Saturday 31 May 2014

SOP #43

janji itu amanah. berat terasa di bahu ni kalau suka-suka berjanji.
bertambah berat bila dah janji namun tak ditepati.
sebab itu saya tak suka berjanji tapi saya akan cuba
'cos I'm a person of my words.

diri ini akan cuba keep track dan sehabis baik yang boleh mengupdate SOP
upload new entry for my reader yang nyata punya tahap kesabaran yang melampau!
anda hebat! *tepuk tangan untuk diri sendiri*

__________________________________________________________________



Suamiku Orang Popular #43


“Wifey sayang, awak okay? Awak tak apa-apa? Awak pergi mana? Awak buat saya risau tahu tak!” bertubi-tubi soalan ditanya. Setiap inci wajah kesayangannya dikaji. Iffa sekadar membatu. Tak bagi respon.

Dia memilih untuk menikmati pemandangan laut di hadapannya dari menghadap wajah lelaki di sisinya. Luthfi masih menunggu jawapan bagi persoalannya tadi.

“Siapa tadi tu?” Iffa bersuara bertanya tiba-tiba membuatkan Luthfi tersentak.

“Hah?”

“Tadi tu, siapa?” dia mengulang pertanyaan. Matanya masih setia pada lautan di depan.

“Siapa?” Luthfi mengulang semula pertanyaan tadi. Keliru. Merujuk kepada siapa wifey ni?

“Budak perempuan tadi tu siapa?” mendatar suara Iffa bertanya. Senyap. Matanya memandang sekejap wajah lelaki di hadapannya sebelum dilarikan. Luthfi berfikir sejenak. Budak perempuan? Yang mana? Yang tadi tu ke? Tapi, tak macam budak pun yang tadi tu. Dah macam mak budak dah. Wifey ni tanya budak yang mana ni? Mata Luthfi memandang kesayangannya. Cuba berfikir dengan mendalam siapakah budak perempuan yang dimaksudkan isterinya itu. Eh, kejap! Dia merenung isterinya lagi. Tapi, takkanlah?

“Wifey?” Luthfi memanggil. Memohon agar pandangan mata kesayangannya kembali memandangnya semula. Tapi Iffa langsung tak layan. Luthfi memanggil lagi.

“Iffa.” Kali ini berhasil apabila Iffa sudi memandangnya. Ekstrem sangat kot panggilan wifey tu.

“Awak..... cemburu ke?” Luthfi bertanya lagi. Jantungnya tiba-tiba rasa berdebar. Debaran yang ni rasa lain macam. Tak pernah dirasakan dulu. Killer question. Iffa sekadar diam tak membalas.

“Taknak cakap dah lah!” Iffa mula bergerak dan mahu berlalu pergi. Menyesal pulak dia rasa sebab bertanya. Belum sempat dia beredar, dia merasakan tangannya direntap lembut. Terkejut.

“Lepas.” Dia meminta keras.

“Awak cemburu kan?”

“Saya kata lepas!”

“Jawab dulu soalan saya. Jealous eh?” muka sengih gatal dah nak menonjolkan dirinya tapi ditahan. Dia perlu tahu jawapannya dulu. Suka sangat perasaan ni. Suka. Suka. Suka.

“Eleh, bila orang tanya dia tak jawab, boleh. Bila dia tanya, paksa orang jawab pulak! Mana aci!” terkeluar sudah perangai manja. Perangai limited edition yang hanya orang tertentu je boleh saksikan. Luthfi dah tersenyum. Terlepas keluar juga sengih gatal dia. Gembira. Bahagia. Semua perasaan yang best-best dia rasakan kini. Comellah pulak bini aku ni!

Iffa meronta minta tangannya dilepaskan. Suka-suka je nak pegang-pegang tangan orang! Bagi penumbuk kang baru tau. Yang si Luthfi, lagilah dia suka. Dapat juga beramah mesra dengan wifey akhirnya.

“Le-pas-kan-ta-ngan-sa-ya-!” Iffa mengancam dengan menggunakan suara ganas dia.

