Wednesday 4 September 2013

SOP #38

***
ini adalah raw version..
which mean karya ini tidak di edit (langsong), fresh written..
so, in that case, ignore all the typo, grammar and spelling errors pelis~!
ade yang guna spelling texting.. name pun raw version kan.. =P
kalau nak baca versi bahasa melayu standard, sila baca yang ini --> karya zee.anep.h

thanks a loooooooooooooooooooooooot pada yang memberi komen dan banyak menyokong!
sangat terharu! serius terharu! (nangis kuat-kuat)
keep on reading~! and again THANKS! (i.mean.it)


(n.n)v


------------------------------------------------------------------




Suamiku Orang Popular #38




Pagi-pagi Nexus dia dah berbunyi. Tangannya mengagau mencari gadget mahal tu di meja sisi katil. Siapa pulak yang dah buang tebiat mesej pagi-pagi adam ni? Dalam mamai pun Iffa sempat membebel lagi. Dia tengok jam pada Nexus, pukul 4.20 pagi! Ni sape carik nahas dengan aku ni?! Pukul 5 pon belum, subuh apatah lagi. Agak-agak la, bai! Tak reti-reti nak tidur ke? Tahu tak waktu tidur tu,  waktu untuk berehat? Aku ni dah la kalau tidur memang sensitif dengan bunyi! Pantang betul kalau ade yang mengacau, memekak time aku tidur. Mulalah nak hangin satu badan ni. Datang sakit PMS aku kang, tak pasal-pasal kena sembur. Kan dah panjang aku membebel!

Nak taknak, ditekan jugak skrin Nexus tu. Nampak gambar whatsapp ade mesej, berkati-kati naik menyampah dia. Tak payah persoalkan siapa, tak payah tanya, dah tahu dah. Takde orang lain yang suke carik penyakit dengan aku, malaun tu sorang je la! Dia ni memang carik pasal betullah! Ni yang aku malas ni. Kalau tak melayan, kata tak sayang! Bila dah melayan, melampau-lampau pulak perangai!

Dalam nak taknak dia tu, tekan jugak mesej whatsapp tu. Berperasaan jugak rupanye. Macam tak caye je. Diamlah! Iffa marah dengan hati dia sendiri.

Paparan whatsapp dibuka. Takde mesej. Tapi ade gambar. Terkebil-kebil mata iffa nak menengok. Sebelah mate je yang boleh nak bukak, tu pon tak besar mana. Bengang sangat, dia download gambar dan view. Biar penuh satu skrin. Senang nak tengok. Tapi.............................. apesal gelap je? Tak nampak satu  benda pon. Tertekan ke? Memang betul buang tebiat ke apa?

Dia terima mesej baru, dari pakcik buang tebiat tu. Haaa, kan dah dapat name baru!

Assalamualaikum --> akhirnya, dah pandai bagi salam dah dia.

Yang aku ni pulak dah nak kena mengeja satu-satu apa yang dia hantar. Peramah sangat pulak dia pagi-pagi ni kenape? Kau ni tak mengantok ke? Pergilah tidur. Aku ni nak bukak mata pon payah ni! Alahai, laki aku! Ingatkan satu je mesej yang dihantar, sekali amek kau! Bertubi-tubi yang masuk!

--> Dah tengok?

--> Nampak tak?

--> Cantik kan?

Untuk tak menghampakan perasaan seorang insan yang bergelar ‘suami’ dan mengelakkan kata-kata azimat ibu dari replay secara auomatik dalam kepala otak aku ni; aku pun mengagahkan diri mereply dengan sebelah mata yang terbuka sepet je. Adelah dalam 15.8 degree.

--> Ap yf cantuk? (apa yg cantik)

--> Kon i x ret nk tdop  kkk (kau ni tak reti nak tido ke?)

--> Ds xder besik k nk msj nye pob (dah takde besok ke nak mesej nye pon?)

Bila dah send, tangannya terus terkulai. Nexus nice landing di dada. Matanya kembali dipejamkan. Nikmatnya dapat sambung tidur. Rugi betul malam kahwin aku hari tu, aku pergi tidur atas sofa. Sedap rupanya tilam orang tua ni. Empuk gila.

