Tuesday 20 August 2013

SOP #37

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v


------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #37



Malam tu, Iffa ditemani Ibu Ja di rumah. Ayah Man dah bertolak ke masjid, untuk solat berjemaah yang dia tak pernah nak miss. Bekalan akhirat, jawab ayah. Aku senyum je. Kesian ibu, tak dapat 27 kali ganda pahala sebab terpaksa temankan aku yang tiba-tiba datang keuzuran Asar tadi. Rumah ni memang buat aku subur la! Asal datang je, bulan mengambang. Asal datang mesti bulan mengambang.

Aku tunggu ibu selesai solat Maghrib, sambil mata melayan rancangan TV yang entah apa-apa aku tekan. Berpuluh, maybe beratus channel ASTRO ni ada. Tapi takde satu pun yang berjaya menarik perhatian. Nak tengok berita, suratkhabar dah baca tadi. Sama je beritanya nanti. Dia main tekan-tekan channel, last-last dia give up. Tak tahu cerita apa best dan patut ditonton sekarang ni.

Kesibukan yang melanda dekat bakeri Fana semenjak dua menjak ni, menyebabkan dia tak berkesempatan nak tengok TV. Dah tak update dah dia. Mana taknya, balik dari kedai, dua-dua terus syahid. Tidur tak ingat dunia. Kalau masih bertenaga, Isyak didahulukan. Kalau tenaga dah kong sangat, tidur dulu. Siap set alarm tengah malam, untuk kejut bangun Isyak. Penat tetap penat, sembahyang jangan pernah lupa. Tu pesan Tok Aba.

Ibu yang dah selesai sembahyang menegur dia.

“Hai, ada orang tengah rindu ke?”

Aku yang mendengar pun apa lagi, dengan penuh ikhlas tayang muka blur. Telinga gagal mencerna apa yang didengar, otak tak berjaya hadam maksud kata-kata ibu tu. Senyum ibu yang tak pernah kenal erti penat tu langsung tak menjawab soalan aku. Aku buat style aku lah, sengih je.

Bila aku nak tanya, apa maksud ibu, mata aku tertancap dekat tv. Drama di ASTRO Prima sedang gah menayang muka dia. Ohmai! Tu, Malaun tu! Eh, Sorry! Pakcik tu! I mean, tu laki aku! Eh, bukan. Tu anak ibu! Argh! Aku ni dah kenapa pulak. Buat relax je dah lah. Gelabah tiba-tiba kenapa? Mesti ibu dah fikir bukan-bukan. Aku mengadu dengan hati aku sendiri. Fikir bukan-bukan pun apa salahnya. Laki kau jugak. Tadi kau jugak yang cakap, kau akan cuba belajar terima dia kan. So, sekarang ni lah masanya. Perlahan-lahan. Aku diam, cuba dengar pesanan hati kali ni, sebab Dr. Love takde sama. Sebaik mungkin aku cuba menenangkan diri.

“Iffa tak tahu nak tengok cerita apalah, bu. Main tekan je.”

Ibu senyum. Entah ibu percaya ke tak cakap dia, sedangkan dia dah berlaku jujur tu. Ibu dah mengambil tempat di sebelah Iffa.

“Iffa pernah tengok cerita ni?” ibu bertanya pada dia. Pandangan ibu jatuh pada wajah anak gadis di sebelahnya, dengan senyuman ibu yang tak pernah off, dan sentiasa on 24/7.

Matanya dikembalikan menatap skrin tv, adegan dalam rumah sekarang ni. Antara hero (pakcik tu) dengan entah siapa. Ada watak perempuan yang tengah duduk bersimpuh, tuang air. Ala-ala perempuan melayu terakhir lagaknya. Dah siap tuang air, watak perempuan tu bangun, matanya menjeling manja pada si hero (laki aku). Eh, kau! Menggatal pulak dengan suami aku tu. Tiba-tiba rasa nak marah dengan pelakon perempuan tadi. Berlenggang-lenggok jalannya. Lambat lah kau sampai dapur tu, kalau itu lah had laju jalan kau, minah hoi! Semut kat rumah aku jalan pon lagi laju! Marah pulak dia. Bajet gadis ayu la konon. Menyampah pulak dia rasa. Yang si hero, senyum membalas jelingan manja perempuan tadi. Sukalah tu. Iffa menelah dalam hati. Gatal!

