Tuesday 13 August 2013

SOP #36

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v


------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #36



Keretanya di parkir elok di dalam kawasan garaj. Sarapan yang dah siap dibeli dan bahan masakan yang wangnya selamat dilaburkan di pasar tadi dikeluarkan dari boot kereta.

“Assalamualaikum.” Salamnya diberi, namun tiada orang jawab. Dia mencuba sekali lagi. Senyap. Iffa terus memberi salam sambil kaki mula melangkah ke arah mini garden di tepi rumah. Minta-minta tuan rumah ada dekat situ. Diintai sekejap dan, ada! Salamnya sekali lagi dilaungkan. Kuat dan bersemangat.

“Waalaikumsalam.” Ibu Ja yang sedang sibuk menyiram tamannya berpaling dan seperti yang dijangka, terkejut melihat Iffa. Segera ibu menutup pili air dan bergerak laju ke arahnya.

“Ibu!” ceria dan manja bunyi suara. Senyuman manis dihadiahkan. Ikhlas dari hati lagi.

“Iffa! Kenapa datang tak bagitahu ibu dulu?” separa menjerit aku dengar soalan yang ditujukan pada aku tu.

“Surprise!” ceria nada suara Iffa kedengaran. Sengih dia macam biasa, tak pernah nak hilang.

Langkah ibu laju dihala ke arahnya. Barang-barangnya tadi belum berkesempatan nak didaratkan atas meja yang ada di taman itu, dirinya terus dipeluk sakan oleh ibu. Lama dia dipeluk. Betul punya rindu ni! Sebelum pelukan dileraikan, ibu sempat membelek mukanya, mengusap pipinya sekali dua dan dia dipeluk sekali lagi. Terbongkok-bongkok Iffa diperlakukan sedemikian rupa. Masalah perbezaan ketinggianlah katakan. Sayangnya ibu dekat aku!

Hujung minggu tu, Iffa gunakan untuk melawat mertuanya memandangkan kedai buku memang tak dibuka hari ni, sebab cuti umum. Lagipun, dia dah pernah jadik cucu derhaka, dan dia tak rasa yang dia perlukan pengalaman untuk jadik menantu derhaka jugak. dah dimaklumkan pada Fana tentang kehadirannya ke sini pagi tadi. Siap offer ajak ikut sekali. And of courselah, Fana taknak ikut. Bahkan, lagi dia galakkan aku pergi sendiri. Suka betul dia, siap tolong aku kemas baju lagi. Beria benar makcik tu. Pagi-pagi pukul 7, Iffa dah keluar rumah, sebab dia dah memang niat nak singgah pasar pagi yang berdekatan dan beli sarapan untuk bersarapan di rumah ibu je. Dan hasilnya, tada! Belum pun pukul 9, dia dah sampai Subang dengan segala barang dia beli tadi.

“Ibu, barang kat tangan Iffa ni beratlah, nak letak dulu boleh?” manja nada suara digunakan. Nak buat macam konon berat sangatlah benda tu semua. Betul kot, berat! Ada bermacam jenis sayur dia beli, ditambah dengan ayam dan daging. Ikan takde, dia tak minat. Tu belum masuk roti canai dengan teh tarik 3 bungkus yang dia beli. Menambah beban di tangan sungguh.

Ibu yang baru menyedari hal itu, lantas melepaskan pelukannya. Selepas di’confirm’kan yang dia takkan dipeluk kembali oleh ibu, Iffa berlalu sambil meletakkan hasil shopping dia tadi ke atas meja. Ibu nak membantu, tapi Iffa menegah. Lalu ibu menurut sahaja ke mana Iffa pergi, dengan pakej kena bebel sekali.

“Bertuah punya anak. Kenapa datang taknak bagitahu. Buatnya ibu dengan ayah takde dekat rumah macam mana?” Ibu Ja mula membebel.