Nexus di atas dada berbunyi, vibrate dan menyala. Terkejut iffa. Meraba-raba badan sendiri mencapai handphonenya. Ditekan sekali, dan skrinnya menyala.

--> Dulu kau masuk sekolah alien mane?

--> Sepatah haram aku tak paham

--> Ke ko mengutuk aku tu?

--> Ni mesti time tadika failed spelling test ni.

Iffa langsung tak respon, dia malas nak layan. Tidurnya lebih penting sekarang ni. Kira okey la aku nak tengok mesej ko ni tau. Tangannya menekan-nekan skrin Nexus untuk reply. Hebat, tak payah bukak mata pun boleh! Kalau aku tahu, aku buat macam ni je tadi.

--> vrsok hdehakj

Luthfi yang menerima balasan tu dah bantai gelak gila-gila. Sakan gelak dia macam orang tak ingat dunia. Sah tengah mamai ni! Tapi nak pulak melayan aku? Dia terus menghantar lagi.

--> Translation please!

Luthfi menunggu. Dia telek jam di tangan, kemudian senyum lebar. Yeay, lebih seminit! Boleh call! Laju je dia mendail nombor kesayangan dia. Bab-bab ni, memang dia suka.

Hot Chelle Rae menyanyi riang. Iffa terkejut! Besar mata dia dibuka lima saat. Mana taknya, Nexus tu ade dalam tangan dan sebelah telinga dia je. Gerangan siapakah yang mengganggu peraduan ku ini. Kacau betullah! Langsung tak ditengok siapa yang call, dia terus menjawab.

“Assalamualaikum orang di sana?” Luthfi memulakan bicara. Try luck je pun ni sebenarnya, dan tak sangka wifey jawab call dia. Bertimbang rasa rupanya bini aku ni. Nak pulak jawab call, tak payah tunggu lama. Tahu aku rindu dekat dia.

“Waalaikumsalam.”  Low notes, serak-serak basah pulak suara dia. Gila seksi! Luthfi senyum bahagia sorang-sorang! Cepatlah settle film shoots ni! Aku nak balek! Nak jumpa bini!

“Tidur ke?” style orang Malaysia. Suka tanya benda yang obvious. Abuden sungguh!

“Hmm.” Cuma itu je yang Iffa mampu balas. Dia membetulkan letak kepala dibantal. Dengan badan mengiring ke kanan, Nexusnya diselit di celah telinga dan bantal. Sebelah tangan dah memeluk bantal peluk. Waaaah, selesanya! Memang menyesal lah tak tidur atas katil ni dulu! Best kot!

“Pukul berapa ni?” Iffa pulak bertanya, dengan suara seksi dia. Mata dia dah memang terlekat habis dan tak boleh nak dibukak. Mengantuk. Luthfi di talian sana cuba menenangkan diri. Ni boleh bikin iman aku tergugat ni macam ni. Nak jumpa bini!! Aku Nak Balik!!!!!

Setelah berjaya meng’control’ dan menenangkan diri, dia menjawab.

“4.30 pagi. Belum pukul 5 pun.”

“Kenapa tak tidur?”

“Saya ada shooting lah."

“Tak ngantok ke?”

“Saya ada shooting.”

“Pergilah tidur.”

“Saya ada shooting!” huh! Sah mamai ni. Aku cakap langsung tak dengar. Kesian pulak Luthfi dengan wifey. Dia tengah bosan. Shooting time-time macam ni memang benda biasa. Takde orang, senang nak buat kerja. Kurang gangguan. Ada Faris pun, tu hah! Seronok berkeruh dalam kereta. Hampeh punya PA. Nasib baik member. Takde lah aku nak berkira sangat. Bila dia tengok langit malam tu ( pukul 4 tu consider malam lagi lah kan?), teringat dekat wifey. Entahlah! Tak tahu kenapa. Tapi dia rasa bintang-bintang yang berkilauan di dada langit malam tu macam membentuk muka kesayangan dia. Sebab tu dia snap gambar dan hantar. Tapi, mana lah wifey tu nak nampak. Benda tu semua khayalan dia. Hanya ada dalam kepala otak dia aje. Macam ni sakit rindu rupanya! Baru dia tahu.