“Okay!” Luthfi mengacah melepaskan. Iffa yang tak bersedia dengan keadaan itu menjerit nyaring kerana hampir jatuh tergolek ke belakang sebelum Luthfi cepat-cepat meyambut tangannya kembali. Eh, silap! Sebenarnya Iffa yang menggelabah dan menggagau menyambut tangan lelaki itu. Tahu takut! Luthfi dah ketawa besar. Betul punya tengah bahagia abang kita yang sorang ni.

Bila keadaan dirasakan stabil dan dia yakin yang dia takkan tergolek, segera dia melepaskan pegangan tangannya pada tangan lelaki itu. Kasar. Satu tumbukan sulung dihadiahkan ke tubuh badan sasa, namun Luthfi langsung tak kisah walaupun sakitnya terasa. Tengah bahagia.

“Kalau tergolek tadi macam mana?”

“Macam tu lah. Macam mana lagi.” Loyar buruk. Sengihnya tak hilang, sentiasa on 24 jam dan tak pernah mati. Iffa mendengus geram. Bencilah dia ni!

“Alah, kalau jatuh tergolek pun ke bawah. Bukannya ke atas.” Masih mahu menyakat. Bini aku macam dah merajuk! Comel bangat ni!

“Ingat kelakarlah tu!” Iffa menjeling tajam. Marah betul ni.

“Dia jugak yang suruh lepaskan tadi. Bila orang dah lepas, marah pula. Entah apa-apa je.” Langsung tak gentar dengan jelingan kesayangan dia. Lagi nak disakat adalah.

“Malaslah nak layan!” terus dia berlalu pergi. Sumpah, aku menyesal melayan mamat ni! Kalau tahu tadi, tak payah tegur pun takpe! Namun, kali ini Luthfi lebih pantas. Dia macam dah tahu ini akan berlaku. Lengan kesayangannya ditarik lembut dan kemas, merapati dirinya.

“Luthfi!” menjerit kecil Iffa. Mamat ni dah hilang akal ke. Iffa teruskan meronta. Ni dah dekat sangat ni.

“Sakitlah!” meronta lagi.

“Awak nak duduk diam ke nak saya peluk?”

“Peluklah kalau berani. Saya tampar awak karang!”

“Okay!” dia mula menarik kesayangannya agar mendekati dirinya. Iffa dah gelabah. Ni nak peluk betul-betul ke ni? Kau jangan main gila pakcik oi!

“Okay, saya diam!” Iffa menjerit kuat dan mengalah. Pergerakan Luthfi terhenti.  “Jangan peluk!” dia memberi amaran. Luthfi sekadar menurut. Senyum bahagianya disembunyikan. Taknak bagi wifey nampak. Seronok pula kenakan wifey ni. Tahu pun takut. Namun, tangan isterinya masih belum dilepaskan.

“Lepas tangan tu!”

“Ikut saya pergi sana.” Langsung tak diendahkan permintaan kesayangannya.

“Lepaskanlah tangan tu dulu.”

“Nak jalan sendiri ke nak saya dukung?” kata dua lagi.

“Jomlah!” Iffa dah naik angin. Merajuk! Mentang-mentanglah badan dia besar, suka hati dia je nak kenakan orang.

“Boleh pun dengar cakap. Jalan cepat.”

Mereka jalan beriringan berpegangan tangan. Kemas betul tangan Luthfi menggenggam jemari kesayangan. Taknak lepas. Langsung tak dipedulikan segala omelan dan bebelan kesayangannya tu. Betul-betul takpuas hati nampaknya. Lantaklah. Janji boleh loving-loving macam ni. Ambil kesempatan. Gatal jugak aku ni!

Luthfi memilih untuk duduk di bawah sebatang pokok yang rendang yang ada di situ.

“Duduk sini.” Arahnya lagi. Iffa menurut. Tak boleh nak melawan sangat sebab mamat ni perangai dia bukan boleh diduga. Nanti yang pelik-pelik je yang nak dibuatnya kang. Matanya terus merenung tangannya yang di dalam genggaman lelaki itu. Luthfi yang cepat kesian, mengerti dan melepaskan.