Iffa teruskan menonton, soalan ibu dia masih belum dijawab lagi. Ibu biarkan Iffa sendiri, dalam dunia dia. Ibu turut menonton sama. Rasa nak tergelak bila tengok muka serius menantu dia yang konon khusyuk tengok tv tu.

Iffa leka sekejap, nak tengok jugak, betul ke pakcik tu pelakon? Reti ke dia berlakon? Meletop sangat ke lakonan dia. Matanya setia pada tv yang tadi kononnya takde cerita yang menarik perhatian untuk ditonton. Hah, sekarang ni dah melekat pulak!

Si hero dan seorang lelaki tua, bapak perempuan tadi tu kot, macam tengah berbincang pasal something. Agaknya lah. Dia tengok lagi. Ni mesti nak mintak kahwin dengan perempuan tu tadilah ni. Dia meneka.

“Saya yakin, dan saya janji. Saya akan cuba bahagiakan anak pakcik. Pakcik boleh percayakan saya. Saya tahu, kasih dan sayang saya pada Weeda, takkan boleh lawan kasih dan sayang pakcik pada dia. Sebab tu, saya beranikan diri, datang sendiri untuk meminta izin dari pakcik. Benarkan saya untuk galas tanggungjawab untuk jaga Weeda pula.” Luthfi melafazkan dialognya.

Dah aku agak! Aku ni kan co-director. Standard drama melayu, macam ni lah. Amboi ayat skrip dia, bersastera, berbunga, bersusun rapi. Nak buat watak lelaki tu nampak macam gentlemen dan sweet lah konon. Padahal, diorang tak tahu perangai sebenar dia. Mulut boleh tahan puakanya! Aku terjeling pada ibu, ibu senyum-senyum tengok aku. Ades! Terlupa pulak dekat ibu kandung dia yang ada dekat sebelah aku ni. Nasib tak ter’loudspeaker’ kata-kata hinaan dalam hati dia tadi.

“Cerita apa ni, bu?” Iffa buat-buat tanya. Nak cover malu. Tangannya mencapai remote astro yang ada disebelahnya. Butang info ditekan. Owh, ‘Menantu Baru’ tajuknya. Iffa maintain dengan muka selamba, betul-betul buat macam rumah sendiri aku ni. Dia buat tak reti dengan ibu yang ada di sebelah. Ibu ni pun bukannya tengah tengok anak dia yang ada kat dalam tv tu, macam tengah usha aku je. Ditekan lagi butang info tu, nak baca ringkasan drama konon.

Luqman, pemilik empayar perniagaan yang merendah diri jatuh cinta dengan Weeda, tukang cuci di syarikatnya. Hanya berdasarkan pandangan pertama, hati terpaut suka. Melihatkan sikap dan kecantikan yang Weeda miliki, dia nekad untuk memperisterikan gadis itu. Weeda tidak mengetahui status Luqman sebagai bosnya. Dia tak pernah kenal lelaki itu. Walaupun wajah kacak lelaki itu selalu menjadi bualan, dengan populariti mengalahkan artis terkenal di syarikat ini. Pak Wan pula teringin bermenantu baru, mengidamkan keriuhan rumah itu dengan suara cucu. Dengan Weeda lah dia berharap. Dapatkah Pak Wan menantu baru seperti yang diidamkannya. Lakonan L. Hakeem dan Nadeera Manisa.

Owh, gitu kisahnya. Paparan info ditutup.

“Iffa pernah tengok cerita ni?” soalan yang sama ibu ulang. Iffa menggeleng.

“Iffa kurang sikit lah bu tengok drama Melayu ni. Lagipun, kitorang jarang tengok tv kat rumah. Kadang-kadang je. Banyak masa habis dekat kedai je lebih.”

Ibu mengangguk tanda faham.

“Ibu pun kalau nak diikutkan, takdelah selalu sangat tengok TV ni. Tapi, abang tu yang beriya-iya suruh ibu tengok semua cerita lakonan dia. Hasil kerja dia, kalau nak ikut bahasa abang lah. Tapi, ibu suka cerita yang ni. Dia pasal dua insan yang tak pernah mengenali sebelum ni, mereka berbeza darjat tapi atas dasar suka sama suka, mereka berkahwin. Mereka tak pernah bercinta, semuanya di buat selepas hubungan mereka sah sebagai satu ikatan perkahwinan. Dia lebih kurang macam bercinta selepas kahwin lah. Macam tu.”

