Saturday 3 August 2013

SOP #35

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #35


Iffa membaca mesej whatsapp yang melimpah ruah diterima dengan mata yang berkelip-kelip. Biar betul dia ni! Gila ke apa? Memang sah dah buang tebiat! Argh, bencinya! Nexusnya kemudian bergetar kuat, ada call masuk. Tindakan refleks akibat terkejut, laju butang answer di tekan. Kemudian baru dia terfikir nak melihat pada nama pemanggil. OH.MY.GOD!

“Assalamualaikum, wifey!”

Waalaikumsalam! Nak apa?” kasar balasnya, tapi ton suara masih dalam volume yang terkawal. Aku sungguhlah malas nak layan dia ni!

“Amboi, garangnya! Jangan derhaka, dosa tau!”

“Tahulah! Ni nak apa ni?” masih tak ikhlas bertanya. Tak paham ke bila orang kata tengah busy?

“Nak awak pujuk!”

“Jangan nak mengada, boleh tak?”

“Tak boleh.” Senyum lagi. Mesti comel muka dia tengah tahan marah kan? Rindunya nak jumpa awak wifey.

“saya busy ni, tolonglah jangan kacau. Please!” suaranya berbisik dan separa merayu. Dia taknak Fana dengar. Nanti makin panjang kisahnya. Fana kan memang suka bab-bab yang macam ni.

“Kalau taknak saya kacau, boleh. Tapi pujuk saya dulu. Saya  tengah merajuk ni.”

“Tak bunyi macam orang merajuk pun.” Iffa membalas.

“saya kalau merajuk bunyi macam ni la.”

“jangan nak tipu lah.” Tak percaya. Dia ajak bergurau pulak!

“kalau tak percaya, tunggulah bila kita dah sebumbung dan tinggal bersama nanti. Time tu, barulah awak nak percaya cakap saya.”

Iffa terkedu. Serius ke apa dia cakap ni? Aku tak sanggup! Tok Aba!!! Iffa taknak!!!

“Awak nak pujuk ke taknak ni?”

“Taknak!”

“Ok.”

“Ok?”

“Hmm, ok!”

“Betul ni ok?”

“Betullah.”

“Serius?” Ni mesti nak kenakan aku lagi ni.

“Serius.”

“Yesssss!!!” dah nak melompat suka, tapi dia kawal nafsu diri.

“Tapi ada syarat.”

“Mengadalah dia ni!” terkuat pulak suara dia. Laju dia pandang semua yang ada di kitchen tu. Semua tengah tekun bekerja. Diorang tak dengarlah kot. Selamat!

“Nak dengar syarat ke nak pujuk saya? Nak pujuk saya ada prosedur nye tau”

“Hissssshhh!! Sengaja je. Malas lah nak layan.” Iffa nak tamatkan panggilan, namun hasratnya terhenti bila dia dengar Luthfi macam menyebut ‘ibu’.

“Apa dia?” dia bertanya kasar.

“Saje nak bagitau. Tadi ibu call saya. Ibu tanya pasal saya, pasal awak. Tapi banyaknya tanya pasal awak. Awak taknak berterima kasih pun dekat saya yang dah banyak menipu ibu saya sendiri ni sebab awak.”

“Yang pandai-pandai pergi menipu tu sape suruh?” ni takde lain nak salahkan aku la ni!

“Dah terpaksa, nak buat macam mana. Lagipun tipu sunat.” Iffa terdiam berfikir. Fatwa mana dia celup ada tipu sunat bagai ni, dia pun tak tahu.

Rasa bersalah mula menerpa dalam diri, sebab selama berkahwin (lagi tiga hari genaplah dua minggu) hanya sekali dua je dia call keluarga mertua nya tu. Datang menziarah memang belum sempatlah. Sebab dia segan nak pergi sorang-sorang. Selalunya Tok Aba ada sekali. Masa tidur di rumah tu dulu pun dia tak senang duduk. Lagi-lagi lepas dia kena tinggal dengan so called suami dia di rumah tu. Tak betah dia dibuatnya. Takkan nak ajak Fana teman, karang rasa kekok pulak makcik tu.

“Ibu tanya apa?” Iffa bertanya ingin tahu. Ton suaranya dah dikendurkan. Bila teringat tentang kebaikan dan kasih sayang yang ibu dan ayah curahkan pada dia, terus turun degree kemarahannya tadi.

“Macam-macam ibu tanya. Menantu dia ada call ke tak, tanya khabar? saya cakap ada, dua kali sehari walaupun sebenarnya takde. Menantu ibu dengan abang baik ke tak? saya cakap dah okey sikit berbanding dulu, walaupun sebenarnya rasa macam kita ni makin jauh. Ibu tanya saya bahagia ke tak, saya cakap belum tahu lagi, sebab belum lalui lagi alam rumah tangga tu. Nanti dah tahu, abang bagitahu ibu. Soalan ibu yang saya nak highlight kan kat sini, saya menyesal ke tak? saya cakap tak. Sebab saya tahu, jodoh yang ibubapa pilih untuk kita, mestilah orang yang dia rasakan yang terbaik untuk anaknya. Andai benar awak memang jodoh saya dan kita bahagia, saya wajib berterima kasih pada mereka.”

Iffa diam. Tak tahu nak kata apa. Rasa sayu menerjah. Dia teringat pada Ibu Ja dan Ayah Man. Mereka baik. Baik sangat-sangat dengan dia. Dia dah anggap Ibu Ja dan Ayah Man macam ibu dan ayah dia sendiri kerana kemesraan dan kasih sayang yang mereka curahkan pada dia, walaupun mereka baru beberapa kali bersua muka. Tapi bila dikenangkan, siapa punca perkahwinan-tanpa-rela dia ni, rasa sebal dan sesak automatik menerjah dalam hati. Sedih bila mengenangkan kejadian itu. Tapi, apakan daya. Dia dibesarkan cukup ilmu agama dan pakej hormat pada yang tua. Jadi, dah tentulah perasaan positif iaitu rasa kasih, sayang dan hormat itu menebal dalam diri. Dan kini, pasangan tu dah pun muktamad jadi ibu dan ayah mertua dia.

