Saturday 27 April 2013

SOP #20

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

hasil karya saya masih dalam pembikinan (cewah!)
belom 100% siap lagi~ maknenye, plot dia masih panjang, masih dikarang..
kadang-kadang idea ni datang secara mengejut!
mase tengah edit tulah, tetibe rase macam nak ubah semua.. huh! (mesti penah kena kan?!)
jadik, kalo ade sebarang komen, cadangan, usulan, yang sudi nak share.. silekan!
it is open to e-ve-ri-bo-di!
let's write this story together!
with wisdom we explore! hahaha
done! ***

(n.n)v

------------------------------------------------------------

Suamiku Orang Popular #20



Iffa terus mengambil duduk di sofa yang terdapat di dalam pejabat dia. Kemudian dia berbaring. Penatnya mata terasa. Jam yang terdapat di pergelangan tangan ditilik. Dah tengah hari rupanya. Patutlah berat semacam je mata ni. Kejap lagi waktu zohor nak masuk. Fana yang muncul kemudian, menyibuk nak duduk di sofa yang sama, memaksa iffa untuk mengubah posisi baringnya menjadi duduk semula.
‘kau nak air?’ iffa bertanya selamba.

‘kau nak kena lempang?’ fana berkata selamba. Iffa sengih.

‘amboi, garangnya! Gurau pun dah tak boleh dah sekarang ni!’ iffa menggeleng.

‘jangan nak kata orang, kau tu pun sama.’ Iffa pandang muka fana, tapi riak wajah sahabatnya itu tidak berubah. Dia faham apa yang fana cuba sampaikan.

Fana teliti raut wajah iffa. Macam besar sangat masalahnya. Besarlah kot, sebab benda ni kan ada kena-mengena dengan masa depan. Betul tak? Tanpa membuang masa, dia terus memulakan tugasnya sebagai si jaksa-pendamai. Bismillah dibaca dalam hati.

‘Kau OK?’ dia bertanya. Suasana senyap. Takde respon. Hanya bunyi keluhan lemah kedengaran. Soalannya tidak berjawab oleh si empunya badan. 

‘fa, aku tau sekarang ni kau tengah serabut. Stress. Otak kau overload dengan masalah. Tapi still, aku nak mintak tolong about something. Boleh?’ lembut bicara fana gunakan.

Iffa berpaling memandang sahabatnya dengan penuh tanda Tanya. Hailah sahabat! Apa jenis pertolongan lah yang kau nak aku tolong disaat kepala tengah jammed sekarang ni?

‘jenis pertolongan?’ soalan berbalas soalan. Fana tarik nafas dalam-dalam. Gaya fana menakutkan iffa. Tolong jangan suruh dia buat yang bukan-bukan

‘please senyum and act macam iffa yang selalu?’ ok! Niat murni pertama dah terluah. Hasrat hati terlafaz sudah. Iffa teleng kepala sebelah. Keningnya automatic terangkat. Huh? Tak faham? Atau kau sengaja buat-buat tak faham? Hatinya berbisik.

‘aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan.’ Fana menambah, iffa mengalih pandang. Ni yang susah kalau dah BFF sangat ni. Terlebih memahami. Tau je ape yang aku pikir. Iffa mengeluh (lagi) dalam hati.

‘fa, aku tau kau tengah stress. Aku faham! At least, I’ve tried to understand you. Aku takde kat tempat kau sekarang ni, untuk aku cuba faham betul-betul perasaan kau. Tapi fa, dah berbelas tahun kita kawan. Aku kenal sangat dengan kau. Aku tahu bila masanya kau happy, bila masanya kau sedih, bila masanya penyakit gila kau datang. aku tahu, fa.’ Fana berhenti sekejap, tunggu respon. Masih takde. dia tarik nafas dan kemudian menyambung bicara.

