Saturday 3 August 2013

SOP #34

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v

------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #34





Kaki laju menapak ke bakeri di sebelah kedainya. Pintu kitchen ditolak kasar. Terkejut semua yang ada di situ. Iffa buat tak endah. Apron yang tergantung di dinding direntap dan segera dipakai. Hanya muka masam ditayang. Afiq dan Kak Faz, pekerja di bakeri Fana sekadar memandang, pening dengan perangai angin monsoon aku mungkin. Alah, ni bukannya first time dorang nampak aku macam ni. Pedulilah. Protes tetap protes!

“Aku bagi lima minit je masa tadi, dia pergi darab tiga pulak lima minit tu.” Fana cuba mengajak borak. Muka cute yang Fana tayangkan dia buat tak layan. Laju dia mengambil semua bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menyiapkan order. Mulut diam, tangan lincah bergerak. Tadi dia jeling Fana sekejap, Fana tengah buat topping untuk red velvet. Maknanya dia yang kena buat keknya. Mulut malas nak bertanya apa yang nak dibuat. Protes!

Dia melihat kepada Afiq dan Kak Faz yang terus tekun membuat kerja masing-masing. Sibuk menyiapkan kek Checkerboard yang dipesan oleh klien yang sama. Dua biji nak kena buat. Klien nak yang freshly baked. Satu memang klien order, satu Fana bagi free. Complimentary services katanya. Strategi perniagaan. Iffa hendak menegur Afiq sedang tekun membantu Kak Faz, orang kuat dalam membuat kek. Cuba bertanyakan apa yang belum dibuat lagi. Tapi, dilupakan saja hasrat itu. Takut nanti Fana dengar, kena lagi dia karang. Sedang protes kan.

Iffa mula berkira-kira. Satu adunan boleh dapat dalam 30 biji. Nak kena bakar dalam 20 minit. Cincai-cincai adalah dalam setengah jam nak membuat cupcake ni. Untuk 150 biji, nak kena buat lima kali. Maknanya perlukan 2 jam 30 minit, tapi rasanya kurang dari 2 jam kot. Sambil tunggu cupcake dibakar, dia dah boleh sediakan batter yang baru. Nasib oven besar, Boleh dia bakar 30 bijik sekaligus. Walaupun kalau nak diikutkan bakeri ni takdelah besar mana. Sempat ni. hatinya meyakinkan.

Oven sudah di pre-heatkan tadi. Tangan Iffa terus laju bekerja, sebutir bicara pun tak keluar. Menyukat, memukul dan mencampurkan adunan. Hanya bunyi mixer yang kedengaran. Fokus. Fana sesekali ada mengerling, kemudian dia menyengih. Bajet serius pulak kawan aku ni. Fana mengutuk dalam hati. Sengaja dia biarkan dan taknak bertanya. Lambat laun Iffa akan datang pada dia jugak. Dah faham sangat dah.

Loceng Nexus tiba-tiba berbunyi dari poket belakang seluar yang dipakai. Ada mesej pulak. Dibiarkan dahulu dan kerjanya segera diselesaikan sebelum gadget mahal itu dikeluarkan. Sudahkan yang dahulu, kemudiankan yang kemudian. Skrin ditekan dan mesej yang diterima dibaca. Airmuka yang konon serius ditayang tadi dah berubah serta-merta. Kepalanya automatic diangkat memandang Fana. Fana tak perasan lah pulak! Getus hati. Nak memanggil, dia tengah protes. Nak dibiarkan, hati tengah tak keruan. Mesej itu kemudiannya dibaca sekali lagi. Nak reply ke tak? Perlu reply ke tak ni? Reply? Ke tak payah? Iffa cakap sendiri. Hot Chelle Rae tiba-tiba menyanyi. Terkujat jantung, terkejut dia. Nak luruh rasa hati. Kemudian panggilan mati. Lega!

Miscalled? Dia pelik, siapa pulak yang buat tebiat main miscalled ni. Ingat ni zaman belajar dulu ke? Iffa terasa macam ada mata yang memerhati. Kepalanya diangkat memandang pada tenungan yang dirasakan tadi. Fana tengah tengok dia, muka pelik. Muka nak tahu. Muka busybody pun ada.Tapi, Iffa buat biasa je, buat macam takde apa-apa. Protes!

Skrin Nexus ditekan lagi, nak tengok makhluk mana yang menggedik tiba-tiba main miscalled pulak ni. Diperiksa nama pemanggil. Membulat lagi mata dia. Dia ni memanglah! Suka betul carik pasal dengan aku! Lagi sekali loceng Nexus berbunyi, ada mesej  masuk.

Lambat seminit awak tak reply, saya akan call à mesej yang baru diterima.

Your apologize masih dalam pertimbangan, saya nak merajuk dan awak kena pujuk! à mesej yang diterima mula-mula tadi.