“Kalau nak gaduh pun, carik lah tempat redup sikit. Macam kat sini ni, hah. Bawah pokok. Sejuk sikit. Ada ke kat tengah-tengah panas macam  tu. Terbakar kulit saya tahu tak!”

“Saya tak kisah kulit saya terbakar, sebab dah memang gelap dah pun. Jaga kulit mengalahkan perempuan!” Iffa membebel sambil mengambil tempat jauh sikit dari mamat tu. Keselamatan diri lebih penting di saat ini.

“Saya ni artis. Glamour. Popular lagi. Haruslah menjaga penampilan diri. Nak kekal handsome.”

“Kisah pulak aku.”

“Tadi dia jugak yang tanya.”

“Entah bila masa kita tanya dia entah. Memandai-mandai je.” Iffa mengomel lagi, tak puas hati.

“Cakap apa tadi? Tak dengar?”

“Takde apalah!”

Luthfi menyengih. “Merajuklah tu.” Kata-katanya berbunyi perlahan namun cukup jelas kedengaran di telinga Iffa.

“Mana ada merajuk! Suka-suka je nak tuduh-tuduh!” Iffa mula rasa nak protes. Kemudian bermulalah sesi ‘perbincangan’ yang tak pernah nak sependapat antara mereka berdua. Dah bertekak pulak makhluk dua orang ni.

Dah puas bertikam lidah atas topik-topik tak masuk akal, keadaan kembali senyap. Sepi seketika. Akhirnya, kedamaian pantai ini terasa kembali.

“Awak nak pergi mana tadi?” Luthfi akhirnya meluahkan persoalan sebenar. Persoalan seharian bermain di kepalanya.

“Pergi mana, mana?”

“Pagi-pagi dah keluar. Dahlah tak bagitahu pulak tu.”

“Saya nak keluar ambil angin pun tak boleh ke?”

“Nak keluar tu boleh, tapi at least informlah saya dulu. Tak susahkan?” terluah rasa kecewa dia. Dia benar-benar ikhlas mengambil berat mengenai kesayangan dia. Rasa risau dia bukan main-main. Tapi kenapa wifey bagaikan tak endah je? Dia memang betul-betul tak suka kat aku ke?

“Awak mungkin masih tak boleh nak terima hakikat tu, yang awak ni tanggungjawab saya. Takpe, saya faham. Memang susah pun. Saya pun kadang-kadang rasa macam saya ni bujang lagi walhal saya ni sebenarnya dah ada tanggungjawab. Kena tanggung makan pakai anak dara orang. Mungkin sebab kita tak tinggal sebumbung kot. Sebab tu beban tu tak terasa. But still, awak tak boleh nak buat semua benda ikut suka hati. Sekali-sekala tu tolonglah ingat sikit. Fikirkan pasal orang keliling awak yang tahu risau pasal awak. Orang yang ambil berat mengenai awak. Macam saya ni hah.”

Iffa membatu, sekadar mendiamkan diri. Sensitive betul perasaan aku sejak akhir-akhir ni.

“Sorry.” Perlahan diucapkan namun cukup kuat untuk ditangkap telinga Luthfi.

“Takpe. Saya maafkan. Lain kali jangan buat lagi.” Matanya langsung tak lepas memandang wajah kesayangannya. Dalam tak sedar, Iffa mengangguk. Macam budak yang mendengar kata. Luthfi senyum lagi. Boleh je kalau nak berlembut dan tak bergaduh macam ni. Tapi kenapalah susah sangat nak buat?

Luthfi memberanikan diri memulakan bicara. Keadaan nampak macam ‘OK’ untuk dia berborak dan berbual mesra.

“Awak nak pergi hujung pantai tu lagi ke?”

Iffa mengangguk dengan pandangan matanya merenung jauh pada lautan di hadapan. Memang cantik sungguhlah alam ciptaan Tuhan ni, sebab wifey memang taknak pandang muka dia langsung. Termenung je tengok laut. Pemikirannya kembali pada deduksinya pagi tadi apabila wifey mengiyakan persoalannya.