Selesai meletakkan barang-barangnya, Iffa berpaling memandang ibu. Senyum paling manis dan ikhlas dilemparkan. Cara nak ambil hati yang tak pernah failed kalau dengan Tok Aba. Ditarik tangan wanita di hadapannya itu, dengan penuh hormat dia salam dan mengucup.

“Assalamualaikum, ibu!” dia memberi salam sekali lagi. Kemudian dia memeluk ibu pula. Turn dia pulak untuk memeluk.

“Ibu sihat?” lembut suara bertanya.

Ibu Ja mengusap lembut belakang badan iffa. Rindu betul dia dengan anak perempuan barunya ni.

“Alhamdulillah, ibu sihat.” Balas ibu.

“Iffa saja je nak bagi surprise. Janganlah marah Iffa pulak.” Soalan ibunya tadi dijawab. Nada gedik macam nak merajuk digunapakai. Nak mintak simpati. Bila datang kena marah, bila tak datang bertanya. Macam mana tu?

“Ibu bukan marah. Dah merajuk pulak menantu baru ni.” Di usap lembut pipi menantunya perlahan. Sejuk hati melihat seraut wajah itu. Matanya Ibu Ja mula bergenang. Dia rasa syukur, sayu dan terharu. Semuanya bercampur baur. Dalam hati, dia mendoakan agar yang terbaik diberikan buat gadis di depannya ini. Semoga hatinya terbuka menerima anaknya, semoga dipermudahkan semuanya dan semoga kebahagiaan menjadi milik mereka.

Ibu Ja mengajak Iffa duduk di kerusi taman yang ada di situ. Tangannya tak nak lepas dari terus mengenggam tangan gadis di depannya. Sambil bercerita itu ini, jari tuanya tak pernah berhenti mengusap lembut tangan Iffa. Sesekali matanya memandang pada cincin pernikahan yang tersarung cantik di jari manis si gadis. Senyum dan syukur dia dalam hati. Betullah, gadis ini memang benar-benar dah jadi menantu dia. Syukur, sungguh dia syukur. Apa yang dia hajatkan, Allah perkenankan. Moga hajat nak menimang cucu lelaki juga bakal dimakbulkan nanti, amin.

Iffa perasan mata ibu yang sesekali menelek jari manis tangan kanannya. Dia tahu apa yang ibu tengok. Fuh! Nasib baik ada P.A yang tak bertauliah mengingatkan.

Pagi itu, Iffa dah bersiap nak ke Subang, ke rumah mertuanya. Semua barang dah bersedia di jinjit untuk dibawa masuk ke kereta. Sewaktu Fana nak menghantarnya di depan muka pintu, dia di ingatkan mengenai ‘tanda’ yang dia sudah pun menjadi hak orang. Mula-mula tak paham, bila Fana cakap cincin, dia masih blur-blur, kemudian baru dia teringat. Segera diraba cincin yang damai bergayut di rantai leher. Nasib baik ada lagi. Rasa lega pulak tiba-tiba. Mahunya tak! Kalau hilang, mana nak carik ganti? Besar berliannya, dah tahu dah mesti mahal ni. Dia belum cukup kaya nak ganti on the spot cincin dengan berlian sebesar coklat M&M tu. Walaupun designnya sekadar simple but nice, tapi kalau dah hilang memang nice sangat-sangat! Mahu berlubang buku bank nak mengganti.

Lantas dipisahkan cincin dari rantai dan disarung ke jari manis tangan kanannya. Fuh! Muat lagi. Pandai aku maintain badan, eh?! Bergurau pulak kite. Ditelek sekejap duduk cincin dijari. Baru dia nak perasan yang cincin tu, cantik!

Mata Iffa melilau mencari di keliling, tak nampak pun.

“Ayah mana, bu? Tak nampak pulak?”

