nak tegur. Dah takde gurau senda dah dalam kedai ni. sekarang ni kalau bercakap pun, mesti ada kait mengait dengan kedai. Dah takde borak-borak kosong macam dulu. Rasa sedih pulak bila kak iffa tiba-tiba berubah. Dia nak Kak iffa yang dulu.

‘Takpe. Biar akak sekolahkan dia ok.’ --> Fana cuba memujuk. Nani yang tengah susun buku tadi dah bangun. Dia pandang kak Ana. Muka sedih. Kesian pulak tengok diorang ni macam ni. Tal mengangguk sebelum dia sambung buat kerja dia, bila terasa satu pandangan tajam di tala padanya. ‘Kak Iffa Nampak ke dia berborak jarak jauh dengan kak ana? Janganlah dia marah lagi, tak suka.’ Dia berdoa dalam hati.

‘kau nak apa?’ kasarnya soalan diajukan pada sahabat baiknya.

‘Stress ke?’

‘tension!’

‘huih! Dah parah sangat tu. dah tahu kau tu tak bole nak stress serabut ni, berhentilah kejap.’ Jangan sebab marah kat orang lain, kau lepas dekat orang lain. Hatinya menambah.
 
Tangan iffa berhenti menaip. Fail pesanan buku di hadapannya di tutup. Tangannya menongkat kepala. Ibu jarinya diangkat dan menekan kuat pelipis kepala. Pening! Dia mengeluh. Macam besar sangat je masalah dia sekarang ni.

‘jom naik ofis kau jap!’ fana mula menjalankan agenda dia. Dia benar-benar tekad mahu membantu pasangan ini.

‘jomlah! aku pun dah bosan dok menghadap benda ni. nak terkeluar dah bijik mata aku ni.’ Iffa terus bangun dari duduknya. Fail tadi di ambil dan dibawa bersama ke atas. Fana membontoti dia di belakang. Sewaktu menaiki tangga, mereka bertembung dengan Tal dan Nani. Tunduk diam terus budak berdua tu. tak bersuara. Iffa laju berlalu, langsung buat tak tahu. Fana pula, dialah peacemaker. Fana buat tanda senyum dimuka, dia berjanji akan kembali menceriakan suasana di kedai itu. Sungguh dia kasihan dengan budak-budak tu. Tak pasal-pasal terkena tempiasnya sekali.

Tal dan Nani mengangguk dan tayang muka mengharap. Sempat mereka berdoa, semoga kak Iffa tak berterusan garang macam ni, sebab ini bukan Kak Iffa yang mereka kenal dan mereka tak sukakannya!
 

No comments:

Post a Comment