“Nak buat apa? Pagi-pagi pergi sana? Sorang-sorang?” ada getar dalam suara sewaktu bertanyakan soalan itu. Tapi, wifey sekadar diam tak mejawab. Dia hanyut dalam dunianya. Wifey, awak tengah fikir apa?

“Wifey?” Luthfi memanggil. Takde respon.

“Wifey?” dia mencuba sekali lagi. Masih sama. Sah khayal ni! Luthfi bangun mendekati dan duduk behampiran dengan isterinya.

“Wifey!” tangannya melambai di hadapan muka isterinya. Cuba menarik perhatian dan membawa Iffa kembali ke alam nyata.

“Ish, awak nak apalah!” marah Iffa. Terkejut Luthfi dibuatnya. Tak pasal-pasal kena marah.

“Dari tadi saya panggil awak, awak tak dengar.”Rasa macam nak tersentap pulak. Kita punyalah risau kat dia.

“Saya dengarlah awak panggil.”

“Dah tu, kenapa tak respon?”

“Sebab awak ni bising sangat. Saya malas nak layan. Boleh?”
Tu diaaaa. Betul punya jujur jawapan.  Berubah riak wajah mamat di sisinya. Aduhai, mulut lepas aku ni! Tak beragak betullah.

“Orang nakkan ketenangan bila menghayati keindahan alam ni. Yang dia ni tak, pot pet pot pet dari tadi.”

“Kita ni risau dekat dia, sebab tu tanya.”

“Nak risau apa lagi. Kan dah ada kat depan mata ni?”

“Awak nak pergi hujung pantai tu nak buat apa?”

“Jalan-jalan lah. Ambil angin. Cari ketenangan. Nak buat apa lagi?”

Luthfi mengangguk tanda faham. Tapi dia masih tak yakin.

“Oh, ingatkan ada terfikir nak buat benda lain.”

“Apa benda lagi yang boleh dibuat dekat hujung pantai tu? Main basikal? Menoreh getah?”

“Terjun laut?” Luthfi memberanikan diri menjawab.

“Terjun laut? Nak buat apa? Saya ni berenang pun tak pandai tau!”

“Manalah tahu. Nak.. bu..nuh.. di.. ri.. ke?” laju berdesup kepala Iffa menoleh ke sisinya.

“Apa?” meninggi sekali naik suara dia. Tak semena laju tangan Iffa menampar bertubi-tubi lengan sasa Luthfi.

“Sakitlah!” Luthfi mengadu. Digosok lengannya, merah kau! Dahlah dia manusia yang berkulit putih.

“Padan muka. Tahu pun sakit! Ingat saya ni takde agama ke, hah? Tok Aba ajar semuanya cukup tau. Orang pendek akal je yang akan buat kerja bodoh macam tu! Suka-suka hati cakap orang nak bunuh diri.”

“Manalah nak tahu. Sebab tu saya tanya.”

“Orang yang suka fikir macam ni selalunya orang yang banyak sangat tengok drama kat TV tu, tau tak. Yang awak ni, saya rasa sebab dah banyak sangat berlakon drama, sampai awak dah tak boleh nak beza antara reality dengan fantasy.”

Iffa bangun dan mula beredar dari situ.

“Wifey! Nak pergi mana tu.”

“Nak pergi terjun laut. Bunuh diri. Awak jugak yang minta tadikan.” Sarkastik sungguh.

“Wifey!” Luthfi dah bangun dan mula mengekori kesayangannya. Iffa berhenti melangkah dan berpaling.

“Jangan ikut saya!”

“Wifey!”

“Saya kata jangan ikut!” terus makin laju dan makin jauh dia melangkah meninggalkan lelaki itu.

“Iffa! Sorry!” sekarang ni giliran dia pulak untuk meminta maaf. Haih! Macam-macam hallah korang ni! Hati dia sendiri pun dah mengeluh.