Aku dengar aje. Angguk mengiyakan tak, geleng menidakkan pun takde. Ibu yang memang alert bab-bab macam ni bersuara lagi.

“Dia macam kisah hidup kamu pun ada.” Aku tersentak. Heh? Macam kisah hidup aku? Celah mana? Explanation, please! Ketidakpuashatian disuarakan dalam hati.

“Abang tu boleh diibaratkan sebagai Luqman, kamu pula si Weeda. Luqman tu popular, semua orang kenal dia. Macam abang. Weeda, orang biasa-biasa, takde siapa yang kisah dengan dia dan dia pun sendiri tak ambil peduli sangat pasal orang. Sebab takde kaitan buat apa nak pikir. Macam kamulah!”

Huish, mendalam sungguh makna kata-kata. Maksud tersirat nak kata aku ni pentingkan diri ke? Loner? Tak caring? Takde perasaan? Boleh kecik hati kite macam ni.

“Kalau nak diikutkan pada preview cerita, Luqman tu jatuh cinta pandang pertama dengan Weeda, tapi dia tak tunjuk sangat, walaupun hati memberontak kata nak. Si Weeda sekadar buat tak layan, tak peduli dan tak pernah ambil kisah. Mula-mula memang banyak bertekak, bertegang leher, bertikam lidah, tapi lama-lama semua perasaan tu hilang. Kan orang dulu-dulu selalu kata, jangan membenci sangat, nanti lama-lama jatuh sayang. Sekarang ni baru nak masuk part yang dia nak kahwin dengan si Weeda tu, walaupun mereka baru kenal tak sampai sebulan. Mereka nak pakai prinsip bercinta lepas nikah, lebih manis katanya.”

Tweet, tweet! Chop! Pause! Sekejap!

Ibu kata drama ni lebih kurang macam kisah hidup aku. Kalau ikut kata ibu tadi, si Luqman tu dah fall in love at the first sight dengan perempuan tu. Translation kepada bahasa aku, Ibu nak kata Luthfi tu pun macam tu ke? (first time aku sebut nama dia). Dia suka dekat aku? Cinta pandang pertama? Pffftt!!! Menipulah. Asal cakap asyik nak bertekak, asal jumpa asyik nak bergaduh aje. Tapi……,

Mula-mula memang banyak bertekak, bertegang leher, bertikam lidah, tapi lama-lama semua perasaan tu hilang.

Haish! Tak mungkinlah! Drama ni kan cerita rekaan semata-mata je. Macam novel. Fantasi semuanya.

Orang dulu-dulu selalu kata, jangan membenci sangat, nanti lama-lama jatuh sayang

Ooooooo……kay! Yang ni, aku pernah dengar. Tapi, takkanlah!

Otaknya terfikir sesuatu. Oh, no! No! No! No! Habis sekarang ni, aku nak kena suka dekat dialah, supaya aku tak sayang dekat dia. Sebab kalau benci, nanti jadi C.I.N.T.A! Argh, tak sanggup pulak nak sebut perkataan tu! Hati dah rasa tak tenteram. Tiba-tiba pulak dah ni kenapa?

“Dua-dua pihak kena berusaha kalau betul nak bahagia. Kalau hanya sebelah pihak je yang berusaha keras, yang sebelah pihak lagi tak buat apa, memang takkan ada hasilnya.” Pesanan penaja, nasihat, kata-kata azimat, ayat keramat dari ibu yang berjaya membentuk  tulang di lidahku. Berat nya nak membalas, hinggakan terdiam aku dibuatnya.

*************

Iffa naik ke atas bila jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam. Puas dia berborak dengan ibu dan ayah. Penat betul dia rasa hari ni. Penat bermain dengan perasaan. Satu benda yang Iffa tak boleh lupa ialah pesanan ibu sebelum tu. Ibu ni, lepas dah huru-harakan perasaan aku, dia biarkan aku terkapai-kapai macam tu je.

Dua-dua pihak kena berusaha kalau betul nak bahagia. Kalau hanya sebelah pihak je yang berusaha keras, yang sebelah pihak lagi tak buat apa, memang takkan ada hasilnya.