Pakcik ni dah kenapa pulak? Nak menggedik tiba-tiba dengan aku ni? Sungguh la perangai pakcik ni sukar dihadam. Yang pelik-pelik tu lah yang dia buat. Hot Chelle Rae menyanyi lagi. Kali ni panjang, bukan miscalled. Segera butang merah ditekan. Dia matikan panggilan. Paparan mesej dibuka, butang reply ditekan. Kuat tangannya menekan skrin Nexus membalas mesej. Geram!

Awak ni dah kenapa? Tetiba nak mengada menggedik ni? à send!

Sejurus mesej dihantar, terus ditukarkan Nexus ke mode silent. Bising! Nexusnya diletak di tepi. Fokusnya kembali kepada bancuhan kek di depan mata. Lambatlah siap kerja dia kalau asyik diganggu pakcik tu aje. Bikin kacau betullah. Fana memandang tapi dia buat tak peduli. Iffa melihat pada jam yang ada di dinding kitchen. Dah 10 minit berlalu? Ni kalau aku takde gangguan tadi ni, rasanya dah selamat dibakar first trip red velvet aku ni. Dia mengeluh kuat. Fana yang mendengar keluhannya memandang lagi. Bertambah pelik dah dia. Dah kenapa pulak sahabat aku ni? Kemudian, dia biarkan Iffa dengan dunianya. Dia sendiri pun terkejar-kejar nak menyiapkan kerja.

Iffa makin laju bekerja. Tumpuannya dicurahkan sepenuhnya kepada bancuhan red velvet yang (akhirnya) siap di depan mata. Nexusnya vibrate tadi, tapi dia abaikan. Dah boleh agak siapa, sebab tu dia biarkan. Aku ada benda lagi penting nak kena layan ni. Ini bisnes orang, punca rezeki orang. Dia tak sampai hati nak rosakkan perniagaan orang, lagi-lagi kawan baiknya sendiri. Tapi, seorang insan yang bergelar suami, tengah merajuk ni. Nak dibiarkan jugak ke? Bermonolog dia dalam hati. Yang tu boleh tunggu. Jawabnya sendiri.

Papercup disusun di dalam acuan. Kemudian, setiap satunya di isi dengan dua sudu batter. Oven yang telah dipanaskan awal-awal tadi dihampiri dengan red velvet yang sudah sedia untuk dibakar. Kena tunggu 20 minit. Sambil-sambil tu boleh siapkan bancuhan untuk 60 biji cupcake sekali gus.

Selesai memasukkan cupcake ke dalam oven, Iffa kembali ke tempat kerja dia tadi. Nexus yang menyala-nyala lampu LED nya diambil. Nak ambil tahu jugak apa yang pakcik tu hantar. Hatinya menduga. Henpon aku, suka hati aku lah nak buat apa! Marah pulak dia dengan kata hatinya sendiri!

Skrin Nexus ditekan. Eh, takde mesej! Tapi whatsapp? Siapa pulak main whatsapp dengan aku ni? Iffa bukak whatsapp dia. Tengok nama. Huh! Dah aku gak, mesti dia! Hai, kata artis popular, paling hot, meletop kebabom. Baru mesej, call sekali dua, dah takde kredit? Tak mampu nak pakai line ke? Iffa tersengih dalam sedap-sedap mengutuk laki dia sendiri. Fana nampak sengih tu, dan dia pun turut sengih sama. Macam penyakit berjangkit pulak, semua dok sengih-menyengih. Blackberry miliknya dikeluarkan, dan dia pun join sam. Entah apa dia bikin, tu yang kita tak tahu.


*********

Mesej di whatsapp dibaca. Gambar printscreen? Keratan akhbar lagi pulak tu. Iffa view gambar yang di hantar, besar (sekali lagi) mata dia. Nasiblah kukuh soket mata, kalau tak dah jatuh bergolek bijik mata dia.

----------------------------------------------------------------
Suami tak tegur isteri lebih 3 hari

SAYA mempunyai suami yang tidak pernah tinggal solat dan baik orangnya. Masalahnya, jika berlaku perselisihan faham kecil, suami selalu ‘tarik muka’ dan tidak bertegur lebih daripada tiga hari.

Apa hukumnya walaupun saya cuba berbaik dengannya dan dia masih tidak menegur saya? 

Isteri Suami Merajuk,
Kuala Lumpur


SEORANG isteri mesti mencuba sedaya upaya supaya menjaga diri supaya tidak berlaku pergaduhan dan perselisihan dengan suami. Seorang isteri hendaklah menjaga lidah dan perbuatan dalam hubungan seharian dengan suami. 
Islam meletakkan tanggungjawab kepada isteri. Berusahalah sedaya usaha melaksanakan tang­gungjawab sebagai isteri yang solehah. Kedudukan wanita menjadi istimewa apabila mempunyai suami dan keluarga.

Ditambah lagi apabila mendapat suami yang baik dan beragama seperti di atas.
Kita tidak nafikan, kadang-kadang berlaku perselisihan antara suami isteri.

Pepatah Melayu ada me­nyatakan ‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula
suami isteri.’ Sebagai seorang isteri yang tinggal bersama suami, puan tentu sudah memahami perasaan suami yang mudah tersentuh itu.