********************************

Iffa tiba di bazaar berhampiran. Nasib baik ada jugak tempat yang boleh dia berjalan sakan (at least). Impian nak menenangkan fikirannya terpaksa dilupakan seketika. Ini semua disebabkan oleh dia-yang-korang-tahu-siapa. Memang tak pernah nak bagi hidup aku tenang. Kalau ada pun, lima minit je limit dia. Huh! Makin serabut kepala sebab terfikir pasal dia. Sampai bila boleh bertenang kalau macam ni.

Bilangan pengunjung yang ada di sini tak ramai. Mungkin sebab sekarang ni bukan peak season kot. Okaylah daripada jalan yang crowded penuh sesak dengan orang. Keadaan yang boleh buat dia lemas.

‘Lemas?’ Teringat kembali pada apa yang dikatakan malaun (dah lama tak sebut, dah muncul balik dah perkataan ni) tu tadi.

“Manalah tahu. Nak.. bu..nuh.. di.. ri.. ke?”

Eeeeeeeee…. Bila teringat balik je pun dah rasa marah. Sumpah aku benci kau pakcik! Cetek punya pemikiran, ingat aku ni apa? Dadanya turun naik menarik nafas. Marah betullah tu. Dia cuba mencari ritma seimbang, mengembalikan rentak pernafasan normalnya. Bertenang! Mohon diri ini bertenang. Memotivasikan diri sendiri. Self-psycho. Shuuuhh! Shuuuuhh! Nyah kau dari pemikiran aku! ‘Jangan fikir! Jangan fikir pasal dia! Buat naik darah je!’ Relaks. Breathe in, hmmm, breathe out, phew~! Ok! Now, let’s go!

***************

Dia hanyut dalam lamunan. Matanya leka memerhatikan lukisan itu. Ada senyum yang terukir di bibir, dan ada juga linangan air mata yang mengalir.

“Akak ok ke?” tanya budak lelaki yang menjaga kedai lukisan itu kepadanya. Loghat tempatan yang digunakan sukar ditangkap tapi , masih boleh difahami Iffa. Dia segera mengangguk dan mengesat kasar air matanya tadi. Mesti budak tu ingat dia gila, tiba-tiba menangis depan kedai orang.

“Dekat dalam ada banyak lagi lukisan kalau akak nak tengok.” Iffa sekadar mengangguk. Budak tu suruh tengok kat dalam kot. Telahnya dalam hati. Dia mengekori budak lelaki itu dan ikut masuk ke dalam. Pelbagai saiz dan bentuk lukisan boleh didapati di ruang dalam kedai ini. Iffa menilik satu-satu. Potret dan karikatur pun ada.

“Karikatur ni kita boleh lukiskan sekarang kalau akak nak. murah je. RM70.” Iffa mengangguk. Matanya memerhatikan setiap hasil karikatur yang dipamerkan.

“Nak lukis potret pun boleh, tapi makan masa sikit lah. Tak boleh nak siap terus.”

“Berapa lama tu nak siap untuk potret?”

Kedua mereka yang ada di dalam kedai itu menoleh, Iffa dah membuntangkan mata, budak lelaki itu dah tayang muka blur. Tapi, atas dasar profesionalisme, dijawab jugak soalan yang ditanya tadi.

“Potret tu dalam sehari je dah siap, bang. Sebab sekarang ni pun, order untuk lukis potret tak banyak.” Luthfi mengangguk tanda faham. Dia melihat keliling lagi. Oklah, hasil kerjanya. Cantik juga. Matanya melilau lagi sehingga bertembung mata dengan wifeynya. Pandangan tajam yang dihadiahkan. Kalau tengok rupa wifey sekarang ni dah serupa kanibal. Kanibal yang dah 8 bulan 7 minggu tak makan orang. Menakutkan. Tapi, dia buat-buat tak endah. Padahal dalam hati dah berdoa macam-macam dah.

“Potret tu selalunya saiz A3 ke?” Luthfi buat-buat tanya. Budak lelaki yang tak tahu apa-apa tu pun dengan lurusnya menjawab dan menjelaskan segala kekusutan mamat ni. Mata Luthfi sekejap-sekejap mencuri pandang Iffa, ternyata pandangan membunuh tadi masih menikam wajahnya.