‘tapi fa, even kalau kau ada masalah pun. Jangan kau babitkan orang yang takde kena-mengena. Ni bukan kau yang aku kenal. Disebabkan kau tengah marah dekat orang lain, kenapa kau nak lepaskan dekat orang lain? Diorang tak salah fa, kau pun tahu kan?’ fana berhenti seketika. Iffa masih diam. Mata dia tiba-tiba terasa panas. Apasal hari ni perasaan dia semacam sensitive je ni? Kolam matanya mula bergenang. Tiba-tiba hatinya rasa berat sangat. Rasa sebak melanda. Dia tak tahan dengan masalah, dia tak pandai nak tanggung beban ni sorang-sorang. Berat sangat, dia tak daya. Satu wajah yang dirindu bermain di minda. Tok Aba! Gugur satu mutiara jernih dari matanya.

Fana terkejut bila tengok iffa tiba-tiba menangis. Panik dibuatnya. Pantas didakapnya sahabatnya itu. Belakang badan iffa digosok lembut. Air mata iffa terus berguguran walaupun esaknya tiada bunyi. Fana dah risau. Susah nak tengok iffa menangis. Only in two occasions, when she is super mad and bila dia tengah macam ni lah, terlampau serabut.

‘Fa, aku ada dekat sini nak dengar masalah kau. Kau pun tahu kan!’ fana cuba memujuk. Baru kini kedengaran suara tangisan iffa. Hah, ni barulah menangis yang normal. Keadaan sepi seketika. Fana membiarkan iffa melayan perasaan dia. Bila keadaan diyakini tenang, fana melepaskan pelukan. Kotak tisu yang ada di atas meja diambil dan dihulur pada tuan punya pejabat. Iffa menyapu air mata dia.

‘Lega dah?’ fana bertanya. Iffa mengangguk. ‘Kuranglah sikit daripada tadi.’ Fana senyum.

‘Ok, back to business. Berapa banyak benda yang menyerabutkan kau ni?’ tanpa segan silu fana terus bertanya.

‘tiga!’ tiga jarinya diangkat. Dengan fana tak boleh menipu. Makcik ni ada super power, mind-reader. Sebab tu, iffa selalu jujur dengan fana.

‘nyatakan ketiga-tiganya.’ Soalan fana dah macam soalan subjektif paper SPM.

‘pasal tok aba, malaun tu dengan....,’ iffa teragak-agak nak bersuara. ‘aku.’ Namun diluahkan jugak. Fana mendengar dengan teliti. Dia mengangguk-angguk tanda faham.

‘nak bukak story-telling time?’

‘aku cerita rumusan dekat kau teruslah. Long-story!’

‘make it short and please teruskan. Aku dah ready.’ Kusyen kecil yang berada di sofa single di ambil dan dipeluk. Fana tayang muka tekun mendengar.

‘first case, pasal tok aba. Since dari hari dia bagitahu pasal plan gila dia ni, i never spoke to him.’

‘never?’

‘yes, never!’

‘not even once?’

‘nope.’

‘why?’

‘I think he’s the one to blame. Dialah punca kuasa kepada semua masalah ni.’ Iffa bersuara dalam sebak. Kepalanya ditundukkan cuba mengelakkan fana dari melihat airmatanya berlinangan sekali lagi. Tok aba, insan yang paling istimewa dan paling penting dalam hidup dia. Lelaki itu sangat bermakna dalam hati dia. Mereka yang mengenalinya tahu mengenai hakikat itu. Tapi kini, iffa seakan menolak kepentingan tok aba dalam dirinya ke tepi. Di pinggirkan rasa sayangnya pada lelaki tua itu. Iffa seringkali merasakan hidupnya sudah tidak bermakna kerana rancangan gila mereka. Masa depannya seakan punah. Dia terus-terusan menyalahkan Tok Aba, walaupun dia tahu, dia tak sepatutnya begitu.

‘Kalau aku kata kau kejam, kau boleh terima?’ farhana membalas. Iffa mengangguk lemah. Directnya pertanyaan farhana menyebabkan air matanya tumpah lagi. Dia rasa sangat derhaka tika ini.

‘pernah tak tok aba buat apa-apa yang memudaratkan kau?’ kepala iffa menggeleng.

‘pernah tok aba abaikan kau selama ni?’ geleng lagi.

‘pernah dia marah kau sampai tak cakap macam ni?’ geleng

‘pernah dia ......’ belum sempat fana meneruskan pertanyaan dia, iffa memotong.