“Pergilah sambung tidur. Sorry ganggu.”

“Hmmm.”

“Okay.”

“Okay.”

 “Bye, wifey.”

“Bye.” Iffa mengulang apa yang Luthfi cakap.

“Miss you.”

“Miss you.” Mengulang lagi.

Luthfi senyum bahagia. Sah! Mamai! Ikut je apa aku cakap. Bahagia nya rasa, walaupun orang yang sebelah sana bukannya sedar apa. Tapi, kalau nak test sekali pon takpekan? Bukan selalu.

“Love you.”

“Love you.”

Yess!! Yess!! Yess!! Yess!! Yess!! Ambik kau! Sukses benar dia rase! Wifey cakap love you jugak. Tapi dia tak sedar lah, so invalid! kata hati memusnahkan kebahagiaan. Pedengki! Dengan aku pun nak dengki hati aku ni! Benci!

Dah puas psiko sorang-sorang, Luthfi cium iphone dia. Diibaratkan dia mencium isterinya. Ni drama dalam kepala dialah. Pelakon! Kenalah kuat berdrama. Talian dimatikan bila yang kedengaran hanyalah bunyi desah nafas kesayangan. Nasib baik tak berdengkur, jatuh saham. Tapi, saham wifey dah kena beli pun kan? Dengan dialah, siapa lagi!


******************

Iffa terjaga bila alarm bangun paginya berbunyi. Gila kuat! Pecah gegendang telinga aku ni. Mana taknya, Nexus bawah telinga sendiri je. Nyaris-nyaris nak pekak. Ape jadah Nexus ni buat kat telinga aku ni? Pelik dia sendiri. Segera alarm dimatikan. Alarm bangun tanpa solat subuh pada weekend plus dekat rumah orang adalah jam 7 pagi. Dekat tempat orang, kenalah tunjuk perangai baik. Kalau kat rumah sendiri, 8.30 pun belum tentu dia dah bangun.

Ditelek skrin Nexus, paparan whatsapp tak bertutup. Iffa baca semula. Apa benda aku hantar ni? Mak aih, ejaan! Boleh buat nangis cikgu tadika tengok. Failed.

-->  Dulu kau masuk sekolah alien mane?

--> Sepatah haram aku tak paham

--> Ke ko mengutuk aku tu?

--> Ni mesti time tadika failed spelling test ni.

Tu dia, pakcik! Ayat tak filter langsung! Pakai kau aku je. Dah hilang budi bahasa. Biarlah, lagi aku suka. Lagi senang nak berkomunikasi, senang nak ‘basuh’ kalau dia carik pasal dengan aku. Tapi......  kejap eh! Sekolah alien kau kate? Tak guna punya laki, kutuk bini sendiri. Eh, apa dia lupe ke? Aku ni pelajar cemerlang sekolah dulu. Kalau tak, takde de nye aku dapat masuk asrama lepas UPSR lah! Kan aku dah marah! Ni entah bila mase aku mesej dia ntah ni. Yang aku ni pun satu, pergi reply tu buat ape? Kan free-free je kena. Nama je tauke kedai buku, mengeja pun tak reti dah! Tak cukup banyak kot buku yang nak disekolahkan kat kedai tu. Yang aku ni nak marah-marah kenapa?! Datang bulan? Memang pun!

Dia scroll lagi, mencari punca kuasa masa bila masanya mesej tu dihantar sehinggalah skrin itu terhenti pada gambar langit malam. Iffa tekan view, pemandangan langit malam yang indah memenuhi skrin Nexus. Banyaknya bintang! Cantiknya! Tapi sayang, kau tak tahu maksud sebenar gambar tu. Hatinya bermonolog sendiri. Lama dia menatap dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan tu sehinggalah alarm yang kedua berbunyi. Yang tu alarm suruh bangun kali kedua. In case, alarm yang first-first tu gagal melaksanakan tugas dia. Segera skrin Nexus ditekan beberapa kali, kemudian gadget mahal tu diletakkan ke tepi. Masa untuk mandi. Dekat rumah mak mertua, kenalah behave dan tunjuk perangai sweet-sweet. Jaga market!