“Ok! Kalau macam tu lukiskan abang karikatur ajelah.” Luthfi membuat keputusan. Tak betah dia di situ dengan tenungan tajam kesayangannya. “Tapi, abang takde gambar yang handsome la sekarang ni, dik.”

“Takpe bang. Jangan risau. Gambar kita boleh ambilkan.”

“Serius?” Luthfi bertanya lagi untuk kepastian dan budak itu mengangguk mengiyakan.

“Oklah kalau macam tu.”

“Kejap ye bang. Saya pergi ambil kamera.” Budak lelaki tadi mula menghilang ke bahagian dalam kedai. Masa ini digunakan Iffa dengan sebaiknya dengan pandangan matanya tajam boleh tembus badan orang.

“Awak buat apa kat sini?” separa berbisik soalan itu dilontarkan.

Luthfi berpaling memandang pada empunya suara.

“Eh, wifey! Buat apa dekat sini?”

“Awak tak payah nak ‘Eh! Eh!’ bagai dengan saya eh! Tak payah nak berlakon sangat. Yang saya tercanak 
dari tadi kat sebelah awak ni apa?”

“Laaaa.... ada kat sini dari tadi ke? Tak perasan pulak!” Luthfi buat-buat terkejut. Entah dari mana datang idea dia nak berlakon macam ni pun dia tak tahu. Ilham dari langit kot!

“Awak ikut saya eh?”

“Takde masa la orang nak ikut dia.”

“Habis tu, tiba-tiba ada kat sini, apa cerita?”

“Cerita kebetulanlah. Tak pernah dengar ke?”

Spontan tangannya menampar lengan Luthfi. Geram dengan jawapan yang diterima.

“Awak ni kan...” Iffa tak jadi nak meneruskan kata-katanya apabila budak lelaki tadi kembali dengan kamera digital di tangan.

“Ambil gambar, bang!”

“Okay!” tangan Luthfi mula bergantungan di bahu Iffa. Selamba badak je muka mamat tu. Iffa terkejut. Budak lelaki tadi dah bertambah blur, melihat apa yang terjadi di depan matanya. Laju Iffa menolak kasar lengan sasa itu jatuh dari bahunya.

“Please! Sekejap je!” separa berbisik Luthfi bersuara. Iffa merenung tajam wajah lelaki itu. Nampak benar muka tak puas hati. Tapi, akhirnya dia beralah dan merelakan. Dalam hati tak henti-henti menyumpah seranah. ‘Suka ambil kesempatan bila dekat public! Menyampah! Yang aku ni pun baik sangat, mendengar kata kenapa?

Budak lelaki yang menjadi penonton setia tadi mula meneruskan kerjanya apabila disedarkan Luthfi.

“Cepat dik ambil gambar. Sebelum bad mood akak ni menjadi balik!” dia tersengih. Iffa menjeling tajam. Tangan Luthfi spontan menolak lembut wajah Iffa agar memandang ke depan.

“Kamera kat depan ye sayang, bukan kat abang!” Senyum lebar lagi. Pakai bahasa abang-sayang pulak! Sweetnya! Manakala, Iffa pula dah tayang muka toya. Geli anak tekak mendengar!

“Okay, ready! 1, 2, 3!” Gambar pertama dirakam. Budak tadi melihat semula hasil tangkapannya.

“Lagi sekali ye, sebab akak ni tadi tak senyum.”

Luthfi memandang ke sisi, Iffa dah menjuih bibir. Muka tak rela! ‘Comel gila.’ hati lelakinya menjerit. Dek kerana rimas dengan panahan mata lelaki disebelahnya, dia mengalah (sekali) lagi.

“Yelah! Yelah! Lagi sekali.” Luthfi senyum bila dengar wifey cakap macam tu. Dan cukup idghamnya bila nada merajuk digunapakai dengan sangat jelas, terang dan nyata.

