Tuesday 17 September 2013

SOP #39



***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v


------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #39



Ibu dan bapa mertua Iffa sudah dimaklumkan tentang hal itu. Mereka sendiri pun terkejut. Mengenai Luthfi, Puan Hajar sendiri yang akan beritahu. Fana ucapkan terima kasih dan maaf kerana terpaksa menyusahkan wanita itu

“Farhana, tolong tengokkan Iffa ya. Ibu tunggu ayah balik dulu, baru boleh pergi sana.”

“Okay, bu. Dia pun dah tertidur tu sebenarnya.”

“Kesian ibu dengan dia. Nasib baik ada kamu, Farhana.” Fana sekadar mengangguk walaupun dia tahu, ibu bukannya boleh nampak. Air mata dah nak gugur lagi.

“Nanti ibu tolong maklum pada Luthfi juga ye, bu. Saya dah try call Faris, banyak kali tapi tak dapat. Luar kawasan.”

“Iyalah. Nanti ibu pulak yang cuba, biar ibu bagitahu. Kamu dah ada dekat mana ni?”

“Baru je gerak tadi. Ni nak isi minyak dulu.”

“Kamu drive tu elok-elok. Insya Allah, sebelum Zohor ibu sampai.” Salam bersambut sebelum panggilan akhirnya ditamatkan. Dia turut memaklumkan pada ahli keluarganya. Tok aba dan Iffa bukanlah orang asing dalam hidup Fana. Dah dianggap seperti keluarga. Masing-masing tak percaya dan hanya redha dengan berita yang disampaikan.

Air mata yang hampir gugur tadi diseka cepat-cepat. Mat bangla yang melihatnya pelik, tak dipedulikannya. Dia bergerak masuk semula ke dalam kereta sebelum kembali meneruskan perjalanan.


*************************


Iffa dah berjaga. Dia tidur kejap je. Lepas bangun, menangis lagi. Fana tak tahu ak buat apa. Sepanjang perjalanan, Iffa hanya diam. Hanya air mata yang memecahkan kesunyian. Radio pun tak dipasang. Fana cuba focus pada pemanduannya. Tak tahu dia apa yang patut dibicarakan saat ini, sebab itulah dia memilih untuk mendiamkan diri. Dikerling sekilasnya sahabatnya. Iffa sekadar merenung kosong memandang keluar. Langsung tak berkutik.

Tak silap dia, baru semalam Iffa menghubungi Tok Aba, bertanyakan khabar. Mesranya mengalahkan orang bercinta. Iffa ada cakap, dia selalu rasa risau tiba-tiba dekat Tok Aba. Tapi, Fana tak kata apa-apa. Sebab dia dah kenal Iffa lama. Setiap masa, dia risaukan atoknya. Cuma semalam, risau dia jenis lain sikit. Iffa bagitahu dia rasa tak sedap hati, tapi Fana macam biasa, buat tugas dia sebagai sahabat, cuba menenangkan.
Dia sendiri yang syorkan Iffa supaya call atok dia tu. Lama mereka berbual, sampai Fana pun join kaki sekali. Tapi, ajal dan maut di tangan Tuhan. Sudah ditakdirkan Tok Aba untuk kembali kepada pencipta-Nya pagi itu. Fana tarik nafas dalam-dalam. Tak sanggup dia melihat keadaan sahabatnya.

Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan pada sahabatku ini! Kuatkanlah hatinya, ya Allah!

Hanya itu yang mampu dia doakan dalam hati.


************************************


Bacaan yassin terus bergema memenuhi ruang rumah itu. Pelbagai ucapan takziah yang mereka terima. Fana setia di sisi, menemani sahabat baiknya. Mata Iffa dilihatnya bengkak. Lagi teruk bengkaknya kalau nak dibandingkan dengan sewaktu majlis pernikahannya dulu. Air mata yang mengalir lagi dipipi cepat-cepat diseka. Dia kena kuat kalau dia nak Iffa kuat. Berita yang diterima pagi tadi benar-benar mengejutkannya.