Terngiang-ngiang kata-kata ibu. Dua-dua pihak kena berusaha. Tak boleh nak harap sebelah pihak je. Betul! Dalam perhubungan kena ada kerjasama antara pasangan. Dua-dua kena bagi  sumbangan. Jangan mengharap bahagia tu jatuh dari langit, kalau kita sendiri tak cari kebahagiaan tu. it takes two to tango. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau nak bahagia, dua-dua kena usaha. Benda yang sama bermain-main di kepala.

Iffa pandang tengok keliling. Ni bilik dia, bilik pakcik tu. Mewahnya kau. Bilik ni boleh tahan lah, takdelah lawa sampai gila. Padahal, kalau tengok bilik ni masa first-first masuk dulu, memang boleh tercengang dibuatnya. Lawa siot! Design dan susun atur dalam bilik ni, cantik, menarik, kemas. Ada gaya maskulin. Confirm upah orang design. Orang banyak duit. Lagipun, pakcik tu reti ke hias-menghias ni? Lelaki kan kayu sikit bab-bab macam ni. Betul tak? Setuju ke setuju?

Memang kalau tengok dari gaya aku, sengaja nak merendah-rendahkan mamat tukan. Bingo! Memang itu pun niat dan tujuan asal. Mana boleh puji dia, sebab tu dah sama maksud macam aku dah terima dia.

Dua-dua pihak kena berusaha kalau betul nak bahagia. Kalau hanya sebelah pihak je yang berusaha keras, yang sebelah pihak lagi tak buat apa, memang takkan ada hasilnya.

Okay! Okay! Aku paham! Perlahan-lahan. Aku ingat janji aku, perlahan-lahan. Berhantu betul kata-kata azimat ibu ni, asyik terngiang-ngiang je. Ada orang record-replay ke ape?

Bila diingat balik malam lepas nikah tu, eeeerrrr! Arghhh! Tak sanggup nak ingat. Tapi sebab dah teringat, cerita je lah. Masa tu, sanggup dia tidur atas sofa dua malam berturut-turut. Pukul 9, lepas je isyak terus dia lari naik atas dan tidur. Tak nak bertentang mata, bersua muka, berbalas kata dengan pakcik tu langsung. Selamatkan diri sendiri, tu lebih penting. Pakcik tu pun macam tak kisah, tak peduli, lagilah aku suka. Nasib baik dua malam je, lepas tu dia dah pergi kerja. Tu pun, dia tinggalkan aku dengan bertan-tan malunya, bila dia cium dahi aku depan semua. Ternoda lagi wajah ni!

Iffa duduk di sofa yang ada dalam bilik itu. Nexus ditangan di telek. Dia nak call Tok Aba. Risau betul dia 
dengan atoknya sejak akhir-akhir ni. Baru dia berkira-kira nak telefon Tok Aba, handphone dia dah berbunyi. Mengeluh dulu, baru dia tengok apa benda. Dah tahu sangat dah ni. Whatsapp.

Assalamualaikum --> mesej yang dihantar suami Islamku.

Iffa nak tekan reply, tapi dia dah tersilap. Tertekan button call pulak! Masalah! Susah betul kalau pakai 
handphone touch screen, lagi-lagi yang over sensitive macam Nexus ni. Baru berbunyi sekali, tak sempat nak cancel call, panggilan dah berjawab. Sumpah canggih handphone pakcik tu. Laju betul dia angkat.

“Assalamualaikum diucapkan kepada isteri tersayang.” Tu dia, dia punya mukadimah. Panjang lain macam.

“Waalaikumsalam. Awak nak apa?” aku tanya.

“Eh, dia yang call orang, dia tanya orang  nak apa pulak.” Luthfi cuba mengajuk kata-kata isterinya beberapa hari lepas. Senyum-senyum dia. Malam ni dia free, takde shooting apa-apa. Scene dia dah selesai siang tadi. Dia pun malas nak keluar, takde mood. Penyakit rindu punya penangan. Terperanjat beruk bila dapat call dari kesayangan, terus dia angkat.

“Saya tertekan lah. Tak terniat pun nak call.”

Luthfi dah diam kejap. Dia ni keras hati sungguh. Tapi dah memang boleh agak kan. Wifey takkan sewenang-wenangnya nak call dia tiba-tiba macam ni. Selalunya semua dia yang buat. Dia yang akan call, dia yang akan text, dia yang akan tanya. Semuanya dia. Hanya dia je yang ambil berat pasal perkahwinan mereka ni. Dia ni memang betul benci kat aku ke? Hatinya dah rasa sayu.