“Awak nak apa.”

Luthfi yang tengah syok membebel terdiam kejap bila mendengar suara yang tiba-tiba lembut dan berbunyi sayu tu.

“Hah?”

“awak nak apa? Syarat awak tu?”

“Oh, yang tu! Sebenarnya belum fikir lagi. Tadi saje je, menyakat awak. Rindu punya pasal.”

“Kalau takde apa-apa lagi, dahlah! Saya nak letak. Busy.” Mendatar bunyi suara Iffa. Tiba-tiba merudum mood dia.

“Wifey, jap! Dah tau dah apa syarat dia!” laju Luthfi menahan sebelum Iffa betul-betul putuskan talian. Iffa hanya mendengar dan membalas malas.

“Nyatakan. And make it short.”

“Saya nak awak update apa awak buat setiap masa dekat saya. Boleh? Bukan apa, takut kalau ibu atau ayah yang call, takdelah saya ni menambah dosa. Menipu dorang.”

“Setiap masa?”

“Yes, setiap masa.”

“Setiap masa tu berapa lama?”

“It depends. Kalau boleh saya nak tahu semua benda yang awak tengah buat.”

“Even masuk toilet pon?” tertanya pulak soalan tu.

“That’s sound like a good idea. Boleh jugak.”

“Gila! Taknak lah.”

“Awak yang offer, saya terima je.”

“Saya tanya bukan offer.”

“Oh, tak same eh?” ketawa Luthfi. Rasa terhibur pulak. “So, your decision is….”

“Decision apa pulak ni?”

“Ok, setiap sejam awak kena update.” Terus Luthfi membuat keputusan.

“Eh?”

“Bye! Director saya dah panggil. Take care. Love you, wifey~ muah!”

Klik. Panggilan tamat. Iffa terpinga. Apa yang kitorang bualkan tadi sebenarnya eh?


*********


“Eh, dah pukul 12.15?” Terdengar Fana bersuara tiba-tiba, pertanyaan itu dilontarkan khas kepada pekerjanya, Afiq.

“Nak dekat 12.30 lah, kak Ana. Kenapa?” Afiq tanya kembali. Jam dinding besar depan mata pun salah tengok lagi ke?

“Nampak Red Velvet akak?” lurus kedengaran bunyi soalan. Mulut Afiq ringan nak kata tak nampak, tapi nasib baik dia faham apa maksud sebenar soalan tersirat tu. Afiq melirik mata, pandang muka kak Iffa sebagai jawapan. Nak tergelak pulak dia rasa, bila tengok muka cuak kak Iffa. Tahu dia yang salah. ‘Soalan yang sebenarnya macam nak tuju kat aku, tapi sebenarnya nak tanya orang lain.’ Afiq berkata dalam hati.

Kelam kabut Iffa berlari ke oven, mengeluarkan kek yang dah lama siap dibakar. Hangit! Hitam warna permukaan, memang tong sampah lah duduknya. Selalunya dia peka dengan bau benda terbakar ni. Apasal tadi boleh tak perasan pulak? Ni takde orang lain, semua salah ‘dia’ tu!! Pakcik, sungguhlah kau ni satu gangguan ke atas aku! Iffa merungut sendiri. Makanya, makin menggelabah lah dia menyiapkan kerja.

6 comments:

  1. to: orang di atas.. hehehe (since u r anonymous, i don't know ur name~)

    tengs so veri much for ur support~!

    sekarang ni, update for SOP akan di 'slow down' kan sikit..
    kan dah nak raya, kite pon bernafsu raye jugak.. hehehe

    nak bakar kuih tu, nak kemas bilik ni, nak tuka yang tu, nak kena buat yang ni, itu ini tu byk sgt..

    insya-Allah, dlm pertengahan bulan raye tu adelah update..
    mohon gandakan tahap kesabara ye.. pahala tu~

    daaaa~!
    selamat hari raya~! (n.n)v

    ReplyDelete
  2. Bestttt !!
    Lps raya ni nanti panjangkan lg entry baru THE BEST =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju!!!
      lagi panjang lagi bagus...
      reader puas hati, kite senang hati, semua orang berhati-hati~! eh?!
      hahahahaha..

      will try my best to do that kawan. so that it can be THE BEST! (hopefully)

      (n.n)v

      Delete
  3. Salam Lebaran Encik / Cik Penulis. Thumbs up utk cerita yang baik. Semoga dapat diterbitkan satu hari nanti. Blog ni menjadi teman saya. Hari2 mesti dijengah sebelum & selepas balik kerja. Good job. Nice story. If only I can write as good as you... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. to: Umra Haj

      Assalamualaikum~!
      hai awak! selamat beraya jugak! hehehe
      kite amin kan doa awak. (amin!)

      tengs for the doa, mudah-mudahan la ye..
      and also sebab menjadi stalker sejati blog capuk ni (n.n)v

      i'm a noob, amateur, rookie writer..
      me not that good yet (compared to writer yang lain)

      saye tulis ape yg saye imagine dlm kepala..
      (nampak sangat kuat berangan kan)

      ayuh lah kita belajar bersama-sama!
      mereka boleh! kite boleh! awak boleh!
      yeeehhaaa~!

      btw, its a lady in the house! well, suprised! *wink wink*

      Delete