Sewaktu mereka sedang sibuk bersiap sedia untuk membuka kedai, Iffa menerima panggilan telefon dari kampung. Pak Long, jiran Tok Aba di kampung memaklumkan kematian Tok Aba akibat dilanggar lari sewaktu hendak ke masjid pagi tadi. Spontan, Galaxy Nexus yang melekat di telinga jatuh ke atas timbunan buku. Kebetulan pula waktu itu, Fana datang ke kedainya. Pelik dengan apa yang berlaku, telefon bimbit yang jatuh tadi diambil. Panggilannya masih ada. Fana terus menjawab.

“Helo, assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Iffa ke ni?” Tanya lelaki itu.

“Eh, tak. Saya kawan dia. Iffa….” Dia tak tahu nak balas apa. Nak kata takde, tadi kan Iffa yang jawab panggilan tu.”

“Takpe. Boleh kamu tolong pakcik sampaikan pesan dekat dia. Suruh Iffa balik sini cepat. Cakap dengan dia, jenazah akan dikebumikan lepas Zohor.”

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Baiklah nanti saya sampaikan. Tapi, siapa yang meninggal pakcik?”

“Abang Sharef. Atoknya Iffa. Dia accident pagi tadi waktu nak ke masjid. Kena langgar dengan orang mabuk.”

Laju pandangan mata Fana ke arah Iffa. Sahabatnya itu hanya berdiri kaku. Mukanya pucat.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.” Ucap Fana sekali lagi.

“Terima kasih pakcik sebab bagitahu. Insya Allah, kejap lagi kami bertolak.”

“Yelah. Pakcik pun ada banyak lagi hal jenazah yang nak diuruskan ni. Pakcik letak telefon dululah. Kamu elok-elok bawa kereta datang sini. Assalamualaikum.” Panggilan ditamatkan.

Galaxy Nexus itu segera diletakkan di rak buku yang berdekatan. Iffa masih terkaku di situ. Fana cuba peluk Iffa, tapi gadis itu tiba-tiba terjelepok jatuh ke lantai. Habis buku-buku yang ada di rak turut jatuh sama.

Baru kini air mata Iffa mengalir. Pandangan mata Iffa kosong. Semangatnya bagaikan tiada di sini walaupun jasad Iffa ada di depan mata Fana. Air mata setia mengalir, namun bunyi esak tangis tiada kedengaran. Fana turut merasai kesedihannya, dan dia pun turut sama menangis. Dia tahu betapa pentingnya Tok Aba dalam hidup Iffa.

Iffa sendiri pernah cakap, dalam diri dia ada Tok Aba, sebab hanya Tok Aba saja yang dia ada dalam hidup ni. Tok aba yang sentiasa ada untuk dia tak kira masa. Sakit Tok Aba, sakitlah Iffa. Gembira Iffa, gembira jugaklah Tok Aba. Oleh sebab itu, segala rasa sayang dia, dicurahkan sepenuhnya pada orang tua itu. Fana turut kenal Tok Aba. Tok Aba juga baik padanya. Tok Aba sendiri dah menganggap dia seperti cucunya sendiri sementelah Iffa rajin bawak dia balik ke kampungnya. Sememangnya, dia sangat kagum dan respect dengan lelaki itu yang berjaya membesarkan seorang anak gadis seperti Iffa dengan baik seorang diri.

“Iffa?” Fana menyeru nama sahabatnya itu dengan esakan tak henti. Iffa hanya diam dengan pipi dia dah basah bermandi air mata.

‘Iffa?” Fana panggil lagi. Selembut mungkin. Air mata dia di sapu kasar. Kali ini, Iffa berpaling. Memandang wajah Fana, pandangan matanya yang sayu meruntun hati sesiapa yang melihatnya. Bisa terasa keperitan hatinya dikala ini. Sedih.