“Ayah kamu tu pergi jogging. Memang rutin dia bila weekend macam ni. Biasalah, orang kalau dah perasan jiwa muda ni, susah.” Aku tergelak. Jiwa muda kau bapak mertua aku. Kau ada?

“Jaga kesihatanlah bu, boleh maintain muda sekali. Ibu juga yang untung.” Aku membalas. Ibu sekadar senyum mendengarkan kata-kata aku tu.

Iffa memandang wajah wanita di hadapannya. Muka ibu dah berkedut, tapi tak nampak tua. Rambut ada sikit yang dah beruban, tapi masih ada seri diwajahnya. Wajah seorang ibu. Iffa tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu. Dia sendiri dibesarkan sepenuhnya oleh Tok Aba.

Tiba-tiba rasa sayu menyerbu hati. Bila timbul perihal keluarga, dia cepat sensitive. Tiba-tiba hatinya rasa tak tenang. Sebak barangkali. Iffa menunduk. Cuba mengelakkan air matanya dari tumpah. Rasa bersalah dan malu. Setelah bergelar menantu keluarga ini, baru hari ni dia nak menjejakkan kaki menjenguk mereka. Walaupun dia sendiri dah mengiktiraf yang dirinya adalah menantu tanpa rela. Telefon pun hanya sekali dua. Itupun selalunya Ibu Ja yang call dia, tanya khabar. Setiap kali panggilan, setiap kali itulah dia busy. Semedang sibuknya. Tak sedar yang dia dah sedikit mengguris hati wanita tua itu. Hari ni dia akan cuba menebus kesalahan, belajar menerima kehadiran mereka sebagai sebahagian baru dari hidupnya. Perlahan-lahan. Dia akan cuba perlahan-lahan.

“Iffa sayang?” ibu memanggil lembut. Pelik ibu. Tadi nampak ceria, tiba-tiba mood suram pula. Iffa mengangkat muka, matanya dah mula bergenang.

“Ibu, Iffa mintak maaf. Sebab..... sebab.... sebab Iffa ni nama je menantu, tapi tak pernah nak ambil berat pasal ibu dengan ayah. Dah dua minggu jadi menantu, baru hari ni nak tayang muka.” Tergagap-gagap dalam sendu dia meluahkannya. Rasa bersalah makin menebal dalam hati. Apa yang dibualkan dengan pakcik tu semalam, terngiang-ngiang di telinganya. Kenapalah ibu ni layan aku baik sangat?

“Takpe. Ibu faham. Iffa belum sedia.” Ibu cuba memujuk.

“Kamu masih tak boleh nak terima kan? Takpe. Pelan-pelan. Lama-lama, mungkin hati kamu akan terbuka.” Ibu cuba menenangkan. Betul dia faham. Siapalah yang rela dikahwinkan tiba-tiba, sebegini cepat tanpa pengetahuan, perancangan ditukar di saat akhir. Semuanya untuk kebaikan mereka. Naluri seorang ibu itu kuat. Ibu tahu, dia dah buat pilihan yang betul. Ibu yakin.

“Baru dua minggu. Awal lagi usia perkahwinan kamu tu. Kita tunggu dua bulan pulak. Kalau betul kamu ni sepasang, mesti ada perkembangan. Yakin dengan jodoh ni, ibu pasti kamu boleh bahagia.” ibu tersenyum, aku cuba untuk senyum jugak. Namun, disebabkan rasa bersalah yang lagi tebal tu, senyum aku tu dah rupa macam nak tak nak je.

“Jangan risau, sebab ibu tak pernah berhenti mendoakan untuk kamu berdua. Ibu sayang semua anak-anak ibu.” Ibu tak putus-putus memberi kata-kata semangat. Semoga jodoh mereka ini berkekalan. Mohon ibu dalam hati. Andai benar bukan takdir mereka untuk bersama, ibu pasrah. Tapi, ibu akan terus berdoa semoga perkahwinan anaknya itu akan berkekalan hingga akhir hayat.