*******************

Selesai sarapan dan tolong ibu kemas apa yang patut, Iffa curik-curik masa untuk call Tok Aba. Buat memenuhi hasrat yang tak tercapai semalam. Matanya berhati-hati memeriksa nombor yang hendak di dail. Nak kena make sure yang dia akan call nombor yang betul, supaya tragedy semalam tak berulang. Panggilan bersambungan, bunyi deringan kedengaran. Langkahnya diatur ke port favourite rumah ni, mini garden dekat kawasan belakang. Dia mengambil tempat di kerusi taman yang ada. Bunyi deringan terus kedengaran. Apesal atok tak angkat ni? Dia menunggu lagi hinggalah suara lunak gadis voice mail yang menjawab, terus dia cancel call.

Manalah atok aku pergi ni? Rasa risau menerjah kembali. Tidur ke? Takkan lah. Dah pukul 9.30 pagi kot. Atok tu style solat subuh jemaah dekat masjid. Keluar tak bawak handphone? Dah banyak kali Iffa pesan (lebih kepada bebel sebenarnya), keluar jangan tinggal handphone. Susah kalau apa-apa. Tok Aba pun dah insaf dan makan nasihat dek tak tahan kena bebel dengan cucu sendiri, dan tabiat tu dia dah tinggal. Dicuba lagi sekali. Debaran jantung laju menggila. Mintak simpang lah dari jadi benda buruk dekat atok aku, ya Allah! Amin. Tiba-tiba, mimpi buruk yang dia alami beberapa hari lepas, bermain di kepala. Iffa tak sanggup nak ingat. Tangan dia dah gigil. Dia mula rasa nak nangis. Hatinya dah tak keruan. Ya Allah! Jauhkanlah atokku dari segala musibah-Mu, ya Allah.

Dia cuba kali ketiga, air mata mula bergenang. Iffa cuba kawal mindanya dari berfikir yang tidak-tidak. Dalam hati kuat dia beristighfar. Lindungi atok ku, Ya Allah. Aku berdoa pada-mu. Bunyi deringan terus bersahutan. Atok! Angkatlah atok! Dup dap dup dap! Jantungnya berdebar kuat. Iffa rasa tak tentu arah. Bila deringan dirasakan hendak tiba ke penghujungnya, dan suara gadis voiemail bakal menyahut bila-bila masa, air matanya terus gugur. Dia dah mula teresak. Atok! Angkatlah ,atok! Klik!

“Hello.”

“ATOK!!!!!” Iffa separa menjerit. Air matanya laju bercucuran.

“Iffa? Kamu ke tu?” suara Tok Aba bertanya. Terperanjat dia bila dijerkah sebegitu, walaupun hanya dalam telefon, tapi impak kejutannya masih sama. Macam kena jerit kat sebelah telinga je.

“Tok Aba pergi mana? Dah banyak kali Iffa call, kenapa tak jawab?” marah.

“Ni telefon atok ni, kamu dah bagi salam ke belum ni?” Tok Aba cuba menenangkan. Lembut suara yang digunakan. Cucu dia, dia yang bela. Tahulah dia macam mana nak jaga.

“Assalamualaikum.” Dalam esakan yang mulai tenang Iffa memberi salam. Air matanya di lap dengan belakang tangan. Alhamdulillah, lega! Tak guna punya syaitan, suka mainkan perasaan manusia!

“Waalaikumsalam. Atok sihat. Iffa sihat?” Tok Aba menjawab dulu walaupun belum ditanya. Biasalah, tu kan soalan wajib. Iffa angguk, lepas tu baru teringat. Manalah Tok Aba tu nak nampak.

“Sihat.”

“Kenapa menangis pulak ni?”

“Tok Aba lah. Iffa call tak angkat-angkat. Risau tahu tak!” Iffa mula mengadu. Dah datang dah peel gedik manja dia. Terus kering air mata.

“Alah, atok baru hilang kejap dah nangis. Ni kalau atok hilang selama-lamanya macam mana lah nanti?”
Iffa tak layan kata-kata atoknya tu. Dia taknak ikutkan perasaan sangat.