“Tok Aba, Fana.” Dalam sendu Iffa berusaha bersuara. perlahan. Antara dengar dan tidak.

"Atok aku, Fana!" diulangnya lagi. Matanya terus merenung wajah sahabatnya. Fana sendiri tak dapat menahan panahan mata penuh syahdu tu. Dia tak kuat.

“Tok Aba aku!” kali ini dia memegang kedua bahu Fana. Memohon kekuatan untuk menerima kenyataan. Air matanya semakin laju, esakannya mula berbunyi, menambahkan pilu di hati.

Fana sekadar mengangguk. Dia tak tahu apa nak buat. Berita kematian adalah berita yang paling sukar untuk disampaikan. Kerana kematian merupakan perpisahan abadi, dan tak mungkin akan kembali.

“Aku tahu. Kita balik, emm.” Fana cuba berusaha untuk bertenang seboleh mungkin. Dia mengawal pernafasan, cubaan meredakan tangisan walhal dia tahu itu adalah usaha yang sia-sia. Tak mudah nak menghadapi situasi sebegini. Lagi-lagi apabila ia melibatkan orang yang paling kita sayang.

Air matanya di sapu kasar dengan belakang tangan. Cukuplah untuk menjelaskan penglihatan dia yang kabur dek air mata. Fana pandang Iffa. Cuba bertenang sekali lagi. Dia mencari rentak normal pernafasannya. Istighfar banyak-banyak dalam hati. Memohon kekuatan dari yang Esa.

Sungguh besar dugaan yang kau berikan kepada sahabatku ini, ya Allah. Hatinya turut merintih.

“Iffa. Jom kita balik kampung kau.” Iffa langsung diam tak bergerak. Pandangan matanya terus ditala pada Farhana.. Renungan yang kosong dan sayu ibarat memohon suatu penjelasan. Pandangan mata Iffa seakan berkata-kata:

Seseorang tolong maklumkan pada aku, katakan semua ini tidak benar.

Katakan semua ini bukan kenyataan.

Katakan yang dia salah dengar.

Katakan yang telah pergi itu bukan Tok Aba.

Katakan semua ini tidak terjadi.

Katakan semua ini mimpi!

Air matanya terus-terusan mengalir. Fana masih cuba memujuk. Dia seakan tahu apa yang difikirkan oleh sahabatnya, apa yang cuba disampaikan pandangan mata sayu itu. Tapi, Fana tak mampu. Sedangkan dia sendiri pun tak kuat untuk menerima berita ini, apatah lagi buat insan yang berada di depannya.

“Iffa, jom. Kita gerak sekarang. Nanti lambat pulak sampai.”

Nani yang datang untuk bertanya hal mengenai promosi akhir tahun kedai buku itu, langsung berhenti apabila melihat Kak Iffa dan Kak Ana yang terduduk menangis di depannya. Diam dia. Pelik dan terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“Iffa, bangunlah. Kita gerak sekarang ye.” Bunyi tangis Iffa makin kuat. Mulutnya tak henti-henti memanggil Tok Aba. Tal, Syah dan Kiri yang turut mendengar suara tangisan itu bergerak ke arah di mana Nani berada.

“Apasal?” Kiri tanya berbisik. Nani jongket bahu. Dia pun nak tahu jugak apa yang terjadi. Kenapa dua orang iron lady di depannya kini menangis? Satu pemandangan yang sukar nak ditemui sepanjang 3 tahun dia bekerja di sini.

“Iffa. Dahlah tu. Aku tahu berat kau nak terima. Tapi kau kena kuat. Kau jangan nangis macam ni. Aku sedih tengok kau macam ni, Fa.” Namun suara tangisan itu masih berterusan.