Iffa mengangguk. Dia cuba senyum, diikhlaskan sebaik mungkin. Ya, dia masih belum sedia. Dia mengaku yang dia tak pernah bersedia pun. Tapi, dia tak sanggup pulak nak musnahkan masjid yang dibina. Nak pegang title janda muda-muda hanya kerana dia tak punya perasaan dengan suaminya. Dia harus cuba menjaga masjid yang dibina, walaupun tanpa foundation cinta. Perasaan boleh dipupuk, sayang boleh ditanam, insya Allah cinta akan tersemai. Sekarang ni ramai yang bercinta lepas bernikah. Dan berdasarkan kajian, ramai yang bahagia. Mungkin dia boleh cuba praktikkan konsep yang itu. Apa salahnya, kalau demi menjaga keutuhan masjid ni. Atas tiket hubungan yang diredhai Allah. Siapa tahu andai benar jodoh dia adalah ‘dia’?

Tapi, nak kena belajar bercinta dengan pakcik perangai kekwat dengan aku tu? Aku ni dahlah bercinta pun tak pernah, experience zero. Macam mana nak hadap perangai luar alam mamat tu? Iffa mula merungut dalam hati. Namun, hatinya lebih laju bertindak. Beristighfar banyak-banyak. Tak baik membenci suami. Dia akan cuba, perlahan-lahan. Walaupun tak pasti outcome nya macam mana, dia janji dia akan cuba.

Lama sangat Iffa bermonolog dalam hati, sampai ibu bertanya pun dia tak dengar.

“Iffa sihat, nak? Dah makan?”

Terkejut, terus dia menggeleng. Ibu mula tunjuk riak risau. Cepat-cepat dia terangkan.

“Maksud Iffa, Iffa sihat tapi belum makan.” Nampak terus riak lega di wajah ibu. Dia dengar apa yang ibu tanya, cuma dia tak focus je.

“Iffa ada beli sarapan, ingat nak sarapan sekali. Tu pun kalau ibu sudi.” Dia tunjuk pada bungkusan roti canai dan teh tarik yang di beli tadi. Pausekan kejap soal hati, perasaan dan monolog dalaman aku yang makin menjadi-jadi tadi. Perasaan perut sendiri pun nak kena jaga jugak.

“Boleh, untuk Iffa apa saja boleh. Ibu pun sarapan tadi makan roti dengan jem je tadi. Maklumlah, tinggal berdua dengan orang jiwa muda ni. Makannya semua berjaga. Tak boleh main bedal aje.” Senyum aku. Bahagianya ibu dengan ayah ni.

“Jom masuk, kita simpan semua barang ni. Sambil tunggu ayah kamu tu balik. Kejap lagi sampailah tu. Ayah yang perasan jiwa muda, kamu tunggulah bila dia balik nanti. Nanti mulalah dia, sibuk mengadu penat, tak larat, sakit kaki semua. Sampai naik malas ibu nak layan dah.”

Aku senyum sorok-sorok bila ibu dah start complain. Kita dengar jelah. Comel pulak aku rasa ibu dengan ayah ni. Boleh ke aku macam ni nanti?


*************


Sekarang ni, dia akan membantu ibu memasak juadah untuk makan tengah hari. Penat ditegah, tapi style Iffa kan, degil tak sudah. Konon nak tunjuk skill memasak dia. Ayah pun sibuk nak join sekali. Tapi ayah lebih kepada memenuhkan lagi ruang dapur, menolongnya tidak, sebab ibu tak bagi. Makin lambat kerja ibu kata, ayah mencebik bila diperli macam tu depan menantu baru. Aku gelak memanjang. Ada je benda yang nak disakat ayah pada ibu. Bahagianya pasangan ni. Boleh ke aku dengan anak pasangan ni nak bahagia macam ni. Belum cuba, belum tahu Iffa. Perlahan-lahankan? Hatinya berkata.