“Atok pergi mana? Kan dah cakap handphone jangan lupa bawak.” Marah pulak. Tadi gedik bebenor, ni datang dah angin kus-kus dia. Memang betullah dia ni ada masalah dalaman, macam yang Luthfi cakap masa mula-mula jumpa dulu.

“Atok tengah sapu laman tadi, lepas tu Wan Andak lalu. Kami menyembang. Tu je.”

“Lamanya. Lambat angkat call pulak tu.” Merajok tak puas hati. Terasa kedudukan dia sebagai cucu kesayangan tak berkepentingan.

“Kamu ingat orang pompuan je ke yang banyak benda nak update? Tok Aba pun banyak benda nak cerita tahu. Lama tak jumpa. Macam kamu kalau tak jumpa Fana tu satu hari, satu malam pun belum tentu cukup nak bercerita.” Iffa dah tersengih sendiri. Kan dah kena setepek kat muka.

“Kenapa tak bawak handphone? Kan dah kata jangan tinggal.”

“Tok Aba pakai kain pelekat masjid lagi ni. Nak selit dekat mana handphone tu?” Iffa dah tergelak mendengarkan jawapan balas atoknya tu.

“Kenapa tak pakai seluar?”

“Seluar belum basuh. Malas. Bukannya nak pakai lagi dah seluar tu lepas ni.”

“Tok Aba nak Iffa belikan seluar baru ke?”

“Tak payah lah. Takde siapa nak pakai.”

“Atoklah pakai.”

“Tak payah. Simpan duit tu. Beli kat laki kamu je. Jangan beli apa-apa dah untuk atok. Takde sape nak pakai nanti. Membazir je.” Iffa mencebik. Laki dia banyak duit, tak payah nak dibelikan apa-apa. Semua dia dah ada.

Bila Iffa senyap, Tok Aba pula yang bersuara bertanya.

“Suami kamu sihat?”

“Sihat lah kot?”

“Kamu tak telefon tanya ke?”

“Mesej je.”

“Dah boleh terima dia?”

“Tengah cuba.” Iffa diam. Berat betul mulut nak cerita pasal hal rumah tangga dia ni.

“Atok , kejap ye. Ada call masuk.” Nexusnya ditelek sepintas lalu. Dia tekan button on-hold dan jawab panggilan yang seterusnya.

“Assalamualaikum, wifey~”

“Waalaikumsalam. Kenapa?”

“Saja call. Tengah buat apa?”

“I tengah engaged dengan Tok Aba. Call me back ,later?”

“Okaaa........” belum habis cakap ‘Okay’, panggilannya diputuskan. Huh! Pilih kasih. Dengan Pakcik Sharef tu laju je. Bila aku? Semua kena tunggu. Nampaknya dah ada persaingan. Dan pesaing terdekat aku ni bukannya calang-calang orang yakni, Pakcik Sharef! Boleh bikin jeles ni. Dengan darah daging sendiri pun nak berkira. Hatinya sendiri mengeluh. Suka benar psiko diri sendiri.

“Siapa call tadi tu?”

“Luthfi.”

“Kenapa tak cakap dengan dia?”

“Dah cakap dah tadi.”

“Sekejapnya.”

“Takde apa yang penting pun. Kejap lagi Iffa call lah balik.”

“Iffa, Iffa tahukan. Tempat seorang isteri tu di sisi suaminya?”

“Tahu.”

“Dah tu, kenapa buat macam tu?”

“Iffa nak cakap dengan atok. Lama tak cerita dengan atok.”

“Dengan Luthfi iffa ade cakap?”

“Ada.”

“Bila?”

“Tadi.” Tok aba terus mengeluh. Telapak tangan dah melekap ke dahi. Masalah betul cucu aku ni.

“Sebelum tadi?”

“Semalam.”

“Ye ke?”

“Iye?”

“Betul ni?”

“Betul.”

“Janji?”

“Sumpah!” Nampak sangat Tok Aba pun boleh baca perangai dia dan tak percaya dengan dia kan? Tapi, memang patut pun. Tok Aba yang besarkan dia, of course semua pasal Iffa Tok Aba tahu. Tapi, betul kan. Dia tak menipu.