Dengan itu, carilah jalan supaya ia tidak berlaku perselisihan. Apabila berlaku pergeseran, puan terus meminta maaf kepada suami seterusnya apabila hubu­ngan menjadi baik dan mesra, luah kepada suami perasaan puan.

Mungkin boleh dibuat perjanjian supaya anda berdua saling bermaaf-maafan.
Kemudian apabila suami merajuk, isteri memujuk dengan penuh kasih sayang.

Begitulah sebaliknya. Mengenai hukum suami masih merajuk melebihi tiga hari sehingga tidak bertegur sapa, tiada hukum khusus. Ini kerana hukumnya berdasarkan keadaan sama ada ia boleh atau sebagainya.

Kadang kala suami berbuat demikian kerana ingin mengajar isteri supaya tidak berbalah dalam perkara kecil. Puan hendaklah menerima suami seadanya dan cuba bertolak ansur dengan suami.

Kita tidak mahu persoalan kecil membawa kehancuran rumah tangga. Al-Quran membentangkan bagaimana maklum balas isteri terhadap suami sekiranya menghadapi permasalahan itu dalam ayat berikut, maksudnya: “Dan jika seorang perem­puan bimbang akan timbul daripada suaminya ‘nusyuz’ (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai); sedang sifat bakhil (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Nisa’ (4): 128).

----------------------------------------------------------------
Kali ni tanpa ditangguh-tangguh, laju jari dia mereply.

Motif??????

Saya bagi khas untuk awak. Sebagai rujukan. (n.n)v à balasan yang diterima dari pakcik tu dan langsung tak menepati skema jawapan yang Iffa nak.

Heh?! Sumpah tak paham! à berkerut-kerut muka Iffa cuba memahami maksud mesej yang diterima

Saya adalah suami yang merajuk, awak sebagai isteri harus memujuk. =P

Terpana Iffa dibuatnya. Speechless! Blur! Otak gagal menghadam! Dia kemudian membaca kembali printscreen tadi. Dia cuba pahamkan betul-betul. Betul-betul baca dan fahami kali ni. Penat dia fikir bila akhirnya, hah! Idea untuk membidas kenyataan. Baris ayat yang dimaksudkan diperbesar dan dia pun sama, printscreen. Terus dia hantar. Siap penerangan lagi.

Sebagai seorang isteri yang tinggal bersama suami, puan tentu sudah memahami perasaan suami yang mudah tersentuh itu.

Kita tak pernah tinggal bawah satu bumbung apatah lagi bersama, jadik saya tak faham perasaan ‘suami yang mudah tersentuh’ tu. So, bukan salah saya. Now, dipersilakan jawab, wahai saudara. =P

Ok! Yang part smiley tu dia memang tak sengaja. Seronok bertelagah, dia main hantar je. Inilah akibatnya bila tangan bergerak lagi laju dari otak. Lantaklah! Smiley je pun.

Faris yang sentiasa di sisi Luthfi, menatap dalam wajah kawannya tu. Mampus tak dilayan. Zalimnya kau, sahabat. Mengabaikan kewujudan aku di sini. Blackberry nya kemudian berbunyi, membuatkan Faris senyum sendiri. Kalau kau ada iphone, aku pun ada blackberry lah! Faris berdebat sorang-sorang, dalam hati. Jeles bila Luthfi tak pedulik dekat dia. Dia tengok skrin BB, kali ni turn dia pulak untuk tersengih. Sukanya! Inikah yang kau rasa sekarang ni Luthfi? Dia bertanya dirinya sendiri. Dan tak semena-mena, dia pun terjebak, senyum sengih sorang-sorang depan henpon. Lantak korang berdua lah.


************


Luthfi dah tersenyum-senyum macam orang gila. Orang keliling dok pandang tengok perangai dia. Faris langsung diabaikan. Umpama dia tak wujud di situ. Biarkan. Aku tengah bahagia sekarang ni! Wifey balas smiley aku. Cutenya rasa~! Hatinya bahagia kala ini. Betul-betul rasa macam tengah bercinta. Taknak kalah dan masih mahu menyakat, pantas dia membalas.

Saya balik dalam 10 hari lagi, dan kemudian kita akan tinggal bersama. à send! Sengih gatal dah datang.

Saya akan fahamkan awak bagaimana sebenarnya perasaan ‘suami yang mudah tersentuh’ tu. à send lagi

Saya akan buat awak luahkan perasaan awak dekat saya. Macam artikel yang saya bagi tadi à send lagi dan lagi.

Senyap. Takde balasan. Tapi Luthfi tahu Iffa dah baca. Dia menunggu lagi. Tak ada tanda-tanda macam akan direply pun. Dia tengok masa, dah lebih seminit ni. Part ni paling dia suka. Paparan whatsapp terus ditutup dan kemudian dia menekan lama nombor 1. Siap set speed dial untuk kesayangan dia. Marvolous!


No comments:

Post a Comment