Tadi, bila ibu tanya dia nak makan apa, aku laju jawab nasi ayam. Juadah pilihan pastinya berkait rapat dengan ayam. Favourite kot. Lama tak makan nasik ayam. Nak masak sendiri malas, sebab dia tinggal berdua je dengan Farhana. Takkan nak masak sikit je, lagipun takde masa. Selalu kalau teringin pun, beli je lah kat luar. Tu pun, belum tentu lagi nasi ayam tu mencapai kriteria sedap, tekak makan memilih aku ni. Kalau datang penyakit rajin, dia akan masak pagi-pagi tu dengan Fana, dan bawak untuk makan beramai-ramai dekat kedai. Tapi, tulah satu masalah dia. Penyakit rajin tu jarang datang, ada musimnya. Ibu macam biasa, setuju aje, ayah pun tak kisah, janji tengah hari dapat makan. Demi menantu baru tersayang.

Penat dia kena bebel dengan ibu tadi. Kenapa dibazirkan duitnya untuk beli semua tu? Dekat peti ais rumah ibu pun ada, tak payah nak beli lagi. Tak cukup dengan ibu, ayah pun sama naik. Pakat marah manja dekat dia. Iffa macam biasa, sengih je lah yang dia tahu. Rasa kekok pulak kalau nak datang sini dengan melenggang je. Takkan nak datang rumah mertua taknak bawak apa-apa. Mestilah kena ada apa-apa kan? Betul tak? Baru nak tunjuk perangai menantu mithali sikit. Ye lah, lepas bape minggu, baru hari ni dia terbukak hati nak datang sini.

Riuhnya dapur tu, walaupun hanya ada kami bertiga je. Macam-macam cerita yang keluar. Aku setia mendengar, sambil tangan turut bekerja buat mana-mana yang patut. Ibu bercerita, dia memang sengaja taknak ambil pembantu rumah. Kalau ada maid, habis satu rumah dibersihkannya, nanti ibu sendiri takde kerja nak buat. Dahlah tinggal berdua dalam rumah besar ni dah cukup membosankan, ditambah dengan takde kerja nak dibuat, lagi bertambah bosan. Ibu sempat mengadu dekat aku, yang ayah kadang-kadang je ada dekat rumah. Sebab ayah pun sama macam ibu, tak tahan bosan bila takde benda nak buat. Ayah join apa-apa aktiviti amal yang kawan-kawan dia anjurkan. Bantu anak yatim, bersihkan masjid, moreh, riadah. Apa saja yang dia boleh bantu dan join sekali. Ayah yang taknak kalah, membalas dengan jawapan yang buat hati aku tak keruan.

“Sekarang ni saya keluarlah. Tapi, nanti bila dah ada cucu kat rumah ni, saya sanggup tolong jaga. Tak keluar rumah langsung pun takpe.” Sengih besar ayah. Pakat-pakat dia dengan ibu pandang aku yang dah tak tentu arah, sebelum mereka gelak besar. Memang betullah, pakcik tu anak ayah dan ibu. Suka sangat mengenakan orang.

“Takpe, Fa. Pelan-pelan.” Ibu yang faham perasaan aku, menenangkan. Senyum masih tak mati. Aku menyengih sebagai jawapan. Fuh! Dah masuk topic cucu pulak. Bikin hati aku cuak je. Ni kalau citer dekat Tok Aba dengan Fana ni, wajib aku digelakkan ni. Berganda malu aku dibuatnya.

Sedang dia asyik berborak, rasa tak tenang tadi kembali datang. Tak tahu kenapa, hatinya rasa resah tiba-tiba. Bertenang, Iffa. Bertenang. Side effect pasal ‘cucu’ tadi belum hilang ke? Dia bertanya sendiri. Dia kawal diri, supaya keresahan yang dirasai tak terzahir diwajahnya. Hatinya sedaya upaya cuba ditenangkan. Banyak-banyak dia beristighfar dan berdoa dalam hati. Minta simpang dari berlakunya perkara buruk yang tak diingini. Amin.