Lama Luthfi diam, Iffa pun diam. Dia sedar dia dah terlepas kata. Rasa nak iron lidah dia ni, yang terlalu naïf dan sangat berlaku jujur tak kena pada tempatnya. Ada masanya kita nak kena tipu sunat kadang-kadang, macam yang si pakcik ni buat. Semata untuk mejaga perasaan orang lain. Susah sangat ke?

“Bagus jugak, kalau awak tak terniat. Dapat jugak saya call dari awak. Kalau dah terniat dalam hati nak call, memang sampai kiamat pun mesti awak takde terdetik nak call saya kan.” Jawapan orang jauh hati.

Iffa terdiam. Ok, sangat mendalam hingga menusuk ke jiwa jawapan yang diterima.

Dua-dua pihak kena berusaha kalau betul nak bahagia. Kalau hanya sebelah pihak je yang berusaha keras, yang sebelah pihak lagi tak buat apa, memang takkan ada hasilnya.

Ape ade button replay ke dalam kepala otak aku ni? Asyik terngiang-ngiang benda ni aje dari tadi! Fine! Aku mengaku memang aku yang salah!

“Sorry!” Iffa bersuara perlahan. Antara dengar dengan tak je. Suami tu, suami. Kena jaga hati dia, jangan bagi dia terasa. Dia mengingatkan dirinya sendiri. Memang claim dosa betullah aku ni.

Luthfi yang dengar perkataan 5 huruf tu terus senyum. Senangnya nak pujuk aku ni. Tapi dia, maintain diam. Dia nak tengok sejauh mana keikhlasan kata maaf kesayangannya tadi tu.

Iffa tekan kuat Nexus ke telinga. Apehal senyap ni? Dah letak ke? Tapi rasa macam ada dengar bunyi lagi? Dia dah tidor? Takkanlah? Ke merajuk? Merajuk lagi? Aku ke yang kena pujuk? Mengada-ngada betullah. Dah tambah satu kerja aku nak kena memujuk pulak!

“Pakcik?” Iffa memanggil. Takde respon.

“Awak?” dia panggil lagi. Senyap.

“Assalamualaikum orang di sanaaa....!” salam tu wajib jawab tu. Tapi, takde orang jawab pun salam dia. Ni mesti jawab dalam hati ni. Naik geram pulak aku dibuatnya.

“Luthfi?” Iffa try panggil nama. Nope!

“Hakeem?” nama lain pulak. Teeeettt!!

“Luthfi Hakeem?” nama full pulak. Kalau boleh nak disebut bin nya sekali, tapi tak ingat pulak nama penuh ayah.

“L.Hakeem?” nak kena panggil nama superstar dia ke, baru nak menyahut? Tapi, suasana masih sepi.

“Hello sedara?” kali ni style kak long pulak.  Hati dia dah mula berapi. Takde jugak.

“Oooiii!!!!” Iffa dah hilang sabar. Dah biadap pun, still tak de respon.

“Argggh! Lantak kaulah. Aku dah malas nak layan. Letak lagi bagus!” dia dah marah, tapi Iffa masih belum letak. Mana tau kalau dia gertak macam tu, lagi tu akan menyahut panggilan dia. Dia tunggu sekejap. Memang melayan dia ni, sangat-sangat-sangat menguji kesabaran. Banyak pahala dia dapat hari ni, dengan tahap sabar luar biasa dia malam ni.

“Ok, fine!!!! I’m sorry. I knew I shouldn’t have said that. The words just slip out off my tongue. I am sarcastic. Sorry, bye and good night.” Sabarnya kian menipis, dia betul-betul tamatkan talian kali ni. Tahniah buat Iffa kerana Berjaya menyabarkan diri sebelum macam-macam ayat terlarang lain yang keluar.

*****************

Luthfi dah tersengih. Tiba-tiba rasa nak buat ujian kesabaran dan keikhlasan. Dia biarkan iphone nya dalam keadaan loudspeaker, sambil dia bahagia berbaring santai atas katil. Dikembang kuak tangan dan kakinya di atas katil. Dah gaya kodok masuk olimpik acara renang pon ade kalau tengok.