‘aku tahu aku salah fana. Aku jahat. Tak kenang budi. Cucu derhaka.’ Makin kuat esakan iffa. Fana tergamam. Tak sangka pulak iffa akan menangis teruk macam ni. Dia sengaja provoke iffa, biar dia tahu tak semua yang dia fikir tu betul. Tapi nampak gaya macam dia dah silap percaturan. Kepala yang tak gatal, tiba-tiba terasa gatal. Tergaru-garu dibuatnya. Gatal betul mulut aku ni. Orang tu emosi tengah tak stabil, otak tengah jammed. ‘Hish! Mulut jahat ni.’  Ditepuk mulutnya sendiri.

‘Iffa, dahlah tu. Ok, sorry. Aku tak sengaja provoke kau. I just wanna make my point. Tok aba yang jaga kau selama ni, fa. Dia tahu apa yang baik untuk kau. Tok aba sayang kau, kau pun tahu tu kan? Tak boleh ke kalau kau anggap penyatuan korang berdua ni as his last wish? Takkanlah he wants to marry you off to someone that he doesn’t trust? Betul tak. He knows you better than you know yourself. Mesti that malaun ada memenuhi criteria dia. Ciri-ciri lelaki yang sesuai untuk kau.’ Hujah farhana. Sedu Iffa mula perlahan.

Dahlah puasa, menangis lagi. Pening kepala dah ni. Tenaga dia untuk petang nanti dah habis digunakan untuk menangis je. Iffa marah pada dirinya sendiri. Air mata disapu dengan tisu yang ada dalam pegangan. Fana menghela nafas lega. Hati dia mula tenang setelah tangisan iffa pun dah sama turut ‘bertenang’. Cuak sekejap dia. Sahabat baiknya tu sekarang ni dalam fasa ‘dilemma’. Jadi dia kena berlembut kalau nak settlekan masalah ni.

“Aku Tanya something ni boleh?” fana mencuba. Kepala iffa disandarkan pada sofa. Berdenyut-denyut rasanya. berat. Menangis banyak sangat macam ni buat dia rasa nak pitam. Tangannya memicit lemah pelipis kepala. Matanya ditutupkan.

“soalan lagi?” iffa membalas acuh tak acuh. Tak laratnya rasa!

“terpaksa Tanya. kalau tak, makin tak selesai masalah.”fana berkata bersahaja.

“soalannya berbunyi?”

“kau takde perasaan ke dekat mamat tu?” Senyap. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Dia berfikir sejenak. “Tak!”

“langsung tak de ke?” dia bertanya sekali lagi. Tak mahu mengalah.

“tak.”

“sikit pon takde?”

“Tak,”

“Even sekelumit pun?” masih belum berputus asa, fana mencuba.

“Tak.”

“yakin dengan jawapan kau?”

“tak.” Mata fana terbeliak. Bulat besar kau. Ada harapan ke ni?

 “kau pasti ni.”

“tak.”

“kau dengar ke tak sebenarnya apa yang aku cakap ni?” marah!

“tak.”

“Iffa!!” fana mendengus.

“Babe, kepala aku ni dah macam nak meletup dah kalau kau nak tahu. Aku tak larat lah nak melayan soalan kau sekarang ni. sorry lah, babe.” Iffa berterus terang. Sungguh, dia dah memang tak boleh nak lawas segala apa yang fana bebelkan. Kalau diteruskan jugak, tak pasal–pasal mahu ada yang kena maki dengan dia karang. BFF tak BFF.

“takpe-takpe. Aku paham. Kau rehatlah dulu. Tidur kejap ke. Kedai biar aku yang tengokkan. Nanti kat rumah kita sambung.” Fana menepuk lembut bahu sahabatnya itu. Kesian pulak dia. Dengan yang pihak di sebelah sana kesian, dengan yang ada depan mata ni kesian. Dengan Tok Aba pun sama, kasihan. Besarnya dugaan yang kau bagi, Ya Allah. Moga-moga semuanya dipermudahkan. Amin.

No comments:

Post a Comment