Telefon bimbit dalam poket seluarnya berbunyi. Iffa yang dah selesai memerap ayam, segera membasuh tangan. Ibu yang tengah busy memasak, langsung tak peduli sekeliling dah. Ayah dah bergerak ke depan, tengok tv memandangkan khidmat dia langsung tak diperlukan kat dapur tu. skrin Nexus ditelek. Whatsapp. Dah boleh agak siapa. Sebab ni  kot, hati dia tak tenang tadi. Maklumlah, ‘bala’.

Degilnya dia ni --> mesej pertama

Tak mendengar kata --> masuk yang kedua

Mungkir janji --> seterusnya dari dia

Dah pukul berapa dah ni? --> ada lagi

Kenapa tak update your status? --> yang ni last.

Iffa dah bersedia nak reply, sebelum masuk mesej yang keenam.

Assalamualaikum. Patutnya send yang ni dulu mula-mula tadi. :p --> dia hantar lagi. Siap ade smiley sekali.

Spontan sengihnya keluar. Senyum terukir. Terus dia membalas.

Waalaikumsalam. Sedar pun diri tu islam --> send.

Sarkastik sungguh kan. Baru mesej tadi disend, terus masuk mesej yang baru. Amboi, laju sungguh dia ni reply. Canggih sangat ke handphone dia ni?

Update, update! --> arahan di keluarkan.

Oleh sebab malas nak gaduh panjang, dia layankan. Lagipun dia tengah tolong masak, lambat pulak siapnya kalau tak dilayan pakcik sorang ni. rasanya dah boleh baca perangai orang tua ni. Makhluk yang memang takkan berhenti dari mengganggu hidup aman dia.

Pukul 6 saya bangun, mandi, Subuh --> send

Pukul 7 keluar rumah --> send lagi

Pukul 8, ade dekat pasar, shopping pagi --> dan lagi

Pukul 9, dah sampai rumah ibu, sarapan dan bergosip sakan. --> dia cuba hantar laju-laju supaya pakcik tu tak sempat mencelah.

Pukul 10, masih bergosip sambil tengok tv, ayah join sekali.

Belum sempat dia hantar yang seterusnya, mesej pakcik tu masuk.

--> Awak kat mana?

--> Rumah saya ke?

--> Buat apa?

Iffa tak jawab soalan pakcik, dia terus send update yang pakcik tu nak sangat tadikan.

Pukul 11, (present time) tolong ibu masak --> dia terus hantar.

Pukul 12 (future time), insya Allah lunch dah siap. --> sekarang dah pukul 11.45, dia hantar terus update untuk pukul 12

Pukul 1, maybe dah selesai makan, lepas tu tolong kemas, nak berehat jap sambil tunggu zohor.
--> planning untuk pukul 1 pun dia send.

Pukul 2, tak plan lagi nak buat apa --> abes update sampai pukul 2 dia hantar. Dengan harapan, dia takkan diganggu untuk masa 3 jam yang akan datang.

Tapi, namanya pun malaun (sorry, geram sangat!). Susah nak paham bahasa, dan takkan pernah berpuas hati selagi tak dapat apa yang dia nak. Hot Chelle Rae menyanyi riang. Iffa gagahkan diri menjawab, taknak ibu yang dah pandang dia rasa pelik.

“Assalamualaikum, wifey.” Islam jugak akhirnya laki aku ni.

“Waalaikumsalam.” Pendek dia balas, seperlahan mungkin.

“Awak pergi Subang ke? My home?” Luthfi terus bertanya.

“A’ah. Kenapa? Tak boleh ke?”

“Boleh! Boleh sangat-sangat!” ceria je bunyinya.