“Cakap pasal ape je dengan Luthfi tu?”

“Tak cakap apa pun. Banyak bertekak dan dengar dia membebel je. Macam biasa.” Tok Aba dah senyum. Kalau itulah kata Iffa, maknanya dia tak menipu. Memang itu yang akan berlaku pun tiap kali mereka bersua muka. Permudahkanlah hubungan perkahwinan cucu ku ini, ya Allah. Sempat Tok Aba panjatkan doa dalam hati.


***********************

Luthfi tunggu 15 minit. Kemudian tangannya menaip ,menghantar mesej. Takde respon. Baca pun tak. Tak habis lagi ke?

Dia try 5 minit kemudian. Mesej di hantar lagi. Still, takde respon. Hamboih! Betul punya bergosip dua beranak ni. Bila nak dekat 30 minit menunggu, dia terus call. Tapi, apa yang dia dapat ialah: “Call kejap lagi, Tok Aba on-hold tu”

Tangannya Luthfi laju menaip mesej. Geram, berang dan bengang. Belum pernah dalam sejarah ada makhluk yang dipanggil wanita tak pedulikan dia. Manusia popular ni! Egonya rasa tercabar tiba-tiba. Dah banyak mesej dia hantar dan bila takde respon yang diterima dia nekad nak call gadis tu. Selama 30 tahun dia hidup, belum pernah lagi dia rasa diketepikan sebegini.

Dia terus mendail, deringan kedengaran dan putus. Ditenung iphone di tangan. Dia cuba lagi, putus. Cuba lagi, putus. Cuba lagi, berbunyi. Ada harapan, tapi putus. Geram! Tangannya di hentak ke meja. Iphone di campak selamba. Berdeting bunyinya. Ni dah lebih! Lamanya gayut! Bila dengan aku taknak pulak macam ni. Betul-betul pilih kasih ni! Marah betul dia rasa. Badannya dilontarkan ke atas katil. Bantal ditekup ke muka, dan satu jeritan dilepaskan. Bengangnya! Dengan Tok Aba pun boleh jadik hal! Meroyan gamaknya!
Lama dia  berkeadaan begitu, adalah dalam 15 minit. Terlentang atas katil dengan bantal atas muka. Sampai tertidur dibuatnya. Fikirannya tak tenang. Boleh gila dia kalau tak dapat bercakap dan  mendengar suara kesayangannya. Buat kesekian kalinya, iphone tak bersalah yang dicampak atas meja tadi di ambil. Mulutnya melafazkan bismillah sebelum nombor itu di dail.


*************************

Puas hati Iffa dapat bercakap dengan Tok Aba. Berkongsi cerita. Yelah, semalam kan nak call, tapi kan lain pulak jadinya. Senyuman kelegaan terukir sendiri. Dia memeriksa paparan skrin Nexus. Whatsapp nya bertanda. Macam biasa dah boleh tahu siapa. Dibuka dan diperiksa. Hamboih! Sampai 15 mesej, hah!

--> Assalamualaikum, wifey

--> Buat apa?

--> Kenapa tak update?

Mesej yang dihantar mula-mula tadi.

--> Dah boleh call ke?

--> Kenapa tak respon

--> Engaged lagi?

--> Wifey?

--> Hello?

--> Lamanya gayut!

--> Can I call you now?

--> Are you avoiding me?

--> Wifey, please respond!!!!!!!!!!!

--> Awak ok x ni?

--> Jangan buat saya risau

--> Saya call sekarang.

Woooooow!! Speechless!! Apakah ini? Dia bertanya sendiri. Iffa kemudian memeriksa peti mesej nya pula. Mesej dari nombornya sendiri. Ada 5 miscalled dari nombor yang sama. Nombor pakcik tu. Sakan aku bercerita dengan tok Aba, main reject call je. Tak sangka pulak jadik macam ni. Seronok cakap sorang-sorang, Hot Chelle Rae menyanyi riang.