“Atok!” Iffa mengongoi memanggil Tok Aba. Fana sapu lembut belakang Iffa. Cuba menenangkannya. Tika itu, barulah dia perasan kehadiran empat orang budak tadi. Nani teragak-agak nak tanya. Tapi setelah ditolak oleh Syah dan Tal, dia terpaksa bersuara.

“Eeeerr…. Akak. Ok…… ke?” dia tanya. Gagap. Kak Ana sekadar senyum. tapi dia masih menjawab pertanyaan Nani.

“Hari ni korang tolong jaga kedai, eh. Akak nak bawak Kak Iffa balik kampung. Ada kematian.” Fana menerangkan ringkas. Mereka sekadar mengangguk. Faham. Sekarang ni bukan masanya nak tanya lebih-lebih.

Dia menyapu air mata Iffa dengan hujung tudung. Syah terus menghulurkan tisu yang diambil dari kaunter pada Kak Ana.

“Thanks!” Syah angguk. Entah kenapa dia pun rasa nak nangis. Tisu tadi Fana ambil. Dilapkan air mata Iffa.

“Fana, atok aku! Atok aku, Fana! Atok aku!” itu saja yang Iffa ucapkan dari tadi. Makin laju air mata Iffa. Dia dah tersedu-sedu. Air mata Fana yang dah dilap tadi, turun lagi.

“Aku tau, Iffa. Sebab tu kita kena gerak sekarang. Diorang akan kebumikan Tok Aba lepas Zohor. Sekarang dah pukul 9. Jomlah kita balik, tengok arwah buat kali terakhir.” Fana cuba pujuk lagi. Mendengar perkataan kali terakhir itu, dia menangis lagi.

“Atok aku dah takde Fana. Atok aku!”

“Fa, jomlah bangun. Kita gerak eh.” Fana dah berdiri. Dia cuba papah Iffa, tapi dia sendiri pun tak berdaya. Kudratnya terasa melayang tiba-tiba.

“Kiri, tolong bawak kereta akak letak depan kedai. Amik kunci dalam beg akak kat kaunter sebelah.” Kiri mengangguk dan terus berlalu ke kedai sebelah.

“Syah, amik beg kak Iffa dengan beg akak, please.” Cepat saja Syah menghilang dan naik ke ofis.

“Korang boleh tolong akak papah kak Iffa ni bangun?” Fana meminta bantuan. Tal dengan Nani pantas membantu. Fana menyapu kasar kedua air matanya. Kiri dah kembali ke dalam kedai. Fana dorong Iffa supaya jalan dan dia menurut saja. Pintu tempat duduk penumpang dibuka, dan Iffa ditolak masuk. Syah muncul dengan dua buah tas tangan dan sebuah beg laptop. Fana ambil dan letak di tempat duduk belakang. 

“Dalam dua tiga hari ni, akak nak bawak kak Iffa balik kampung dia. Korang tolong tengokkan kedai, eh. Kalau ada apa-apa call.” Fana pesan. Mereka angguk mengerti. Rasanya budak-budak tu pun dah tau apa yang terjadi. Fana berlalu pula ke bakerinya sebentar untuk meninggalkan pesan pada pekerjanya.

“Kesian, Kak Iffa.” Nani bersuara. Syah dah mula nangis.

“Tok Aba tu baikkan?” dia tanya. Masing-masing angguk.

“Kita sedekahkanlah al-fatihah untuk arwah.” Mereka angguk lagi, setuju dengan Kiri. Kak Ana yang sedang kelam kabut, diperhatikan saja.

“Akak gerak dulu ye. Jaga kedai elok-elok. Kalau ada apa-apa call.” Pesan Fana. 

“Akak pun sama. Drive tu hati-hati. Nanti akak ucap takziah dekat Kak Iffa ye.” Fana mengangguk sebelum dia masuk ke dalam keretanya.

“Nanti dah sampai akak bagitau tau.” Jerit Kiri. Fana angguk lagi sebelum kereta itu meluncur laju keluar dari situ.

No comments:

Post a Comment