Panggilan pertama, dia dipanggil pakcik. Mula-mula dia ingatkan wifey tengah cakap dengan siapa, tapi bila diamati ton yang digunakan, dia panggil aku? Dia panggil aku pakcik? Hampeh betol! Sangat tak romantic! Reject!

Yang kedua kalinya pula ialah awak. Luthfi menggeleng kepala tak puas hati sebab dia tak rasa ianya cukup ikhlas. Rasa sayang tu macam tak sampai je. Dia ni memang takde perasaan langsung dekat aku ke? Mungkin dia belum sedia kot. Jawapan nak sedapkan hati sendiri. Tapi apa-apa pun, dia tak peduli! Reject jugak!

Seterusnya, salam pula diberi. Mulutnya terkumat-kamit menjawab salam. Kemudian dia gelak sendiri. Memang style wifey. Salam tak pernah tinggal, bagus, bagus. Tapi dia rasa tak cukup. Diam lagi. And, of course. Reject!

Cubaan seterusnya memanggil nama. Sedap pulak bunyi nama dia, bangga dia sendiri. Next, Hakeem pulak. Nama Hakeem hanya digunakan bagi mereka yang terlibat dalam industry ni je, termasuk peminat-peminat dia. Rasa pelik pulak bila wifey panggil dia Hakeem. Macam tak kena dengan telinga dia yang mendengar. Kemudian Iffa mencuba dengan nama penuh, tak puas dengan itu, nama komersial nya pula. Luthfi terusan menggeleng. Tak setuju. Reject! Reject! Reject! Dan Reject!

Yang paling dia rasa kelakar, sampai keluar aura gangster. Tapi Luthfi peduli apa. Reject jugak! Boleh tahan kejam jugak dia ni. Yang paling mengejutkan bila tiba-tiba suara jeritan kuat kedengaran. Tu dia, style mafia dia dah mai dah.

Bila dia dah puas dengan ujian kesabaran dia dan niat murni dalam hati taknak gadis tu berkecil hati, iphonenya di ambil. Elok terlekap di telinga, confession tu dibicarakan. Permohonan maaf dia. Walaupun kalau dengar betul-betul, boleh detect suara orang tengah tahan baran. Ibarat berbisik di telinga. Sebelum, gadis tu for real this time, menamatkan panggilan mereka. Yang peliknya, walaupun macam tu, Luthfi masih boleh maintain senyum bahagia. Angau!

Luthfi tunggu sekejap, sebelum jarinya mula menaip sesuatu dan akhirnya mesej tadi dihantar. Bila ada balasan dia senyum.

--> Dream of me tonight?

-- >You wish!

--> I wish my wifey will dream of me tonight.

--> If I were to dream of you, I’m having a nightmare then.

--> A sweet nightmare is still fine with me.

--> Kbye!

Luthfi dah sengih bahagia seorang diri. Dia dah menang. Hahaha

Bye, wifey. Goodnight, sleep tight. I’ll come into your dream, wait for me. Love ya, muah. --> Send!

Punya panjang dia taip, tapi satu je yang kesayangan dia reply. Gambar penumbuk! Ganas nye!!


10 comments:

  1. Best....tak sabar nak tunggu. Cepatlah update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai zuriah~!
      tengs sebab support SOP..
      sedang berusaha utk kekalkan ke'best'an storyline~
      hehehe
      sebab kite sendiri pon tak menyabor nak update! eh?! hihihi
      mohon sabar menunggu ye.. (n.n)v

      p/s: samat ari raya to u~

      Delete
  2. seriyes lutfi ni sweet plus bengong2 sket ngn wifey die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaaaaaaaannn~~
      memamng itu karakter dia that i try to create~
      hahahaha...
      sebab... kite pon bukannya betul sgt~!
      eh? ade kena-mengena tak?!

      (n.n)v

      p/s: samat ari raya to u~

      Delete
  3. Hahaha....lawak...next n3 plezzz....

    ReplyDelete
    Replies
    1. to : syizac

      bole bole bole~
      tapi kena tunggu.. bole?!
      pleezzz.. (n.n)v

      p/s: samat ari raya to u

      Delete
  4. hahahaha.... next plezzzz.... x sabar nk bace kisah diorang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..
      samalah, kite pon tak sabar nak mengarangnya..
      tapi kena tunggu boleh?

      (n.n)v

      Delete