“Boleh cakap sekarang?” kasar nada suara, macam tak puas hati. Tak bermukadimah langsung. Iffa dah berkerut kening. Emo sangat ni kenapa?

“Assalamualaikum.” Dia macam biasa., memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Klik! Panggilan putus. Atau lebih tepat lagi, pakcik tu dah letak. Apa masalah orang tua ni? Yang period sekarang ni aku tau, bukan kau! Patut aku yang emo. Tadi beria sangat nak call, bila dah jawab letak pulak. Ada jugak melayang selipar jepun dari KL pergi Terengganu melekat kat muka dia ni, kang. Sungguh, aku tak pahamlah dia ni!

Hot Chelle Rae menyanyi lagi. Orang Tua Angin Kus-Kus tu!

“Assalamualaikum!” --> laki aku bagi salam

“Waalaikumsalam.”

“Dah boleh cakap sekarang?”

“dah!” pendek dia jawab. Malas nak layan angin orang tua tu. Senyap.

“Awak nak apa? Beria sangat nak call ni?” diam lagi.

“Tadi kenapa letak?” tak tahu nak cakap apa. Selalu orang tua ni bising bercerita. Ni dah bisu pulak.

“Lupa bagi salam. Nanti ada orang tu ceramah.” Selamba je Luthfi menjawab. Iffa yang mendengar dah terhambur gelak. Nasib tak kuat, tapi telinga manusia bernama Luthfi Hakeem ni peka.

“Kenapa gelak?”

“Takdelah. Siapa pulak yang gelak?” cubaan untuk men’cover’ line. Laki aku ke ni? Lain macam je perangai. Sensitive sangat pulak.

“Lamanya engaged.”

“Call Tok Aba kan, mana pernah sekejap.”

“Kenapa dengan aku tak pernah lama macam tu pun?” Iffa dah diam. Okay! First, sebab tiba-tiba dia pakai kau-aku. Second, sebab soalan dia, pergh! Berbisa.

“Kenapa call?” langsung tak jawab soalan. Sebenarnya lebih kepada, jawapan takde untuk soalan tu.
“Besok sampai Rabu, saya shooting luar kawasan. Sana takde line. Jangan call. Which I know you won’t. Tak payah update apa-apa. Simpanlah cerita awak tu. Story kan dekat orang lain. Yelah, siapalah saya untuk awak ceritakan, kan? Tu je. Bye! Assalamualaikum.”

Panggilan tamat. Buat pertama kali dalam sejarah, dia sendiri yang tamatkan panggilan tanpa banyak soal. Tapi, apa yang berjaya aku rumuskan di sini ialah, dia merajuk. L.Hakeem yang korang puja-puja sangat tu merajuk! Nak kena update status kat facebook ni.

 L.HAKEEM PUJAAN RAMAI MERAJUK

Hahaha.. tapi kena tunggu aku hilang akal dulu lah.

6 comments:

  1. Iffa ni egois dan sgt sombong yer

    ReplyDelete
  2. to: anonymous

    hai awak~!
    pasal karakter iffa tu, it depends on the reader how they wanna describe her..
    kite create die sebagai seorang yg hanya manja dan rapat dgn org yg dia dah kenal lame.. sebab tu dia sgt mengade dan gedik dgn BFF dan atok dia..
    its not easy to simply accept some stranger in ur life, morever bila kita tak rela kan~
    she's taking things slowly.. perlahan-lahan~

    hehehe (n.n)v

    ReplyDelete
  3. nak lg!!!!. sis update la slalu cter ni... best sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. to: anonymous

      hey there~!
      wish i could do that..
      bukan tanak update, but i don't have the time to..
      busy tak hengat..
      me only available after midnite..
      need some time to rest as well..

      anyhow, tak promise tapi will try to fulfill that..
      kite pon nak finish the story cepat-cepat..
      byk idea, namun daku tak punya masa..

      normally weekend midnite baru boleh upload..
      tunggu eh..
      mohon pemahaman kalian semua~

      tengs anyway (n.n)v

      Delete
  4. Rindulah kat Iffa & Luthfi... Update le sis story ni... Rindu Gile neh.... hehehe..
    - Syeerah316-

    ReplyDelete