Ibu cuba curi dengar, tapi tak lepas. Iffa cakap suara perlahan, dengar sayup-sayup je. Ditambah dengan saiz dapur rumah ni yang tiba-tiba terasa besar pulak. Dengan ayah yang gelak suka kat depan. Mengganggu sungguh! Ibu marah dalam hati. Ayah yang tak bersalah dan tak tahu apa-apa pun kena. Tak pasal-pasal je kan. Ibu nak tahu, siapa yang telefon? Sangat-sangat nak tahu. Sifat prihatin semula jadi yang ada dalam diri setiap wanitalah katakan. Beberapa minit kemudian, Iffa tiba-tiba bangun dan menuju ke arah singki. Terperanjat ibu. Sekejapnya? Ibu kemudian berpura-pura mengambil, mencarik barang. Iffa yang tak perasankan apa-apa yang pelik terus memanaskan minyak dalam kuali. Dah ready nak goreng ayam.

“Anak ibu kirim salam.” Iffa bersuara, sambil tangan terus menggaul sekejap ayam yang diperap sebentar tadi, sebelum ianya disemadikan dalam minyak panas dalam kuali.

Ibu yang terkejut bila Iffa tiba-tiba bersuara, terus bertanya.

“Anak ibu yang mana?” Sedangkan dia tahu siapa yang dimaksudkan. Anak ibu dua orang je, siapa je lagi kan. Saja buat-buat tanya. Takdelah nampak sangat yang dia cuba curi dengar tadi, walhal dia bukannya dengar apa-apa pun. Ibu rasa macam nak senyum gembira, tapi dibuat dalam hati je.

Iffa yang sedar kesilapan diri, tersengih. Aiseymen, lupa pulak aku! Main cakap je, dengan mukadimah takde. Sambil senyum terhias dibibir dia menjawab.

“Luthfi.. I mean, abang. Iffa maksudkan abang, anak ibu. Dia siap pesan suruh Iffa cakap, abang rindu sangat-sangat!” bersungguh- sungguh dan penuh perasaan Iffa ucapkan. Sama macam yang Luthfi arahkan tadi. Sekejap je perbualan mereka kali ni, nasib baik. Tak sanggup dia nak berbual lama-lama dengan keadaan persekitaran yang tak mengizinkan sekarang.


“Waalaikumsalam.” Ibu jawab dengan senyum tak lekang dibibir. Budak bertuah tu ke yang  telefon menantu dia tadi. Alhamdulillah, ada kemajuan sikit. Tapi kenapa pesanan penaja part ‘abang rindu sangat-sangat’ tu, ibu rasa macam bukan tuju kat dia je? Macam luahan ikhlas dari hati anaknya untuk seseorang. Naluri seorang ibu, takkan pernah silap. Ibu tahu yang tu pasti untuk Iffa, cuma Iffa je yang tak perasan. Takpelah, perlahan-lahan. Yang penting, anaknya dah ada kemajuan.

8 comments:

  1. sambung cepat sambung cepat ..
    tak sabar nak baca next episode ..
    best sgt !
    keep it up ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekaseh timekaseh ..
      sabar la dan tunggu next episode ..
      sedang diusahakan..
      hehehehe

      p/s: selamat hari raya~! (n.n)v

      Delete
  2. Replies
    1. hai baby mio~
      there you are! ade pun! hehehe
      kite nak wish awak SELAMAT HARI RAYA~!
      tengs alot for the continuous support..

      Delete
  3. Sangat best, cepat sambung next episode yaa ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekaseh! timekaseh!
      sedang diusahakan..
      mohon sabar dan tunggu~! hehehe

      btw, SELAMAT HARI RAYA TO YOU~! (n.n)v

      Delete
  4. nak lagi!!nak lagi!!!
    suke kat lutfi..lutfi senget~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan~!
      kite sendiri pon dah termacam jatuh cinta dengan Luthfi~!
      eh?! hahaha (n.n)v

      Delete