Mereka berposing sekali lagi. Maknanya, tangan lelaki itu mendarat lagi di bahu Iffa. Iffa menolak (sekali) lagi agar tangan itu jatuh dari bahunya. Tetapi, dia kemudiannya merangkul mesra lengan sasa tadi.

“Ready!”

Luthfi terkejut dengan tindakan Iffa. Wajahnya memandang wajah kesayangannya, bagaikan tidak percaya.

“Kamera ada dekat depan, bukan dekat saya.” Kali ini, giliran Iffa pula untuk menolak wajah lelaki itu agar memandang ke depan.

“1, 2, 3!” gambar aksi mesra dan nampak bahagia itu berjaya dirakamkan. Iffa segera melepaskan lengan Luthfi. Luthfi pula terus-terusan memandang wajah kesayangannya itu.

“Yang ni boleh ya, bang.” Pertanyaan budak tadi menyedarkan Luthfi. Dia melihat pada gambar yang ditunjukkan. Senyum kebahagiaan terukir. Cantik!

“Okay!  Abang approved!” katanya dengan senyum bangga. Luthfi memandang keliling, dan dia terlihat kelibat Iffa meninggalkan kedai. Dia nak mengejar, tapi urusannya di kedai itu masih belum selesai.

“Okay abang tulis nama dengan nombor telefon dekat sini.” Buku resit dihulurkan padanya. Laju-laju dia tulis. Dia kena kejar wifey cepat.

“Abang ada nak tambah apa-apa lagi? Nak beli lukisan ke?”

“Takpelah lah dik. Yang tu satu je dulu.” Penuh santun dia menolak. Budak itu mengangguk tanda faham.

“Eh, dik kejap!” Luthfi menahan budak tadi dari mengoyak resitnya.

“Lukiskan satu dalam bentuk potret boleh? Yang berwarna punya.” Budak itu tersenyum dan mengangguk lagi. Asyik angguk je dari tadi. Tempahan ditambah pada resit tadi sebelum dikoyakkan dan dihulur kepada Luthfi.

“Terima kasih ya, dik!’

“Sama-sama, bang. Nanti dah siap, kami akan telefon abang.”

“Okay.” Luthfi mula berlalu meninggalkan kedai itu. Dia memandang ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat kesayangannya. Namun, tiada. Laju betul wifey ni jalan. Hatinya berkata.

Di saat dia mahu beredar dari kedai itu, mata Luthfi terhenti pada sebuah lukisan yang tergantung di luar kedai. Lukisan yang direnung wifey tadi. Lukisan yang menyebabkan isterinya mengalirkan air mata. Hanyalah sebuah lukisan namun amat bermakna bagi orang yang memahaminya. Tangannya menurunkan lukisan itu dan dibawa masuk semula ke dalam kedai.

“Abang nak beli yang ni.” kata Luthfi sambil meletakkan lukisan tadi di atas kaunter. Budak lelaki tadi yang masih berada di kaunter kedai itu tersenyum. Banyak bisnes dia dapat dengan brader ni.

“Lagi satu, nak minta tolong boleh?”

“Tolong apa, bang?”

“Boleh bagi abang gambar tadi?”




9 comments:

  1. Nice one...lamanya nk tunggu update terkini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs for patiently waiting
      tengs for ur continuous support (n.n)v

      Delete
  2. wah best nyeeee!!!!! nak lg plez!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs sebab sudi bace dan support SOP
      insya Allah, sambungannye sedang di usahakan dan akan diupload kemudian

      Delete
  3. Yeay!!nak lg...nak lg..best..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu awak-awak sekalian sbb sudi support dan terusan menye-port (ade ke bahase ni?) SOP

      sambungan sedang diusahakan dan insya Allah akan diupload kemudian

      Delete
  4. Sis takda sambungan lagi kee ? Tertunggu tunggu ni..

    ReplyDelete
  5. lmbt lg ke nk smbung...dh lme tnggu..smbunglh.. rindu nk bce ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Sis berminat untuk terbit karya nie. Boleh email saya di alizismail@yahoo.co.uk

    ReplyDelete